Wednesday, May 9, 2012

Apa Lagi Tunggu Nasharuddin...Cabutlah....




Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Nasharudin Mat Isa dan menyifatkan kebimbangan bekas timbalannya itu berhubung penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak harus dilayan.
Abdul Hadi berkata, kebimbangan Nasharudin itu hanyalah suara kecil dalam parti dan Pas hanya akan mendengar suara daripada pihak yang besar seperti parti politik atau kerajaan, bukannya daripada seorang individu.
“Saya mewakili pemimpin-pemimpin Pas merasakan tidak perlu melayan pandangan individu. Saya hanya akan melayan pandangan kerajaan dan pihak-pihak yang kita anggap besar.
“Pandangan yang kecil-kecilan ini kita tidak perlu dengar," katanya kepada pemberita pada Program Santai BBQ Bersama Presiden Pas di sini hari ini.
Nasharudin meluahkan kebimbangan beliau terhadap penularan gejala LGBT dalam wawancara Mingguan Malaysia hari ini dan menyatakan hukuman Allah SWT terhadap perbuatan terkutuk kaum Nabi Lut AS sebelum ini sepatutnya dijadikan iktibar oleh setiap umat Islam.-Utusan

Kenyataan Presiden PAS tersebut jelas menunjukkan bahawa bekas Timbalan Presiden itu kini hanya seperti melukut di tepi gantang. Kehadirannya di dalam PAS sudah tidak diperlukan lagi. Adakah patut Hj Hadi menganggap Bekas Presiden PAS ini sebagai 'orang kerdil' dan pendapat serta buah fikiranya bertaraf budak tadika yang tidak perlu dilayan atau diberi perhatian.

Inilah dia sebenarnya perangai Pemimpin PAS. Cuba Nasharuddin terus-terusan menhentam UMNO sudah pasti dia masih disanjung dan dipuja walaupun beliau dikalahkan oleh Mat Sapu dalam pemilihan yang menyaksikan pengiraan undi berlarutan hingga jam 3 pagi.

Bayangkan nak mengira kertas undi sebanyak 1200 helaipun PAS mengambil masa 10 jam, apalagi kalau mereka terpaksa mengira kertas undi sebanyak 12 juta, mau sampai 3,4 bulan baru dapat keputusan.  

Pergeseran antara Nasharuddin dengan kepimpinan PAS ini bukan lagi menjadi rahsia. Nik Aziz sebelum itu telah beberapa kali mengutuk Nasharuddin ini dengan melebelkan dia sebagai agen UMNO, talibarut UMNO dan musuh dalam selimut. Pendek kata semua tentang diri Nasharuddin adalah cerminan wajah UMNO.

Kini beliau dianggap oleh Hj Hadi sebagai insan kerdil, tidak penting dan bukan orang besar. Orang besar yang harus diberikan perhatian oleh Hj Hadi ialah Nuar Brahim. Dia mengikut telunjuk Nuar Brahim secara total termasuklah dalam isu menjaga keselamatan Israel dan isu bersih tempoh hari.

Apa lagi tunggu Utz Nasha, cabutlahhhhhhhhhhh, jangan jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Tinggalkan PAS yang semakin ramai berpendapat ia sebagai parti ajaran sesat tersebut. Oopp!!! terlupa Jokiden, mungkin dulu dia pernah tanda tangan bai'ah kot, jika cabut gugur talak 3 isteri yang disayangi.. jika talak satu masih ok lagi, talak 3, kena guna cina buta wei!! Ada berani.

Itulah masalahnya dengan PAS ni, bai'ah tu biarlah benda-benda yang masuk akal sikit, misalnya jika keluar dari parti PAS kena denda RM73.00 ke, atau keluar PAS kena bawak Majlis Syura pergi umrah ke?? adalah munasabahnya. Ini sampai nak guna cina buta, tunggu je lah, walaupun hati bengkak. Alasan tetap ada seperti, "jiwa saya masih bersama PAS,..PAS masih relevan.. bla..bla.."   

"Masuk tidak memenuhkan, keluar tidak meluakkan"
"Habis madu sepah dibuang"

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment