Wednesday, March 13, 2013

Semakin Meroyan Pulak Nurul Izzah Ni..


Di dalam blog ini memang sedikit sangat kisah tentang Nurul Izzah anak si Nuar ni. sebabnya mudah, Jokiden tidak pernah teruja dengan dia ni dari segi apa pun. Dia ni menjadi Ahli Parlimen secara tidak sengaja samalah dengan MP Kelana Jaya yang tidak tahu berbahasa Melayu itu. Dia menjadi orang penting dalam PKR disebabkan oleh sokongan bapa. Watak pemimpin tidak ada dalam dirinya. Bercakap pun kadang kala merapu.
 
Entah apa sumbangannya terhadap pengundi yang telah memberikan kedudukan kepadanya di kawasan Parlimen Lembah Pantai tidaklah diketahui sangat. Namun kelebihan beliau tetap ada iaitu suka menimbulkan perkara-perkara kontroversi dalam usaha untuk menunjukkan kehebatan diri.
 
 
  
 Kini di saat negara sedang menangisi kehilangan perwira, dia masih dengan penghinaan yang tidak ada penghujung atau titik nokhtahnya. Tidak beberapa lama dahulu dia mengatakan jika pakatan berkuasa dia akan memberhentikan pengambilan anggota polis yang baru.

Katanya polis sudah berlebih kerana mengikut garis panduan PBB seorang polis untuk 250 penduduk. Peliknya dia juga mengatakan nisbah terkini ialah seorang polis untuk 270 orang penduduk. Maknanya masih belum cukuplah tu.

Dia juga mungkin terlupa bahawa nisbah ini semakin hari semakin membesar sebabnya kelahiran selalunya mengatasi angka kematian dalam negara ini setiap tahun. Setiap tahun pula ada beribu-ribu orang anggota polis yang bersara. Oleh itu sudah pastilah proses pengambilan tidak boleh diberhentikan.

Setiap hari juga proses pembangunan negara dalam pelbagai bidang terus berjalan dan setiap daripada pembangunan memerlukan jaminan keselamatan. Untuk memperolehi jaminan keselamatan, maka jumlah anggota polis mesti ditambah mengikut keperluan.

Namun itu bukan persoalannya. Yang kita hairan dia ni tak habis-habis nak menyakitkan hati anggota polis, kaum keluarga polis dan komuniti polis. Ada sahaja penghinaan yang ingin dilemparkannya. Terkini dia ni menjerit mengatakan tidak ada gunanya PGA dihantar ke Sabah. 'Menghabiskan boreh yo'

Untuk apa PGA dihantar ke Sabah? katanya sudah tidak relevan lagi, komunis sudah tidak ada. Mana dia tahu komunis sudah tiada? Mungkin komunis dalam hutan yang sudah tiada, tetapi di dalam bandar mungkin ada komunis. Di dalam kampung-kampung mungkin ada komunis.Senang je dia cakap supaya PGA dibubarkan.

Cawangan Khas juga disuruhnya bubarkan. Tidak ada gunanya kerana menurut dia SB hanya bertugas untuk mencari kanak-kanak hilang. Buta perut betul dia ni. Begitulah apabila di dalam minda sudah tidak ada perkara lain selain daripada berniat untuk menghina dan memperlekehkan orang lain.

Apabila minda sudah berkarat, pandangan hanya tertumpu kepada satu lorong sahaja. Tidak ada ubahnya dia ni dengan rakan tarian dia iaitu Tian Chuak. Mencari populariti bukannya dengan jasa bakti atau khidmat bakti, sebaliknya dengan perkara-perkara kontroversi. Masih kita tidak lupa betapa dalam satu majlis di gereja dia sewenang-wenangnya mengatakan bahawa orang Melayu juga bebas memilih agama masing-masing apabila sudah berusia 21 tahun.

Reaksi anggota polis kepada kenyataan Izzah ini ada di sini.
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

1 comment:

  1. Budak ni memang merapu. Banyak yang dia "menyumbang" korang tak tahu ke?

    ReplyDelete