Saturday, May 12, 2012

Sambutan Kelahiran UMNO Yang Ke 66..Dato' Seri Najib Hampir Tersilap Cakap



Mari kita renungkan perkara-perkara berikut yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil 

1. Stadium Nasional menjadi saksi pada malam ini bahawa UMNO tetap relevan sebagai wadah perjuangan orang Melayu. UMNO tidak rasis dan sanggup berkongsi kuasa dengan rakan-rakan yang lain dalam komponen BN

2. Kehadiran soheh lebih 100,000 orang mewakili lebih 3.5 juta ahli UMNO. Pemimpin parti komponen turut hadir meraikan hari lahir 'abang tua'. Setiap orang teruja dan amat bersemangat.

3. Presiden parti hampir tersilap cakap yang dia ingat dia sedang menonton perlawanan bolasepak antara MU menentang Liverpool. Namun menyedari yang beliau sedang memperkatakan sesuatu yang serious di depan ahli partinya maka, beliau tidak meneruskan ungkapan tersebut.

4. Presiden juga hampir tersebut tarikh PRU13 iaitu sekitar Jun

5. Perhimpunan raksasa jika berniat baik tidak memerlukan polis dan FRU yang ramai. Cukup sekadar untuk menjaga keselamatan VVIP dan kelancaran lalu lintas. Ambiga nyata terkedu dengan sindiran UMNO ini. Polis tidak tension dan santai.

6. Kasih sayang terhadap Presiden UMNO paling lama memerintah Tun Dr Mahathir Mohamad jelas tidak dapat disembunyikan. Setiap kali namanya di sebut, sambutan gemuruh daripada ahli parti menyambutnya. Dia hanya  tersenyum simpul.

7.  Khidmat polis dihargai dan mereka terharu kerana tiada makian dan kata cercaan yang mereka terima walaupun jumlah yang hadir begitu ramai.

8. Mereka yang menganggap UMNO sudah tidak bersemangat, hilang aura, lemah, ditolak generasi muda dan sudah jumud, ternyata silap dan terpaksa menelan pahit kebenaran di depan mata.

8. Rakyat di desa-desa dan pendalaman merasa selamat selagi UMNO kuat dan gagah perkasa.

9. Parti lain juga berjasa tetapi jasa UMNO kepada Agama, bangsa dan negara jauh lebih besar mengatasi jasa parti-parti lain.

10. UMNO TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

No comments:

Post a Comment