Saturday, March 16, 2013

Kenapalah Berhati Busuk Sangat...

  

Kiram ni tahu sangat, dengan 200 orang tentera dia tidak akan mampu menakluki Kg Tanduo, Lahad Datu, Sabah dan apatah lagi Malaysia. Bangsa Moro yang telah berjuang selama berpuluh tahunpun di bumi sendiri tidak mampu untuk mengalahkan kerajaan Filipina. Tiba-tiba, hujan tidak, ribut pun tidak muncul pula tentera upahan Kiram (RM1,800) sebanyak 180 hingga 234 orang menceroboh Lahad Datu. Ish..ish.. ish pelik ni.
 
Kiram faham tu, dia tidak mungkin akan menakluki Sabah dengan hanya 234 orang kampung yang dianggap 'tentera' upahan, kecualilah dibantu oleh sebuah kapal pemusnah dan kapal perang Amerika dengan kekuatan 5,000 anggota.
 
Kalau dia sudah mengetahui bahawa dia tidak mungkin akan menawan Sabah, habis kenapa menghantar tentera upahan ke Lahad Datu. Apa tujuan dia.?? Hari ini Utusan Malaysia telah mendedahkan tentang perkara ini.

Semakin lama semakin banyak maklumat akan diketahui dengan bertambah ramainya lanun yang kena tangkap dengan pihak keselamatan kelak.  Pihak keselamatan mempunyai pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat daripada mereka yang kena tawan.

Jadi tujuan berkampung di Lahad Datu, bukanlah untuk menakluki Sabah. Mereka tidak mampu. Jadi apa tujuan mereka. Hahaha.. cuma untuk menghuru harakan Sabah. Sebab apa nak huru harakan Sabah? supaya seolah-olah tidak wujud kestabilan, supaya PRU13 tidak dapat dijalankan dengan aman dan tenteram.

Kemungkinan besar mereka ini dijemput untuk menghuru harakan sebahagian daripada wilayah Malaysia dengan harapan akan ada impaknya ke atas pihak pemerintah dalam menghadapi PRU13 kelak.

Perancangan ini memang telah lama dibuat dan kita tidak menolak adanya kaitan lagu 'tanya samo pokok' yang didendangkan oleh Ketua Pembangkang sejak 4 bulan lalu dimana dia yakin sangat, Sabah samada tidak menyertai PRU atau BN mengalami kemerosotan undi di sana.

Mereka hanya merancang, Allah yang menentukan. Mereka telah mula masuk secara berperingkat-peringkat, sedikit demi sedikit. Pergerakan mereka sukar dikesan kerana mereka datang sebagai peniaga, sebagai penangkap ikan dan mereka juga datang sebagai pelawat kepada saudara mara mereka yang berada di Semporna dan Lahad Datu.

Tidak ada sesiapa yang kisah dengan kehadiran mereka. Mereka keluar masuk, mereka bercampur gaul dan mereka bebas memasuki kampung2 tertentu. Mereka membuat persediaan dan mereka mungkin diarahkan supaya membuat kekacauan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan oleh PM.

Mereka tersilap langkah. Mereka ingat dan percaya sangat bahawa PM akan membubarkan Parlimen pada 15 Februari. Lalu mereka masuk secara berkelompok pada 12 Februari dan dengan membawa senjata yang agak banyak.

Mereka sendiri tidak mempunyai tuntutan yang tertentu masuk ke sana selain daripada ingin bertemu dengan seseorang dan meminta supaya rakyat Filipina berketurunan Suluk dari Sulu tidak dihantar pulang. Tidak adapun tuntutan untuk menakluki Sabah, tidak ada tuntutan untuk meminta wang yang banyak dan lain-lain tuntutan yang sukar dipenuhi oleh kerajaan.

Malaysia pun tidak ada mengwar-warkan supaya rakyat Sulu dihantar pulang. Jadi mungkin benar seperti yang dilaporkan oleh Utusan bahawa mereka masuk semata-mata hendak membuat kekacauan apabila sahaja Parlimen dibubarkan.

Kehadiran mereka dengan pakaian tentera dan separa tentera dan siap dengan senjata tentulah mudah menarik perhatian pihak berkuasa. Jika dulu mereka masuk secara kecil-kecilan tidak menimbulkan syak apa-apa. Tetapi apabila membawa senjata, rakyat dan penduduk yang tidak tahu apa-apa tentulah terkejut dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Di sinilah mereka mula kantoi dan dalam keadaan belum bersedia sepenuhnya mereka sudah terpaksa berhadapan dengan pihak keselamatan negara.

Mereka merancang, Allah juga merancang. Inilah mungkin hikmahnya apabila Parlimen belum dibubarkan ketika itu. Sekiranya ketika mereka masuk, Parlimen sudah dibubarkan tentulah kekalutan akan bertambah. Rakyat Semporna, Lahad Datu, Silam dan Tawau mungkin tidak selesa untuk keluar mengundi dan berlakulah sesuatu di Sabah yang tidak mampu dikawal lagi oleh SPR.

Kini Parlimen boleh sahaja dibubarkan dan penduduk di sana boleh keluar mengundi dengan rasa selamat apabila dikawal oleh pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata.

Kenapa pula nak membuat kekecohan sempena PRU Malaysia. Mungkin jawapan akan muncul juga nanti dan melalui pengumpulan maklumat. Rakyat akhirnya akan tahu juga siapa pengkhianat sebenar apabila semua maklumat telah didedahkan.
 
 

Penceroboh, dalang rancang serang ketika PRU-13


LAHAD DATU 14 Mac - Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo di sini, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
 
Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.
 
"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.
 
"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.
 
Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.
 
Dalam pada itu, Penganalisis Politik dan Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman berkata, sekiranya serangan pengganas itu dilakukan semasa Parlimen dibubarkan, mungkin akan memberi kesan yang lebih buruk.
 
Katanya, tindakan itu boleh menyebabkan keadaan huru-hara dan negara berada dalam keadaan yang tidak menentu seterusnya menyebabkan darurat.
 
"Kalau berlaku demikian, orang ramai akan berasa takut untuk keluar mengundi dan boleh menyebabkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Sabah terpaksa ditangguhkan. Ini kerana syarat untuk mengadakan pilihan raya ialah semasa orang ramai berasa aman dan tidak dalam ketakutan," katanya di sini hari ini.
 
Mengulas lanjut, tegas beliau, sekiranya serangan dilakukan semasa PRU-13, tiada mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pun pembangkang akan mendapat kelebihan.
 
"Dalam keadaan huru-hara, keseluruhan negara akan rugi dan tiada gunanya kuasa yang ada pada mana-mana pihak," ujarnya.

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment