Sunday, May 27, 2012

Nak Jadi PM???.. Langkah Mayat Aku Dulu...

"You mesti jadi hebat macam I..."


"You memang hebat..caya lu.."

Malaysia sebenarnya adalah sebuah Negara Islam yang berdaulat. Seluruh dunia mengakuinya. Dalam Perlembagaan Negara tercatat Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia. Israel turut mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam. LKY di atas juga mengiktiraf  Malaysia sebagai Negara Islam. Orang Cina, India, Kadazan, Dayak, Murut, Melanau, Iban dan Senoi Prak juga mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang maju dan menjadi contoh kepada negara Islam yang lain.


Yang tidak mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam hanya ada dua. Pertama DAP yang ultra kiasu, keduanya Nik Aziz sebab dia tak suka kepada UMNO. Malaysia diperintah oleh UMNO, baginya UMNO tolak Islam.  Oleh kerana dia tidak mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam maka beria-ialah Nik Aziz hendak menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam. Politik..politik..

Hanya untuk tujuan politik PAS sibuk hendak 'menjadikan' Malaysia ini sebagai Negara Islam. Mereka ingin rakyat percaya dan dunia percaya bahawa Malaysia bukan negara Islam. Mereka mahukan Islam gaya PAS, sedangkan Islam adalah sejagat. Samalah tindakan PAS memakai pakaian berjubah, berjanggut, berserban semata-mata ingin membezakan penampilan mereka seolah-olah kelihatan lebih Islam dari orang lain. Benarkah begitu.??   Benarkah mereka lebih Islam dari orang lain. Benarkah mereka lebih warak dari orang lain??  

Tun Dr Mahathir dalam salah satu ucapannya di Perak (mungkin lebih 10 tahun dulu) pernah mengistiharkan bahawa Malaysia adalah negara Islam. Kisah UMNO tolak Islam hanya mainan PAS khususnya Nik Aziz demi untuk menarik orang-orang Melayu yang ingin 'kelihatan lebih Islamik' supaya menyertai parti mereka. Ini telah Jokiden tulis banyak kali. Sebab itu hari ini sesiapa sahaja menyertai PAS dia akan mula berceramah dan tidak kira apa latar belakangnya sebelum itu waima konduktor bas atau seorang artis, dia akan terus sahaja dipanggil 'ustaz'

Hakikat di Malaysia ini ialah, UMNO yang dituduh menolak Islam ini berbuat terlalu banyak untuk Islam bebanding dengan PAS yang hanya tahu bercakap dan mengkritik. Amatlah buruk perbuatan kamu jika berkata sesuatu, tetapi tidak melakukannya. Cercaan PAS terhadap UMNO sebenarnya diketawakan oleh DAP, kalau tidak secara terbuka, mereka tetap ketawa di dalam hati.

"Langkah mayat aku dulu.." Kata-kata Karpal Singh di atas adalah spontan. Yang spontan datang dari hati. "Hudud hanyalah 0.001% dari undang-undang Islam" Juga spontan dan datang dari hati. "LGE akan jadi Perdana Menteri" spontan dan datang dari hati. "Perlembagaan akan dipinda dan Islam bukan lagi agama rasmi jika Pakatan berkuasa." Itupun ayat spontan yang datang dari hati. "Kristian akan dijadikan anutan rasmi..' Ini bukan spontan tetapi perancangan rapi.


Perancangan jauh DAP ini sudah tidak menjadi rahsia lagi. Berdasarkan kerusi majoriti di Parlimen, perkara ini tidak mustahil terjadi. Jika ini terjadi rakyat perlu menyalahkan sekurang-kurangnya dua orang pemimpin iaitu Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Merekalah yang memberi ruang dan peluang kepada DAP untuk menjadi Perdana Menteri. Merekalah yang membenarkan Orang Melayu, Raja-raja dan Agama Islam dipersendakan oleh DAP ketika ini. Negara Fiji pernah diperintah oleh golongan minoriti berketurunan India semata-mata atas nama demokrasi.


Malaysia tidak ada bezanya. Segala-galanya akan dipinda mengikut keperluan mereka kelak apabila sebaik sahaja pertama kali DAP mendapat kuasa. Ada pihak yang mendakwa bahawa di dalam Perlembagaan terdapat klausa yang tidak membolehkan Perlembagaan dipinda tanpa kelulusan Raja-Raja Melayu. Hakikatnya yang berkuasa meminda Perlembagaan ialah Parlimen, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Maknanya jika DAP berkuasa mereka akan pinda Perlembagaan walaupun tanpa perkenan Raja-raja Melayu dan PAS akan berputih mata selamanya. "Air mata berjurai-jurai.." teringat semula kata-kata Dr Hassan Ali ketika mempersoalkan keghairahan pembangkang hendak menawan Putra Jaya.


Ketika itu Niz Aziz mungkin sudah tiada, anak cucu cicit beliau akan merasai peninggalan beliau kelak. Generasi akan datang akan menerima kesan daripada sokongan Nik Aziz, PAS, Nuar dan PKR kepada DAP. Tentulah mereka akan berkata ini semua hanya dakyah UMNO/BN untuk menakut-nakutkan orang Melayu lalu menuduh UMNO rasis.. Namun itulah realitinya nanti. Tidak ada yang lain. Hayati catatan Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah di bawah:

Kata-kata seperti “Melayu sudah jatuh”, “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”, “Ini negeri bukan Melayu punya”, “kita mahu halau orang Melayu” dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini. Saya bukan mahu mengapikan. Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah.

Pada saya yang baik itu, baiklah. Perlu disokong. Namun, bila tiba bahagian mungkar, maka perlu ditolak.

Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa telah diperolehi nanti, rasalah akibatnya. Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman, tetapi juga luaran, terutama pulau kecil di selatan tanahair yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita. Menunggu masa sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat. Ridhuan Tee Abdullah Utusan Malaysia 26 Mei 2012.

Pada saya, bukti sudah jelas di depan mata, apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa. Terbelakah orang Melayu. Ada atau tidak, Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatam seperti perkhidmatan polis, tentera, pilot, imigresen dan sebagainya. Janganlah buat tidak tahu. Perancangan busuk ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah.
"Kita dapat Putra Jaya..semua kita pinda..kih..kih..kih"

 
Ridhuan Tee ini adalah berbangsa Cina, namun aliran pemikirannya adakalanya kelihatan dia lebih Melayu daripada orang Melayu sendiri. Bukan sedikit cacian, hinaan dan kutukan yang beliau terima setiap kali dia membicarakan tentang kaum ultra kiasu ini. Dia tidak berselindung dan ada waktunya dia kelihatan lebih patriotik dan lebih nasionalis daripada orang Melayu sendiri.


Kenapa beliau menjadi begitu?. beliau sebenarnya lebih mengutamakan dan sayangkan Agama beliau daripada yang lain-lain. Dia melihat Islam ini berkembang, terbela, maju dan dimartabatkan oleh UMNO. Sebab itu dia menyokong UMNO kerana dia mahu Islam terus terbela.


Beliau sudah tentu lebih memahami bahasa, budaya dan adat resam kaum Cina daripada kita. Beliau lebih mengetahui apa yang ditulis dalam akhbar Cina, majalah Cina, SMS Cina, apa yang diajar di sekolah Cina, apa yang dibincangkan oleh ahli politik Cina atas pentas ceramah dan apa  yang diimpikan oleh DAP dan PAP daripada kita semua. Beliau melihat agama beliau tidak akan mendapat lagi pembelaan sekiranya UMNO/BN ini akhirnya kehilangan kuasa kepada DAP, PKR dan PAS. Segala perkara mungkar yang dibawa oleh DAP kelak akan turut disokong oleh PAS.

Mengetahui di dalam Perlembagaan terdapat peruntukan bahawa Agama Rasmi Persekutuan ialah Agama Islam tidak cukup bagi menghalang Karpal Singh dari berkata "langkah mayat aku dulu.. kalau PAS hendak melaksanakan hukum Islam di negara ini.

Memahami bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri di Malaysia ini tanpa mengira kaum maka kita juga berhak berkata 'langkah mayat kami dulu' sebelum DAP ingin  menjadi Perdana Menteri. Maknanya tidak semudah itu orang Melayu atau ahli UMNO yang berjumlah 3.5 juta ini hendak menyerahkan tampuk pemerintahan negara ini kepada DAP.

Hayati kata-kata Perdana Menteri kita bahawa Putra Jaya akan tetap dipertahankan. Kenapa beliau berkata begitu? sebabnya Putra Jaya adalah lambang kuasa pemerintahan Orang Melayu. Lihatlah betapa gigihnya beliau melakukan banyak perkara dalam tempoh 3 tahun ini semata-mata untuk mempertahankan kuasa Melayu dan UMNO ini. Sebaliknya PKR bertindak sebagai ketam di dalam sebuah bakul, terus menerus menarik ketam yang cuba hendak merangkak keluar supaya jatuh semula ke dasar bakul. 

Dicaci, dihina, dicerca dan difitnah siang malam, pagi petang, namun YAB Perdana Menteri tidak pernah rasa tertewas, tidak mengalah, tidak terusik, tidak terganggu dan sebaliknya terus maju kehadapan. Hakikat ini disedari oleh semua pihak dan rakyat keseluruhannya. Sebab itu Nuar dan pemimpin pembangkang sering berkata bahawa PM akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan kuasa. UMNO akan berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. Benar, kerana dengan kuasa yang UMNO/BN miliki ini rakyat akan terus selamat dan harmoni seperti sedia kala sejak Merdeka lagi. UMNO/BN berusaha mempertahankan kuasa dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang, tidak seperti pembangkang yang merosakan sistem yang elok yang sedia ada.

Perdana Menteri tidak pernah berasa gentar untuk berhadapan dengan pembangkang dan beliau menyarankan agar pembangkang bersaing dan bertanding di atas pentas bernama DEMOKRASI. Bukan bertanding dan bersaing secara jumud, kolot, tidak beretika dan tidak mematuhi peraturan pertandingan. Maksudnya lagi jangan main kotor. Jangan tabur fitnah. jangan hidup atas isu fitnah. DAP jangan hidup atas isu perkauman.

Masih tidak berhenti pembangkang khususnya Nuar Brahim memainkan isu PM membunuh Altantunya. Mulutnya terlalu ringan menyebut Monggolia dalam setiap ceramahnya supaya rakyat terus bermain dengan persepsi. Mulutnya berbuih menyebut kisah kapal selam dan 'komisyen' yang dibayar. Sudah dijelaskan kemana perginya sejumlah wang tersebut dan apa tujuanannya, namun mereka terus senonok memainkan isu ini.


Wahai Nuar bin Brahim, jika kau mempunyai bukti kukuh seperti yang selalu kau dakwa, buat sahaja report polis. Bertindak sebagai anak jantan, pergi kemana-mana balai polis buat report bahawa PM mempunyai kaitan dengan pembunuhan warga Monggolia tersebut. Kenapa pulak nak tunggu mahkamah Perancis membicarakan PM. Seperti yang Saiful lakukan, dia ada bukti kukuh yang kau telah meliwatnya, lalu dia membawa kau ke mahkamah. Kau bernasib baik kerana dibebaskan atas alasan kurang selamat untuk mensabitkan perbuatan kamu. Sekurang-kurangnya Saiful telah bertindak sebagai anak jantan.

Report Nuar, jangan tak report, malah apa sahaja yang kau tidak puas hati dengan PM kau boleh report. Orang sehebat Nuar tentu mudah mendapatkan segala bukti dari seluruh pelusuk dunia ini untuk menyokong hujahnya. Orang-orang Nuar tentu boleh membantu, sebab dia mempunyai 'orang' di setiap tempat dan agensi. Rafizi pun boleh dapat penyata bank NFC yang dianggap sulit tersebut. Tentunya Nuar lebih berkeupayaan untuk mengumpul semua bukti. Kenapa mahu tunggu sehingga menang pilihanraya jika sekarang dengan bukti yang kau ada Datuk Seri Najib mungkin kempunan untuk terus menduduki Putra Jaya. Lakukan sekarang wahai Nuar. Buktikan kepada penyokong kamu bahawa kamu berada di pihak yang benar dan bukan setakat pembuat andaian yang hebat.

Jangan menuduh seperti seorang hulubalang dan seperti anak jantan menjerit lantang, tetapi apabila diminta membuktikan segala tuduhan bertindak pula sebagai pondan atau kura-kura menyurukkan kepala. Kononnya apabila berkuasa kelak ingin membongkar segala penyelewengan dan salah guna kuasa. Tidak perlu tunggu pilihanraya, buat sekarang. Atau kemaruk untuk berkuasa ini semata-mata hendak menutup segala peri laku songsang diri sendiri.

Jangan jadikan alasan semua agensi kerajaan di kawal oleh UMNO/BN untuk menghalang anda daripada membongkarkan segala salah laku ini. Jika anda berkuasa kelak ini juga agensi dan anggotanya yang akan menjalankan perintah anda kecualilah semuanya sekali meletakan jawatan sebagai tanda protes.

Jika di dalam setiap ceramah tidak ada yang menghalang anda daripada membuat andaian serta persepsi, apa pula halangan untuk anda untuk mengheret segala pesalah-pesalah ini ke muka pengadilan. Rakyat tentu berdiri teguh di belakang anda sekiranya anda tampil di Balai Polis Dang Wangi dengan se lori penuh bukti penyelewengan UMNO/BN. Tentu seluruh wartawan di dunia ini bersedia untuk menyiarkan dalam media masing-masing tentang laporan anda. Anda akan menjadi hero rakyat ketika itu juga kelak.


Anda kata media dikawal. Utusan rasis, kebebasan bersuara tidak ada, namun setiap saat anda melakukan perkara yang anda dakwa tidak ada tersebut. Yang menyekat kebebasn bersuara ialah anda dan sekutu anda. Wartawan anda herdik sesuka hati sekiranya bertanya soalan yang tidak menyenangkan anda.


DAP dan PAS beberapa kali mengharamkan Utusan Malaysia. Itukah kebebasan yang anda perjuangkan. Ribuan kaset, ribuan video mengutuk pemimpin kerajaan boleh didapati dipinggir jalan, namun puak anda kata masih tidak ada kebebasan.


Sebenarnya yang tepat itulah yang media arus perdana laporkan dan anda serta puak anda tidak suka rakyat tahu perkara yang tepat dan benar, kerana anda mahu rakyat percaya benda yang tidak benar..


Anda kata rakyat dizalimi, hakikatnya tidak ada rakyat yang merintih akibat perilaku kerajaan yang zalim. Anda kata rakyat takut dan bimbang dengan masa depan, tidak ada pulak rakyat yang kelihatan menderita. Anda kata semua harga barangan naik, namun anda tidak pula bandingkan harga getah zaman dahulu 45 sen sekati, kini sudah RM4.50 sekilo.


Anda kata pendapatan peneroka tidak memadai dan peneroka juga dizalimi, anda tidak pula kata 30 tahun dahulu pendapatan peneroka cuma sekitar RM160.00 sebulan, kini mencecah sehingga RM4000.00 sebulan.


Anda kata pemimpin BN menyapu duit rakyat, kerana rakyat membayar cukai, anda tidak pula kata pembayar cukai cuma kurang dari 1.9 juta orang. Anda kata rakyat susah, namun anda tidak pula kata setiap hari lebuh raya penuh dengan kenderaan dan pusat peranginan penuh setiap hujung minggu. Tidak ada pula laporan tentang rakyat Malaysia yang mati kebuluran.

  
Anda kata pendatang asing diutamakan, anak tempatan dilupakan, siapa pula yang akan menyiapkan bangunan-bangunan tinggi milik syarikat Cina dan pemaju Cina sekiranya kaum pendatang tersebut tidak ada di sini.

SESUNGGUHNYA ANDA DAN PUAK-PUAK ANDA TELAH BUTA HATI DAN TIDAK BERSYUKUR DENGAN SEGALA NIKMAT YANG ADA DI DEPAN MATA.

1 comment: