Monday, May 13, 2013

Tidak Lama Lagi..Ini Semua Salah UMNO/Utusan Malaysia..


 

Kita diajar, sekiranya kamu bersyukur dengan nikmatKu, maka akan Ku tambah nikmat itu, dan jika kamu kufur maka siksaanKu amatlah pedih. Orang PAS ni tahu ke tidak erti bersyukur???

Husam dikatakan terus meroyan kerana tidak dilantk menjadi EXCO. Baca di sini. Prosedur tidak betullah, Menteri Besar tidak teluslah, jangan libatkan istanalah dan pelbagai lagi. Akhirnya nanti apabila semuanya telah sejuk dan semua pihak berpuas hati maka, pastilah akan ada komen yang mengatakan sebenarnya tidak timbul isu perlantikkan EXCO tersebut.

Mulalah menuding jari ke arah UMNO atau Utusan Malaysia sebagai kambing hitam. Mulalah menuduh Utusan yang memperbesar-besarkan isu perlantikan EXCO tersebut, sedangkan dia dan PAS Kelantan tidak ada apa-apapun.
 
Ialah macam Assmin Ali, yang beria-ia mahukan jawatan Menteri Besar selangor sampaikan Ummi Hafilda buat U turn 360 darjah menyokong dia, namun apakan daya Khalid Gagap masih diberi kepercayaan oleh Pakatan untuk menjadi MB.
 
Maka meroyanlah si  Assmin dalam twitternya, menemplak Nuar Brahim sehingga sanggup menyuruh Nuar memulakan reformasi dari dalam dirinya terlebih dahulu sebelum ingin membuat reformasi kepada orang lain dan mengingatkan Nuar agar tidak menyalahkan SPR atas kegagalan dia menawan Putrajaya.
 
Akhirnya Assmin buat sidang akhbar mengatakan dia tidak berminat untuk menjadi MB, dia menyokong Khalid dan dia menuduh Utusan serta TV sengaja memperbesar-besarkan isu tersebut.
 
Begitulah nanti dengan Husam ini. Dia akan mencari pihak lain untuk disalahkan kenapa dia tidak menjadi Timbalan MB dan tidak dilantik menjadi EXCO.
 
Bersyukurlah Husam kerana kalah di Putrajaya, jika tidak tanggung jawab akan menjadi lebih besar, amanah akan bertambah berat. Bersyukurlah kerana masih diterima oleh rakyat Kelantan dan masih menang sebagai ADUN. Bersyukurlah Husam kerana tidak dilantik memegang sebarang jawatan dalam kerajaan Negeri Kelantan kerana terlepas daripada beban. Bersyukurlah Husam, sekiranya benar nama anda tidak diperkenankan oleh Kebawah Duli Paduka Sultan Kelantan. Apapun bersyukurlah.. jangan lupa yang itu. 

 

No comments:

Post a Comment