Sunday, March 10, 2013

Ayat Nik Aziz Yang Paling Bisa Dalam Sejarah Politiknya..


  
Malang betullah nasib ahli-ahli UMNO yang berjumlah 3 juta orang tersebut. Rupa-rupa menjadi ahli UMNO adalah berdosa. Mengikut Nik Aziz sesiapa sahaja ahli UMNO yang keluar parti pasti akan ditimpa musibah satu persatu sebagai 'penghapus dosa' kerana bersama UMNO.
 
Mari kita tengok petikan kata-kata Nik Aziz ketika mengulas pengakuan ayah Saiful Bukhari iaitu Mohd Azlan Lazim seperti yang disiarkan di blog MPP Online.
 
Kita boleh terkedu dengan kata-kata Nik Aziz ini:
 
“Dia (Anwar) mana ada duit, sebanyak-banyak duit Anwar Ibrahimpun, banyak lagi duit menteri atau Perdana Menteri,”ujarnya.
 
 Sambil melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga, Tuan Guru berkata walau selicik mana sekalipun sesaorang merangka plan tertentu, namun kebenarannya pasti akan terbongkar suatu hari nanti
 
“Semoga dengan fitnah yang menimpa dirinya (Anwar) sebagai penghapus dosa dirinya yang pernah bersekongkol dengan Umno dan BN sebelum ini,”ujarnya.
 
Nik Aziz percaya yang Nuar ini memang tidak mempunyai duit serta layak mungkin untuk menerima BR1M. Sepatutnya kita ketawa berdekah kah..kah apabila mendengar kenyataan beliau tersebut.
 
Namun ayat dihujung itu tidak mengizinkan kita untuk ketawa kerana maksud Nik Aziz ini jelas bahawa dia juga percaya yang duit Menteri dan Perdana Menteri lebih banyak. Tentulah dia bermaksud menuduh yang menteri UMNO ini rasuah, menyeleweng dan menyapu duit rakyat.
 
Jika itulah kepercayaan Nik Aziz, maka tidak adalah bezanya beliau dengan pencacai murahan pakatan selama ini. Dia juga terikut-ikut rentak ceramah Abby Abadi dan Aishah.
 
Sama seperti perbandingan penerima BR1M sebagai haiwan, kini perbandingan dia ialah para menteri ini semuanya tidak bersih. Sepatutnya dia membuat perbandingan antara Nuar dengan Robert Kuok atau dengan Ananda Krishnan.
 
Kemudian dalam petikan ayat keduanya dia bermaksud segala fitnah terhadap Nuar adalah sebagai penebus dosa kerana pernah bersekongkol dengan UMNO. Maknanya besar sangat dosa Nuar menjadi ahli UMNO.
 
Kenapa tidak dikatakan fitnah tersebut sebagai pencuci dosa-dosa atas semua kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan oleh Nuar sepanjang hidupnya samada dia menyertai UMNO ataupun tidak.
 
Nik Aziz ingin memberitahu bahawa jika Nuar tidak menyertai UMNO maka dia menjadi insan suci yang tidak punya dosa dan jika dia difitnah maka segala pahala yang ada kepada pemfitnah tersebut habis diperolehi oleh Nuar secara percuma kerana fitnah untuk menebus dosa tidak diperlukan langsung sebab Nuar tidak ada dosa selain daripada dosa menjadi ahli UMNO.
 
Jika Nuar ada dosa, segala dosnya akan berpindah kepada orang yang memfitnahnya. Oleh kerana tiada apa yang nak dipindahkan maka habislah pahala orang yang memfitnah Nuar masuk ke kantung Nuar. Betapa untungnya orang yang bernama Anwar bin Ibrahim ini.
 
Senang ceritalah jika Nik Aziz ni tidak menjadi Mursyidul Am, tidak berserban dan tidak menjadi Tok Guru, agaknya dia tiada beza dengan Bob Lokman ataupun Nur Misuari.
 
        Nur Misuari Promosi Kes Liwat Anwar Dalam Fan Pages Facebook?

Anwar bukan sahaja ada bodyguard dari Filipina, malah ada penyokong politik di sana. Malah tidak mengejutkan kerana Anwar Ibrahim memang ada banyak "peminat" di luar negara.
 
 
 Jokiden teringin juga nak mendengar komen daripada Exenopon dan Lee Kwan Yu tentang pengakuan ayah saiful ni nanti. Kok mereka berdua nak komenlah.
 
 
 
Macam2 cara orang melahirkan kebencian..
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

1 comment: