Pelbagai andaian dibuat apabila ketua penceroboh Raja Muda Azzumudie sehingga kini tidak diketahui nasibnya. Ada yang mengatakan dia telah kembali ke Tawi Tawi dengan bantuan penduduk tempatan. Ada yang beranggapan dia telah menemui ajalnya. Ada yang berpendapat dia hancur terkena bom dan wajahnya tidak dapat dikenali. Hingga kini ia kekal mistri.
Jika mengikut 3 huruf terakhir namanya (die), maka sahlah dia telah meninggal dunia. Keseluruhannya sebanyak 49 orang tentera penceroboh telah terkorban dan sebahagian lagi ditawan oleh anggota keselamatan.
Sabah secara sahnya ialah milik Malaysia atau lebih tepat lagi adalah sebahagian daripada Malaysia apabila Persekutuan Tanah Melayu terbentuk pada tahun 1963. Rakyat Sabah sendiri memilih untuk merdeka bersama dengan Malaya.
Timbul sedikit kekeliruan apabila Singapura menarik diri daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965, apakah perjanjian yang ditanda tangani sebelum itu terbatal dengan sendirinya. Namun begitu Dewan Undangan Negeri Sabah memutuskan bahawa Sabah kekal bersama Malaysia.
Sejarah Sabah sememangnya menarik dan amat panjang. Negeri yang kaya dengan hasil bumi ini menjadi rebutan bukan sahaja antara Indonesia, Malaysia dan Filipina tetapi juga oleh keturunan Raja-raja Sulu. Kesultanan Sulu dikatakan pemilik asal ke atas Sabah.
Terdapat perjanjian asal yang ditanda tangani pada tahun 1878 antara Sabah dengan Overbeck dimana selagi ada bulan dan Matahari Sabah terpaksa membayar sebanyak 5,000 dollar Sepanyol setiap bulan kepada Sultan Sulu. Maknanya perjanjian ini masih terpakai sehingga ke hari ini. Hahaha..
Apapun kita berharap kemelut ini akan segera berakhir dan samada hidup atau mati biarlah ketua penceroboh Raja Muda Azzumudie segera ditemui. Negara akan mengadakan PRU13 tidak lama lagi. Jika isu ini tidak dapat diselesaikan maka sedikit sebanyak ianya akan menjadi bahan kempen parti-parti yang bertanding kelak.
30 lagi pengganas Sulu maut
LAHAD DATU 5 Mac - Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Sehingga pukul 12 tengah malam ini, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.
Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu. Utusan.
Sebulan atau setahun? Check fakta balik.
ReplyDeleteTq anon 2.56, Royalti tahunan bukan bulanan jika mengikut STJ http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2013/03/fakta-kesultanan-sulu.html
ReplyDelete