Wednesday, March 13, 2013

Sayu..Bakti Yang Tidak Pernah Dihargai...


Jokiden tidak mahu tambah apa-apa. Kita faham tulisan ini ditujukan khas kepada mereka yang memperlekehkan anggota keselamatan. Ditujukan kepada mereka yang jiwanya sudah mati untuk secebis simpati.

 

Luahan hati isteri perwira

KAMPUNG Tanduo di Lahad Datu, Sabah pasti akan tercatat dalam lipatan sejarah tanah air ekoran tragedi pencerobohan kumpulan pengganas dari Sulu, Filipina.
 
Ketika seluruh rakyat meratapi kehilangan lapan anggota dan pegawai polis, masih ada pihak tidak bertanggungjawab yang memperlekehkan tugas dan pengorbanan pasukan keselamatan mempertahankan tanah air.
 
Tindakan golongan yang tidak bertanggungjawab itu langsung tidak menghiraukan perasaan ahli keluarga anggota yang terkorban itu yang kini hilang tempat bergantung.
 
Berikut adalah luahan hati seorang isteri anggota polis yang disiarkan di l Facebook untuk dikongsi bersama:
 
"Lapan orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. Aku? Bukanlah sebahagian dari ahli keluarga, bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka, bukan juga seorang yang pemimpin, artis atau orang politik. Aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis."
 

"Ya, bukan anggota polis yang berpangkat tinggi... cuma anggota bawahan. Seorang isteri anggota keselamatan. Sering ditinggalkan suami, sebulan, dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata."
 
"Begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di Sulu, selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara mungkin teori tersebut diambil dari filem-filem perang, jenayah sahaja. Ya, selepas melihat filem tersebut anda memang mahir tentang nama senjata, tentang teknik itu teknik ini."
 
"Baju kalis peluru, bom itu bom ini. Wah, sungguh layak kalian mengajar anggota tentera dan polis bukan? Tapi sayang, Kalian hanya hebat setakat di dalam Facebook, blog atau kedai kopi. Tapi, kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa? Kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti perhimpunan Bersih, demokrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota polis kita? Ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja?"
 
"Sekadar bercakap, siapa pun mampu, buka mulut luas-luas hembus sahaja perkataan yang hendak dikeluarkan. Cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan untuk menjaga keamanan, berada di tempat kami sebagai isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang antara hidup dan mati bila keluar bekerja."
 
"Berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu rumah, sambil berlari-lari memeluk... tapi akhirnya... yang dipeluk cumalah sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

1 comment:

  1. Musibat2 yang dimaksudkan hanyalah ibarat buih2 digigi pantai yang terhasil daripada kotoran yang akan lenyap begitu sahaja....Negara tidak akan rugu tanpa musibat2 ini....

    ReplyDelete