Mungkin dengan kehadiran Srikandi baru Aisyah..sambutan mungkin begini.. Mat Sapu pula mungkin di larang berucap malam ini.
Ini pasti ada.. derma untuk jihad, tabung pilihanraya dan juga derma untuk lebuh raya rakyat.
Mahpoozzz kena tubuh taskforce untuk mengira duit malam ini.
"Stadium ini kita punya sekarang, kita boleh buat perhimpunan di sini. Dulu kita buat perhimpunan di belakang rumah, depa halau kita.."
Itu antara kata-kata Azizan dalam usaha untuk membakar semangat pendokong tegar PAS supaya datang berhimpun pada hari ini mulai jam 4.30 petang membawalah ke malam dengan pelbagai program Baca di sini dan di sini
Tidak pasti pemimpin pembangkang yang lain akan turut hadir atau tidak. Nuar diwar-warkan akan berceramah di Sikamat Seremban, jam 9.00 malam ini. Hebahan telah dibuat sejak dua hari lepas. Tetapi Nuar ni boleh tetiba je beralih arah. Jika kehadiran di Sikamat tidak memberangsangkan dia boleh saja cabut ke Stadium Darul Aman malam ini. Terloponglah orang Sikamat menunggu dia.
LGE dekat, bolehlah hadir melainkan dia ada dinner dengan ayah angkat dia di Singapura. Dia selalu ke sana setiap hujung minggu.
Ada yang kata perhimpunan ini untuk mengembalikan semangat penyokong yang telah semakin luntur dikalangan rakyat. Ada yang kata ingin menguji pengaruh Azizan samada masih boleh bertanding lagi atau tidak.
Jokiden juga merasakan perhimpunan ini akan menjadi kayu ukur kepada kedudukan PAS dalam pakatan haram. Jika ramai yang hadir walaupun dengan menggunakan bas dari seluruh negara, maka Nuar dan LGE akan terkedu. PAS masih cukup jentera. PAS masih boleh ek dan berlagak. Karpal Sinki jangan cakap banyak, lebih baik duduk diam..
Jika tidak ramai, PKR dan DAP akan merasa gundah gulana pulak kerana rakan sekongkolan mereka telah mula goyah lebih-lebih lagi di negeri yang mereka perintah.
Juga jika ramai yang datang, UMNO/BN kena bekerja lebih keras dalam PRU13 akan datang. Kita sama-sama saksikan. PAS ingin kenen semua pihak malam ini, PKR, DAP dan UMNO/BN.
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment