Monday, May 28, 2012

Gambar Mata Lebam Kembali Menjadi Bahan Kempen...

Wajah inilah yang dipamerkan di Jemapoh, namun warna baju telah ditukar kepada warna putih. Alahai kesiannya.

Hari ini Jokiden balik ke Kampung Sg Jelutong untuk menghadiri kenduri kahwin. Sepanjang perjalanan dari Seremban ke kampung terdapat kibaran bendera UMNO/BN dan juga kibaran bendera pembangkang, namun jumlahnya tidaklah banyak.

Cuma di satu kawasan lapang di Kg Jemapoh, Kuala Pilah terdapat lebih sedikit bendera pembangkang yang berkibar. Di situ  ada bilik gerakan PKR. Di situ juga cawangan yang mula-mula menubuhkan PKR. Ironinya ialah Cawangan Jemapoh adalah cawanag YB Datuk Hj Hassan Malek, ahli Parlimen Kuala Pilah, merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Bendera-bendera tersebut tidak diturunkan. Kain rentang juga tidak diturunkan. Poster-poster dan bena tidak diturunkan. Mungkin ceramah pakatan haram baru sahaja berlangsung di situ.

Apa yang Jokiden hendak utarakan di sini ialah, gambar Nuar dengan mata lebam telah mula dinaikan. Gambar tersebut memang dicetak khas dan kosnya tentulah mahal, kelihatan seperti skrin putih berukuran 4' x 5' lebih kurang.

Benarlah seperti yang para bloger katakan tidak lama dulu bahawa dalam kempen PRU13 kelak pakatan akan menggunakan cara berkempen Perdana Menteri Turki Tayep Endorgan. Mereka akan berkempen dengan cara yang lebih canggih untuk menarik sokongan.

Jangan terperanjat kelak jika beratus-ratus buah bas yang mundar mandir di jalan raya telah dicat dengan warna baru dan memaparkan wajah-wajah pemimpin pembangkang. Jika bayaran dikira lumayan sudah tentu banyak syarikat pengangkutan yang sudi memaparkan iklan pakatan pembangkang kelak.

Di bangunan-bangunan tinggi juga mungkin terdapat iklan bercahaya dan berwarna warni atau pancaran lampu atau berbentuk digital. Semuanya mampu dilakukan oleh pakatan kerana mereka mempunyai dana yang besar untuk mengharungi PRU13 kali ini.

Di tengah tasik-tasik yang banyak terdapat di Selangor, mungkin akan ada kapal layar statik yang menaikan iklan pakatan pembangkang. Di dalam panggung wayang juga mungkin iklan mereka akan kerap muncul.

Yang menjadi tanda  tanya ialah penggunaan gambar 'mata lebam Nuar' Dia tanpa rasa malu kembali menggunakan gambar tersebut walaupun isu itu sebenarnya telah lama berlalu dan telah melangkau dua pilihanraya. Bolehlah kita anggapkan isu yang telah basi. Namun menyedari sokongan yang semakin berkurangan pada hari ini Nuar kembali kepada strategi mohon simpati daripada rakyat. 

Ada juga desas desus yang mengatakan poster mata lebam tersebut dicetak untuk digunakan pada tarikh 9 Januari lalu, namun ianya tisak menjadi kenyataan kerana Mahkamah telah membebaskan dia.

 
Anda sanggup tengok gambar ni?? Jaripun dah bengkok tu..

Penggunaan gambar mata lebam tentunya ingin menyampaikan mesej bahawa kerajaan, UMNO/BN dan polis telah berlaku zalim terhadap Nuar. Ini mungkin mengundang rasa simpati dan itupun yang dia harapkan daripada rakyat. Dia mahu kelihatan sentiasa tertindas dan yang menindas pula ialah UMNO/BN.

4 comments:

  1. dosa besar yang dilakukan oleh mantan kpn rahim noor ialah beliau tidak membunuh anwar al juburi dajjal laknatullah.pahala yang dia dapat kerana melebamkan mata anwar tidak dapat memadamkan dosa besarnya kerana tidak membunuh anwar dajjal al-masih laknatullah.

    ReplyDelete
  2. sayang-mata lebam saja.
    kalau buta sahlah anwar ni jadi dajjal al masih mata satu ......ha ha

    ReplyDelete
  3. Balas balik dgn pasang poster al juburi dgn cina doll sure mereka akan kepanasan

    ReplyDelete
  4. Dajjal perut buncit pakai jam OMEGA! Aiskrim! Aiskrim!

    ReplyDelete