Tuesday, March 5, 2013

Ini Perkiraan Pasukan Keselamatan.. Tetapi Diluar Jangkaan Kita..


         

Serangan telah dilakukan dan menamatkan segala teka teki. Pro dan kon akan berlambak selepas ini. Puak pakatan yang sentiasa melihat sesuatu itu dari sudut politik, pastinya akan mengambil kesempatan ini untuk menghentam kerajaan, UMNO/BN.
 
Tindakan penuh berhat-hati oleh pasukan keselamatan negara sejak pencerobohan ini bermula telah menimbulkan reaksi yang pelbagai dari banyak pihak. Ada yang mengatakan Malaysia terlalu berlembut. Ada yang mahukan konflik ini diselesaikan dengan cepat.
 
Namun pihak keselamatan kita iaitu Polis dan Tentera telah mengambil segala perkiraan yang sudah tentu tidak kita ketahui. Sebab itu kepercayaan penuh mestilah diberikan kepada mereka.
 
Reaksi yang kita tidak jangkakan ialah demontrasi di kedutaan kita di Filipina yang membantah serangan tersebut. Kita di lihat di sini di sebalik sokongan Presiden Benigno Aquino kepada Perdana Menteri untuk menangani krisis ini mengikut acuan kita, terdapat juga rakyat mereka yang menyebelahi tentera Sulu terbabit.
 
Mungkin demontrasi di negara lain juga akan timbul seperti di Indonesia, Singapura, Brunei atau Thailand. Mungkin juga kedutaan negara di negara lain akan menerima ancaman kelak.
 
Kemudian yang rakyat biasa tidak akan menjangkakan ialah tindakan menyerang menggunakan pesawat pejuang canggih. Apa yang terbayang oleh rakyat hanyalah penggunaan senjata biasa dan tidak ada pesawat serta bom akan digugurkan. Rupa-rupanya pendekatan pihak keselamatan adalah lain daripada apa yang kita fikirkan.

Mungkin juga puak pencacai pakatan boleh memberikan cadangan bernas mereka bagaimana pasukan keselamatan hendak menguruskan mayat-mayat   penceroboh berkenaan kelak.

Kita juga tidak mengetahui di mana dua buah kapal selam Scorepene sedang berada sekarang ini, samada di Pengkalan Lumut, Sabah atau di Perancis unutk dibaik pulih..
 
 

 




 

Serangan: Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup ekoran tunjuk perasaan

 
MANILA 5 Mac - Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.
 
Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu.
 
Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village.
 
Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu.
 
Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut. - REUTERS
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment