Monday, March 11, 2013

Kebenaran Untuk Nuar Akhirnya Datang.. Kebatilan Akhirnya Kalah..


Macho..!!!
 

Apabila sudah tiada apa lagi yang perlu diperkatakan atau dihujahkan, maka kita akan selalu terdengar orang mengatakan begini: "Akhirnya kebenaran akan timbul juga" atau "Akhirnya nanti kebenaran akan mengatasi kebatilan." atau "Yang benar akan menang, yang batil akan kalah" atau "Lambat laun, kebenaran akan terbukti."

Ada juga yang menggunakan nama Allah seperti "Allah akhirnya akan menunjukkan kebenaran" atau "Allah maha berkuasa" atau "Allah di pihak yang benar" atau "Allah bersama orang yang dizalimi" atau "Allah maha mengetahui" dan macam-macam lagilah.
 
Apabila secara tiba-tiba Mohd Azlan Lazim muncul di sidang media bersama Johari Abdul dengan membuat dakwaan bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pegawai Perdana Menteri untuk merekasaya konspirasi untuk memfitnah Nuar meliwat anaknya, maka ramai yang merasa lega.
 
Benarlah kata-kata di atas dimana akhirnya yang batil kalah juga dan kebenaran tetap muncul walaupun puas ditunggu. Sekarang Nuar telah dibersihkan oleh bapa Saiful. Kemenagan untuk Nuar dan kebenaran untuk Nuar telah menjelma.
 
Jika selepas ini Wan Azizah pula tampil membuat repot polis mengatakan dia juga pernah diliwat oleh Nuar, maka pastilah seluruh dunia akan mengatakan bahawa Wan Azizah juga telah berkongspirasi memfitnah Nuar. Sudah tidak akan ada lagi yang percaya dengan kredibiliti laporan tersebut kelak.

Wan Azizah juga akan dikatakan telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk merekasaya cerita dan memfitnah Nuar supaya Nuar tidak dapat menjadi Perdana Menteri. Wan Azizah juga akan dikatakan berniat jahattttttttttt untuk menjatuhkan Nuar. Jika itupun berlaku hampir keseluruhan penyokong tegar Nuar akan mempercayainya. Begitulah hebatnya Nuar dengan kisah konspirasi ini.

Dia yang pakar kongspirasi dalam pelbagai perkara tetapi dia mampu mengatakan bahawa semua orang berkonspirasi untuk menjatuhkannya. Itulah kelebihan dia ni.
 
Apabila kebenaran untuk Nuar muncul, maka legalah Nik Aziz, legalah ustaz Azhar Idrus dan ramailah pencacai yang lega, kerana selama ini mereka juga bersungguh-sungguh mempertahankan bahawa Nuar tidak sekali-kali meliwat Saiful.
 
Nik Aziz mengatakan Nuar mana ada duit jika dia nak membayar ayah Saiful yang dikatakan selalu naik ke Genting Highland saban minggu.
 
Azhar Idrus pula mengatakan mana mungkin Nuar mampu meliwat seorang pemuda yang gagah perkasa sedangkan dia sudah berusia 63 tahun.
 
Seorang rakan blogger KNKB pula mengatakan orang sudah melupakan kes liwat ini kerana orang asyik dengan isu Kalimah Allah dan juga pencerobohan lanun di Lahad Datu. Kenapa pula Nuar sendiri yang menimbulkannya semula. Atau kenapa Johari Abdul pula sibuk mengadakan sidang akhbar untuk memberi ruang kepada Mohd Azlan dan mengikut KNKB, Nuar sebenarnya sudah tersilap langkah.

Nuar wajar mengherdik Johari Abdul kerana menimbulkan kembali kisah liwat yang telah senyap ini. Dia kini dalam setiap ceramahnya begitu teruja bercerita kisah liwat ini kerana dirinya telah dibersihkan oleh Mohd Azlan bapa Saiful. Terbukti selama ini dia difitnah sejak tahun 1998 lagi.

Terbukti Karpal Singki juga telah memfitnah dia. Terbukti Mat Sapu juga telah memfitnah dia pada tahun 1997. Tidak lama lagi mungkin Karpal Singki dan Mat Sapu akan membuat PC dan memohon maaf kepadanya. Jika itu terjadi, lagilah bersih Nuar ni dan memang layak menjadi Ketua Pembangkang yang berwibawa dan membela rakyat.
 
  
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

No comments:

Post a Comment