Gambar semalam Sultan balik dari dialisis..
Budak ni, si Jaycel anak Kiram ni waras ataupun tidak. Sejak kebelakangan ini selalu pula membuat komentar atau kenyataan media. Kenyataan media dia pula bukannya hendak meredakan keadaan sebaliknya menambahkan lagi kerumitan semua pihak.
Dia kata Lanun Sulu tidak akan berundur, tidak akan menyerah. Habis apa pilihan tentera upahan tersebut?? Menunggu mati katak di sana atau menunggu ditawan secara paksa oleh pasukan Keselamatan Malaysia.
Apa penghormatan yang diinginkan oleh dia ni. Faham ke tidak, menceroboh kedaulatan negara orang lain bukannya tugas atau tanggung-jawab yang layak diberikan penghormatan.
Jaycel ni bolehlah mengeluarkan kenyataan demi kenyataan kerana bukan dia yang pergi berperang dan memikul senjata, dipatuk ular bisa, meredah paya dan sebagainya. Dia duduk sahaja di Manila bersama keluarganya. Yang menanggung risiko ialah tentera upahan tersebut.
RM1800 seorang bukanlah nilai sebenar satu nyawa atau sebuah jiwa. Sepatutnya dia memujuk jika dia berpengaruh supaya tentera upahan tersebut segera menyerah diri dan menghadapi perbicaraan di mana juga.
Atau dia ni memang mempunyai muslihat lain iaitu melengahkan segala proses supaya tentera upahan tersebut sempat menggali kubu bawah tanah atau terowong sebanyak mungkin. Mereka ingin kekal di sana dan sekali sekala kelak akan melakukan huru hara. Lama kelamaan tentera PBB pun mempunyai alasan hendak menduduki bumi Malaysia yang bertuah ini.
Menuntut Sabah daripada Malaysia samalah seperti anjing menyalak bukit. Tidak ada kesan. Atau samalah dengan cita-cita untuk menarik kereta kebal naik ke puncak Everest..
Kok pembangkang Malaysia setuju sekalipun hendak menyerahkan Sabah kepada Sulu jika 'merampas kuasa' kelak, rakyat Sabah sendiri tidak akan membenarkan perkara tersebut berlaku. Mereka tidak akan sekali-kali ingin di perintah oleh Sultan Sulu.. Tak munasabah tuntutan tersebut selain daripada mempunyai agenda lain yang tersembunyi dan mahukan perhatian pihak ketiga.
Nuar Brahim hendak memberikan autonomi kepada Sabah??? jangan mimpilah dengan dia sekali akan ditolak oleh rakyat Sabah.
Pengganas tidak akan serah diri
MANILA 9 Mac - Anak perempuan kepada Jamalul Kiram III hari ini berkata, pengikut mereka tidak akan menyerah diri, meskipun Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina menyatakan itu adalah satu-satunya jalan yang ada untuk menghalang lebih banyak pertumpahan darah.
Ketika bercakap kepada radio dzMM, Jaycel (gambar) berkata, kumpulan yang diketuai Azzumudie Kiram tidak akan meninggalkan Sabah, walaupun mereka kini diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.
"Kumpulan itu akan terus bertahan di Sabah kerana bagi mereka itu adalah satu penghormatan," katanya yang dipetik oleh abs-cbnnews.com.
Semalam, Jurucakap Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez berkata, kumpulan pengganas yang diketuai Azzumudie Kiram itu kini tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyerah diri selepas permintaan gencatan senjata ditolak oleh kerajaan Malaysia.
Menurut polis Malaysia, kumpulan pengganas itu juga tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah diri, menyebabkan operasi menggempur mereka diteruskan.
Hernandez turut memberi amaran bahawa, pasukan keselamatan Malaysia memutuskan untuk 'memusnahkan kumpulan pengganas itu' yang menceroboh Lahad Datu. - AGENSI
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
No comments:
Post a Comment