Saturday, March 9, 2013

Bila Tun Mahathir Berbicara...Kelantan Dalam Tangan..


Malam tadi di salah satu ceramah di PDM di Taman Jemapoh Jokiden sempat memberi semangat kepada pendengar bahawa BN akan menang besar dalam PRU13 kali ini. Parlimen mungkin bubar minggu depan dan jika diikut tarikh mengundi, semalam telah genap 5 tahun. Kalau tidak dapat di tawan kembali ialah Pulau Pinang, selebihnya BN akan berkuasa semula.

Jokiden mengatakan pada PRU1969 BN merudum, tetapi bangun pada PRU1974. Pada PRU 1999 BN merudum tetpi bangun juga pada PRU 2004. Pada PRU 2008 BN merudum dan pastilah PRU13 BN akan bangkit semula.

Petang tadi semasa berceramah di salah satu bilik gerakan di Pekan Juasseh pula, Jokiden sebut juga bahawa Kelantan kali ini akan kembali ke tangan BN. Walaupun reaksi bercampur-campur, namun Jokiden tegaskan bahawa dengan sedikit impian dan harapan, Pas Kelantan hanya lebih satu kerusi sahaja dari BN pada tahun 2004.

Kini menjelang 2013, dengan seribu harapan, rasanya betul Kelantan kali ini akan dapat di tawan oleh UMNO/BN.

Apabila Kelantan jatuh, Kedah jatuh dan Selangor kembali kepada BN, habislah dan berkuburlah cita-cita Nuar. Sebenarnya di sinilah letaknya kekuatan Nuar Brahim nak jadi Perdana Menteri. Di negeri2 tersebutlah yang PKR menang banyak atas ihsan penyokong PAS dan DAP. Namun secara psy nya dia sebutlah nak tawan Sabah, nak rampas Sarawak, nak takluk Negeri Sembilan dan segala-gala yang palsu digambarkannya kepada penyokongnya. Tak ada. Tak ada.

Di Negeri Sembilan jika benar dakwaan Ketua UMNO Bahagian Seremban dan disokong pula oleh Tok Mat selaku Ketua Perhubungan merangkap Pengerusi BN Negeri, yang mengatakan bahawa kerusi DUN Lobak bakal di tawan kembali oleh BN, bermakna Parlimen Seremban akan jatuh ke tangan BN.

Tinggallah hanya Parlimen Rasah sahaja yang bakal kekal bersama pakatan. Jokiden ulas sikit berkenanan dengan NSDK ini sebab, Pakatan terutamanya PKR dan DAP mengwar-war kan bahawa NSDK akan jatuh ke tangan pakatan. Mereka lupa bahawa BN akan menambah kerusi DUN dari 21 kerusi sekarang kepada 29 kerusi nanti.

Pakatan mengharapkan 6 kerusi Parlimen sumbangan dari NSDK. Mano nak dapek. Mano punco eaa. Maso ni pakatan ado tigo, Rasah, Somban dan Toluk Komang. Mano laie nak datang tigo tu. Sapa yang nak kalah di NSDK ni??? Datuk Lillah ko, Datuk Rais ko, Datuk Shahziman Mansor ko, Datuk Hassan Malek ko? atau KJ ko??? Pakatan jawablah sonighi. Bocakap tu bialah bolapik sikit jangan asik nak moghoyan.

Berbalik kepada Kelantan, Tun Mahathir mengatakan bahawa peluang BN kali ini cerah. Jokiden sependapat dengan Tun M sebab itu Jokiden siang-siang lagi dah buat Post Mortem tentang kekalahan Pas di Kelantan. Jika ada yang terlepas sila klik di sini.

Tun Dr. Mahathir yakin peluang BN tawan Kelantan cerah

TUN Dr. Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada ribuan penduduk Pasir Mas pada Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Pasir Mas, Kelantan hari ini. - UTUSAN/IRWAN MAJID
 
PASIR MAS 9 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
 
Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam politik tanah air berkata, sokongan yang diberikan rakyat Kelantan kali ini lebih menyerlah berbanding ketika tempoh pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.
 
"Nampak cerah, saya tidak pernah tengok sebegini ramai yang bersemangat hadir pada hari ini, cukup bersemangat, saya harap mereka akan memberi undi kepada BN, dulu ini tidak pernah berlaku.
 
"Saya berpendapat bahawa kali ini BN akan mendapat kemajuan (sokongan) yang lebih setelah 23 tahun, tiada satu pun pembangunan yang kita lihat Pas buat bangunan elok yang ada pun didirikan oleh Kerajaan Pusat," katanya.
 
Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dihadiri kira-kira 15,000 hadirin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Raja di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


 
 
 
       Video dari blog Tukar Kelantan
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

1 comment: