Banyak juga yang bertanyakan Jokiden kenapa tidak selalu menulis tentang senario politik Negeri Sembilan. Sudah diterangkan dulu dan mungkin diterima dengan hati yang terbuka. Sebabnya mudah kerana tidak mahu rakan-rakan tersinggung dan Jokiden tidak mahu pembangkang mendapat bola tanggung.
Posting kali ini ditujukan khas kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO Bahagian Kuala Pilah. PRU sudah selesai, bolehlah kan. Lagipun jika posting ini dibuat sekarang, masyarakat Kuala Pilah mempunyai cukup masa untuk melupakannya nanti.
Tahniah semuanya menang..
Kadang kala hidup kita ini tidak dapat lari daripada untung nasib, baik dan buruk. Ada orang yang benasib baik dan ada orang yang kurang bernasib baik. Dalam PRU13 yang lalu ada insan lain mengambil watikah untuk bertanding, tetapi insan lain pula yang akhirnya muncul menjadi calon.
Ada calon yang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dan tidak sempat menyerahkan borang pencalonan. Ada juga yang datang sejak awal, membawa borang untuk menjadi calon, membawa duit untuk deposit namun akhirnya dengan senyuman meleret menyimpan kembali borang tersebut. Macam-macam hal.
Ada yang datang ke tempat penamaan calon dengan diusung dan ada yang datang dengan kerusi roda. Ada juga yang tidak langsung datang tetapi tetap juga bertanding. Ada yang saja-saja suka-suka untuk turut bertanding tanpa mengharapkan kemenangan seperti Tok Mon. Ada yang bertanding semata-mata kerana geram tidak terpilih oleh parti sebagai calon sedangkan dia merasa dialah paling layak. Antara contohnya ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang di Sungai Acheh. Ada juga yang bertanding kerana merasakan dia diperkecilkan dengan memintanya bertanding di peringkat DUN sedangkan taraf dia ialah di Parlimen seperti Datuk Kamilia, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Secara tradisinya Kuala Pilah adalah merupakan kawasan selamat bagi calon-calon BN. Justru itu ada yang berpendapat letak sesiapa sahaja menjadi calon pasti akan menang. Betul ke?? Komposisi kaum menyebabkan sejak dahulu Kuala Pilah ditandingi oleh calon-calon daripada UMNO. Satu Parlimen dan lima DUN merupakan milik UMNO sejak dahulu. Deposit tetap UMNO NSDK.
Pembangkang di Kuala Pilah tidaklah sekuat mana. Majoriti kemenangan kecil atau menipis yang diterima oleh calon-calon UMNO pada tahun 1999 dan pada tahun 2013 bukanlah disebabkan oleh kekuatan parti lawan, sebaliknya disebabkan oleh kelemahan UMNO sendiri. Jika parti lawan kuat dan telah bersedia sepenuhnya, pastinya kelima-lima DUN Kuala Pilah dan satu Parlimen boleh saja jatuh ke tangan pembangkang.
UMNO Bahagian Kuala Pilah tidaklah bergolak hebat namun tidak juga bersatu padu. Pemimpin UMNO Kuala Pilah saling compliment antara satu sama lain. Perjalanan harian tidak seindah mana, namun kelebihan UMNO Bahagian Kuala Pilah ialah pemimpin dan jentera parti tetap akan bersatu apabila menghadapi musuh yang sama setiap kali tibanya pilihanraya. Inilah rahsia sebenar kenapa BN Kuala Pilah masih mampu untuk memenangi setiap kerusi yang ditandingi.
Sejak dahulu Jokiden perhatikan jentera BN Kuala Pilah sanggup melupakan segala sengketa yang timbul pada peringkat awal dan akhirnya bersatu di ketika penghujung kempen. Cuma terdapat seorang berdua yang sejak awal 'merajuk' dan menjauhkan diri atau bersekongkol dengan pihak lawan. Jumlahnya tidak ramai dan kemudaratan adalah di tahap minima.

Tahniah kepada pemimpin UMNO Bahagian yang telah menjadi YB. Kesemua pemimpin, iaitu yang memegang jawatan terpilih untuk memikul amanah sebagai calon dan kesemuanya menang. Tentang jumlah majoriti jangan dipersoalkan sangat kerana terdapat pelbagai faktor semasa yang menyebabkan perkara tersebut terjadi. Dalam demokrasi satu undipun boleh saja menjadi penentu.
Untuk hari-hari yang mendatang YB-YB yang telah terpilih akan menjalankan tugas seperti biasa. Ada yang mungkin kekal sebagai Menteri, sebagai Exco dan ada yang hanya sebagai YB biasa. Itu adatlah kerana tempat agak terhad. Namun jawatan dalam GLC sudah sedia menunggu mereka yang tidak berada di dalam kerajaan.
Bagi lain-lain pemimpin dan ahli UMNO Bahagian Kuala Pilah, rasanya inilah masa yang sesuai untuk menonjolkan diri. Di dalam dunia politik kita akan mendapat seribu satu macam pendapat. Namun sesiapa sahaja yang mempunyai cita-cita, mulai saat ini boleh merangka strategi tersendiri untuk menawarkan khidmat bakti kepada rakyat di kawasan masing-masing. Jangan pula bersaing dengan mana-mana YB. Sebaliknya jika boleh berjalan seiring dengan YB yang sedia ada.
Seorang rakan pernah bertanya dengan Jokiden apakah faktor untuk menjadi seorang YB atau calon YB. Jokiden kata banyak dan salah satunya ialah jangan sekali-kali membuat musuh dengan YB yang sedia ada. Malah seeloknya jangan ada musuhpun. Tetapi di dalam politik jika kita berjaya mengelakkan diri daripada bermusuh, orang lain pula berusaha untuk menjadikan kita sebagai musuh. Apapun mereka yang bercita-cita untuk menjadi calon, dampingilah rakyat dan dampingilah YB yang sedang berkhidmat.
Di Kuala Pilah, calon PRU13 sebenarnya tidak banyak berubah. Di Johol sekiranya tiada kematian maka rasanya calon akan kekal. Pendapat awal ialah pada tahun 2018 Kuala Pilah akan menyaksikan 4 atau 5 orang calon baru akan mewakili UMNO Kuala Pilah. Juga tidak mustahil ke enam-enam YB sekarang akan berganti dengan orang baru pada 2017 atau 2018 nanti.
Bersdialah untuk menawarkan diri di dalam pemilihan jawatan UMNO Bahagian yang akan diadakan tidak lama lagi. Bertanding secara sihat dan sesiapa yang menang nanti sediakan diri seadanya supaya termasuk di dalam senarai calon yang winabble bila tiba tahun 2018 atau 2017.
Prestrasi UMNO Bahagian di dalam menjaga keutuhan UMNO secara keseluruhannya tidaklah buruk sangat sejak 10 tahun ini, tetapi ia juga tidaklah terlalu membanggakan. Pemimpin yang sedia ada sekarang boleh menawarkan diri untuk memberi laluan kepada pemimpin pelapis. Antara alasan yang patut ada ialah, kami telah begitu lama dalam memimpin UMNO Bahagian dan setakat itulah yang kami mampu lakukan. Jika kami masih kekal di sinipun mungkin setakat itulah yang mampu kami sumbangkan. Orang lain mungkin boleh melakukan yang lebih baik daripada kami.
Mana tahu dengan adanya pemimpin baru, wawasan baru, UMNO dan BN Kuala Pilah akan bertambah kukuh. Kami bersedia memberi ruang kepada tenaga muda yang berusia di bawah 45 tahun ke bawah untuk mempersiapkan diri sebagai pelapis yang bakal mengambil alih tempat kami nanti. Oleh itu kami tidak akan menyekat sesiapa sahaja yang ingin menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti tidak lama lagi. Kami berfikiran terbuka dan amat ikhlas. Tentulah masa kami akan berlalu juga suatu hari nanti.
Kami tidak mahu isu-isu titik bengik seperti untuk merasmikan majlis, untuk mengadakan majlis berbuka puasa dan jamuan hari raya oleh sesiapa sahaja menjadi sesuatu isu yang besar yang boleh meretakkan hubungan antara sesama kami dan juga penyokong kami.
Kami juga sedar bahawa sepanjang tempoh 5 tahun lalu, iaitu daripada tahun 2008 sehingga 2013 kami hanya mampu mendaftarkan pengundi baru di Kuala Pilah sebanyak 2% setahun. Sebab itu tidak berlaku pertambahan pengundi yang signifikan dalam daftar pengundi di Parlimen Kuala Pilah kerana kami hanya berjaya menambah sekadar 5,000 orang lebih sikit sepanjang tempoh tersebut.
Itupun sebenarnya kami tidak beberapa pasti apakah pendaftaran pengundi Cina oleh DAP lebih ramai daripada pendaftaran pengundi Melayu oleh UMNO. Mana tahu dalam tempoh lima tahun ini nanti dengan adanya tenaga baru dan pemimpin baru, jumlah pengundi yang UMNO dan BN mampu daftarkan boleh mencecah sehingga 10,000 atau 15,000 orang. Sudah tentu jumlah tersebut jika UMNO yang mendaftarkannya maka kemungkinan mereka akan memberikan undi kepada UMNO tetap ada berbanding entah siapa-siapa yang mendaftarkannya.
Sepatutnya alasan-alasan di atas sedang bermain di kepala setiap pemimpin atau YB yang sedia ada di Kuala Pilah. Lagipun mereka sepatutnya sedar bahawa manusia tidak akan mampu untuk mengatasi takdir Illahi kelak. Oleh itu lebih baik mereka bersedia dengan plan transformasi UMNO Bahagian dan mendidik pemimpin pelapis yang bakal mengambil alih teraju kepimpinan apabila tiba masanya nanti.
Ada kemungkin pertambahan pengundi yang agak besar di Johol, Senaling, Pilah dan Juasseh didaftarkan oleh parti DAP, PKR dan PAS. Di kesemua tempat tersebut berlaku peningkatan sebanyak lebih 1,000 pengundi dalam tempoh lima tahun. Pertambahan sebanyak 618 pengundi baru di DUN Seri Menanti sejak lima tahun dahulu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal.
Jokiden tidak mengetahui senarai terkini ahli UMNO Kuala Pilah. Sejak Jokiden tidak aktif kira-kira sepuluh tahun lalu, ahli UMNO Kuala Pilah ketika itu berjumlah sebanyak 24,000 orang lebih kurang. Tentulah jumlah ahli terkini sudah mencecah ke angka melebih 30,000 orang sekiranya UMNO Bahagian berusaha untuk menambahkan bilangan ke ahlian. Betul ramai yang meninggal, namun proses mendaftarkan ahli baru sepatutnya dilakukan setiap bulan dalam mesyuarat UMNO Cawangan. Perkara mudah ini tentunya memberikan keuntungan jangka panjang kepada UMNO/BN.
Kita tidak mahu nanti di dalam setiap keluarga atau isi rumah akhirnya hanya tinggal ibu dan ayah atau nenek sahaja yang masih kekal menjadi ahli UMNO. Selebihnya ahli keluarga tersebut mempunyai pelbagai anutan atau ideologi dan mereka pulang sebagai pengundi luar yang tidak mempunyai rasa bersalah atau terhutang budi kepada UMNO/BN.
Ahli Parlimen Kuala Pilah dan ADUN Johol agak senior dan mereka tentunya berjiwa besar untuk medidik pelapis mereka. ADUN Senaling sudah berkhidmat selama 4 penggal dan telah mencurahkan khidmat bakti kepada nusa dan bangsa. Tidak ada salahnya mendidik pelapis baru. ADUN Juasseh sudah memasuki penggal ke tiga, dan tentunya sudah bersedia untuk menyediakan pelapis yang mantap. ADUN Seri Menanti memasuki penggal kedua dan seperti kata MBNS "don't overstay your welcome" Namun beliau masih muda dan berbakat. ADUN Pilah sudah memasuki penggal ketiga dan pelapis mestilah disediakan supaya memudahkan parti membuat pilihan pada PRU akan datang.
Namun sekiranya mereka masih terpilih nanti setelah segala usaha dibuat maka anggaplah itu sudah takdir dan kita menerima seadanya.
Jika YB-YB dari Kuala Pilah ini memegang jawatan di dalam kerajaan nanti, maka serahkan kepimpinan parti kepada orang lain dengan semangat dan jiwa yang kental dan tumpukan kepada hal pentadbiran dan pembangunan negara semata-mata, sementara urusan parti biarkan pelapis mengambil tempat. Namun salah seorang Exco mungkin terpaksa memberi laluan kepada wakil Wanita di dalam kerajaan negeri kelak. Itu tidak semestinya kerana semuanya terletak atas kuasa MB.
Justru itu apa kata semua YB Kuala Pilah mengambil kata sepakat, untuk tidak bertanding apa-apa jawatan dan tidak mempertahankan jawatan yang sedia dipegang pada hari ini untuk memberi laluan kepada muka-muka baru, tokoh muda dan pewaris kepimpinan masa hadapan. Jika itu terjadi kalian akan dikenang di seluruh negara sebagai pemimpin yang berjiwa besar.

Ambo pun nak jadi yb jugaklah kalu lagu tu gak.Sene yo .Tok payoh wat kijo, asal tunjuk muko kat masjid, abih ore pakat pakoh.
ReplyDelete