Ini belum stress lagi...
Puas menunggu berita terkini dari CNN, Al Jazera, PDRM, BBC dan Bernama. Balik-balik cerita itu juga yang dikeluarkan. Sahabat blogger Jokiden iaitu Paneh Miang telah bertanya "amaran terakhir yang ke sejuta ke?" Duduk depan TV puas dah.. itu gak yang tersiar..
Kita ingin tahu sebenarnya apa situasi semasa selepas risalah digugurkan dan amaran terakhir yang ke sejuta tersebut dikeluarkan. Kisah sensasi dari media sosial memang banyak, tetapi semuanya tidak ada kepastian. Bagi yang bersemangat kini kami sudah 2 malam tidak tidur ni kerana menunggu berita yang sahih dari mana-mana sumber.
KPN dan juga Menteri Dalam Negeri nyata stress menangani isu ini. Wajah mereka menggambarkan pergolakan jiwa mereka. Kita bersimpati dengan masalah yang mereka hadapi.
Oleh kerana tidak ada berita rasmi, maka kita buatlah berita yang tidak rasmi. Ini bukan untuk dipercayai, cuma sekadar untuk melepaskan tension di hati semata-mata. Ingat, jangan percaya.
Kesemua penceroboh yang bersenjata telah selamat keluar meninggalkan Kampung Tanduo, tanpa disedari oleh pihak keselamatan. Mereka dengan liciknya melepasi kepungan yang dibuat oleh pasukkan keselamatan pada waktu dinihari yang gelap gelita.
Yang tinggal kini hanyalah kesan-kesan mereka dan batang-batang kelapa sawit yang terputus terkena bedilan ataupun yang telah ditebang untuk dimakan umbutnya oleh penceroboh yang kehabisan makanan dan 'kelaparan'. Kini pasukkan keselamatan tercari-cari bayang mereka di sana.
Juga yang masih tinggal dan masih sempat bersuka ria ialah 'penceroboh' yang tinggal dengan saudara mara mereka di beberapa kampung yang berdekatan dan juga bandar-bandar lain seperti di Kunak dan Semporna. Selebihnya telah keluar dari perairan negara.
Berita ini amatlah menggembirakan puak pencacai pakatan kerana mereka mempunyai 'bukti' baru untuk mengaitkan peristiwa ini dengan sandiwara yang dikatakan direkasaya oleh UMNO/BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah menjelang PRU13.
Walaupun jumlah sebenar penceroboh tidak dapat dipastikan kerana ada laporan mengatakan 100 orang, ada pula yang kata 150 orang dimana 30 orang bersenjata berat, selebihnya membawa lastik sahaja. Ada juga laporan mengatakan 280 orang. Setengahnya berkata jumlah mereka melebih 1,500 orang. Ada juga yang menganggarkan jumlah keseluruhan melebihi 800,000 orang. Yang mana satu ingin kita percayai terpulanglah.
Sekali lagi dinyatakan berita ini hanyalah untuk melepaskan tension.. Jokiden mohon maaf. Jangan ada yang percaya pulak. Gelak tak apa..
P/s: Baru terjumpa komen Tun M aa.. Hilang tension sikit.
"Kerajaan cukup berhati-hati dalam perkara ini pada mulanya kerana berharap dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah tetapi malangnya ini tidak dihargai oleh pasukan Sulu ini dan mereka sanggup membunuh pasukan keselamatan kita.
"Sekarang ini, saya fikir tidak ada jalan lain melainkan kerajaan melancarkan serangan balas supaya dapat dihapuskan sama sekali pasukan Sulu ini, walaupun dengan ini ramai daripada mereka terbunuh tetapi ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang menyerang Sabah, bukan kita yang menyerang mereka," katanya.
P/s: Baru terjumpa komen Tun M aa.. Hilang tension sikit.
"Kerajaan cukup berhati-hati dalam perkara ini pada mulanya kerana berharap dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah tetapi malangnya ini tidak dihargai oleh pasukan Sulu ini dan mereka sanggup membunuh pasukan keselamatan kita.
"Sekarang ini, saya fikir tidak ada jalan lain melainkan kerajaan melancarkan serangan balas supaya dapat dihapuskan sama sekali pasukan Sulu ini, walaupun dengan ini ramai daripada mereka terbunuh tetapi ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang menyerang Sabah, bukan kita yang menyerang mereka," katanya.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
Tepat sekali kata-kata Tun Mahathir. Pihak polis dan tentera Malaysia harus menyerang balas pasukan sulu biar pun beratus nyawa mereka akan melayang. Amaran demi amaran telah diberi tetapi sulu tetap berdegil maka mereka mesti dihapuskan setelah ramai anggota pihak berkuasa kita terkorban.
ReplyDeletehahahhaa....akhirnya kantoi juga umno ni dimana Sultan Sulu telah menafikan pihak pembangkang Malaysia terlibat dlm kes pencerobohan...tp dlm masa sama, puak umnolah pernah menjadi penasihat Sultan Sulu...berita tentang PM ko punca segalanya telah dipadam secara pelik.....UMNO kaki fitnah!! Umno jualah pengkhianat sebenar negara Malaysia....! Fakta...UMNO dah kantoi terburai....!!! Rakyat Malaysia dah tahu siapa DALANG sebenar...
ReplyDeleteps: Berani ke nak kuarkan statement aku ni bro??
oit... x pyh ler nak bikin cerita klu x tahu broo..ilang akai ka umno nak buat keje gila...katalah umno bagi ko 2 juta ..pas tuh katala kaum kluarga ko kene bedil like cm skrg.. apa prasaan ko broo...pikir la sikit.. soal penceroboh nieh x der kaitan dgn soal politik ler..
ReplyDelete..berape diorang bayar ko bro suruh citer yang bukan2 tentang umno....orang macam ko nilah yang patut jadi pengikut kiram tu...tak yah dok kat malaysia
ReplyDeletesenang kita tembak kasi mampos
Delete