Wednesday, May 9, 2012

Tuan Guru Haji Hadi Mula Dah...Noh Gadut Sindir Nik Aziz

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Dulu sebelum ayam berkokok, Hudud akan dilaksanakan.. Kini??, "Hudud ni kena faham" 

Rakyat lama faham dah, rakyat faham cakap atau janji orang belum dapat kuasa dengan cakap orang setelah memegang kuasa memang berbeza. Di PP lagi teruk, janji nak hapuskan tol tidak perlu ditunaikan kerana itu "janji tak sengaja, kitapun tak tahu yang kita akan menang.. "  Itupun ramai yang mahu percaya. Hahaha.


Dekat sangat dah nak pilihanraya ni, dah ada bunga-bunga hukum hudud mula keluar dari pemimpin-pemimpin PAS ni. Mari kita baca laporan di bawah:

 
"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. -
Bernama/Sinaran Harian

Bab mencipta alasan logik dan munasabah ni, pemimpin pembangkang memang pakar. Tidak mengapalah jika kenyataan dulu dan yang terkini bertentang seperti langit dengan bumi, tidak mengapa. Alasan dulu sesuai untuk masa itu, Alasan terkini sesuai untuk masa kini. Dia ingat rakyat lupa dengan apa yang dia sebut dulu.

Tak boleh laksanakan hudud sekarang sebabnya jeng!! jeng!! jeng!!

Gaji minumun belum ada (Dah ada dah 1 Mei hari tu dah umum)
Kemiskinan? (Dah tak banyak dah orang miskin dalam negara ni. Nak 100% sifar kemiskinan alamat sampai bila tak akan habis.
Masalah pengangguran? (Malaysia ni tak seteruk Amerika, nak 100% sifar pengangguran mana boleh capai)
Mesti dilaksankan ikut proses demokrasi (Demokrasi lama dah di negara ni)
Semua alasan tersebut nampaknya untuk memuaskan hati LKS dan KS semata-mata.

Sekarang ni sejak berpelukan dengan LKS, maka Hj Hadi berkata begitu, dulu jangan haraplah. Itu sebab rakyat berpendapat puak pemimpin pembangkang ni bercakap ikut sedap mulut je. Atau mereka bercakap dalam mimpi masa tidur. Sebab mereka suka tidur waktu majlis sedang berjalan. Lepas bila terjaga dan kena berucap, terus je berucap, maka apa yang ada dalam mimpi tadi terus dia sebut.

Orang depan tak segan tidur, orang di belakang apa lagilah..berdengkur.. Kalau Ibrahim Ali tidurrrrrr, siap kau..

Kalaulah kenyataan di atas keluar dari mulut Datuk Ahmad Said ke, Awang Adek ke, Dr Mahathir ke atau Ibrahim Ali, mau tak cukup tiga hari tiga malam dia mengutuk.

Berita TV malam ini memaparkan Datuk Noh Gadut, bekas Mufti Johor, berkata: "sesiapa yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan maka orang itu adalah rendah akhlaknya" 

Yang kita dengar marah sangat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan pasal demontrasi haram ni ialah Nik Aziz dan Shamsul Ketot. Sampai dia nak minta tubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Apa kita nak herankan, Mufti Alazhar Mesirpun jika mengeluarkan kenyataan yang tidak menyebelahi Nuar Brahim akan ditempelak jugak oleh Nik Aziz ni. Dia sudah taksub melampau kepada Nuar.
  
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment