Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan yang merana. Peribahasa lama tersebut sungguh dalam maksudnya. Orang Melayu zaman dahulu amat terkenal mempunyai kaedah tersendiri yang cermat, yang halus dan yang tidak menyinggung hati nurani dalam memberikan teguran kepada sesuatu pihak.
Daya kreatif orang zaman silam dalam mempastikan peraturan serta undang-undang dalam masyarakat dipatuhi, telah mencipta kaedah menegur yang amat bersopan. Peribahasa, simpulan bahasa, bidalan, sindiran dan kiasan digunakan dengan berkesan sekali. Cuma pada hari ini orang sudah tidak ambil pot lagi tentang sindiran tersebut.
Cuba kita perhatikan ungkapan-ungkapan ini: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Musang berjanggut. Bapa borek anaknya rintik. Tangan yang mencincang, bahu yang memikul. Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya. Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Selenggang seayun. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tidak kelihatan.
Ada beratus-ratus jumlahnya yang masih relevan sehingga ke hari ini. Terkini yang paling popular ialah Jangan jadi seperti Si Tenggang ataupun anak Si Tenggang. Satu lagi yang dipopularkan oleh Naib Presiden PAS iaitu orang gila lebih waras daripada orang tidak gila. Pada masa ini penciptaan peribahasa pula giat dilakukan oleh Karam Singh Wallia. Hahaha..
Oleh kerana gagal memahami peringatan lampau tersebut maka Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar atau lebih terkenal dengan nama glamer nya Mahpoozzz Bean (kerana dia banyak menimbulkan kelucuan) telah mengadapi masalah. dia bakal disaman RM5 juta oleh rakan separtinya dulu akibat membuat fitnah. Dia dan Khalid Samad telah menabur fitnah dengan mengatakan Datuk Dr Hassan Ali telah mendapat pembiayaan dari KBS untuk kos jelajah anti murtadnya. Datuk Dr Hassan Ali terasa tersinggung dengan kenyataan tanpa asas Mahpoozzz Bean tersebut dan dia menuntut permohonan maaf.
“Saya telah melantik barisan peguam yang diketuai oleh Hasnal Reza Merican untuk mewakili saya dalam membawa kes ini ke mahkamah,” katanya.
“Saya bawa kes ini ke mahkamah untuk membersihkan nama baik saya dan pertubuhan yang saya pimpin.” Baca seterusnya di sini.
“Saya bawa kes ini ke mahkamah untuk membersihkan nama baik saya dan pertubuhan yang saya pimpin.” Baca seterusnya di sini.
Diharapkan kes ini dapat dipercepatkan supaya hukuman setimpal dapat dikenakan kepada si Mahpoozz dan si Khalid. Biar tuntutan tersebut tinggi mengikut nilai fitnahnya iaitu RM30 juta. Nanti bila mereka gagal membayar, maka minta mahkamah penjarakan dia. Biar lama sikit supaya dia tidak layak bertanding.
Si Mahpoozzz ni bukanya banyak membawa kebaikan kepada parti, kepada rakyat dan kepada negarapun. Tidak rugi kalau dia tidak berada dalam senario politik Malaysia ini. Sejak dahulu semasa dia menjadi pencacai sehingga dia menjadi Ketua Pemuda, perangainya tidak berubah-ubah. Maki hamun dan fitnah menjadi asam garam hidupnya.
Ingatkan bila sudah jadi Naib Presiden dan dah menjadi MP, perangai dia patut berubah sikit, jadi lebih matang, lebih berhemah dan lebih berilmu. Ini tidak, masih mengekalkan cara lapuk, cara gedebe, sumpah seranah dan menjaja fitnah siang dan malam. Berhujah di Parlimen pulak ada kalanya terkeluar dari garis panduan dan batas kesopanan, hingga memalukan rakyat dari kawasan yang dia wakili. Nah rasakan.
Sekali fikir memang patut dan layak si mahpoozz ini disaman kerana dia bercakap sedap mulut je. Dia menuduh sembarangan je. Mentang-mentanglah dia memgwakili parti ajaran sesat, sesuka hati dia je nak berkata apa pun. Ini masih ramai menunggu pendedahan dia tentang Gerakan Khas Pendaftaran warga asing sebagai pengundi. Orang masih menunggu buktinya ini. Kata hari tu dua tiga hari keluarlah bukti. Mana dia atau nak tunggu SPR pulak saman.
Bila kena penjara kelak bolehlah dia 'launch' gerakan bersih dikalangan banduan yang lain. Nasib kaulah mahpoozzz..
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment