Pendakwah di negara asing jangan mimpi hendak mewah seperti ini.
Baru menang 21 kerusi tetapi sudah bukan main angkuh lagi, sewenang-wenangnya mengatakan 'orang sudah lemas'. PKR baru menang 30 kerusi, itupun Hj Hadi sudah mahu menongkat langit. DAP baru menang 38 kerusi atas bantuan jentera PAS, Hj Hadi sudah merasakan dunia ini sudah menjadi milik dia.
Tidak sedikitpun terguris di hatinya tentang masa depan Islam, masa depan generasi Melayu. Kita fahamlah puak mereka sedang meraikan sedikit kejayaan yang mereka perolehi dalam PRU13 yang lalu. Tetapi janganlah bercakap ikut sedap mulut sahaja. Berlapiklah sikit kerana kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi di hari muka.
Yang mencadangkan penyatuan UMNO dan PAS bukannya datang dari orang UMNO, sebaliknya datang daripada pihak yang merasakan sudah sampai masanya orang Melayu bersatu seperti orang Cina bersatu di bawah DAP, termasuk daripada ahli PAS sendiri. Itu sahaja.
Dan sebarang bentuk kerjasama seperti di dalam perniagaan, kedua-dua pihak mestilah mempunyai modal. Dalam kes ini PAS mempunyai modal sebanyak 21 kerusi dan UMNO/BN mempunyai modal sebanyak 133 kerusi Parlimen.
Tidak mengapalah jika Hj Hadi tidak bersetuju, namun tidak perlulah mengibaratkan UMNO seperti orang lemas yang akan berpaut kepada apa sahaja yang mampu dicapai. Takut bekerjasama dengan UMNO dan menyambut tangan persahabatan semata-mata kononnya takut dibawa lemas bersama adalah dakwaan dangkal akibat merasakan diri sudah menang besar dan sudah berkuasa.
Hj Hadi harus ingat, Islam dan orang Melayu termasuk beliau sendiri masih berasa selamat kerana UMNO masih berkuasa. Jangan terlalu percaya kepada DAP, kerana akhirnya kelak akan disumpah seranah oleh anak cucu di kemudian hari apabila segala-galanya tergadai akibat perbuatan halus dan terancang DAP.
Tidak adakah sepanjang pembelajaran beliau sejak dahulu keperluan untuk menyelamatkan 'orang yang hampir lemas' semata-mata kerana bimbangkan nyawa sendiri akan turut melayang. Jika itulah pendirian Hj Hadi, teruskanlah bersekongkol dengan PKR dan DAP. Suatu hari nanti dia juga akan tahu betapa tingginya langit ini.
Jokiden antara yang berpendirian sejak dulu lagi bahawa UMNO dan PAS tidak perlu bersatu untuk apa tujuan sekalipun. Apa yang UMNO perlu lakukan ialah menjadi lebih baik daripada hari ini dan meningkatkan keahlian parti sehingga menjangkau ke 10 juta orang.
Hadi tolak agenda perpaduan UMNO-Pas
KOTA BHARU 13 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sebarang penyatuan antara UMNO dan Pas seperti yang dicadangkan beberapa pemimpin bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.
Beliau sebaliknya menyifatkan cadangan itu hanya dikeluarkan oleh pihak yang sedang 'lemas' atau terdesak mendapatkan pertolongan daripada orang lain untuk menyelamatkan diri.
"Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat, dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," katanya ringkas.
Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Kata dah ... Hj. Hadi ni cakap dulu baru dia terfikir nak fikir.
ReplyDeleteLihat je isu MB Selangor. Kalau dia tak buka mulut dia, ADUN PAS dah pun jadi MB. Nak kata bodoh tapi dia Presiden sebuah parti politik.
Fikirlah sendiri.