Monday, May 7, 2012

Glamour, Lebih Sudu Dari Kuah...Kadiaq Akhirnya Diboikot..


Wah dikawal ketat tu...selamat.. siap paut tangan Tuan Presiden


Tak boleh tahan, melampau, mengada-ngada, lupa daratan dan menghabihkan bogheh... Itulah antara rungutan yang kedengaran apabila sejak akhir-akhir ini Kadiaq ABU sering mengambil bahagian dalam ceramah mega PAS.

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, terus je dia lena, seperti kaduk naik junjung. Begitulah ibaratnya apabila PAS memmberi ruang kepada Kadiaq Bowtie ni untuk turut bersama dalam mana-mana ceramah yang dianjurkan oleh PAS khususnya yang dihadiri oleh Presidennya. Jokiden tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh Dinturtle seperti yang dipetik sebahagian daripadanya di bawah posting ini.

Semakin hari nampaknya kehadiran Kadiaq semakin nah mempunah ranahkan PAS. Ramai ahli PAS sudah menyedarinya dan ramai yang mahu membuat andaian Kadiaq sebenarnya dihantar oleh UMNO untuk menjadi talibarut BN. Biasalah puak-puak tersebut dengan teori mautnya iaitu semuanya salah UMNO, UMNO dan UMNO.

Kesediaan PAS memberi ruang kepada Kadiaq untuk menjadi senjata tajamnya yang baru nampaknya sudah mula menikam tuan. Kadiaq yang sudah lama tidak dikompangkan, tidak didudukan di atas pentas dan tidak lagi berpeluang bersyarah di pentas utama seolah-olah mendapat nyawa baru. Semasa Demontrasi Bersih dia diberi kawalan seperti VVIP dan juga baju kuning percuma. Harapan PAS dengan kehadiran Kadiaq akan membawa laba akhirnya disedari pula ianya membawa bala.

PAS kononnya ingin menunjukkan bahawa UMNO semakin dijauhi, UMNO semakin tidak relevan dan UMNO semakin ditinggalkan oleh tokoh-tokoh veterannya. Sebab itu kehadiran Kadiaq disambut dengan dulang emas. Di kem PKR juga keresahan dengan kehadiran kadiaq telah mula kedengaran. Kah..kah..kah... Jika hendak dihitung tokoh pembangkang yang keluar parti dengan tokoh BN, jumlahnya nyata jauh berbeza.

Dua keadaan yang kehadiran Kadiaq tidak disenangi oleh ahli dan pendengar PAS. Pertama bila diberi peluang berucapa dia menguasai pentas. Tempoh yang lama diambilnya. Berpuluh kali orang melihat jam tangan tanda bosan,  dia masih belum mahu berhenti. Nota-nota yang dihantar suruh dia berhenti berucap disangkanya pujian supaya dia meneruskan ucapan. Masa yang dia ambil hingga 90 minit menyebabkan Hj Hadi yang menunggu untuk berucap selepas itu hanya tinggal masa kecederaan sahaja.

Keduanya dalam ucapan dia, kebanyakan perkara yang dia sentuh ialah segala macam pujian terhadap UMNO dan kepimpinan masa lampau UMNO. Ini secara tidak langsung memberi ingatan kepada pendengarnya bahawa jasa UMNO amat, amat, amatlah besar kepada dia, kepada rakyat, kepada PAS dan kepada Hj Hadi..

Itu semua tidak menyenangkan ahli PAS dan Kadiaq akhirnya dicadangkan supaya tidak lagi diberi ruang untuk berceramah bersama Hj Hadi. Itu sebagai permulaan, penamatnya ialah Kadiaq jangan langsung diberi peluang dan jangan dijemput sebagai penceramah. Selepas ini Kadiaq terpaksalah berjumpa dengan Presiden Perkasa, atau Presiden Mubarak untuk mendapatkan slot untuk berceramah.. hahaha..

 
Mari kita ikuti sebahagian daripada sedutan yang dipetik dari blog Dinturtle:

ITU yang kita dengar dan baca dari media Pas.

Yang kita tidak akan baca pula adalah bagaimana resahnya hadirin asyik melihat jam ! Bukan hanya kerana terlalu lama Kadir berucap tapi juga kerana Kadir telah berjaya melakukan sesuatu yang tidak ada pemimpin Umno pernah lakukan - berucap panjang lebar didepan ribuan penyokong Pas tentang betapa BAIK, MULIA dan SUCInya pemimpin2 Umno lama !

Kadir begitu menyanjung tinggi allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan beberapa lagi pemimpin lama Umno. Kadir juga menyekolahkan penyokong Pas tentang sejarah lama Umno memperjuangkan Kemerdekaan ! Betuuuuul ....... hahahaha .... nak tergelak pun ada melihat ribuan penyokong Pas jadi serba salah, teriakan Takbir macam tersekat dikerongkong tiap kali Kadir berikan punchline nya.

Tak tahulah kenapa Kadir tidak menyebut nama Tun Razak ..... tapi diulang2nya beberapa kali nama tokoh2 Umno lama yang lain. Kata kadir, segalanya mula berubah semasa Umno dibubarkan zaman Tun Mahathir. Maknanya, bagi Kadir yang telah lebih 50 tahun bersama Umno, Umno adalah parti yang terbaik sehinggalah tahun 1987 !

Bayangkanlah reaksi kepala-kepala ABU yang TERPAKSA mendengar semua itu hehehehehe .... saya kata TERPAKSA sebab mereka kena hormat pada Haji Hadi yang berada bersama Kadir diatas pentas. Kadir kan sudah mendapat restu dari Nik Aziz ...... HAHAHAHAHAHAHA ....

Sebab itu saya katakan yang SAYA TABIK PADA SHEIKH ABD KADIR , anda berjaya membuat penyokong Pas menerima hakikat sumbangan Umno dan tokoh2 lama Umno dalam memerdekakan negara dan seterusnya memerintah negara untuk beberapa lama ...... ( sebelum Umno rosak menurut kata Kadir )



"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment