Saturday, May 26, 2012

Wall Street Belasah Girlfriend Dato' JJ...Kesian Dia

"Aku tersilap cakap ke ni..??


Itulah, lain kali jangan terlebih cakap, kan dah kena belasah oleh Wall Street Journal. Dato' JJ kini berada di Rompin dan pada siapa si Victoria Nuland ni nak mengadu. memandai-mandai pulak si Nuland ni nak memantau prosiding mahkamah di Malaysia.

Kenyataan sadis WSJ, Nuar Brahim harus mengaku bersalah kerana melanggar perintah mahkamah. kita tunggu komen dia yang akan mengatakan WSJ telah diperalatkan, telah dibeli oleh UMNO, tersalah tafsir atau telah diputar belitkan oleh media UMNO. maklumlah dalam dunia ini hanya Nuar seorang yang tidak pernah buat silap dan buat salah.

Kenyataan penuh WSJ seperti di bawah:


Wall Street Journal beri pendapat kenapa Anwar patut mengaku bersalah



KUALA LUMPUR 26 Mei - Pelbagai pandangan diberi melalui media dan ruang siber selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin didakwa di mahkamah baru-baru ini atas tuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan Bersih 3.0 di sini 28 April lepas.

Ketiga-tiga mereka juga dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka di Jalan Raja di sini, yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan, pada hari sama.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan itu. Mereka merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman (PAA), yang berkuatkuasa mulai tahun ini.

The Wall Street Journal (WSJ), akhbar harian kewangan antarabangsa yang amat berpengaruh menyiarkan pendapatnya yang mengatakan Anwar patut mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memadai.

Rencana berkenaan bertajuk "Malaysian People"s Court, Anwar"s civil disobedience and the next election", berpendapat cara lebih jelas untuk menyakinkan orang ramai bahawa PPA merupakan undang-undang yang tidak adil ialah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

Rencana berkenaan yang disiar dalam ruangan “Review and Outlook Asia" pada Khamis berkata, dengan mengambil kira segala ranjau dan duri yang dilalui Anwar sebelum ini termasuk dua kali menghadapi pertuduhan berkaitan liwat dan dua kali juga dibebaskan, “mungkin ada orang yang membuat tanggapan bahawa ini satu lagi pendakwaan yang bersifat politik".

"Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.

"Keputusan sebenar akan datang daripada peti undi pada pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan lewat tahun ini apabila pengundi akan memutuskan sama ada perubahan politik yang dilaksana Najib berjalan pada kadar yang sewajarnya, atau Anwar bertindak betul dengan mendesak perubahan dilaksana dengan lebih pantas".

Akhbar itu seterusnya menulis “Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama." WSJ berkata, walaupun Najib patut diberi pujian kerana melakukan perubahan, pembangkang juga mempunyai alasan kukuh untuk mengkritiknya sebagai tidak memadai.

"Persoalan sebenar ialah sama ada masyarakat Malaysia lebih memerlukan perubahan pada kadar lebih pantas atau taktik konfrontasi yang dianjur pembangkang," kata rencana itu. - BERNAMA

Amerika patut berhenti memberikan perhatian kepada ahli politik bernama Nuar Brahim ini. Dah lama dah, kalau Nuar ni nak berjaya, dah lama dia berjaya. Suatu ketika dulu nasi sudah hampir sampai ke mulut, namun apakan daya, nasi tak jadi masuk mulut sebaliknya bertaburan di sekeliling pinggan.

Kata WSJ, Nuar tidak boleh selama-lamanya berpura-pura. Banyak betul yang Nuar ni berpura-pura, lotih nengok ea.. 


Mana Ni???

Friday, May 25, 2012

Muzakarah... Nik Aziz Merajuk Dengan Haji Hadi..Mat Sabu..Geli Hati..

Tak sanggup tengok gambar ni..


 
Hahaha..akhirnya muzakarah menemui titik nokhtah. Rasa seronok lah pulak Jokiden dengan pembatalan muzakarah antara UMNO dengan PAS ini. Nik Aziz seperti orang merajuk je bunyinya. Dia kata UMNO nak bermuzakarah dengan NGO sahaja, biarkanlah. Lagipun kita patuh kepada Presiden parti kita yang tidak mahukan muzakarah.

Bukanlah Jokiden menentang perpaduan sesama umat ini, namun seperti orang lain isu muzakarah ini yang timbul setiap 4 atau 5 tahun sekali, kita sudah tahu motifnya. Untuk kebaikan semua pihak ke? tidak ia untuk tujuan politik PAS. Hujahlah dari sudut mana sekalipun, apa sahaja yang PAS lakukan ialah bermotifkan politik.

Kiri kanan dan siang malam orang membicarakan tentang muzakarah ini tidak kira dari parti mana sekalipun. Yang bernada positif hanya dari UMNO. Lain-lain semuanya negatif. Paling memedihkan hati pencacai pakatan haram ini mengatakan UMNO sudah terdesak sangat sebab itu ingin bermuzakarah.. Jika sudah bertali arus tohmahan terhadap UMNO maka memang sewajarnya lah muzakarah ini dibatalkan.

Muzakarah Pas-UMNO temui titik noktah


KOTA BHARU 25 Mei - 'Drama' muzakarah yang ditimbulkan oleh Pas akhirnya tiba di penghujungnya apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menarik balik cadangannya untuk bermuzakarah dengan UMNO.

Beliau yang ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguannya di sini memberi alasan bahawa ia perlu ditarik balik kerana ia bertentangan dengan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Katanya, beliau harus  mengikut  pendirian  Abdul Hadi  serta   isu  itu tidak harus dipanjangkan lagi.
"Muzakarah Datuk Presiden sudah tarik, tidak mahu kerana terlalu banyak manipulasi, dia hendak muzakarah dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahaja, jadi saya pun terpaksa tariklah," katanya. - UTUSAN

Terkatup bibir atas dan bawah Nik Aziz maka selesailah isu muzakarah ini. Semudah itu. Semasa dia menimbulkan perkara tersebut tempoh hari dia juga tidak merujuk kepada sesiapa dan semasa dia menarik brake inipun dia tidak merujuk kepada sesiapa agaknya, sekadar mengatakan Presiden PAS tidak bersetuju. 

Menjemput orang datang ke rumah kita untuk dijamu, kemudian memberikan pelbagai syarat kepada tetamu yang dijemput sebelum tetamu tersebut dibenarkan menjamah makanan tentulah tidak masuk akal.  

Kepada penasihat-penasihat tuan guru, lain kali berhati-hatilah sebelum memberikan nasihat dan sebelum tuan guru membuka mulut. Di ulangi semula mungkin Nik Aziz ingin memberikan signal kepada Karpal Sinki, "kau banyak cakap..aku geng dengan UMNO, aku keluar pakatan.." biasalah ayat power Nik Aziz ni.. "orang lain dia punya pasallah.."

Mungkin Jokiden terlepas pandang, namun tidak kedengaran komen daripada Timbalan Presiden PAS Mat Sapu. Dia ni betul ke tidak menjadi Timbalan Presiden PAS, kitapun tak tahu. Kenyataan dia yang lebih rela bersama dengan Cina yang makan babi, memedihkan hati ramai ahli PAS.

Komen dari Nuar juga tidak kedengaran dalam isu muzakarah ini. Mungkin di hati kecil masing-masing merasa kecut juga sekiranya muzakarah ini benar-benar terjadi, maka mereka mungkin kehilangan sedikit modal untuk mengutuk UMNO.  

Kepada Khalid Samad yang terus-terusan mengatakan Pengerusi SPR dan Timbalan Pengerusi SPR dalam setiap ceramah beliau sebagai ahli UMNO, eloklah diberhentikan jika tidak mahu di saman seperti yang terpaksa dihadapi oleh Saifuddin Nasauoooooooootion. Ceritalah yang benar walaupun pahit.

Dalam setiap ceramah, jika menuduh pemimpin UMNO/BN rasuah, berjuta-juta tolonglah bawak bukti-bukti dan edarkan sekali. Jangan ikut perangai Nuar yang suka mengangkat-angkat kertas sambil mengatakan saya ada bukti kukuh, namun kertas tersebut sebenarnya kosong. bawak bukti, biar rakyat selidiki sendiri dengan pelbagai cara.

Kalau tuduh pemimpin UMNO tolak Islam, bawa buktinya sekali, jangan buat andaian serta mewujudkan persepsi semata-mata, lepas tu pulang dan meninggalkan penyokong terus berbahas perkara-perkara yang tidak terjangkau oleh pemikiran mereka.


Kalau tuduh Utusan Melayu membuat fitnah, sila gunting keratan akhbar tersebut buat photo copy dan edarkan semasa ceramah, biar penyokong bawa pulang dan membahaskannya bersama anak isteri atau keluarga.

Kira-kira 15 tahun dahulu seorang kawan Jokiden dengan jelas mengatakan Dr Mahathir adalah kafir. Dia berani berkata demikian kerana taksub dengan pemimpin pembangkang. Jika Dr Mahathir tidak kafir, maka tuduhan tersebut kembali kepada si penuduh. Jokiden tidak tahu apakah beliau telah bertaubat atau tidak. Selalu juga kami bertemu sekarang ini, namun Jokiden tidak berani pula untuk bertanyakan tentang perkara tersebut kerana nampaknya dia masih tegar menyokong PAS.

Buah Hati Dato' JJ Terlebih Cakap....


Anda kenal wanita ini?? Dia selalu minum kopi dengan Dato' JJ.
 
Ribut tidak anginpun tidak, tetiba sahaja keluar kenyataan dari Washington. Amerika mahukan pembicaraan yang adil terhadap Nuar. Sebarang bentuk pendakwaan terhadap Nuar di mahkahmah Malaysia adalah tidak adil dan berat sebelah. Itu yang Amerika percaya selama ini.

Utusan Malaysia Khamis 24/5 ms 6 melaporkan bahawa Amerika Syarikat menggesa Malaysia memastikan prosiding mahkamah yang dijalankan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nuar Brahim dibuat dengan adil, selepas pemimpin pembangkang itu dituduh menyertai satu perhimpunan haram pada hujung April.

Amerika menerusi jurucakap Jabatan Negara, Victoria Nuland berkata, pihaknya menggalakakan Malaysia mempastikan perkara tersebut agar pertuduhan itu dibuat secara telus, adil dan mengikut prinsip-prinsip perundangan.

"kami juga akan terus memantau pertuduhan kes itu secara dekat" Katanya semalam..

Mak oii aii, nampak sangat Amerika ini suka mencampuri urusan dalam negara lain. Asalkan yang kena tuduh di sesebuah negara itu ialah pemimpin pembangkang, maka Amerika pasti menunjukan minat yang berlebihan. Apa hal nak pantau-pantau. Apa hal nak mengajar itik berenang.  

Malaysia negara berdaulat, mempunyai undang-undang yang luhur dan perlu dihormati serta dipatuhi. Sesiapa yang tidak mematuhi undang-undang, belalah diri di mahkamah. Nuar melanggar undang-undang. Mahkamah kata jangan masuk ke Dataran Merdaka, itu kawasan larangan, dia masuk juga, dia langgar juga, dia ceroboh juga. Ikut manapun dia salah, tak tahulah pulak jika tafsiran Amerika berlainan. Menceroboh tak salah. Langgar perintah mahkamah tak apa.. boleh aje jika yang melanggar itu Nuar Brahim..

Ayat jurucakap tersebut sebiji macam ayat Nuar. Amerika ini kalau anak emas dia di dakwa maka diapun turut sibuk. Kalau rakyat sesebuah negara tersebut memberontak menentang kerajaan, maka Amerika paling seronok. Banyak sangat dah contoh-contoh di dunia ini, tentang campur tangan Amerika dalam urusan negara lain.

Jadi Dato' JJ, eloklah berhenti minum kopi dengan Victoria Nuland ini. Atau boleh juga bisikan ke telinga Nuland tersebut bahawa kes ini kes kecik je, tak perlu nak ribut-ribut macam kes liwat dulu. Bill pun ciput je, RM500, sama dengan BR1M.

Tetapi kalau Nuar kalah kes ini dan dia di dapati bersalah, maka dia sudah ada modal untuk mengatakan bahawa kerajaan UMNO/BN berkonspirasi dengan Datuk Yussoff Zainal Abiden untuk mengenakan dia. Sebab itu Datuk Yusoff bersetuju menjadi peguam bela dia.

Thursday, May 24, 2012

Debat PTPTN... Apo Faedah Ea? Capo Yang Monang? Neelofa Kata KJ..


Kemah!!



Banyak sekali pandangan serta pendapat tentang perdebatan mengenai isu penghapusan PTPTN antara Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaluddin. Blog pembangkang mengatakan Kj terkincit-kincit, Rafizi soheh monang.

Sementara komen-komen dalam blog UMNO/BN pula mengatakan Rafizi lumpuh dikojo an dek KJ. Seperkara yang kita mesti ingat ini adalah perdebatan tentang isu PTPTN, perlu mansuhkan ke atau perlu diteruskan. Di akhir debat nampaknya ramai yang masih tidak pasti PTPTN ini perlu ada ke atau tidak.

Ini perbahasan mengenai isu yang penting. Ini juga bukanlah pertandingan debat atau pertandingan bahas. Logiknya tidak ada pihak yang menang dan tidak ada yang kalah.

Pendapat Jokiden ialah PTPTN ini hanya isu pembangkang. Jika mereka pun memerintah PTPTN tidak akan mereka hapuskan. Usahlah ada pihak-pihak yang cuba hendak menegakan benang yang basah. Industri pendidikan akan terus malap sekiranya PTPTN ini dihapuskan. Lihat dari sudut mana sekalipun, jika seseorang itu tidak hipokrit (munafik) mereka pasti nyaman dengan adanya PTPTN ini.

PTPTN dilihat dari sudut mana sekalipun tetap merupakan antara projek atau program BN yang terbaik di dunia ini, khususnya dalam perkembangan pendidikan. Semua pihak hakikatnya menerima faedah daripada skim ini.

Habis siapa yang monanggggggggggg??? Dah dikatakan tadi ini bukan pertandingan. Apo faedahhhhh ea?? Banyak faedah ea. Kedua-duanya mampu menguasi penonton.

Melalui Rafizi yang jelas 'lembut' kita dapat melihat skrip pembangkang. Kita dapat menilai arah tuju mereka. Kita dapat menilai pemikiran Pengarah Strategik PKR tersebut. Kita amat jelas sebarang debat atau program siaran langsung jika diberi peluang kepada pembangkang, mereka akan menggunakannya sebaik mungkin untuk memomokan UMNO/BN. Kita jijik mendengar soalan Rafizi yang tiada kaitan dengan PTPTN. Beliau cuba mengungkit kisah silam Pak Lah, kisah silam KJ, kisah duit Petronas yang di 'sebat' beratus juta RM.

Walhal, jika nak diungkit kisah silam Nuar dan PKR, tujuh hari tujuh malam berdebatpun tidak akan cukup masa. Banyak kali juga Rafizi cuba kenen KJ supaya masuk ke kem pembangkang.

Di pihak KJ pula debat ini menyerlahkan lagi siapa dia yang sebenarnya. Di kala pendengar sedang termanggu-manggu(betul ke perkataan tu) untuk memikirkan hujah yang tepat untuk menjawab asakan Rafizi, KJ sudah jauh kehadapan dengan peluru hidupnya.

Setiap soalan ada jawapan, setiap hujah ada sanggahan. Ia menyerlahkan kehebatan KJ sebenarnya. Dikala kita sedang berdebar-debar, KJ dengan yakin meneruskan hujah beliau. Dunia debat memang dunia dia. Dengan Rafizi di London pun dia pernah berdebat pada bulan Januari lalu.

Di hadapan 3,000 penyokong totok PAS di Kota Baru, KJ selamba je berdebat dengan Husam Musa. Dengan bekas Naib Presiden MCA, Jua Ji Meng KJ tidak gentar untuk berbicara tentang apa sahaja isu. Ambiga yang bega(degil) nampak seperti orang baru bangun dari tidur apabila selesai berdebat dengan KJ. Semua itu memberikan markah A kepada KJ.

Nuar selalu mencabar pemimpin UMNO untuk berdebat. Dia pasti akan menggunakan kaedah memukau penonton dengan gaya bahasa, mimik muka, tangan, body language serta nada suara yang tinggi. Semua itu jika berdepan dengan fakta-fakta KJ, Nuar akan kelihatan tempang dan bodoh seterusnya  akan terkulai layu. Jadi kita di Malaysia jangan mengharapkan Nuar akan berdebat dengan KJ. Kenyataan yang tidak mungkin terjadi.. sebabnya Nuar takuttttttttttttttt...     

Bila Perasaan Malu Sudah Berkubur...

Masih adakah rasa malu??
 

Malu adalah sebahagian daripada iman. Mempunyai rasa malu menghindarkan manusia daripada terjerumus melakukan sesuatu yang tidak baik. Itu basis nya.

Seorang pelajar yang berasa malu untuk gagal dalam peperiksaan akan belajar dengan tekun, gigih tanpa mengira waktu semata-mata untuk mendapatkan keputusan yang baik. Jika gagal dia mungkin akan berasa malu kepada jirannya, kepada ayah dan ibunya, kepada adik beradiknya, kepada guru-gurunya, kepada girlfriend atau kepada boyfriendnya. Baguslah jika ada perasaan malu yang membawa kesan positif dalam mencipta kejayaan. Jika seseorang pelajar tersebut tidak mempunyai sedikitpun rasa malu. dia akan ala kadar sahaja belajar. Lulus oklah, tak luluspun tak apa. Tokey Facebook juga tak tamat belajar, namun berjaya menjadi billionaire.

Ada orang gagal menjadikan rasa malu kepada sesiapa juga sebagai perisai atau pendinding dirinya atau perwatakanya dalam menjalani kehidupan hariannya. Perasaan malu sudah lama berkubur, lalu perbuatannya seolah-olah sudah tidak membawa kesan apa-apa. Sudah mali kata orang.

Bila sudah tidak mempunyai rasa malu lagi maka dia seolah-olah bebas, sebebas-bebasnya dalam semua tindak tanduk beliau. Moral, rasa harga diri, maruah diri, maruah keluarga, maruah kawan, maruah penyokong, maruah negara sudah tidak menjadi perhitungan lagi. Semuanya menjadi selamba sahaja.

Jika zaman dahulu seseorang tersebut akan sanggup menghukum diri sendiri sekiranya melakukan kesilapan, semata-mata untuk menutup rasa malu diri ataupun keluarga. Ada yang sanggup membunuh diri. Hari ini dunia sudah terlalu maju. Malu boleh sahaja digunakan untuk tujuan lain. Ada orang pada hari ini suka dan gembira bila dia diaibkan jika itu boleh menaikan popularitinya atau boleh memberikan keuntungan lain terhadap cita-citanya.

Panjang berjela nanti jika nak diulas tentang perkara ini dan jika nak disertakan dengan contoh-contoh sejak zaman Sang Rajuna Tapa hingga ke zaman teknologi ini. Baik kita tumpukan kepada kisah benar yang berlaku pada hari ini dan di depan mata kita.

Kadang-kadang orag sanggup mencipta fitnah kepada diri sendiri semata-mata untuk mendapat perhatian. Rasa malu apabila terkantoi, sudah tidak menjadi penghalang lagi. 

Ada orang seolah-olah suka dan minta di aibkan supaya segala salah laku tersebut berjaya menaikan popularitinya. Apabila dimalukan dengan segala salah laku, maka dia akan menjadikannya pula sebagai bahan lawak jenaka dengan harapan orang akan melupakan perkara pokok iaitu kesalahan yang dia telah lakukan. Ada berjuta manusia jenis ini, namun rasanya orang yang paling tak tahu malu yang pernah kita temui ialah Nuar Brahim.

Dia ini sudah terlalu tebal muka. Dia tidak malu berbohong, dia tidak malu menipu, dia tidak malu bersenda gurau, dia tidak malu mencipta fitnah, dia tidak malu mengurat bini orang, dia tidak malu memburukan nama negara sendiri di luar negara, dia tidak malu berjoget, dia tidak malu menghina sesiapa sahaja yang dia suka, dia tidak malu turun naik mahkamah, dia tidak malu memaki hamun dan apa sahaja dia sudah tidak ada lagi perasaan malu. Sebab itu dia dianggap sebagai anugerah tuhan oleh isterinya sendiri.

Mungkin ada benarnya kenyataan isteri beliau, sekiranya bukan Nuar, orang yang menerima nasib seperti beliau sudah lama hilang dari arus perdana politik Malaysia. Namun Nuar seolah-olah tidak terusik dengan segala macam masalah tersebut. Ini mengkagumkan. dia tetap selamba menghadapi itu semua kerana setakat ini dia berjaya menterbalikan segala isu tadi kepada pihak lain. Orang lain belum tentu sanggup untuk bersikap selamba dan berlawak jenaka dengan semua tingkah laku sedemikian rupa.

Tidak ada orang boleh membayangkan Nuar sanggup mengambil Karpal Singki menjadi peguam belanya dalam kes liwat Saiful, memandangkan Karpal Sinki merupakan peguam pertama yang mempersoalkan kisah liwat beliau pada tahun 1997. Tetapi Nuar melakukannya.

Tidak ada orang boleh membayangkan Nuar bersekongkol dengan Karpal Sinki walau atas nama profesyenal sekalipun apabila Karpal menyuruh dia bertaubat apabila isu 16 September tidak menjadi kenyataan. tetapi Nuar melakukannya.

Tidak ada orang boleh membayangkan yang Nuar akan bersama dalam satu pasukan dengan Mat Sabu apabila pada tahun 1997/1998 Mat Sabu juga tanpa rasa malu menggelarkan dia sebagai Al-Juburi, iaitu satu gelaran yang amat menyakitkan hati dan telinga di atas muka bumi ini.

Yang terkini tidak ada orang boleh membayangkan bagaimana Nuar begitu selamba menelipon Datuk Yusof pada malam sebelum ke Mahkamah meminta Datuk Yusof menjadi peguam belanya dalam kes Bersih3. Walau atas nama apa sekalipun, walau atas nama profesyen sekalipun Nuar nyata tidak malu untuk meminta khidmat Datuk Yusof, orang yang beberapa bulan dahulu di cemohnya tanpa belas ihsan. Pastilah ada tujuan lain di sebalik semua itu. Seluruh dunia mengetahui tentang kes liwat tersebut, mudah sahaja.. terbalikkan semua itu sebagai konspirasi UMNO/BN untuk menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri. Habis cerita.

Hari ini masyarakat Malaysia seolah-olah sudah mendapat budaya baru iaitu untuk dilihat sebagai tidak bersalah dalam apa juga kes, hilangkan segala rasa malu kepada sesiapa sahaja. Anda akan selamat. Kita lihat sudah menjadi trend dikalangan pemimpin pembangkang hari ini, jika hendak popular jangan fikirkan tentang perasaan malu. Selamba je..

Namun semua makhluk atas muka bumi ini percaya, kebenaran akhirnya akan menjelma jua, cuma, cepat atau lambat..

Wednesday, May 23, 2012

Kalau Nak Berlawak Tu Biarlah Lucu Dan Masuk Akal..

 

Naib Presiden PAS yang menang secara tidak sengaja dalam pemilihan parti dan tidak beberapa cerdik ini, kalaupun tujuan nak melawak biarlah munasabah sikit dan boleh diterima oleh akal. Bukannya cuba berlawak dan berlucu seperti orang hilang akal, macam Mr Bean tu.

Dalam satu sidang media seperti yang dilaporkan oleh Utaranews, beliau dilaporkan berkata PAS akan berjuang berhabis-habisan untuk menawan negeri-negeri yang dikatakan deposit BN termasuk Johor. Berhabis-habisan macam mana wahai Tuan Naib Presiden?.

Janganlah melawak apabila membincangkan perkara serious nanti Presiden Parti TGHHA akan kata itu pendapat peribadi seperti yang beliau pernah kata terhadap Nasharuddin Mat Isa dan juga Utz Harun Taib.  Mana muka nak letak nanti.

Beliau juga memuji keberanian seorang lagi Naib Presiden parti iaitu Salehuddin Ayub untuk kembali bertanding di Johor. Dia akan bertanding 2 kerusi, satu Parlimen dan satu DUN. Itupun sudah cukup untuk menggambarkan kebimbangan kalahhhhhhhhhhhh. Kalau berani bertanding satu kerusi sahajalah. Apa nak ikut jejak LGE, Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Haji hadi pulak. Apa tak yakin boleh menang ke?????.

Sebenarnya orang Kelantan dah menyampah kepada Salehuddin dan mahukan anak tempatan untuk bertanding di kerusi Kubang Kerian tersebut. Seperkara lagi yang Salahuddin ni kena ingat, dia nak kembali bertanding ke Johor (Sebab tiada pilihan lagi) kerana dia bercita-cita nak menjadi MB. Apa dia ingat Pesuruhjaya PAS Johor tersebut boleh ditendang terajang sesuka hati. Dia juga seorang DR, sikit mahu ingat.

Lawak terbesar bercampur takbur Mahpooozzz ialah apabila dia mengatakan di Kubang Kerian merupakan kubu kuat PAS, letak songkok pun menang.. Mak oii aii, macam Perikatan dulu-dulu pulak. Lawak,.. lawak..

"Saya puji tindakan berani beliau (Salahuddin) tinggalkan Kubang Kerian yang boleh dianggap sebagai kubu selamat PAS. Dia tak perlu berkempen...jika tinggalkan songkok saja pun dia boleh menang," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Untuk makluman tuan Naib Presiden, kubu selamat dan kawasan putih itu cerita dulu-dulu.. Dalam PRU12 bolehlah. Dalam PRU13 ini TIDAK ada satu kerusi pun yang di kira selamat untuk calon-calon PAS di Kelantan.

Dulu rakyat sanggup minum air warna teh susu, kini penyokong tegar PAS yang sudah 40 tahun bersama PAS juga akan mengundi BN. Ingat, dia itu bukan pengundi hantu, dia pengundi soheh. Dia fadeup dah, segala pengorbanan dia di balas dengan air teh susu.

Rakyat Kelantan sudah semakin menolak PAS, mereka inginkan sebuah kerajaan yang walaupun 'zalim' namun boleh disandarkan harapan untuk masa depan yang cerah.

Rakyat Kelantan akan menobatkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Menteri Besar dan Awang Adek sebagai Timbalan Menteri Besar. Seperti Salahuddin Tengku Razaleigh juga akan bertanding dua kerusi, DUN satu, Parlimen satu. Insyaallah dua-dua Tengku akan menang.

Tengku Razaliegh pula seorang yang berhemah, dia akan melantik TGNA sebagai penasihat agama bertaraf Exco sesuai dengan dunia dia. Nik Aziz juga akan kekal di pejabat sekarang dan boleh terus berperanan.. Perkara ini Tuan Naib Presiden kena beri perhatian, kerana 60% rakyat Kelantan sukakan teori ini.  

"Isyarat jelas menunjukkan bahawa kita serius dan akan beri tumpuan sepenuhnya di Johor dan beberapa negeri 'deposit tetap' Umno," katanya.

Tuan Naib Presiden juga jangan lupa, kemenangan PAS di Johor adalah akibat calon BN tersalah isi borang, bukan sebab PAS diterima oleh masyarakat Johor.

Namun bagus juga saran Mahpooozzz ni sekurang-kurangnya BN Johor tidak leka dan terus bersiap siaga seperti kata Timbalan Presiden UMNO.. 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Alahai!! Kocik Bona Alasan...Kenapa Saya Keluar UMNO..

  Apalah gunanya Putra Jaya sekiranya air mata berjurai-jurai...


Malam tadi Jokiden sempat menghadiri Ceramah pakatan pembangkang di Sg Jai, Lenggeng sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Semua parti dalam pakatan menghantar wakil. Dua orang penceramah pula tidak diketahui mewakili parti mana.

Kehadiran sekitar 150 orang jika mengikut kiraan block Bernama terdiri daripada orang PAS, PKR, DAP dan BN. Jika mengikut kiraan pakatan haram sudah tentu mereka akan kata dalam 700 hingga 800 orang hadir. Kereta ada sekitar 30 buah, motor dalam 18 buah. Gerai air + gerai kaset + gerai soup + gerai baju ada 9 buah.

Berdasarkan jumlah kenderaan, maka pastilah orang yang datang dari luar lebih ramai dari penduduk setempat. Golongan muda hanya sekitar 15 orang sahaja.


Di pintu masuk Jokiden dihulurkan dengan resit derma untuk 'tabung piliharaya' PAS. Jokiden ambil, tetapi bila dia tanya derma, Jokiden pulangkan semula resit itu, terkebil-kebil dia. Biasalah semasa ceramah berjalan petugas-petugas mereka akan membawa karung mengutip derma. Jokiden tolak juga. Derma kepada PAS tidak tahu kemana perginya duit tersebut. Dulu Mat Sabu pernah kata, 40% kutipan dia punya.. 40% lagi tuan rumah punya. Lagi 20% tak tahu??? Dah perintah dua negeri masih guna cara lama... puak depa suruh UMNO berubah, mereka tidak juga berubah..

Penceramah terdiri daripada Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Khalid Samad, Tengku Harmy, Khairul Azhar, Utz Zulkifli Omar dan Anthony Loke.

Menghayati kesemua isi ceramah mereka dapat dirumuskan bahawa mereka sememangnya mengikut skrip iaitu mengulangi apa yang selalu disampaikan dan meniru apa yang pemimpin mereka laung-laungkan.

Kesemua penceramah tidak lari daripada isu rasuah, zalim, menyeleweng, merompak duit rakyat, SPR, Bersih, menipu, konspirasi, tidak ada kebebasan media, TV/akhbar dikawal, tidak ada kebebasan bersuara  dan kroni. Tidak ada fakta yang soheh dan boleh disanggah oleh sesiapa sahaja. Fokus serangan mereka ialah kepada UMNO.  

Penceramah terus spin isu-isu yang telah dijelaskan berpuluh kali. Justru itu, mereka tetap mengajak rakyat untuk mempercayai kenyataan mereka dengan menolak segala penjelasan yang diberikan oleh BN. Mereka sedar mereka menipu fakta namun mereka juga tahu bahawa isu tersebut amat menyeronokan pendengar.

Sambutan pendengar amat-amat dingin, takbeerrrrrrr hanya sesekali dan seolah-olah hadiran dapat merasakan mereka cuba diperbodohkan oleh penceramah pakatan. Khalid Samad turut mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan haram hukumnya melakukan demontrasi jalanan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan. Bagi Khalid Majlis Fatwa harus memanggil penganjur perhimpunan iaitu A Samad Said terlebih dahulu.

Khalid juga menceritakan sebab musabab kenapa Dr hassan Ali begitu marah kepadanya. Kata Khalid dalam perundingan bersama Pak Lah dan Khir Toyo telah dipersetujui bahawa kerajaan campuran akan dibentuk dan Dr Hassan Ali akan menjadi Menteri Besar. Hj Hadi bersetuju, Utz Nasharuddin bersetuju, Hassan Ali bersetuju, namun Khalid Samad tidak bersetuju. Khalid mahukan Tan Sri Khalid menjadi MB dan muka Hassan Ali berubah serta merta.

Tak dapat jadi MB itu sebab Hassan Ali hangin sampai sekarang.. Hujah Khalid Samad mudah sahaja, PAS ada Kelantan dan Kedah, DAP ada Penang, PAS + DAP ada Perak, apa salahnya bagi Selangor kepada PKR kerana mereka menang 13 kerusi. 

Penampilan Kadiaq masih UMNO, siap dengan baju Melayu, sanpin dan songkok. Bergaya dia. Sanpinpun jenis yang RM5,000 atau RM8,000 punya.

Kehebatan Kadiaq ialah dia berjaya membuatkan penyokong tegar pakatan TERPAKSA mendengar dia menceritakan segala kebaikan UMNO sejak ditubuhkan, mempertabatkan Melayu, Islam, menuntut Kemerdekaan dan membangunkan negara. Pujian melangit terhadap pemimpin UMNO yang dulu membuatkan penyokong pakatan resah gelisah.

Kadiaq keluar UMNO sebab UMNO akhirnya telah menjadi busuk. Dia dah puas berkhidmat dengan UMNO sejak 1956 lagi. Dia merasai segala-galanya. Bila tidak menjadi Menteri dia cuba nak berniaga, namun tidak mendapat bantuan sepatutnya.. Itu je alasan dia meninggalkan UMNO.

Baginya UMNO sudah busuk, politik wang bermaharaja lela, kroni, GLC menyebat duit berbillion-billion. Jika tidak disebat oleh UMNO pasti negara telah maju, seperti Singapura yang tak ada apa-apa pun tetapi telah menjadi negara maju. Kadiaq menyebut berbillion-billion berkali-kali, namun dia tidak memberikan bukti.

Dia seperti pemimpin pakatan haram yang lain hanya mengwujudkan persepsi supaya rakyat membenci UMNO dan menolak UMNO dalam pilihanraya akan datang serta memilih pakatan. Segala-galanya akan baik selepas pakatan memerintah kelak. Semua GLC akan diganti dengan kroni pakatan dan kroni UMNO/BN akan dihumbankan.

UMNO mula busuk sejak Dr Mahathir, kroni merata-rata, politik wang menguasai pentas politik negara. Dia tak boleh tahan, seolah-olah roh Tengku berkata.. "Kadiaq..buatlah sesuatu..buatlah sesuatu." Roh Datuk Senu juga seolah-olah menggesa dia "Kadiaq..buatlah sesuatu..buatlah sesuatu.." Mungkin roh-roh tersebut menyuruh dia 'menyelamatkan' UMNO, tetapi dia memilih untuk keluar UMNO kerana dengan cara itu dia mungkin akan menyelamatkan UMNO.

Dia tidak jelaskan perananan Nuar Brahim dalam pengguanaan wang untuk membeli undi. Dia tidak sebut budaya kroni menjadi tidak terkawal sejak Nuar Brahim masuk UMNO. Dia tidak cakap UMNO menjadi busuk sebab Nuar Brahim dan dia tidak cakap PAS juga menjadi busuk sebab Nuar Brahim.

Kadiaq akhirnya bercakap seolah-olah dia tidak pernah menjadi Menteri, tidak pernah menjadi pemimpin kerajaan dan mempertikaikan segala yang baik tentang UMNO dan BN. Kadiaq juga terpaksa percaya bahawa UMNO menguasai Kehakiman, AG, Polis, SPR, Mahkamah dan SPRM.


Related Story:



Tuesday, May 22, 2012

Mak Oii Ambiga!!!! Sedapnya Mulut Dia..Mengadu Ke Queen Council.

I don't care!!!! go to hell DBKL..
 

"Mulut disuap pisang, dubur dicucuk onak.." Eh betul ke bidalan Jokiden ni.. kena tanya Karam Singh ni. Melihat layanan bertaraf VVIP, bertaraf 5 bintang yang diterima oleh Ambiga ni, rasa jijik jugak.

Polis siap membuat rondaan di sekitar rumah beliau. DBKL juga menghantar Penguat Kuasa bersilih ganti untuk memantau. Lalu terhamburlah dari mulut busuk Ambiga kata-kata pujian yang melangit terhadap dua agensi tersebut. Tak payah puji-pujilah Ambiga, you sudah menghiris jutaan hati insan di negara ini.

"DBKL bekerja pada lewat malam untuk membersihkan garisan kuning. Sekarang polis sedang membuat pemeriksaan. Penghargaan untuk PDRM dan DBKL, begitu juga jiran-jiran," katanya melalui Tweeter yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Dalam 'tweet' yang berlainan, Ambiga turut memuji sikap staff-staf DBKL di bawah 'En.Zulkifli' yang disifatkan peramah dan efisyen dalam menjalankan tugas. Dari Blog Raja Laut

Sebelum dan selepas 28 April yang lalu dua agensi inilah yang dia kutuk habis-habisan dan tidak ada langsung rasa hormat beliau. Patut ke dia mengatakan masa 'suntuk' untuk mengalihkan perhimpunan haram dari Dataran Merdeka ke Stadium Merdeka pada hal hari Rabu ada 24 jam, hari Khamis ada 24 jam dan hari Jumaat ada 24 jam.

Pelbagai pihak membuat bantahan terhadap beliau namun beliau semakin galak. Pelbagai pihak membuat rayuan tetapi tidak diendahkannya. Dia angkuh dan sombong dalam setiap perundingan dengan pihak berkuasa. Dia berkeras untuk meneruskan agenda kotornya sambil mengeluarkan gigi taringnya.

Hari ini dengan sedikit 'gangguan' dia sudah mula bercakap soal privasi, soal keselamatan dia, keselamat rumah dia dan tidak sepatutnya ada orang boleh dibenarkan berniaga di hadapan rumah dia..

Agaknya jika DBKL dan polis tidak bertindak mahu dia mengadu sehingga ke PBB atau Queen Council ni..

Wahai Ambiga, biarlah mereka berniaga di depan rumah kamu tu, selagi mereka tahan. Lagipun bukannya mereka nak berkhemah, bukan nak buat bising, bukan nak buat maksiat dalam khemah, bukan nak buat semak.. mereka nak berniaga, pelanggan pulak ramai.. biarlah mereka nak mencari rezeki di negara yang bebas merdeka ini. Berilah mereka kebebasan. Bukan ramai pun, bukan 300,000 ribu orang, bukan 200,000 orang, bukan 22,700 orang, cuma 60 orang sahaja.    

Dulu Lain..Sekarang Lain..Dulu DPP Kini Peguam Bela..

Nuar, Azmin dan Badrul Hisham di dakwa di Mahkamah Sesyen 5 pagi tadi akibat menyertai perhimpunan haram. Mereka telah melanggar perintah mahkamah  dan  dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.



Biasalah ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan pada bulan Julai kelak. Sepatutnya mereka mengaku sahaja bersalah, memudahkan kerja mahkamah, menjimatkan masa, tenaga dan wang rakyat. Dah terang-terang melanggar perintah mahkamah, orang kampung pun tahu itu salah.

Oh ya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidien yang dulu Timbalan Pendakwa Raya dan Ketua Pendakwa masa kes liwat Saiful kini mungkin dah join Kompeni Karpal kot dan bertindak sebagai Peguam Bela Nuar.

Bertambah lagi koleksi kes mahkamah Nuar... rekod dunia ni..


Related Story

Dua Isu Yang Pakar Sain Dan Pakar Agama Angkat Tangan..

Siapa ni???


Ni capo pulak ni??

 
Berita TV jam 8.00 malam ini mengesahkan kepada kita bahawa dua 'isu besar' yang gagal ditangani oleh pakar dalam bidang masing-masing. Sebab kegagalan mereka ialah kerana pihak pembangkang sudah buta hati untuk menerima kebenaran.

Isu pertama ialah isu muzakarah PAS dengan UMNO. Nik Aziz meletakan satu lagi syarat untuk merealisasikan muzakarah tersebut iaitu UMNO mestilah menerima Islam. Dalam bahasa rengkasnya menolak Islam bermakna kafir. Tak tahulah jika Nik Aziz ada tafsiran lain.

Sejak dulu dia menuduh UMNO tolak Islam.. UMNO tolak Islam.. UMNO tolak Islam. DAP tolak Islam tak apa sebab DAP tak faham agama.

Tokoh-tokoh pondok di Kelantan tersinggung sangat dengan kenyataan Nik Aziz yang tak sudah-sudah mengatakan UMNO tolak Islam. Apa yang UMNO tolak Islam tidak pernah pula dihuraikannya.

Dalam hal ini pakar-pakar agama nampaknya kebingungan dan tak tahu apa nak cakap lagi dah. Apa sahaja yang cuba dijelaskan, Nik Aziz akan letak tanda nokhtah iaiitu UMNO tolak Islam.

Kata prof Mohd Nor Deris, PAS sanggup menerima bantuan dari DAP, Buddha, Kristian, Jin dan Syaitan jika  puak-puak tersebut boleh menerima cara PAS dan boleh membantu kemenangan PAS. Jika ada ahli-ahli PAS yang bersetuju dengan fahaman Nik Aziz ini, anda hendaklah berhati-hati. Anda boleh dikira bersyubahat.

Isu kedua ialah isu Lynas. Puaslah pakar-pakar sains dan pakar Nuklear dari dalam negara, dari luar negara, dari pihak kerajaan dan dari puak pembangkang mengatakan bahawa Kilang Nadir Bumi Lynas di Gebeng Kuantan TIDAK berbahaya.. TIDAK berbahaya..TIDAK berbahaya..

Namun puak-puak yang buta mata, buta hati dan pekak tuli sudah tidak mahu lagi menerima sebarang penjelasan daripada pakar-pakar tersebut kerana mereka melihat isu Lynas boleh memberikan sedikit keuntungan politik kepada mereka.

Kilang Nadir bumi yang terbesar di dunia terletak di negara China dan menguasai 90% dari keperluan dunia. Kilang di Gebeng dijangka akan menguasai 30% setelah beroperasi kelak.. Ada muslihat lain ke kenapa isu ini terus diperjuangkan oleh pakatan haram?????

Kerajaan pula telah mengambil bermacam-macam tindakan hingga membentuk Pendengaran Awam kerana ingin melayan kerenah pembangkang ini. Siapa sebenarnya yang kerajaan nak bela ini??? Pakatan haram atau rakyat yang dahagakan pembangunan?? Peluang pekerjaan yang akan diwujudkan oleh Kilang Nadir Bumi Lynas ini kelak ialah lebih 888 orang. Ekonomi hiliran di kawasan tersebut akan berkembang dan penduduk setempat akan menerima manafaatnya kelak.

Kerajaan yakin ke tidak dengan pakar-pakar dalam dan luar negara ini???? Kalau dah yakin teruskan sahaja dan jangan dilayan lagi hiruk pikuk pembangkang.

Kalaupun kilang tersebut dibatalkan dan kerugian telah tersedia menunggu dengan tuntutan pampasan daripada pelabur, apakah puak pakatan haram akan berterima kasih?. Apakah mereka akan senyap? Apakah mereka tidak lagi menyebutnya dalam ceramah-ceramah mereka??

Pengerusi SPR baru sahaja menyebut sebentar tadi bahawa dari 10 cadangan pembangkang, SPR terima 7 dan akan dilaksanakan dalam PRU13 nanti. Pengerusi SPR melontarkan pertanyaan, "ada ke  pembangkang nak berterima kasih?, tak ada..ada nak menghargai? tak ada"

Malah pembangkang tetap menjadikan SPR sebagai bahan momokan dan isu kempen mereka kerana itu yang mudah terpahat di hati rakyat. Ia SPR ikut kehendak mereka, tetapi mereka cari dan ikut jalan lain, hentam tetap hentam.. Ini perangai pembangkang di Malaysia sejak dahulu, kini dan selamanya, lebih-lebih lagi sejak kemunculan Nuar Brahim.

Ada ke pembangkang Malaysia nak menghormati kerajaan? Tak ada. Jika itu keadaannya, selepas segalanya dilakukan, kerajaan juga sepatutnya tidak perlu untuk menghormati pandangan pembangkang. Stop.  

Oopp terlupa pulak, menyebut isu Lynas teringat demontrasi hijau dan permukiman pakatan haram di Kuantan, lalu teringat pulak Jokiden kepada Ostat Badrooooooooolllllllaminnnnnnnn... Mano poie eaa???

Monday, May 21, 2012

GEMPAR!!!..Muktamar Luar Biasa PAS Meluluskan Usul-Usul Berikut..


Wahai ahli-ahli PAS masanya telah tiba untuk bertindak. Jalankan gerakan untuk mengadakan Muktamar Luar Biasa atau Mesyuarat Agung Tergempar dan berbahaslah dengan berani lalu mengambil keputusan-keputusan berani demi masa depan parti.

Kalian boleh jika kalian mahu..

Berubah.. transform.. jika tidak mahu diubah..

Sehari dua ini nampaknya ramai sangat pemimpin PAS yang membuat kenyataan ekoran daripada kenyataan Nik Aziz tempoh hari dimana PAS dan UMNO perlu bermuzakarah.

Mahpoozzz Bean dalam reaksinya atas isu berkenaan memilih hendak merantau keseluruh negara bagi menerangkan tentang perjuangan sebenar PAS. Dah 60 tahun baru dia sedar yang orang masih tak faham dengan perjuangan sebenar PAS atau setelah 60 tahun PAS masih gagal menerangkan sesuatu. Atau selama ini semua perjuangan PAS tidak benar, yang benar ialah apa yang akan Mahpooozzz terangkan nanti.

Mustapha Ali pulak kata muzakarah hanya atas isu penggunaan nama Islam dalam parti PAS. Tidak termasuk langsung isu hendak bekerjasama dengan UMNO.

Ada juga yang melihat kenyataan tetiba Nik Aziz tersebut ialah sebagai ugutan halus terhadap DAP. "kau banyak cakap aku akan kerja sama dengan UMNO, aku keluar dari pakatan haram ini.."  Mungkin itu yang bermain dalam kepala Nik Aziz.

Akan ada lagi kenyataan-kenyataan akan keluar kelak dari pelbagai pihak sehinggalah Nuar Brahim bersuara dan semuanya akan bisu kembali dan sandiwara tersebut akan berakhir begitu sahaja. Biasalah selepas itu mereka akan tanpa segan silu menyalahkan media arus perdana, putar belit dan berniat jahat.

Elok PAS mengadakan Muktamar Khas, Muktamar Tergempar, Muktamar Luar Biasa atau atas apa nama sekalipun dalam waktu terdekat ini dan membincangkan usul-usul  pokok serta mengambil keputusan atau resolusi segera seperti berikut:

1. Menyedari penggunaan huruf 'A' dalam singkatan parti PAS banyak mengelirukan ahli parti kerana berkemungkinan membawa makna PAS Parti Ajaran Sesat, maka diputuskan bahawa huruf 'A' diganti dengan huruf 'I' lalu jadi 'PIS' atau gugurkan terus perkataan Islam  dari parti PAS.

2.  Menyedari bahawa kekuatan dan kekuasaan politik orang Melayu mungkin berkurangan maka PAS dengan ini mengambil ketetapan untuk KELUAR daripada pakatan haram dan bekerjasama dengan UMNO.

3.  Mengakui hakikat luahan hati seorang penyokong PAS dalam TV3 baru-baru ini di mana dia telah 40 tahun menyokong PAS tetapi masih diberikan air berwarna coklat sebagai balasan atas kesetiaan beliau, maka Muktamar bersetuju untuk memilihnya sebagai calon dalam PRU13 nanti.

4.  Memandangkan PAS merupakan parti kedua terbesar Orang Melayu, maka peruntukan kerusi yang akan ditandingi oleh PAS mestilah kekal seperti yang dimenangi dalam PRU12 dahulu, ini adalah syarat untuk bekerjsama dengan UMNO. UMNO mesti memberi laluan.

5.  Menyedari pengaruh kumpulan Nuar mula menguasai perjalanan parti maka Muktamar hari ini memutuskan untuk memecat ke semua pemimpin yang mempunyai kecenderungan untuk memihak kepada Nuar dengan serta merta termasuk Timbalan dan Naib Presiden.

6.  Menginsafi bahawa jawatan Mursyidul Am PAS tidak wujud dalam perlembagaan parti, maka perhimpunan ini mengambil ketetapan bahawa Presiden Parti mestilah berkuasa penuh dalam semua urusan parti dan Nik Aziz diberhentikan serta merta.

7.  Menyedari DAP tidak faham-faham tentang Islam dan tidak akan mahu memahaminya maka Muktamar hari ini mengambil keputusan bahawa sebarang kerjasama dengan parti tersebut dalam apa hal sekalipun adalah tamat serta merta. 

8.  Menginsafi bahawa UMNO sejak dulu kini dan selamanya lebih banyak membangun dan memertabatkan Islam di bumi bertuah ini maka PAS hari ini mengambil ketetapan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada UMNO. Hidup UMNO!!!!

9.  Menyedari bahawa tidak molek untuk bersikap hipokrit maka Muktamar pada hari ini memutuskan supaya pemimpin dan ahli-ahli PAS yang telah mengambil BR1M dan juga Durian Runtuh supaya memulangkan semula wang tersebut. Wang yang kita kata haram, tidak akan menjadi halal walaupun diambil secara bersembunyi.

10. Menginsafi kenyataan beberapa pemimpin PAS yang mengatakan mengundi PAS masuk Syurga sedangkan Mufti Perak mengatakan bahawa Syurga dan Neraka adalah urusan Allah swt, maka Muktamar hari ini memutuskan bahawa kenyataan pemimpin parti adalah menyeleweng dan mereka harus bertaubat.

11. Menginsafi bahawa jumlah kerusi kaum Melayu mungkin tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan maka Muktamar pada hari ini bersetuju supaya bai'ah TIDAK dilakukan ke atas mana-mana calon PAS yang bertanding dalam PRU 13 kelak. Ini juga untuk mengelakan berlakunya 'Cina Buta' dalam usia lanjut.

SELAMAT BERMUKTAMAR...

Related Stories:

PAS MULA DITIMPA MUSIBAH

SIAPA YANG MENYEKAT KEBEBASAN BERSUARA DI SINI..



Bob Lokman pun bebas berdakwah...
 

Bebas ada batasannya. Kebebasan ada hadnya. Dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi hak kebebasan rakyatnya mestilah terkawal mengikut undang-undang. Umpamanya hak individu untuk bersuara, hak asasi, hak golongan minoriti dan hak golongan majorit sudah ditentukan dan harus dipatuhi.

Maknanya kebebasan mutlak sehinggakan menyusahkan orang lain sudah tentu tidak dibenarkan. Contohnya, adalah tidak dibenarkan seseorang itu memaki hamun dan mencerca orang lain sesuka hatinya dan sewenang-wenangnya walaupun itu merupakan hak dia untuk berbuat demikian.    

Di negara ini ada kalanya orang tersilap taksir dengan hak kebebasan yang selalu dilaung-laungkan pihak pembangkang. Mereka seolah-olah ingin mempunyai kebebasan tanpa had. Bukan begitu. Namun yang ingin dibicarakan di sini bukanlah tentang hak kebebasan rakyat Malaysia yang nyata lebih baik berbanding sesetengah negara lain, sebaliknya tulisan ini ingin merungkai tuduhan, tohmahan, sindiran serta kecaman terhadap kerajaan yang dikatakan pihak pembangkang selama ini.

Terkini kerajaan meluluskan Akta Perhimpunan Aman. Akta ini sebenarnya walaupun siang malam dituntut oleh pembangkang, namun apabila kerajaan bersedia untuk melaksanakannya mereka tiba-tiba menunjukkan bantahan terhadap akta tersebut.

Kadang-kadang kita pelik dengan perangai pihak pembangkang ini yang sentiasa tidak merasa puas dengan apa yang kerajaan lakukan bagi memenuhi tuntutan mereka.

Kebebasan Media juga ada batasnya. Ini berlaku di seluruh dunia, sebab itu ada apa yang disebut sebagai etika kewartawanan. Tugasan wartawan tetap menerima risiko, malah ramai yang terbunuh dimedan pertempuran ketika menjalankan tugas sebagai pelapor. Semasa demontrasi bersih3 dikatakan ada wartawan yang dikasari polis akibat tidak dikenali, akibat menyamar dan akibat tidak menghiraukan arahan polis.

Semasa menyambut hari kewartawanan sedunia, akhbar cina seolah-olah berkabung. Mereka menuntut kebebasan media.. kebebasan yang bagaimana lagi yang mereka mahu. Wartawan bukan 'raja' wartawan juga rakyat biasa.


Di negara Malaysia ini pihak berkuasa bertanggung-jawab memelihara keamanan dan ketenteraman rakyat. Akhbar tidak dibenarkan sepenuhnya memainkan isu perkauaman memandangkan komposisi kaum terbesar di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India akan mudah dibakar semangatnya dengan isu perkauman. Disamping itu sensitiviti agama juga tidak dibenarkan sama sekali dimainkan atau dimuatkan di dada akhbar.


Lain daripada itu apa yang kerajaan cuba kawal sehinggakan pembangkang di negara ini sibuk memainkan isu tidak ada kebebasan bersuara. Benarkah atau mereka sememangnya mahu bebas tanpa had supaya mudah mereka hendak menghuru harakan masyarakat.    Keliru rakyat dengan apa yang disebut oleh pembangkang sebagai kebebasan bersuara ni.


Tan Sri Kadir Shiekh Fadzir juga dalam videonya mengatakan kerajaan menyekat kebebasan bersuara. Mengongkong media..Hairan kita mendengarnya. Bolehkah pembangkang menyenaraikan dengat tepat berapa ramai yang kerajaan telah dakwa rakyat atau pemimpin pembangkang atas alasan melanggar hak bersuara?? Banyak kes kah?? Ramai ke yang kena denda?? ramai ke yang kena penjara sebab hal ini??


Siang malam mereka bebas bersuara, malah sudah terlebih bebas pula. Siang malam mereka berceramah tanpa sekatan. Siang malam mereka membuat fitnah kering, tak ada juga kerajaan dakwa mereka. Ribuan CD dibuat dan diedarkan kepada ahli, tak disekatpun.


Harakah, Roket dan Suara Keadilan dan TVPAS, sarat dan padat dengan kutukan serta maki hamun terhadap kerajaan tanpa peduli dengan etika penulisan, tak ada juga kerajaan sekat. Yang melampau, sekali dua adalah KDN panggil, itupun sekadar untuk meminta penjelasan dan akhirnya diberi amaran.


Saman individu memang ada seperti yang dilakukan oleh Dato' Seri Rais Yatim, itu sebenarnya untuk membersihkan nama baik beliau serta keluarga kerana difitnah begitu teruk oleh pembangkang


Umi Hafilda ada juga menyaman, itupun kes peribadi. Begitu juga Nuar dan Dr Hassan Ali, terpaksa menyaman kerana mereka rasa difitnah. Jadi mana tak bebasnya??.


Tindakan saman oleh Nuar mungkin ada benarnya untuk menyekat kebebasan bersuara kerana hendak mengelakan musuh-musuh beliau daripada terus membongkar kisah beliau. Tak apalah. Itu hak dia.


Ramai yang berpendapat kebebasn bersuara yang dinikmati oleh rakyat negara ini sebenarnya sudah lebih dari cukup. Buktinya penceramah-penceramah politik pembangkang yang baru hendak belajar memegang pembesar suara pun sudah berani begitu lantang menyerang pemimpin kerajaan. Mereka tetap tidak diambil tindakan. Ingat kisah pulut tiga tingkat, kisah cincin RM24 juta.?? Cincin termahalpun dalam dunia ini baru berharga RM9 juta.


Penulis blog tak usah ceritalah, beribu jumlahnya yang mengambil kesempatan daripada sikap terbuka kerajaan dalam hal bersuara ini.


Ada juga cabaran-cabaran pihak tertentu terhadap Perdana Menteri supaya menyaman pihak-pihak yang memfitnah beliau. jika itupun PM hendak layan, maknanya beliau tidak akan mempunyai masa selain sibuk menguruskan saman beliau yang tentunya berjumlah begitu banyak. Esok sekali PM tidak menyaman, maka orang akan menganggap isu tersebut benar belaka. Oleh itu beliau mengambil sikap... lantaklah nak kata apapun, nak fitnah apapun.. akhirnya rakyat akan menilai juga. Kan pembangkang selalu sebut rakyat sudah bijak..


Relevan kah isu kebebasan bersuara ini hendak digembar gemburkan???

Sunday, May 20, 2012

Tun Mahathir Turut Bersetuju Muzakarah UMNO Dengan PAS


 
"Kono kabo nie.." "gapo dio?" "isu hudud" "oyak doh kn.." "isu muzakarah.?" "kawe stuju."

Ingat di hati nak berhenti seketika daripada menulis pasal PAS ini. Gencatan senjata bikinan sendirilah kononnya. Saja nak bagi peluang kepada kisah muzakarah ini menjadi kenyataan. Tup, tup keluar pulak pelbagai syarat... maka kena tulis semulalah. Tun Mahathir juga berpendapat UMNO dan PAS perlu duduk berbincang demi kebaikan orang Melayu.

Ramai yang menduga, samada ahli parti, penyokong tegar, pemimpin parti dan juga pemimpin serta ahli parti lawan berpendapat sebarang kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz mengenai dasar parti, mestila ada tempoh bertenangnya. Ini kerana kita sedia maklum bahawa Nik Aziz ni bercakap hari ini lain, bercakap esok mungkin lain.

PM juga dulu pernah komen, "boleh percaya ke ni, sekejap lain, sekejap lagi lain pulak..sekejap ia, sekejap tidak"

Sehari dua ini kita lihat berebut-rebut pemimpin kecil dan pemimpin besar PAS untuk membuat kenyataan balas tentang apa yang pemimpin tersohor mereka telah cakapkan. Angin tidak, ributpun tidak, tetiba je terkeluar dari mulut Mursyidul Am PAS yang berhajat nak bermuzakarah dengan UMNO. Blog pembangkang juga banyak yang mengulas tentang isu ini, biasalah dengan bahasa lucah mereka.

Isu muzakarah dengan UMNO ini tidak jauh bezanya dengan isu hudud PAS. Ia timbul bila diperlukan. Bila tak perlu dibakul sampahkan atau di simpan dalam peti sejuk buat sementara waktu. Jangan kita lupa bahawa isu ini bukan kali pertama ditimbulkan oleh PAS, banyak kali dah dan biasalah dua pemimpin utama mereka yang memulakan balingan bola di tengah padang.

Sekarang ini dalam ceramah-ceramah PAS mereka mula mengatakan bahawa jangan layan isu muzakarah ini kerana ia ditimbulkan oleh UMNO kerana menyedari UMNO kini lemah. Pulak.. mereka terbalikan. Tak percaya dengar ceramah Utz Kamizan Hamzah..

Karpal Singh tentulah tidak berminat untuk mengulas tentang isu ini walaupun ditanya oleh wartawan. Dia faham sangat yang dia tidak boleh terlalu kelihatan mencampuri urusan luar dan dalam parti rakan sekongkolan DAP itu. Nanti tersilap komen tak pasal-pasal pulak dia dihentam kiri kanan oleh UMNO dan PAS. Tindakan bijak ialah mendiamkan diri. Tunggu dan lihat.


Apabila semuanya sudah berkata-kata nanti maka bro Nuar akan memanggil sidang akhbar, lalu mengatakan isu muzakarah tersebut adalah agenda politik murahan UMNO. Habis cerita. Yang lain-lain akur sahajalah dengan kata putus dari Nuar tersebut.

Mengulas tentang syarat yang diberikan oleh Hj Hadi dan Nik Aziz, mungkin ada wajarnya mereka mengenakan syarat yang ketat tersebut kerana PAS adalah sebuah pertubuhan politik yang sangat hebat dan berpengaruh di negara ini. Bukti-bukti kehebatan PAS, Nik Aziz dan Hj Hadi ini adalah berdasarkan perkara-perkara di bawah: Sebahagian sahaja ni.

1. Keahlian PAS sangat besar hampir 1 juta orang. UMNO cuma 3.5 juta sahaja,
2. PAS memperjuangkan Islam, UMNO tidak seberapa,
3. PAS membina infrastruktur Islam lebih dari UMNO,
4. PAS membina lebih banyak Masjid dan surau, UMNO sikit je,
5. PAS menyediakan peruntukan berbillion ringgit setahun untuk syair Islam, UMNO ciput je,
6. PAS menyediakan biasiswa yang banyak untuk pelajar mempelajari tentang Islam, UMNO???,
7. PAS menaja beratus ribu pelajar ke luar negara, UMNO ala sikit je..,
8. Pemimpin PAS tidak korup.. Pemimpin UMNO??? rasuah giler,
9. PAS lebih Islamik dalam pertuturan dan pakaian, UMNO tidak seberapa,
10. Ceramah PAS penuh dgn ilmu, ceramah UMNO penuh dengan hasutan/fitnah dan adu domba.
11. Media PAS tidak berat sebelah, adil, media UMNO asyik cerita kebaikan UMNO/BN saja.
12. Pemimpin PAS tidak zalim, pemimpin UMNO amat zalim, menindas rakyat,
13. Pemimpin PAS alim-alim, warak, pemimpin UMNO penuh dengan dosa,
14. Pemimpin PAS terbuka, pemimpin UMNO diktator, tak boleh dikritik, suka pecat ahli,
15. Pemimpin PAS tidak riak, pemimpin UMNO takbur dan menunjuk-nunjuk,
16. Pemimpin PAS hidup sederhana, pemimpin UMNO berfoya-foya, mewah,
17. Pemimpin PAS tak ramai yang terlibat maksiat, pemimpin UMNO sentiasa hidup dlm maksiat,
18. Pemimpin PAS bijak mentadbir, pemimpin UMNO tak tahu mentadbir,
19. Pemimpin PAS menjamin keselamatan rakyat, pemimpin UMNO menzalimi rakyat,
20. Di bawah pemerintahan PAS negeri makmur, di bawah UMNO negara porak peranda,
21. PAS menggalakan demontrasi haram, UMNO menentang hak rakyat untuk berdemontrasi,
22. PAS dalam keadaan kuat sekarang dgn sokongan DAP dan PKR, UMNO dlm keadaan lemah,
23. PAS, DAP dan PKR tidak rasis, UMNO amat rasis,
24. Pemimpin PAS semua boleh jadi imam, pemimpin UMNO seorang dua je, selebihnya makmum,
25. PAS tak pernah menyalahgunakan duit rakyat, merembat duit rakyat menjadi amalan UMNO,
26. PAS tidak pernah menipu dalam pilihanraya, UMNO menang sebab sepanjang masa menipu.

Berdasarkan fakta-fakta di atas adalah wajar PAS menjauhkan dirinya daripada UMNO supaya semua kudis dan nanah UMNO tidak terpalit kepada PAS.