Menjelang pembubaran Prlimen yang mungkin tinggal beberapa hari sahaja lagi ini maka pastilah tumpuan siapakah yang akan menjadi calon UMNO/BN sangat kerap dibual atau diperbincangkan.
Setakat hari ini nampaknya tidak ada sesiapa yang dapat menduga siapa yang bakal menjadi pilihan Presiden Parti dan Pengerusi Barisan Nasional untuk membawa panji-panji parti ke medan perang. Segalanya masih tertutup rapat dan tersimpan rapi di hati Presiden.
Siapa Menteri yang bakal gugur, siapa yang bakal kekal. Siapa pula Presiden Parti yang gugur dan siapa pula dikekalkan. Siapa YB yang akan gugur dan siapa YB yang akan kekal. Siapa pemimpin Bahagian yang gugur dan siapa pula yang akan kekal bertanding. Amat menarik untuk direnungkan.
Salah seorang yang tidak terlepas daripada sebutan ialah Ketua Pemuda UMNO, merangkap Pengerusi Pemuda BN, merangkap Pengerusi PUNB dan merangkap Ahli Parlimen Rembau iaitu YB Khairy Jamaluddin.
Tokoh muda ini pernah sekurang-kurangnya dua kali menyebut dia tidak mahu bertanding dalam PRU13 kelak. Dia tidak mahu menjadi YB tetapi dia masih mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO.
Bertandingkah dia?? atau tidak bertanding?? atau akan dilantik sebagai Senator dan menjadi Menteri?? Jika bertanding, di mana dia akan bertanding?
YB Khairy juga pernah mengatakan jika dia diminta bertanding juga dia tetap mahu mempertahankan kerusinya di Rembau. Beliau dikatakan banyak masalah, banyak 'kudis' tetapi juga tidak ada sesiapa yang boleh menafikan jasa dan sumbangan beliau.
Beliau sejak kebelakangan ini kerap berada di Kawasannya di Rembau terutamanya dalam majlis menyampaikan BR1M. Mungkin ini memberi petanda yang beliau akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Rembau atau itu hanya sekadar memenuhi jemputan atau menjalankan tugas semata-mata.
Sebagai seorang tokoh politik dan masih muda pula tentunya beliau tidak terlepas daripada perhatian bukan sahaja daripada pihak lawan tetapi juga oleh rakan seperjuangan. Pergerakan serta tindakan beliau sentiasa menjadi perhatian. jika dia ingin melayan kesemua karenah masyarakat maka tentulah dia tidak akan untuk melakukan perkara lain.
KJ ni dibenci dan disayangi. Sama kes seperti Tun Mahathir dan Tun Daim. Ramai yang menyanjung beliau, tetapi ramai juga yang memusuhi beliau. Namun yang indahnya ialah beliau kekal bersama UMNO/BN.
Suatu ketika beliau digambarkan sebagai liabiliti kepada parti dan kerajaan. Sekarang keadaaan telah berubah dan beliau kini menjadi aset berharga kepada parti dan kerajaan.
Suatu ketika beliau digambarkan sebagai liabiliti kepada parti dan kerajaan. Sekarang keadaaan telah berubah dan beliau kini menjadi aset berharga kepada parti dan kerajaan.
Bukan sedikit cabaran atau rintangan yang beliau hadapi dari pelbagai sudut. Dia mungkin telah melepasi ujian getir dan dia mungkin sudah semakin matang. Kesabaran dia juga amat mengkagumkan banyak pihak. Dia bijak mengawal dirinya dalam situasi tertentu yang tidak menyebelahi dia.
Selaku Ketua Pemuda UMNO dan Barisan Nasional, Khairy dikatakan boleh bertanding di mana-mana kawasan Parlimen di Malaysia ini. Dia boleh bertanding mempertahankan kerusinya di Parlimen Rembau. Dia boleh menggantikan Pak Lah di Kepala Batas dan dia juga boleh bertanding di Parlimen Permatang Pauh berhadpan dengan Nuar brahim.
Ya, kenapa tidak Khairy atau KJ diletakkan untuk bertanding di Permatang Pauh?? Kenapa tidak tugas berat untuk merampas kerusi Ketua Pembangkang ini diserahkan kepada beliau? Dengan banyak faktor yang tidak menyebelahi Nuar saat ini dan dengan ketokohan KJ, mungkin kerusi panas tersebut dapat dirampas dari pakatan. Alang-alang menyeluk pekasam.
Jika Nuar tidak mempertahankan kerusinya di Permatang pauh sebaliknya cuba mencari kawasan lain yang dikiranya lebih selamat, maka KJ wajar mengikutinya ke mana sahaja. Baru buku bertemu ruas. Nuar mesti dikalahkan dan calon yang mampu mengalahkan Nuar ialah KJ.

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
Saya bersetuju dengan anda.
ReplyDeleteTq anon 7.36 kerana mengikuti blog ini.
ReplyDelete