Wednesday, May 9, 2012

Bila Durian Sudah Runtuh..Tandanya..Jeng!! Jeng!!..Jeng!!?

Di Sandakan.. 20/4/12


Melihat PM DSN makin teruja, makin santai dan semakin 'cool' ramai juga dikalangan pemimpin pembangkang yang bertambah pening dan sukar tidur malam. Tidak pernah mereka melihat seorang Perdana Menteri yang dihujani dengan pelbagai cabaran, tetapi masih mampu tersenyum. 

Sekurang-kurangnya wajah melambangkan hati. Wajah adalah cermin hati. Orang katalah. Jika muka berkerut tandanya fikiran tengah berserabut. Ada juga orang yang mampu menyembunyikan perasaan hatinya lalu apa yang dipancarkan oleh wajah tidak melambangkan apa yang ada sebenarnya dalam hati mereka.

PM bukan sahaja ceria setiap kali menemui rakyat tetapi juga kelihatan bertenaga dan tidak 'lomau' (bahasa NS, Maksudnya lesu) walaupun terpaksa mengharungi jadual harian yang padat. Ini melambangkan keyakinan beliau yang tinggi dan nampaknya beliau sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. Hahaha Bila??? bila?? Bubar Mei, mengundi Jun, possible, possible.. mungkin. Atau nak tunggu September, lepas raya???

Ada tak rakan-rakan bloger yang menyemak program PM dan TPM ke luar negara?? Ada tak pembatalan program tersebut?? Umpamanya 17 Jun ke, 18 Jun ke.. Kalau ada soheh tu Parlimen nak bubar. Sedia je lah.

Apapun rakyat juga nampaknya sudah bersedia untuk ke peti undi. Harap-harap ada rakan bloger yang membuat undian bila hendak mengundi. Tahun inikah atau tahun hadapan.

Pembangkang nampaknya belum bersedia, jika lagi lambat lagi mereka suka. Sebab itu mereka buat macam-macam hal dan helah. Tak nak bubar DUN lah, nak tungguh SPR benar2 'bersih' lah, nak buat berasinganlah.. Ish..Ish.. Takut cakaplah takut. Takut rakyat menjadi hakim negara??? Sibuk betul pembangkang ni mintak PM beritahu awal-awal tarikh PRU13. Tak logik langsung, keistimewaan itupun mereka nak kongsikan dengan PM..

Macam-macam alasan yang mereka sediakan sekiranya mereka kalah kelak. Alasan yang paling mujarab biasalah kita pun tahu, ialah SPR menipu, SPR tak telus, SPR tak bersih, ramai pengundi hantu..bla..bla.. apa lagi alasan??? Nak salahkan polis tak boleh dah, apa kena mengena dengan polis pulak bila rakyat dah membuat keputusan. SPR je lah yang mereka ada..hahaha.. tau dah.

Yang pembangkang naik risau terutamanya PAS, ialah PM DSN ni apabila dia telah mengambil satu-satu keputusan, dihujung ucapan dia, pasti dia sebut "kepada Allah kita berserah.." Itu melambangkan kesucian hatinya. Dia bertawakkal. Pening PAS, pening.

PM nampak tenang dan santai ini mungkin disebabkan oleh semua tranformasi yang beliau perkenalkan dalam tempoh 3 tahun ini berjaya dan diterima baik oleh rakyat. Memang terdapat segelintir rakyat yang tidak memahami sepenuhnya tranformasi beliau, namun rata-rata rakyat menerimanya dan rakyat boleh menyandarkan harapan.

Jadi dijangkakan dengan 'runtuhnya durian tembaga' Felda ini pengumuman tarikh pembubaran Parlimen mungkin tidak lama lagi lah tu. Pembangkang letih dah. Dulu mereka anggap PRU 13 bulan September 2011, sebab itu mereka buat bersih2. Kemudian mereka jangkakan bulan Mei 2012 sebab itu mereka buat bersih3. Ini nak buat bersih4 pulak. Tak sempat dah, rakyat terlebih dahulu telah membersihkan mereka. 

Jokiden teringat kata-kata mantan PM Tun M apabila beliau membubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU 10 diadakan pada tahun 1999, apabila ditanya kenapa pilih tarikh tersebut.. "Saya tak boleh lagi dah nak motivate rakyat, setakat tu je lah.." Maknanya dia juga bertawakkal.. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. Ternyata Terengganu ketika itu bukan setakat tenggelam tetapi hanyut terus.


Ps: Keindahan terdapat di dalam ketidak tentuan, tetapi ketidak tentuan adalah lebih indah..

No comments:

Post a Comment