Monday, May 7, 2012

Nik Aziz Mengamuk Sakan... Isu Bersih Mengatasi Isu Hudud..

Selalunya menjelang pilihanraya umum talian hayat PAS yang terbukti berkesan ialah isu Hukum Hudud. Isu tersebut sejak dahulu berjaya mengekalkan kesetiaan penyokong tegar PAS kepada parti. Di mana sahaja pencacai politik PAS akan bersembang mengenai UMNO menolak hukum hudud ciptaan PAS. Untuk menambahkan asam garam kepada ramuan tersebut PAS akan memfokuskan kepada seorang individu iaitu Dr Mahathir Mohamad.

 

Cakap sahaja dalam mana-mana ceramah yang Dr Mahathir menolak hudud pasti penyokong PAS akan panas telinga. Dr Mahathir digambarkan sebagai seorang yang sangat zalim dan berkuasa penuh di negara ini dan PAS dilihat sebagai mangsa yang teraniaya. 

Dr Mahathir Mohamad tanpa belas kasihan telah diberikan gelaran yang tidak masuk akal semata-mata untuk mengwujudkan rasa kebencian dikalangan rakyat. Beliau di katakan oleh puak pembangkang sebagai bapa kepada segala diktator yang wujud di muka bumi ini. Beliau dipanggil sebagai maha zalim dan gelaran firaun selamba sahaja keluar daripada mulut setiap penceramah PAS yang pastinya akan di sahut dengan takbeerrrrrrrrrrrr!!!

Ya sedikit sebanyak pembangkang berjaya juga mengalih perhatian rakyat daripada menyayangi Dr Mahathir kepada membencinya. Kemuncak kepada peristiwa tersebut ialah kisah mata lebam Nuar pada tahun 1998. Akibat penanaman rasa benci tersebut BN hilang banyak kerusi pada PRU10 dahulu. Terengganu terlepas kepada PAS.

Dr Mahathir tidak pernah menyuruh Tan Sri Rahim Noor menumbuk mata Nuar dengan cincin siap dijarinya. Ketika itu Nuar di tahan di lokap polis. Provokasi pihak pembangkang terhadap polis ternyata sukar di terima dan dihadapi oleh Tan Sri Rahim. pelbagai kata nesta dihamburkan terhadap organisasi beliau semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu moral yang menghambat Nuar ketika itu.

Dia hilang sabar  dan mata Nuar lebam. Akibatnya UMNO/BN terpaksa tanggung kerana rakyat terkeliru dengan lakonan Nuar dan simpati datang mencurah-curah. Hasilnya ialah BN kalah banyak kerusi. Kini menjelang PRU13 Nuar sedang berlakon hebat meraih simpati daripada rakyat. Pelbagai helah lagi akan muncul selepas ini kelak yang bakal kita saksikan.

Isu Bersih hanyalah permulaan. Mungkin juga isu skandal sex Azmin Ali yang dimuat turun dalam blog sejak 13 Disember 2011 yang kini sedang hangat diperkatakan merupakan salah satu strategi meraih simpati juga. Siapa tahu??

Sejak lama dahulu isu hudud menguasai suasana kempen pilihanraya pembangkang terutamanya PAS. Isu tersebut lebih berkesan di negeri Pantai Timur. Isu tersebut timbul 4 atau 5 tahun sekali tetapi ia tetap merupakan senjata ampuh PAS. UMNO tolak hudud!!!! Ituah yang mereka jaja, lalu orang yang ingin kelihatan lebih Islamaik dan lebih alim memberikan sokongan kepada mereka.

Hj Hadi pernah berkata bahawa jika PAS menawan Terengganu, sebelum ayam berkokok hukum hudud akan dilaksanakan. Dia terlupa bahawa bercakap memangnya mudah.. Melaksanakan belum tahu. Sebab itu selepas beribu-ribu ayam selesai berkokok, hudud tidak juga dilaksanakan, maka apabila ditanya oleh wartawan selamba je Hadi menjawab "hudud hanya 0.0001% dari hukum Islam.." Maksudnya banyak benda lain tentang hukum Islam yang dia hendak lakukkan..

Tentu saja dia boleh nafikan berkata begitu, seperti dia nafikan berkata ingin menukar perlembagaan negara dan membuang Islam sebagai agama rasmi sekiranya ke Putra Jaya..

Nik Aziz tidak beberapa lama dahulu apabila merasai bahang PRU13 semakin panas telah cuba kembali dengan isu hududnya. Kitab lama hendak dibuka kembali. Namun setakat ini dia mendapati isu bersih lebih menguasi suasana dan isu hudud seolah-olah tenggelam sedikit demi sedikit.

Nik Aziz juga sudah naik syok dengan bersih hinggakan ibu jari naik, hinggakan pakai baju kuning, hinggakan mengeluarkan kenyataan adalah halal meruntuhkan kerajaan 'mungkar' melalui demontrasi haram dan hinggakan sanggup membiayai pendemo dari Kelantan yang ingin ke KL. Jangan terperanjat sekiranya dalam bersih4 kelak Niz Aziz dan kapal Sink akan turut hadir walaupun dengan berkerusi roda.."salah apa.."


Kesanggupan memakai baju inipun sudah lebih daripada menggembirakan Ambiga.
 

Juga jangan lupa Tok guru, Majlis Fatwa Kebangsaan siang tadi telah memutuskan demontrasi bersih adalah harammmmmmmmmmmm!!!, Jangan sampai menuduh Majlis Fatwa Kebangsaan sudah dibeli oleh UMNO sudahlah.. Jadi fikirkan lah... nak teruskan dengan isu bersih atau nak kembali kepada isu lama iaitu hudud PAS.??

Ps:


"Kita mesti ada kebebasan untuk menyatakan pendirian dan pendapat dengan berani walaupun berdepan dengan risiko...Kita akan minta penjelasan daripada majlis fatwa supaya tidak dilihat fatwa ini akan memosong pemikiran orang Islam," - Shamsul Iskandar Md Akin

Komen: Ada sesiapa ke yang melarang anda bersuara???. Anda merasa tidak cukup bebas ke bercakap selama ini??? Anda berada di Singapura ke???
  

No comments:

Post a Comment