Wednesday, March 13, 2013

Sebab Bendera Ni Hayat UMNO Akan Tamat.....


 
Bendera Pas berkibar atas kapal ni dikatakan petanda UMNO/BN nak kalah???

Bila kita cakap lebih-lebih kang, puak dia orang ni marah pulak. Berkibarnya  bendera Pas atas kapal ini tiada langsung kaitan dengan sokongan terbuka atau tanda keberanian atau tanda keikhlasan orang yang memasangnya. Setakat pegang bendera nak ambil gambar kemudian tutup muka esepun berani. Bendera bersih pun berkibar di Masjid Nabawi di Madinah. Lupa ke?? Cerita ada di blog ini

Setahun lalu Jokiden ada menulis pasal bendera Pas ini dan kalau nak tahu dimana bendera tersebut dipasang klik je kat sini.
 
Patut ke setakat pasang bendera atas kapal dagang tersebut lalu beria-ia mengatakan petanda hayat UMNO hampir tamat??. Bendera ini juga dikatakan sebagai petanda UMNO selepas PRU13 kelak akan menjadi pembangkang. Lambat lagi bang.. Cuba tanya hati kecil anda, antara perjuangan UMNO dengan Pas yang mana satu agaknya yang Allah restui???
 
Jangan ambil banyak-banyak contoh, nanti pening kepala. Ambil satu cukup. Pas gunakan agama untuk pancing undi dalam PRU, dapat kuasa buat benda2 pelik. UMNO gunakan undi dan kuasa untuk memertabatkan Islam di bumi bertuah ini.  Antara dua situasi ni agaknya yang mana lebih mendapat redha Allah swt.
 
 
 
 
 
  
 
Baiklah, jika nak sangat melihat petanda PAS nak hanyut mari kita lihat satu atau dua peristiwa di bawah:

1. Tidak pernah sebelum ini kepimpinan Pas disanggah secara terbuka oleh para ahlinya. Apa sahaja yang pemimpin mereka lakukan, para ahli akur sahaja. Kini bantahan tersebut berlaku di merata-rata tempat di Johor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan atau Terengganu.

Biasalah ahli-ahli Pas ini akan diperlekehkan samada tidak diakui sebagai ahli, dikatakan menyamar ataupun dikatakan telah menjadi agen upahan UMNO.  Keberanian ahli akar umbi Pas ini membawa petanda bahawa mereka telah bosan dan muak dengan pemimpin mereka.

2. Tidak pernah ahli Pas seumur hidup atau bekas ahli Pas yang berani mengeluarkan fatwa bahawa mengundi Pas adalah haram. Kini perkara tersebut sudah berlaku terutamanya di Kelantan. Bila fatwa ini dikeluarkan sehingga kini tidak ada seorangpun pemimpin Pas yang berani menyanggahnya. Bermakna betul fatwa tersebut. Ese lamo tau dah.
 
3. Berbuih mulut pemimpin Pas mengatakan BR1M adalah haram, namun tidak ada ahli Pas yang mengambilnya memulangkan semula duit tersebut. Mereka menunngu saat pilihanraya tiba untuk mengajar pemimpin yang bermulut celupar ini.

4. Dulu-dulu Nik Aziz ni tidak berani langsung orang mencemuhnya, kerana takut dan bimbang mencemuh 'ulamak'. Tetapi sekarang orang sudah tidak peduli lagi dengan Nik Aziz ni. Silap cakap siap kau. Orang percaya ulama sebenar lisannya akan terpelihara daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Sekarang bukan sahaja musuh-musuh politiknya menyeranah beliau, tetapi juga ahli-ahli Pas sendiri turut berbuat demikian.

5. Tidak ada seorangpun pemimpin Pas yang berani menjawab atau bersuara apabila ahli akar umbi bertanya, apa hukumnya mereka BEKERJA DAN BERKEMPEN untuk memenangkan calon DAP dan PKR dalam PRU akan datang. Ahli akar umbi juga telah memberi amaran, sekiranya tiada jawapan maka mereka akan menutup setiap bilik gerakan nanti.

6. Mulanya ahli Pas tidak marah sangat apabila Pas berpelukkan dengan DAP iaitu kafir harbi. Namun apabila Pas berterusan menjadi kuda tunggangan DAP, maka ahli juga merasakan maruah mereka turut dipermainkna dan dipersendakan oleh pemimpin Pas.

7. Dulu-dulu ahli Pas terpengaruh dengan amanat Hj Hadi. Apabila MB Terengganu mengatakan Pas parti sesat dan menyesatkan, maka ramai yang membuka mata.

    

8. Alim ulamak dalam UMNO dulu-dulu tidak ramai sangat yang secara terang-terangan menghentam Pas kerana mereka tidak mahu kaum lain mengambil kesempatan daripada kecaman mereka itu. Kini alim ulamak UMNO dan kerajaan telah secara terbuka mengzahirkan pendapat mereka dan Pas seperti cacing kepanasan.

9. Dulu-dulu orang yang tidak beberapa waraq dan ingin kelihatan warak, maka mereka menyertai Pas. Mereka mengubah penampilan mereka dengan sedikit janggut, dengan jubah dan dengan ketayap. Sebab apa mereka menyokong? sebabnya mereka tidak mahu dianggap kurang islamik, mereka malas mengkaji dan membaca, lalu mereka percaya bahawa perjuangan Pas adalah suci kerana agama Islam.

Apabila sahaja Pas mengambil keputusan untuk tidak lagi memperjuangkan negara Islam dan hukum Allah swt sebaliknya mencanagkan pula negara berkebajikan, maka dengan sendirinya ahli-ahli Pas merasa tertipu selama berpuluh tahun. Mereka geram sangat.

10. Kenyataan Hj Hadi bahawa negara Islam tidak ada dalam Al-Quran, yang ada hanya negara berkebajikan, serta hukum hudud hanya 0.0001% daripada hukum jenayah Islam, maka sekali lagi ahli Pas yang tidak beberapa nak alim tadi merasa dipermainkan. Mereka melihat Pas kini telah terlalu ke duniaan. Lebih baiklah sokong UMNO je kerana sejak Merdeka kerajaan UMNO telah menubuhkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 
Eh dah banyak ni, tadi ingatkan satu dua je. Baiklah yang lain-lain tu Jokiden akan sambung lagi dalam posting-posting akan datang. Banyak lagi ni terutamanya yang melibatkan isu-isu semasa, apa yang kerajaan Pas Kedah lakukan yang turut mencemarkan kesucian Islam. Bagaimana  kerajaan DAP Pulau Pinang mempersendakan agama Islam. Bagaimana kerajaan PKR di Selangor membisukan wakil rakyat Pas dalam serba serbi. Bagaimana pemimpin Pas gilakan harta dunia, gilakan kontrak dan kemewahan, rumah besar, kereta besar dan makan besar.
 
Semua ini menyebabkan Pas akan berputih mata. Nanti kita sambung.
 
  
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

1 comment:

  1. aku pernah tengok bendera PAS di kandang babi

    ReplyDelete