Dari Blog RBF..
Tengah hari tadi keluar makan dengan seorang kawan. Biasalah makan sambil bercerita tentang politik terutamanya kisah PRU13 yang baru berakhir. Kami berbual secara santai dan suara juga tidak tinggi. Rupa-rupanya perbualan kami menarik minat sepasang warga emas yang duduk makan di sebelah kami. Dia memberanikan diri untuk menyampuk perbualan kami. Akhirnya Jokiden berceramah di situ tanpa sedar.
Sekarang ini tidur pun masih termimpikan kisah PRU13. Yang pasti setiap hari Jokiden masih bermimpi tentang kekalahan Selangor kepada Pakatan. Di dalam mimpi tersebut penyelesaian yang Jokiden dapat ialah di Selangor tidak ada tokoh yang agak menonjol atau popular.
Selangor tidak cukup setakat memiliki Noh Omar dan Ir Zain atau Dr Rahman atau Datuk Shubahan Kamal. Di Selangor mesti ada tokoh yang popular dan lantang walaupun pernah mempunyai 'kudis' untuk memungkin BN kembali merampas Selangor. Itu rumusan di dalam mimpi sahajalah.
Di Selangor BN mesti mempunyai tokoh seperti Rafizi, Tian Chua, Assmin Ali, Khalid Gagap atau Khalid Samad, baru boleh bersaing dengan pakatan. Sebab itu apabila mantan MB Selangor Muhd Muhammad Taib menyertai PAS, seluruh raklyat Selangor berpendapat bahawa PAS adalah parti yang betul dan PAS adalah wadah perjuangan untuk orang Melayu. Maka berduyun-duyun rakyat Selangor menyokong PAS kerana pada anggapan mereka PAS adalah betul dalam serba serbinya.
Apabila Mat Tain menyertai PAS semua kudis PAS sembuh dalam sekelip mata pada anggapan rakyat Selangor. Tidak ada lagi haram mengundi PAS. Tidak ada lagi kesesatan dalam akidah dan perjuangan PAS. Kalau PAS masih sesat dan menyesatkan kenapa oran se otai Mat Taib sanggup menyertai parti tersebut. Mungkin itu yang difikirkan oleh rakyat Selangor lalu mereka memberikan 15 kerusi kepada PAS.
Apa yang Ngeh tweetkan di atas sebenarnya itulah yang mereka kempenkan pada 2008 dahulu yang berjaya membakar hati nurani dan jiwa masyarakat Cina. MCA dikatakan menjadi hamba kepada UMNO. MCA dikatakan sebagai kuda tunggangan UMNO. MCA terlalu mengalah kepada UMNO. Orang Cina mesti bangkit dan membuktikan bahawa mereka bukan keturunan hamba abdi. Memanglah ayat-ayat sedemikian mampu membakar sentimen masyarakat Cina.
Segala toleransi UMNO dan Melayu sejak merdeka dilupakan oleh hasutan sedemikian. Segala jasa baik dan sopan santun UMNO Melayu kepada bangsa pendatang ini luput dalam sekelip mata apabila DAP mengunkit-ungkit kononnya MCA gagal membawa aspirasi masyarakat Cina. MCA gagal mendapatkan itu ini untuk orang Cina.
Biasalah DAP akan memainkan isu kaki tangan awam atau kerajaan, isu pendidikan, isu biasiswa dan isu bahasa. Sejak merdeka mana pernah UMNO/BN melarang MCA untuk terus mengamalkan tarian naganya antara contoh betapa UMNO menghormati hak kaum pendatang ini.
Mana pernah UMNO dan Melayu mempertikaikan apa yang orang Cina miliki. Mana pernah orang Melayu menganggap orang Cina sebagai hamba tebusan. Malah orang Melayu menganggap orang Cina sebagai tokey.
Di Kampung Jokiden sejak Jokiden lahir ada kedai runcit milik Cina dan kedai membeli getah lantun, kekal sehingga mereka kaya raya. Kini di Taman jokiden terdapat kedai Cina dari satu menjadi dua, menjadi tiga, empat dan sudah lebih sepuluh buah yang penduduknya 95% terdiri daripada orang Melayu. Ok je mereka berniaga, malah orang Melayu sudah selesa membeli ayam tanpa kepala dari kedai Cina tersebut dengan hanya Cina itu meletakkan gambar seorang yang berketayap di dindingnya kononnya itulah penyembelih ayam-ayam yang mereka jual. hakikat sebenar kesahihan ayam-ayam tersebut disembelih adalah amat diragui. Berpuluh tahun mereka selamat berniaga di kawasan Melayu.
Seorang rakan jokiden yang berjiwa besar dengan modal yang agakl besar memberanikan diri membuka sebuah restoren dan sebuah pasar mini di kawasan perumahan Cina. Selepas dua bulan hanya papan tanda sahaja yang masih tergantung di kedainya dan rumput sudah mula menjalar di kaki lima kedai tersebut.
Telah banyak kali Jokiden tulis dan rasa nak sebut lagi, jika DAP berkempen secara sihat tanpa prejudis, tanpa memainkan isu perkauman yang menebal, pastilah DAP akan kehilangan semua kerusinya.
Jasa MCA kepada masyarakat Cina melalui perkongsian kuasa dengan UMNO/BN/MIC, sejak merdeka amatlah besar. Dasar Ekonomi Baru yang digembar-gemburkan selama 30 tahun tersebut turut menaikan pegangan ekuiti kaum Cina dari 35% kepada 45%. kaum India dari 2% kepada 12% dan kaum Melayu dari 8% kepada 18%. DEB sebenarnya menguntungkan kaum Cina. Jika masih ragu cubalah pergi tanya Vicient Tan dari Berjaya Group dan YTL Group.
DAP hanya mempersoalkan apa yang Melayu dapat dan dia menutup mata apa yang Cina dapat termasuklah Ngeh sendiri yang mendapat tanah beribu ekar.
Tun Mahathir pernah melabelkan bahawa Lim Kit Siang telah buta matanya kerana gagal melihat pencapaian kaum Cina melalui perkongsian kuasa ini. lihatlah bangunan pencakar langit, milik siapakah itu. Perniagaan besar-besar milik siapakah itu.
Pusat-pusat membeli belah bertaraf dunia milik siapakah itu. Kilang-kilang pembuatan yang canggih milik siapakah itu. Kilang pembuat makanan yang kadang kala menggunakan logo 'Halal' palsu milik siapakah itu.
Hotel-hotel yang bertaraf bintang di Bandar Raya milik siapakah itu. Hotel-hotel di pusat peranginan milik siapakah itu. Sistem pengangkutan udara, darat dan air milik siapakah itu. Kapal-kapal persiaran Mewah di Pelabuhan Klang, di Pulau Pangkor, Lumut, Langkawi mlik siapakah itu.
Taman tema untuk anak-anak Melayu pergi menghabiskan duit di hujung minggu kebanyaknya milik siapakah itu. Kereta-kereta mewah yang berjenama dari luar negara yang berkeliaran di Lebuh Raya dan parking di R&R milik siapakah itu.
Tedapat ribuan kedai menjual kain baju di seluruh pelusuk tanah air, milik siapakah itu. Pusat-pusat pengajian tinggi swasta yang tumbuh ibarat cendawan selepas musim hujan di negara ini milik siapakah itu. Terdapat ribuan Klinik persendirian di seluruh negara dan siapakah pemiliknya itu
Kedai hardwear yang menjual paku, zing, simin, papan lapis, getah paip dan kertas dinding milik siapakah itu. Perternak sayur di Cameron Highland yang bertaraf Jutawan yang mendapat subsidi dari Kementrian Asas Tani milik siapakah itu.
Penternak babi yang terbesar di Asia Tenggara milik siapakah itu. Penternak ayam, lembu, itik, ikan toman, ikan siakap dan penternak buaya terbesar milik siapakah itu. Senarai ini tidak akan habis jika mahu disenaraikan. Pun begitu untuk meraih undi sanggup DAP mengatakan bangsa Cina adalah warga negara kelas kedua semata-mata kerana di dalam Perlembagaan Negara terdapat klausa hak istimewa Orang Melayu.
Jumlahkan Profesyenal Cina dan bandingkan dengan Profesyenal Melayu dan India atau Kadazn Dusun, siapakah yang lebih banyak jumlahnya.
Pernahkah Orang Melayu menghalang anak Cina untuk menjadi doktor samada dari dalam atau luar negara. Pernahkah kerajaan menghadkan jumlah Jurutera kaum Cina, Akauntan kaum Cina atau Peguam dari kaum Cina.
Kilang-kilang papan yang memproses kayu-kayu balak yang ada kalanya diperolehi oleh Orang Melayu melalu Koperasi atau badan NGO milik siapakah itu.
Anak-anak muda bangsa Cina seolah-olah lupa daratan dan telah terpengaruh dengan hasutan DAP dan Nuar Brahim, kini sanggup pula untuk berarak bersama untuk memprotes keputusan PRU13 yang kononnya di manipulasi oleh SPR.
Di dalam negara yang rakyatnya kononnya menjunjung kedaulatan undang-undang, sebarang bentuk penipuan seperti penggubahan wang haram dan termasuklah dalam kes penipuan SPR ini, sepatutnya mahkamah adalah merupakan tempat yang sewajarnya untuk di rujuk dan bukannya demontrasi jalanan. Berpuluh kes pihak kerajaan kalah kepada pembangkang dalam mana-mana mahkamah di negara ini. Lainlah di Singapura, Israel atau Perancis, semua kes yang melibatkan kerajaan pastilah pemenangnya ialah pihak kerajaan.
Menuduh orang lain menipu adalah membuktikan diri sendiri sebenarnya yang menipu. Menuduh orang lain rasis adalah membuktikan diri sendiri yang rasis. Menuduh orang lain rasuah dan mengamalkan kroni adalah membuktikan diri sediri yang mengamalkan krini dan rasuah. Menuduh orang lain zalim tanpa bukti membuktikan diri sendirilah yang zalim.
Untuk makluman Ngeh adalah mulia sekali sikap MCA yang menerima baik saranan Sultan supaya wakil mereka turut serta dalam kerajaan yang diterajui oleh UMNO ini, dulu kini dan selamanya. Apa hal pulak DAP ingin mengatakan MCA tunduk kepada Sultan.
Demi kelangsungan keharmonian kaum di negara ini adalah wajar MCA merestui wakil mereka di dalam Pentadbiran Kerajaan Johor. Ngeh berhentilah meroyan.