Tuesday, May 8, 2012

Mak Datuk, Kenapa Begini Jadinya...




Suami RM5,000, Isteri RM5,000, Anak RM5,000

 
Terima Kasih FGVB
 
Dialog yang tidak ingin kita dengar.


Isteri: "Bang nak kemana ni pakai lawa-lawa ni?.."

Suami: "Ish kamu ni, tak dengar ke pengumuman PM tadi, aku nak ke pejabat ni?"

Isteri: "Pengumuman apa!!.."

Suami: "Durian ghuntuh dan dian gugur..kito dapek banyak bonus ni"

Isteri: "Apa kena mengena dengan abang pulak, kan abang tak suka, abang tak tandatanganpun borang hari tu, abnag hasut oghang jangan sotuju, lupo ko abang dan 7 oghang laie bawak ko mahkamah.."

Suami: "Ekau mano tau..itu politik, kalau den tak tontang aghi tu, soheh tak macam ni doh..ini sobab den dan yang 7 oghang tu lah yang dapek macam ni, tau tak.. dah, tie abang mano Pah??"

Isteri: "Iyolah tapi abang tak sain, tak dapek doh..!!! molopong yolah.."

Suami: "Ish, tulah kau mano tau, eden yang potamo sain aghitu, macam BR1M kan sonyap-sonyap yo kito dapek, tie abang mano Pah."

Isteri: "Iyo ko bang!!!!"

Pelbagai dialog boleh dicipta dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai penyenaraian FGVB. Yang pakar dalam hal ini ialah Paneh Miang dan Hussin Lompoyang. kita tunggulah dari mereka. Namun sebelum itu ikuti kenyataan di bawah. 

Kakitangan Felda turut nikmati durian runtuh

MARAN 8 Mei - Kakitangan Felda turut mendapat manfaat daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) apabila memperoleh bonus khas berjumlah dua bulan setengah gaji melibatkan semua peringkat staf selain mendapat pink form.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, bonus khas itu adalah tambahan kepada bonus yang diterima kakitangan Felda. - UTUSAN

PM minta peneroka tidak jual saham FGVH yang diberi


JERANTUT 8 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu warga peneroka tidak menjual saham Felda Global Ventures Holdings yang akan diberikan kepada mereka demi masa depan generasi Felda seterusnya.

Menurut Perdana Menteri, walaupun mereka boleh mendapat wang tunai yang banyak jika menjual saham-saham tersebut namun mereka perlu lihat kepentingan jangka panjang.

"Jika simpan jangka panjang ia boleh beranak untuk anak cucu kita dan tiap-tiap tahun kita akan dapat dividen.

"Lagi pun kita tak akan kurangkan sedikit pun apa yang tuan-tuan terima sebelum ini. Bonus produktiviti pun dapat, duit raya, pinjaman perumahan dan banyak lagi bantuan akan tetap diteruskan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Maajlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Menurut Najib, tanah peneroka yang tetap juga tidak terusik dengan penyenaraian FGVH sekali gus menangkis tuduhan pihak pembangkang sebelum ini. - UTUSAN

Sebenarnya Jokiden malas nak melayan puak-puak yang tak tau bersyukur dengan nikmat Allah swt ini. Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmat itu, sebaliknya jika kamu kufur, siksaKu amatlah pedih.

Terdapat juga segelintir peneroka yang termakan hasutan pembangkang dan menetang penyenaraian FGVB, atas alasan semuanya akan tergadai kelak.

Kok tergadaipun apo salah eaa.. tanah kerajaan, suka hati kerajaanlah nak gadaikan. Kok Nuar berkuaso pun dio nak ambek balik tanah-tanah felda ni nak bagi kek oghang lain.. Dia ingat ramai orang yang suka pergi menjadi peneroka kat Kalimantan dan Sumatra tu.

Berbuih mulut Tan Sri Isa dan Datuk Ahmad maslan menerangkannya tetapi yang mereka suka nak percaya ialah kata-kata hasutan Mazlan Aliman tu. "Tanah peneroka tak diusik... tak seincin pun tanah milik peneroka diambil oleh PKF..bla..bla.." Namun yang puak-puak penentang ni nak percaya ialah yang negatif sahaja.

Pembangkang tahu, jika peneroka berterima kasih kepada kerajaan mereka akan hilang undi bonus. Semua itu politik murahan mereka. Biar peneroka azab selamanya asalkan mereka dapat undi. Inilah politik sekolah tadika pembangkang.

Melihat imbuhan yang tersenarai di atas rasanya esok jugak Jokiden nak mohon jadi peneroka FELDA.. Huuaawaaaa!!!! Jokikau warga Felda, bukan Jokiden..

Terdapat berpuluh-puluh blog pembangkang yang menceritakan tentang perkara negatif yang berlaku dalam FELDA ini hinggakan tidak larat nak membacanya.

Impian tersembunyi seluruh  syarikat perniagaan dalam dunia ini ialah untuk berjaya di senaraikan di Bursa Saham negara mereka suatu hari kelak.


Hidup dan Tahniah  Warga FELDA. 


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment: