Tuesday, May 14, 2013

Ada Mana-mana Orang Pakatan Nak Berdemo Selepas Ini??? Silakan..

 
 
 
 
 
  

Jika tidak ada apa aral melintang Malaysia akan mempunyai Ketua Polis Negara yang baru. Tan Sri Khalid Abu Bakar akan menggantikan Tan Sri Ismail Omar pada hari Jumaat 17 Mei 2013.
 
Tengok gaya ada macam Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Zaman Khan. Keras sahaja kenyataan dia. Mahu pitam puak-puak pakatan sekiranya beliau menengking nanti.
 
Sekalung tahniah kepada Tan Sri Ismail Nor yang telah berhempas pulas menyelesaikan masalah Lanun Sulu di Lahad Datu. Jasamu tetap dikenang oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. 
 
Dan selamat bertugas kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar. Di hadapanmu terdapat rintangan yang sudah sedia menanti iaitu kumpulan mereka yang kecewa setelah kalah di dalam pilihanraya dan kini mengajak rakyat ke jalan raya untuk merusuh atas alasan kononnya SPR tidak telus dalam mengendalikan PRU13 yang baru lalu.
 
Rakyat akan tertunggu-tunggu arahan daripada KPN yang baru ini dan bagaimana sikap beliau terhadap mereka yang sengaja melanggar undang-undang negara.


 

No comments:

Post a Comment