Tuesday, May 14, 2013

Ada Sesiapa Lagi Ke Yang Takut Dengan Polis...

  
 
 
 
Apa jadi dengan kes ini, adakah budak ini terlepas atau sudah didakwa dan dijatuhi hukuman, atau dia memang tidak melakukan apa-apa kesalahan.
 

Sejak Nuar Brahim dan koncu-koncunya begitu berani mencabar dan memperlekehkan polis atau Institusi PDRM ini, maka rakyat semakin hilang hormat kepada anggota keselamatan tersebut. Inilah antara kejayaan terbesar Nuar selaku rakyat Malaysia.
 
Mana-mana Institusi yang terlibat menyiasat tentang salah laku beliau akan digambarkan dengan gambaran buruk semat-mata untuk menaikkan kebencian masyarakat terhadap anggota keselamatan tersebut.
 
Kini sudah agak lama Institusi kehakiman tidak menjadi bahan sendaan atau kempen beliau kerana kes-kes beliau banyak yang tertangguh. Esok lusa apabila dia telah muncul semula ke mahkamah atas pelbagai pertuduhan maka mulalah dia dan talibarutnya akan kembali memperlekehkan Institusi Kehakiman. Nada yang paling dia seronok ialah, Institusi kehakiman dan PDRM dikawal selia dan menurut telunjuk UMNO BN.
 
Dula apabila seseorang melakukan kesalahan dan melihat polis maka kaki akan menggeletar. Kini tidak lagi, melakukan kesalahan ternampak polis, mereka akan ketawa terbahak-bahak pula. Sebabnya jika mereka di dakwa oleh polis akan ada satu pihak lain yang akan membela mereka.
 
Dula budak membawa dadah apabila terserempak dengan polis, muka mereka akan pucat lesi. Kini pembawa dadah akan kembali menyergah polis jika ditahan. Dulu membawa motor tanpa lesen apabil melihat polis, rokok di bibir boleh terjatuh, kini mereka akan menyedut asap dalam-dalam. Banyak soal polis akan dilanggar lari. Bila polis menggunkan senjata untuk menahan remaja yang cuba melanggarnya, maka polis akan dikatakan cuai, menyalah gunakan kuasa dan makan rasuah.
 
Bila polis melarang mereka berdemo, maka polis akan dicemuh dan dipanggil anjing kerajaan dan mereka akan menuduh polis menjadi alat UMNO. Bila diperlekeh begitu teruk maka UMNO/BN juga yang mempertahankan polis. Anihnya ada juga polis yang bersimpati dengan pembangkang dan memberikan undi kepada pembangkang.
 
Ada juga sebahagian anggota polis yang bersara kemudian akan menyertai pembangkang dan sama pula mengutuk kerajaan sedangkan semasa bertugas dahulu mereka juga dipanggil anjing oleh pembangkang. Kadang kala kita merasakan dunia ini semakin tidak adil.

Kini rusuhan semakin menjadi-jadi sejak keputusan PRU13 diketahui. Perhimpunan haram berlaku setiap hari. Tangkapan belum menyeluruh. Rakyat semakin keliru, boleh ke berhimpun secara haram. Jika tidak boleh kenapa pembangkang dibenarkan berhimpun secara haram kemudian memaki hamun polis. Jika boleh pula, mana NGO dan Pemuda UMNO, bila nak merusuh atau berhimpun ini??.
 
Jika polis tidak mengambil tindakan kepada peserta perhimpunan haram tersebut, maka polis juga tidak sepatutnya mengambil tindakan ke atas perhimpunan Pemuda UMNO, Perkasa atau KIMMA.
 
Kenyataan amaran dan perkataan 'AKAN, AKAN DAN AKAN' kerap kali sudah kita dengar. Kemudian apabila keadaan kembali reda, tindakan tidak ada juga diambil. Sekali lagi rakyat keliru. Mereka yang melakukan kesalahan di bawah kanun keseksaan wajar diambil tindakan walaupun mereka melakukan kesalahan tersebut 15 atau 35 tahun dahulu.
 
Wahai KPN, bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum cacing naik ke mata.
 
 

Anggota polis maut dirempuh dalam sekatan jalan raya

KULIM 14 Mei - Seorang anggota polis yang parah selepas dirempuh dalam sekatan jalan raya di Jalan Kulim-Mahang semalam, meninggal dunia hari ini selepas hampir 24 jam koma.
 
Mangsa, Koperal Yusri Mansor, 48, yang bertugas di Balai Polis Kulim Hi-Tech disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 pagi ini ketika dirawat di Hospital Kulim (HK).
 
Ketua Polis Daerah, Supritendan Ghuzlan Saleh memberitahu, semasa kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi semalam, mangsa bersama empat rakan sekerja bertugas mengadakan sekatan jalan raya di Kilometer 8, Jalan Kulim-Mahang berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, di sini.
 
Beliau berkata, semasa bertugas, mereka dikatakan cuba menahan seorang remaja yang menunggang sebuah motorsikal dalam keadaan laju.
 
"Remaja terbabit dikatakan cuba mengelak daripada sekatan polis dengan memecut laju motorsikalnya dan terlanggar Koperal Yusri.
 
"Akibat rempuhan yang kuat itu, Yusri mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki kanan patah. Dia dikejarkan ke HK untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan koma. Kira-kira pukul 8.15 pagi ini, mangsa disahkan meninggal dunia,'' katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE

 
 

1 comment:

  1. Rakyat diminta bersabar. Pihak polis akan memberi amaran jika perlu pihak polis akan memberi amaran terakhir yang ke 250.

    ReplyDelete