Saturday, March 16, 2013

Ambiga Dan Maria Chin, Apa Lagi Tunggu...

Kalau nak jadi wakil... no problem..
  
Jangan berdolak dalih lagi, pakatan segeralah menghantar wakil untuk meneliti urusan undi pos untuk pengundi luar negara. Carilah wakil yang berwibawa seperti Samad Said ke, Ambiga ke atau Maria Chin Abdullah.
 
Pastikan wakil yang dipilih dan dilantik kelak individu yang tidak makan ugut, tidak makan rasuah dan yang tidak akan berkonspirasi dengan SPR.
 
Sudah tentulah antara tugas pemerhati ini nanti untuk mengira berapa jumlah kertas undi yang akan dihantar kepada pengundi luar. Kemudian mereka juga terlibat di dalam pengesahan tentang calon mana yang dipangkah oleh pengundi. Kemudian mereka juga perlu mengesahkan jumlah kertas undi yang dikembalikan.
 
Jumlah antara pengundi dengan kertas undi yang dihantar oleh SPR sama atau tidak. Jangan nanti jumlah pengundi 200 orang, jumlah kertas undi yang dihantarpun 200 helai, tetapi di dalam ceramah pakatan akan pusing dengan mengatakan SPR menghantar beribu-ribu kertas undi pulak. Kemudian siap buat fitnah lagi mengatakan kertas undi sudah siap ditanda atau dipangkah.
 
Semuanya kena dipastikan dan kena rekodkan, kerana penyokong tegar kelak akan menerima bulat-bulat apa yang penceramah sampaikan. Mereka sanggup diperbodohkan oleh penceramah asalkan perkara itu boleh menaikan sentimen kebencian terhadap SPR.
 
Undi pos ini sepanjang masa dijadikan alasan oleh puak pakatan untuk mengdiskreditkan SPR. Ada yang menuduh peti undi ditukar. Ada yang menuduh suami pangkahkan untuk isteri. Ada yang menuduh pegawai atasan sudah siap pangkah untuk anggota bawahan. Pendek kata pelbagai tohmahan dilakukan oleh puak pakatan untuk menunjukkan SPR memanipulasikan setiap undi pos.
 
Selalu diceramahkan di satu-satu kawasan tersebut sebelum undi pos datang, puak pakatan sudah menang, kemudian setelah undi pos tiba dan lampu pula ada kalanya terpadam tiba-tiba sahaja calon BN kembali menang. Ini direka oleh penceramah untuk menimbulkan kesangsian dan kemarahan semata-mata.
 
Kalau nak bercakappun agak-agaklah. Contohnya Parlimen 1, BN menang dengan majoriti 4500 undi. Jumlah keseluruhan pengundi pos dikawasan tersebut cuma 600 orang sahaja. Ini bermakna samada lampu padam atau tidak, BN tetap telah menang walaupun tanpa undi pos. Berikan kesemua undi pos tersebut kepada calon pakatan, calon BN masih menang dengan majoriti tinggi.
 
  

Parti politik boleh hantar pemerhati pantau pengundi luar negara


SHAH ALAM 16 Mac - Setiap parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) perlu menghantar nama wakil masing-masing untuk menjadi pemerhati semasa penyerahan borang undi pos untuk pengundi luar negara.
 
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, perkara itu dibolehkan pada PRU-13 kali ini bagi memastikan SPR dilihat lebih telus dalam menjalankan tugas yang diamanahkan selain dapat menambah baik sistem perkhidmatan yang sedia ada.
 
Beliau berkata, parti politik boleh menghantar nama wakil masing-masing ke ibu pejabat SPR mulai sekarang bagi membolehkan pihaknya menyediakan baju dan kad akreditasi kepada setiap pemerhati.
"Syarat utama pemerhati ialah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas, warga negara asing tidak dibenarkan sama sekali menjadi wakil kepada mana-mana parti, perkara ini perlu dijelaskan bagi memastikan ia tidak berbangkit selepas ini.
 
"Tiada had pendaftaran untuk menjadi pemerhati, parti politik boleh mendaftar wakil mengikut keselesaan mereka kerana tugas pemerhati bukan mudah dan perlu dibuat pergiliran bagi bagi memastikan ia berjalan lancar," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Hj Hadi Mula Tunjukkan Dia Anak Jantan Bila Gambar Nuar Tersebar...


Wah!! Harakah melaporkan bahawa Hi Hadi mengatakan Pas akan bertanding di 76 kerusi Parlimen dalam PRU13 kelak. Itu tuntutan Pas. Samada diterima atau tidak oleh pakatan adalah perkara lain. Ini bermakna PAS akan mendapat 10 lagi tambahan kerusi daripada apa yang selalu diwar-warkan iaitu 66.
 
Jika PKR berkeras hendak mengekalkan sebanyak 91 kerusi yang ditandinginya maka DAP hanya tinggal 55 kerusi sahaja lagi untuk ditandinginya. Ok tu. Kawasan di mana kaum Cina betul-betul majoriti cuma 45, jika dapat tambahan 10 lagi sudah kira baik.
 
Lagipun DAP sudah menyenaraikan ramai calon Melayu untuk mengwakili DAP kelak seperti yang telah diumumkan iaitu di Mersing. Di Parlimen Seremban pun mungkin DAP akan meletakkan calon DAP berketurunan Melayu. Ada aku kisah.
 
Kawasan boleh menang Pas banyak terletak di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Ini akan menyekat peluang PKR untuk menang atas bantuan atau simpati undi ahli Pas. PKR terpaksa bertanding di kawasan Melayu dan bukan Melayu sebab PKR lebih liberal dan plural dalam pendekatannya.
 
Tetapi dengan prestrasi UMNO/BN yang semakin meningkat maka adalah merupakan satu tugas berat bagi Pas untuk menang banyak kerusi di ketiga-tiga buah negeri tersebut. Jika Kelantan dan Kedah jatuh ke tangan UMNO/BN, sementara Terengganu kekal di bawah BN, bermakna harapan Pas untuk menang banyak kerusi Parlimen adalah ibarat menarik kereta kebal naik ke puncak Everest. Di Lain-lain negeri, Pas hanya nasi tambah.
 
Jika pulak Selangor kembali kepada BN,  hahaha... maka PKR akan kehilangan banyak kerusi Parlimen, kerana PKR banyak menang di Selangor. Tidak syak lagi bahawa DAP akan menjadi parti dominan dalam pakatan kerana memenangi lebih kerusi. Jokiden ulang semula kisah lalu iaitu pakatan bolehlah berebut untuk menjadi Ketua Pembangkang.
 
Apapun jika pakatan bersetuju dengan tuntutan PAS untuk bertanding di 76 kerusi Parlimen, maka kita harus mengucapkan syabas dan tahniah kepada Hj Hadi. Jika dapat 67 atau 68 kerusi sahaja, maknanya Pas masih terkebelakang daripada dua rakan sekongkolannya.
 


PRU13: PAS sedia tanding 76 kerusi parlimen

"ekaulah umum, sobab ekau kotuo umum" "Ish, ekau yang tulih, ekau yg draft, eden tak pindo sopatah pokataanpun, ekaulah umumkan"
 
 
 


 
Tuan Guru Abdul Hadi bersama Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran.


KUALA TERENGGANU: PAS sedia bertanding lebih satu pertiga daripada 222 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sebagai parti teras orang Melayu Islam akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada pilihan raya kali ini.

Ini bermakna, kata beliau, PAS akan bertanding lebih dari satu pertiga jumlah kerusi yang diperuntukkan sebanyak 222 di seluruh negara.

“Kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222 kerusi dan dari jumlah itu, saya hendak beritahu insya Allah, PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen.

“Insya Allah, mungkin akan ada lagi jika rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat memberi lagi kerusi kepada kita untuk bertanding,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas PRU13 di pekarangan Pasar Chabang Tiga, Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, di sini malam tadi.

Hadir sama pada tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran, Pengarah MTD Bandar, Ahmad Shah Mohammad serta tetamu khas, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari

Ahli Pas Digesa Boikot Harakah... Konspirasi Dengan UMNO..


  

Senasiblah Harakah dengan Utusan Malaysia selepas ini. Dikala akhbar dan media rasmi pakatan yang lain belum menyintuh tentang gambar-gambar Nuar yang tersebar luas di media sosial pro UMNO, tetiba Harakah pula mendahului dengan memaparkan kisah tersebut. Harakah menyiarkannya tanpa tanda soalan sedikitpun.
 
"Gambar 'Anwar' bercumbu dengan lelaki mula tersebar" Itu tajuk yang digunakan oleh Harakah. Ooomangaii, tajukpun sudah sensasi dan mengghairahkan. 
 
Walaupun Harakah mempertikaikan kesahihan gambar-gambar tersebut namun seperti kata RBF ia seolah-olah hendak memberikan peringatan kepada para pembaca Harakah tentang 'fitnah' yang dilakukan oleh UMNO/BN.
 
Jika gambar-gambar tersebut disiarkan oleh Utusan atau media perdana yang lain, pastilah kebanyakan ahli Pas tidak akan melihatnya. Sebaliknya apabila harakah yang menyiarkan, maka ahli-ahli Pas sudah tentu melihat dan membacanya. Betul juga telahan RBF bahawa harakah sengaja mahukan ahli Pas terus menolak pemimpin anugerah ini.
 
Berdasarkan sebab musabab kenapa Nuar menyaman Utusan Malaysia kerana memetik kembali laporan yang dibuat oleh Inquirer dan Manila Times, yang mengatakan bahawa dia antara dalang yang mencetuskan pencerobohan tentera lanun Sulu di Sabah, maka Nuar sepatutnya bertindak juga terhadap Harakah.
 
Harakah telah memetik  berita dan gambar dari sumber blog dan menyiarkannya kembali. Ini bermakna Harakah juga turut membuat fitnah berniat jahatttttttttttttttttttttttt!!! terhadap Nuar. Maka pastilah Nuar mempunyai hujah kukuh untuk menyaman lidah rasmi harakah tersebut.   
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Kenapalah Berhati Busuk Sangat...

  

Kiram ni tahu sangat, dengan 200 orang tentera dia tidak akan mampu menakluki Kg Tanduo, Lahad Datu, Sabah dan apatah lagi Malaysia. Bangsa Moro yang telah berjuang selama berpuluh tahunpun di bumi sendiri tidak mampu untuk mengalahkan kerajaan Filipina. Tiba-tiba, hujan tidak, ribut pun tidak muncul pula tentera upahan Kiram (RM1,800) sebanyak 180 hingga 234 orang menceroboh Lahad Datu. Ish..ish.. ish pelik ni.
 
Kiram faham tu, dia tidak mungkin akan menakluki Sabah dengan hanya 234 orang kampung yang dianggap 'tentera' upahan, kecualilah dibantu oleh sebuah kapal pemusnah dan kapal perang Amerika dengan kekuatan 5,000 anggota.
 
Kalau dia sudah mengetahui bahawa dia tidak mungkin akan menawan Sabah, habis kenapa menghantar tentera upahan ke Lahad Datu. Apa tujuan dia.?? Hari ini Utusan Malaysia telah mendedahkan tentang perkara ini.

Semakin lama semakin banyak maklumat akan diketahui dengan bertambah ramainya lanun yang kena tangkap dengan pihak keselamatan kelak.  Pihak keselamatan mempunyai pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat daripada mereka yang kena tawan.

Jadi tujuan berkampung di Lahad Datu, bukanlah untuk menakluki Sabah. Mereka tidak mampu. Jadi apa tujuan mereka. Hahaha.. cuma untuk menghuru harakan Sabah. Sebab apa nak huru harakan Sabah? supaya seolah-olah tidak wujud kestabilan, supaya PRU13 tidak dapat dijalankan dengan aman dan tenteram.

Kemungkinan besar mereka ini dijemput untuk menghuru harakan sebahagian daripada wilayah Malaysia dengan harapan akan ada impaknya ke atas pihak pemerintah dalam menghadapi PRU13 kelak.

Perancangan ini memang telah lama dibuat dan kita tidak menolak adanya kaitan lagu 'tanya samo pokok' yang didendangkan oleh Ketua Pembangkang sejak 4 bulan lalu dimana dia yakin sangat, Sabah samada tidak menyertai PRU atau BN mengalami kemerosotan undi di sana.

Mereka hanya merancang, Allah yang menentukan. Mereka telah mula masuk secara berperingkat-peringkat, sedikit demi sedikit. Pergerakan mereka sukar dikesan kerana mereka datang sebagai peniaga, sebagai penangkap ikan dan mereka juga datang sebagai pelawat kepada saudara mara mereka yang berada di Semporna dan Lahad Datu.

Tidak ada sesiapa yang kisah dengan kehadiran mereka. Mereka keluar masuk, mereka bercampur gaul dan mereka bebas memasuki kampung2 tertentu. Mereka membuat persediaan dan mereka mungkin diarahkan supaya membuat kekacauan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan oleh PM.

Mereka tersilap langkah. Mereka ingat dan percaya sangat bahawa PM akan membubarkan Parlimen pada 15 Februari. Lalu mereka masuk secara berkelompok pada 12 Februari dan dengan membawa senjata yang agak banyak.

Mereka sendiri tidak mempunyai tuntutan yang tertentu masuk ke sana selain daripada ingin bertemu dengan seseorang dan meminta supaya rakyat Filipina berketurunan Suluk dari Sulu tidak dihantar pulang. Tidak adapun tuntutan untuk menakluki Sabah, tidak ada tuntutan untuk meminta wang yang banyak dan lain-lain tuntutan yang sukar dipenuhi oleh kerajaan.

Malaysia pun tidak ada mengwar-warkan supaya rakyat Sulu dihantar pulang. Jadi mungkin benar seperti yang dilaporkan oleh Utusan bahawa mereka masuk semata-mata hendak membuat kekacauan apabila sahaja Parlimen dibubarkan.

Kehadiran mereka dengan pakaian tentera dan separa tentera dan siap dengan senjata tentulah mudah menarik perhatian pihak berkuasa. Jika dulu mereka masuk secara kecil-kecilan tidak menimbulkan syak apa-apa. Tetapi apabila membawa senjata, rakyat dan penduduk yang tidak tahu apa-apa tentulah terkejut dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Di sinilah mereka mula kantoi dan dalam keadaan belum bersedia sepenuhnya mereka sudah terpaksa berhadapan dengan pihak keselamatan negara.

Mereka merancang, Allah juga merancang. Inilah mungkin hikmahnya apabila Parlimen belum dibubarkan ketika itu. Sekiranya ketika mereka masuk, Parlimen sudah dibubarkan tentulah kekalutan akan bertambah. Rakyat Semporna, Lahad Datu, Silam dan Tawau mungkin tidak selesa untuk keluar mengundi dan berlakulah sesuatu di Sabah yang tidak mampu dikawal lagi oleh SPR.

Kini Parlimen boleh sahaja dibubarkan dan penduduk di sana boleh keluar mengundi dengan rasa selamat apabila dikawal oleh pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata.

Kenapa pula nak membuat kekecohan sempena PRU Malaysia. Mungkin jawapan akan muncul juga nanti dan melalui pengumpulan maklumat. Rakyat akhirnya akan tahu juga siapa pengkhianat sebenar apabila semua maklumat telah didedahkan.
 
 

Penceroboh, dalang rancang serang ketika PRU-13


LAHAD DATU 14 Mac - Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo di sini, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
 
Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.
 
"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.
 
"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.
 
Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.
 

Friday, March 15, 2013

Lagi Petanda Kelantan Akan Jatuh Ketangan BN..


 
Ceramah Pas di Pulau Condong, Machang malam tadi.. 
 

Kehadiran PM di Kelantan pada hari ini telah mendapat sambutan hangat oleh rakyat pelbagai kaum. Ada akhbar yang mengatakan jumlah kehadiran melebihi 20,000 orang. Pihak TV pula menganggarkan jumlah yang menyambut PM melebih daripada 40,000 orang. Sambutan meriah ini jelas menunjukkan penduduk di Kuala Krai dan Tanah Merah telah menerima baik kehadiran Perdana Menteri.

Berapapun jumlahnya manifestasi daripada kesanggupan rakyat Kelantan untuk datang mendengar amanat daripada Perdana Menteri membuktikan bahawa mereka sememangnya sudah bersedia untuk satu kejutan dan perubahan. Mereka tidak berasa takut dan bimbang lagi untuk menunjukkan sokongan.

Mereka tidak lagi berasa 'berdosa' apabila menolak Tuan Guru dan memberikan sokongan kepada UMNO/BN. Mereka telah nampak dari sudut mana sekalipun BN lebih dipercayai untuk menunaikan segala janji yang dibuat demi untuk rakyat Kelantan.


Nak buat janji lagi ke..???
 


Malah Perdana Menteri mengingatkan cukup, cukup lah kerajaan Pas asyik berlawok semata-mata. 22 tahun menabur janji manis namun rakyat terus terpinggir. Turut dingatkan oleh Perdana Menteri ialah '7 dosa besar' Pas terhadap rakyat Kelantan. Antaranya termasuklah tidak mempertahankan Kalimah Allah.
 
Pada minggu lepas, penyokong the Red Warriors sempat memberikan penghormatan kepada anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam tragedi Lahad Datu. Tidak adakah pihak-pihak pakatan yang nak spin tentang peristiwa ini atau mereka memang sudah nampak bahawa Pas Kelantan bakal tewas kepada BN Kelantan dalam PRU13 kelak..
 

 
Ini salah satu petanda tumbangnya Kelantan ni..


Penonton takafur di Stadium Sultan Muhammad IV untuk pejuang terkorban


KOTA BHARU 7 Mac - Kira-kira 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini malam tadi bertafakur sebagai menghormati lapan anggota polis yang terkorban akibat pencerobohan kumpulan pengganas bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
 
Mereka bersama pemain pasukan Kelantan dan Maziya Sports & Recreation Club dari Maldives, bertafakur sebelum perlawanan bermula 8.45 malam yang membuatkan suasana stadium yang riuh rendah menjadi sunyi sejenak.
 
Penyokong yang beragama Islam menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada anggota polis terkorban yang beragama Islam.
 
Seorang penyokong 'The Red Warriors', Ismail Muhammad, 45, dari Tumpat berkata, orang ramai amat menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempertahan tanah air daripada pencerobohan kumpulan pengganas itu.
 
"Kami mendoakan keselamatan kepada anggota pasukan polis dan tentera yang kini sedang berjuang untuk menghapuskan kumpulan penceroboh itu di Sabah," katanya.
 
Dua anggota polis terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Jumaat lepas, dan enam lagi dalam serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna pada Sabtu.
 
Perlawanan antara Kelantan dan Maziya Sports & Recreation Club dalam saingan pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu berkesudahan seri 1-1.

 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

Pemimpin Pas Suka, Ahli Pas Benci DAP..

 
 
Segala-galanya yang PAS lakukan adalah kerana undi, sebab itu mereka tidak mendapat pertolongan Allah. Eh wah jokiden nak bercakap seperti ulamak pulak. Jokiden bukan ulamak, tetapi itulah yang Jokiden rasakan. Jika ada pemimpin PAS atau pencacainya yang mengatakan Pas berjuang untuk agama Islam, kompem mereka tertipu atau menipu diri sendiri. Teruskan membaca.

 
 
 
 
 
 
 
Di sana sini terdapat bantahan terhadap DAP khususnya Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang oleh ahli-ahli Pas akar umbi. Di saat para pemimpin Pas sedang leka dan berseronok berkaroeke dengan pemimpin DAP dan juga PKR, para ahli di bawah terus-terusan menunjukkan bantahan dalam pelbagai cara.
 
Ada yang memijak gambar LGE, ada yang membakarnya, ada yang merotan Nik Aziz dan Hj Hadi dan ada yang membuat laporan polis. Itu semua adalah manifestasi rakyat biasa terhadap pemimpin mereka.
 
Nuar dibantah, LGE dibantah, Lim Kit Siang dibantah, Nik Aziz dibantah, Hj Hadi dibantah, Mat Sapu dibantah, Azizan Razak dibantah, Karpal Singki dibantah, Khalid Ibrahim dibantah malah Khalid Samad yang kecik juga dibantah.
 
Biasalah perlakuan tersebut tidak akan diambil peduli oleh pemimpin PAS dan untuk menyedapkan hati masing-masing maka mereka mengatakan bahawa semua itu ditaja oleh UMNO. Semua itu agen UMNO. Semua itu psy UMNO. Semua itu kerja UMNO. 
 
Pelaku-pelaku tersebut dinafikan sebagai ahli parti termasuklah ahli parti seumur hidup seperti cikgu abc iaitu cikgu Non. Akhirnya kelak apabila kesemua yang berfikiran sedemikian iaitu ahli-ahli yang membantah ke akuran PAS terhadap DAP dan PKR mengzahirkan kemarahan mereka di peti undi, masa itu mungkin baru pemimpin PAS nak sedar.
 
Tentunya sudah terlambat dan nasi sudah menjadi bubur. Pas masih boleh bersyukur sekiranya mampu menang 9 kerusi Parlimen nanti. Jika tidak salahkan diri sendiri.
 
Kadang kala kita merasa pelik, kerana ada juga penyokong PAS yang masih mempercayai kata-kata manis pemimpin pakatan ini. Mereka tidak sedar yang mereka sedang digula-gulakan oleh PKR dan DAP. Mereka lurus bendul.
 
Contohnya tentang bajet untuk majlis agama Islam yang disediakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, amatlah dibanggakan oleh penyokong tegar Pas. Bajet tersebut dijadikan sebagai bukti bahawa DAP sebenarnya memperjuangkan Islam. Bajet tersebut lebih banyak daripada apa yang BN pernah sediakan sejak dahulu.
 
Ish..ish..ish.. tak faham kita kenapa puak-puak ini tergoda, terpengaruh dan akhirnya terpedaya dengan silap mata DAP ini. Itu hanya bajet sahaja. Dr Helmi pernah membuat semakan bahawa bajet tersebut tidak langsung dibelanjakan. Tetapi otak beku penyokong tegar ini mana mahu menerima hakikat sebenar. Ibarat mulut disuap pisang, bontot dikait pula dengan onak.
 
Jikapun benar itu peruntukan dan bajet yang diberikan oleh DAP ianya tidak sampai 0.000000001% jika hendak dibandingkan dengan apa yang UMNO/BN telah lakukan. Memang penyokong tegar Pas ini suka menjadi kufur nikmat. Panas setahun luput oleh hujan sehari.
 
Contohnya dalam sebuah rumah, sisuami menjaga dengan baik keluarganya, menyediakan apa yang sepatutnya selama 50 tahun. Tetiba datang seorang Bangla sesat, menumpang di rumah tersebut dan Bangla ini dalam nak mengambil hati maka dibelilah epal, anggur dan buah mata kucing longgok di pasar malam. Dibaginya keluarga tersebut makan, kemudian dia juga memotong rumput. Maka kebaikan Bangla yang sekelumit tersebut telah menghilangkan jasa bakti si suami selama 50 tahun terhadap keluarga itu. Lebih malang lagi si isteri akhirnya menghalau si suami dan menikah dengan si Bangla. Apa terjadi selepas itu???? Pembaca habiskanlah sendiri.
 
Kedudukan Islam di Malaysia ini tidak sama dengan kedudukan Islam di Indonesia, di Mynmar, di Bangladesh, di India, di Thailand dan di mana sahaja. Kedudukan Islam di Malaysia ini adalah istimewa dan dilindungi oleh Perlembagaan. Ini yang penyokong tegar PAS tidak faham.
 
Bandingkan apa yang DAP sediakan dalam bajet tersebut dengan apa yang PAS Kelantan dan Pas Kedah sediakan. Jangan bandingkan dengan apa yang UMNO/BN sediakan. Jauh macam langit dengan bumi, nanti DAP malu.
 
Yang tersurat dan yang tersirat. Bukan semua bajet untuk pembangunan agama Islam di negara ini dizahirkan sepenuhnya. Ada juga yang diberikan secara tidak langsung. Malah apa yang DAP cuba buat itupun sebenarnya meniru segala apa yang UMNO/BN lakukan.
 
Rasanya tidak perlulah berbangga sanagat dengan apa yang DAP sumbangkan kerana itu semua adalah umpan belaka untuk melalaikan pencacai PAS. hakikat sebenarnya hanya masa dan keadaan yang akan menentukan nanti. DAP adalah mush Islam. Mahu tidak mahu itulah hakikatnya.  
 
     

Lagi ahli Pas bantah Guan Eng

SAIFUL Zamani Ahmad (kanan) bersama ahli-ahli Pas mengadakan perhimpunan mendesak pucuk pimpinan parti bertindak tegas terhadap isu kalimah Allah di Sungai Petani, Kedah, semalam.
 
 
SUNGAI PETANI 6 Mac - Cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar kalimah Allah dibenar digunakan oleh bukan Islam, terus mendapat bantahan daripada ahli Pas di peringkat akar umbi.
 
Sekumpulan 30 penyokong akar umbi Pas dari Parlimen Sungai Petani berhimpun di pekarangan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini hari ini selepas solat zuhur bagi menyatakan bantahan mereka.
 
Perhimpunan kira-kira 30 minit itu yang diketuai Ketua Pemuda Pas cawangan Kampung Baru Bakar Arang, Saiful Zamani Ahmad turut membawa pelbagai sepanduk yang menyelar tindak-tanduk pemimpin DAP tersebut.
 

Oooo Rupanya Semua Ini Konspirasi...?

  

"Saya orang yang beriman, kuat sembahyang. Tidak mungkin saya telah disihir. Saya tidak percaya dengan perkara-perkara itu. Jangan mengarut"
 
"Biarlah apa orang hendak kata, yang penting saya sihat dan tidak ada apa-apa yang berlaku kepada saya"
 
Begitulah sanggahan PI Bala seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Cikgu Bad begitu sibuk memberitahu seluruh dunia bahawa Bala telah jatuh sakit secara tiba-tiba semasa berceramah di Kota Baru kerana terkena buatan orang, terkena ilmu sihir dan terkena ilmu hitam.
 
Betul ke tak betul cikgu bad ni yang mempercayai benda-benda khurafat ni. Katanya ada kawannya bagi tau macam tu dan dia menyambung lagi bahawa Bala ni banyak musuh, seribu kemungkinan boleh terjadi.
 
Jika Bala sendiri menafikan dia sakit bermakna Cikgu bad ini cuba membuat satu lagi konspirasi baru atau sandiwara terbaru. PI Bala tiba-tiba sakit dada di Kota Bharu mungkin sebab terlalu berdebar-debar semasa menyampaikan ceramah. Rentak jantung tidak stabil, perjalanan darah juga tentunya tidak stabil. Pitam pun boleh disebabkan perkara sebegitu.
 
Sebenarnya ceramah PI Bala tidak membawa impak yang besar, sama seperti kes sumpah Mohd Azlan ayah Saiful. Orang tidak peduli dengan apa yang diceramahkan oleh Bala kerana matalamat untuk mengaiktkan PM dengan pembunuhan Altantunya tidak juga menjadi.
 
Cikgu ni sudah dapat menghidu kegagalan Bala tersebut. Malah dalam ceramah pertama lagi Bala ni sudah kantoi dan tidak menyakinkan. Upah ceramah mungkin berjumlah ratusan ribu ringgit. Semakin Bala berceramah semakin sayang pula rakyat kepada PM.
 
Bagaimana alasan hendak diberikan supaya ceramah Bala tidak memakan diri dan perlu dihentikan?? Aturcara jelajah Malaysia telah siap, tetapi setelah dua kali berceramah Bala ternyata gagal. Tak tahulah apakah duit upah ceramah yang sangat lumayan tersebut sudah dijelaskan ke atau belum.
 
Untuk mengelakan lebih banyak kerosakan yang bakal dilakukan oleh Bala, maka elok dihentikan sahaja ceramah beliau. Mestilah dengan alasan yang munasabah. faktor kesihatan, sakit dada, sakit jantung atau terkena ilmu hitam terpaksa digunakan supaya nampak menyakinkan. Lalu direkalah konspirasi satu lagi dan di bawalah Bala ke Hospital untuk pemeriksaan. Lalu doktorpun menasihatkan Bala supaya banyak berihat. Lalu tak perlulah lagi pergi berceramah. Biarlah cikgu bad sahaja yang meneruskan ceramah dan membuat andai-andaian untuk mengaitkan PM dengan Altantunya berdasarkan dua ceramah Bala.
 
Cikgu nipun sama macam Nuar je ni, suka mencipta dan pakar konspirasi, orang kampung sudah tahu. Jasa kepada negara dan masyarakat belum seberapa tetapi kutukan dia kepada pemimpin yang berjasa macam bertih digoreng. Di NSDK kepimpinan dia memang tidak disenangi oleh kebanyakan ahli PKR yang tidak seberapa tu.

"Bukan saya yang cakap... tetapi ini akan kekal mistri.." Ayat begitu memang dia suka. Dia mahu pendengar membuat andaian seperti yang dia inginkan, namun pendengar pula mempunyai pemikiran dan penilaian sendiri. Yang melucukan tentang dia ini ialah apabila ditangkap polis, serta merta hilang ke jantanan dan ke macho an dia. Dia akan jadi seperti orang paling dungu dalam dunia bila kena gari dengan polis.

Nampaknya usaha PKR hendak mengkaitkan PM dengan Altantunya ini gagal lagilah walaupun sudah dijadikan modal politik sejak daripada PRK Ijok lagi.

Balasubramaniam terima rawatan sakit jantung


KUALA LUMPUR 11 Mac - Penyiasat persendirian kontroversi, P. Balasubramaniam (gambar) kini dilaporkan menerima rawatan di hospital kerana masalah jantung.
 
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin. Malah yang mengejutkan, Badrul Hisham yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), membuat dakwaan keterlaluan mengaitkan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena ilmu sihir.
 
''Ada kawan-kawan sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Balasubramaniam) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal kepada Maha Pencipta,'' katanya seperti dipetik menerusi portal propembangkang, KeadilanDaily.com.
 
Jelasnya, Balasubramaniam dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (kini dikenali Pusat Perubatan Sime Darby-SDMC) pada 5 Mac lalu, sehari sebelum dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor.
 
Menurut beliau, ketika program di Bachok, Kelantan, Balasubramaniam mengadu sakit dada dan disangka mengalami masalah gastrik.
 
''Sehari sebelum ke Johor, doktor sahkan ada serangan jantung kecil. Bala dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari dan dirujuk ke Institut Jantung Negara,'' katanya.
 
Katanya, Balasubramaniam akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan kini ditempatkan di wad biasa hospital berkenaan.
 
Balasubramaniam yang sebelum ini bersembunyi di luar negara pernah dikaitkan dengan perancangan pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Terkini tentang Bala sini dan sini dan sini
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

Bahaya!!! Bahaya!!! Abby Dah Pergi Jumpa Nuar..


Hati-hati you..

Apa tujuan pertemuan ini.?? Untuk menaikan semangat siapa ni?? Untuk menaikkan semangat artis terlibat atau untuk menaikkan semangat Nuar Brahim ni.?? Siapa yang nak memanipulasi siapa ni?? Siapa pula yang terdesak? Nuar ke yang terdesak atau golongan artis ni yang terdesak? Pas benarkan ke Ostazah Abby ni pergi berjumpa Nuar??
 
Mungkin terdapat seorang dua daripada golongan artis ini yang akan menjadi calun mewakili pakatan dalam PRU13 kelak. Kemungkinan ini tidak boleh ditolak begitu sahaja walaupun Bob Lokman sudah tarik diri siang-siang lagi. Tapi apa salahnya ganti tempat Salehuddin di Kubang Krian tu, dia kan nak berpindah ke Johor.
 
Aishah dikatakan akan mencabar Ahli Parlimen Jempol YB Dato' Hj Lillah Yassin dan dia dikatakan berminat untuk bertanding di sana mewakili Pas. Dia ingat masyarakat Jempol senang-senang nak memberikan undi kepadanya. Memanglah dia terkenal, orang kampung lagi, namun orang akan bertanya apa yang mampu dia sumbangkan untuk membela rakyat kelak.
 
Abby Abady ni kita risau sikit, dia ni masih boleh mengghairahkan orang lelaki ni. Rupa paras dan bentuk tubuh masih boleh membuatkan orang yang rapat dengan dia jatuh pitam ni. Dia rapat dengan puak Pas kita risau. Dia rapat dengan puak PKR lagi kita risau. Manalah tahu kok ada yang tidak dapat menahan geram dan geloro di kalbu nanti. Kok nahas...Hahaha.. ish..ish..ish.. Jokiden ni.
 

Apapun pertemuan 'sulit' ini sudah tentu mempunyai agenda istimewa. Nuar mungkin ingin menggunakan ahli Pas ini untuk menarik pendengar supaya datang ke ceramah PKR yang telah semakin suram sejak kebelakangan ini. Maklumlah segala isu yang cuba ditimbulkan semuanya tidak menjadi dan asyik terkena batang hidung sendiri sahaja.
 

Atau pertemuan ini juga mungkin untuk menanda tangani MOU antara mereka. Berapa banyak road show yang bakal diadakan dan berapa banyak pitih atau bajet yang diperlukan. Takkan artis-artis ni nak pergi secara percuma sahaja. Mesti ada bayaran tertentu. Standard mesti kena jaga wei.. Cerita penuh di MPP.
Nampak tak Nuar tu...?? Cara duduk dia..
 
Tetapi mungkin juga pertemuan Abby dengan Nuar ini untuk membincangkan atau memperlajari cara-cara yang berkesan jika hendak menyaman Utusan Malaysia. Abby sudah mula tidak senang hati dengan paparan kisah dia di akhbar berkenaan yang mengikutnya keterlaluan.
 
Untuk berhadapan dengan Utusan Malaysi ini mestilah mendapatkan pandangan daripada orang yang telah banyak pengalaman dalam kes saman menyaman dan tangguh menangguh ni. Cuba baca posting berkenaan saman Utusan ini di sini.

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU..
 

Siapa Nak Pinang Saya Sila Tweet..

Boleh tahan budak ni. Dah kahwin ke belum ni? Ada sesiapa yang tahu tentang Tuan Puteri ni. Baru sahaja buka akaun twitter dah berlambah kawannya, sikit hari lagi mungkin kalah Psy ni.
 
Blog-blog pembangkang pun nampak banyak betul yang memuatkan kisah baru buka akaun ini. Ada yang bernada nakal mula mengatakan bahawa Puteri Sultan ini sedang mengintai cinta dari rakyat Malaysia. Lantaklah.
 
Namun yang pasti perbahasan tentang Pencerobohan tentera bapa dia di Lahad Datu ini akan menjadi lebih panas di alam maya ini. Dia mungkin sudah bersedia untuk menerima apa sahaja tweet dari 'peminatnya' Kita tengoklah sampai bila dia boleh bertahan. Klik sini
 

Jacel Kiram dikecam pengikut Twitternya


JACEL KIRAM
 
 
KUALA LUMPUR 14 Mac - Anak perempuan ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jacel Kiram yang baru membuka akaun Twitter semalam menerima kecaman dan kritikan daripada pengikut laman tersebut.
 
Rata-rata pengikut Twitter yang meninggalkan mesej kepada anak Jamalul Kiram itu secara tegas mahu kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu keluar segera daripada negeri tersebut.
 
Jacel yang menggunakan nama Princess Jacel Kiram dalam Twitternya bagaimanapun tidak aktif mengemas kini laman twitternya sebaliknya hanya lima status termasuk jawapan balas ditulis olehnya.
 
Antara kenyataan Jacel menerusi jawapan balasnya kepada salah seorang pengikut twitter, Geminianeyes adalah : "Malaysia tidak pernah memiliki Sabah, negeri itu masih membayar hutang, baca sejarah... Sabah tidak pernah menjadi milik anda!"
 
Geminianeyes sebelum itu berkata kepada Jacel : "Apakah anda menyangka yang kami (Malaysia) akan menerima kedatangan kumpulan anda tanpa senjata sedangkan tentera anda menceroboh masuk ke negara kami bersama senjata."
 
Selain itu, salah seorang lagi pengikut, HRH Sultan SeaDemon berkata kepada Jacel : "Bapa anda bukan salah seorang penerima kekayaan Sulu..Sultan Sulu penipu!"
 
Dax muhamad pula mahu pengganas Sulu keluar daripada Sabah dan hentikan pembunuhan. - UTUSAN
 
 


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Thursday, March 14, 2013

Apa Masalahnya Ni Maria...?

 
 
 
 

 
 
Terkini jumlah pengundi yang diakui sah oleh SPR ialah sebanyak 13.02 juta orang. Perkara yang ditimbulkan oleh Maria Chin ini pastinya boleh diselesaikan dengan mudah oleh SPR. Jika jumlah yang keluar mengundi esok melebih 17 juta orang baru boleh diperdebatkan.
 
SPR pula rasanya tidak akan mencetak kertas undi melebihi 13.02 juta mengikut senarai sah pengundi berdaftar. Apabila dikumpulkan kesemua jumlah undi yang dibuang dan wakil-wakil pakatan pula ada ketika undi di kira dan didapati keseluruhan yang keluar mengundi sebanyak 17 atau 18 juta baru pakatan ada kes kuat untuk membatalkan PRU atau untuk memmbuat huru hara.
 
Namun kebiasaannya purata yang keluar mengundi pada satu-satu PRU ialah sekitar 80 ke 82 peratus sahaja ataupun 10 juta pengundi. Kadang-kadang lebih rendah dari itu.
 
Jika SPR belum respon, elok je buat susulan, jangan nak membuat persepsi kemudian ajak orang mempercayainya. Sekiranya  SPR telah respon kelak boleh tak berlaku jujur dan buat kembali siaran media seperti di bawah.
 
Jumlah keraguan yang dia timbulkan ini tidak banyak cuma 8 atau 9 orang sahaja, bukan seperti yang Nuar timbulkan iaitu sebanyak 14,000 orang di Pekan Pahang. Jumlah 8 orang ini boleh sahaja di semak menerusi SPR online. Tak ada masalah.
 
Alamat dipergunakan itu biasa dan diluar bidang kawalan SPR.   Ada wakil DAP nak segera mendaftarkan pengundi, kawan dia katakan, dia tidak ingat alamat kawan dia itu, maka dia gunakan alamat dia. Begitu juga ada wakil PKR dan Pas ingin segera mendaftarkan kawan atau anak yang duduk ditempat lain, maka untuk memudahkan urusan dia terus guna alamat yang dia tahu.     
 
Jika seseorang pengundi itu pula mendapati namanya tiada dalam senarai, ini lagi senang diselesaikan. Samada ia mendaftar baru atau semak sahaja kenapa nama dia tiba-tiba hilang. Di mana dia pernah mengundi. Entah-entah dia cakap je pernah mengundi, tetapi sebenarnya tidak pernahpun, macam Khalid Ibrahim baru tahun 1980an je menjadi pengundi. Abby Abady lagi teruk hingga kini tidak mendaftar sebagai pengundi.
 
Kalau you orang terpelajar Maria Chin jangan bodohkan diri kamu dengan isu pengundi hantu ini. Biarlah orang kampung yang tidak pernah pergi ke sekolah sahaja yang mempercayai adanya pengundi hantu dan hantu boleh mengundi. Tak boleh punya. Jika ada nama dalam daftar ia pengundi sah tidak kira di mana dia akan mengundi. Jika nama tidak ada, dia tidak akan dapat mengundi walaupun dia berpuluh kali menjadi hantu.
 
Apa masalahnya jika ada kekeliruan gender? Ia tidak menjadikan dia sebagai hantu. jika guna IC lama atau baru, apa masalahnya? Lainlah jika nama dalam IC lama ialah Ali, kemudian nama dalam IC baru ialah Ahmad. Apakah Ali dan Ahmad merupakan orang yang sama? Kalau dia orang yang sama bolehkah dia mengundi dua kali apabila jarinya telah dicalit dengan dakwat kekal. Atau Pakatan memang dah menyediakan satu kaedah untuk menyediakan alat untuk mencuci dakwat tersebut.
 
Kalaupun dakwat dapat dicuci, nama di dalam daftar pemilih telah dipotong oleh wakil SPR, oleh wakil pakatan dan oleh wakil BN, Dapat ke lagi dia nak mengundi?? kalau dia dapat mengundi pastikah dia akan menundi BN, Tolong jangan rendahkan daya fikir mu Maria Chin. Dalam Malaysia ini pengundi hanya mampu mengundi sekali sahaja, tidak akan dapat memangkah dua kali atau tiga kali. Tidak mungkin. Kecualilah pakatan mampu menceroboh sistem komputer SPR dan mendaftarkan orang berpuluh kali dan tempat mengundinya adalah berhampiran. Jika itu pula berlaku maka keseluruhan sistem akan rosak dan PRU pula terpaksa ditangguhkan.
 
Sebenarnya hujah mengatakan SPR tidak telus ini hanyalah tipu muslihat pakatan untuk mengaburi mata dan bersedia dengan alasan sekiranya kalah teruk dalam PRU kelak. Bila menang, tidak adapun timbul isu SPR ini. Sepatutnya rakyat dapat menghidu kebangangan pemimpin pakatan ini.
 
Undi Pos pula sudah tiada. Jika tentera dan polis yang pencen tidak mengemas kinikan kedudukan mereka itu bukan masalah SPR. Mereka kelak yang tidak akan dapat mengundi awal. Jangan jadikan isu perkara tersebut. Mengundi adalah tanggung-jawab warga negara.
 
Tentang warga tua, jika u ulangi sekali lagi soalan itu, I saman you nanti. Apa masalahnya dengan warga yang tersangat tua ini. Jika dalam PRU12 ada lebih 2,000 orang warga tua yang berusia melebihi 100 tahun, kini mungkin jumlahnya masih ada 1000 orang lagi. Apa masalahnya jika kamu hendak meragui mereka ini??
 
Akhir sekali, pergilah cari 8 ke 9 orang pengundi yang bermasalah tersebut. Tentu you punya alamatnya atau nombor telefonnya. Selesaikan masalah mereka dan pujuk mereka supaya mengundi pakatan. Kan dah dapat 9 undi percuma. 
 
 
 
Bersih 2.0 Dedah Kes Pengundi Didaftar Tanpa Izin.

Biar Melayu Hilang Kuasa Asalkan UMNO Lingkup..

      

13/03/13. Malam tadi Jokiden sempat menghadiri ceramah Pas di Taman Jokiden. Kehadiran seramai lebih kurang 180 orang telah berjaya menaikkan semangat penceramah-penceramah Pas.
 
Hampir 95% daripada apa yang disampaikan adalah auta dan putar belit ke atas isu-isu tertentu dan juga fitnah. Dalam minda penceramah mungkin fitnah dan bohong tersebut adalah asam garam sebagai perisa kepada halwa telinga.
 
Segala yang cantik molek adalah kepunyaan Pas dan dua rakan sekutunya. Sementara yang buruk dan busuk ialah milik UMNO/BN. "Jika UMNO kalah Melayu akan kehilangan kuasa.." katanya kemudian dia menyambung "Biar Melayu hilang kuasa, Melayu mana??? Melayu UMNO!!!" Jeritnya. Sungguh jahat penceramah Pas ini.
 
Tidak pernah lekang dari mulut penceramah ialah serangan peribadi ke atas Perdana Menteri dan isteri. Rupa-rupanya kepada penceramah Pas di dalam diri dua orang insan ini tidak ada langsung kebaiikan. Ada kalanya penonton memberikan respon secara berlebihan dan ada juga kalanya pendengar tidak respon langsung lalu membuatkan penceramah terpinga-pinga dan terasa tersalah kain.
 
Untuk melahirkan sentimen kebencian, penceramah Pas mengatakan bra yang dipakai oleh DS Rosmah adalah  berharga ribuan ringgit. Ini bukan pertama kali Jokiden dengar sebaliknya sudah banyak kali di ulang oleh penceramah Pas di merata tempat.
 
Untuk supaya tidak rasa bersalah mengambil duit BR1M biasalah pemberian itu diperlekehkan semaksimum mungkin. "Ambillah duit itu, dan undi jangan bagi, kerana itu duit rakyat, bukat duit mak bapak dia.." Di ulang banyak kali bagi menghalalkan penerimaan tersebut.
 
Ahli Pas diminta supaya menyokong Tian Chua kerana bagi Pas adalah benar bahawa pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO/BN untuk menangguhkan PRU umum. Penceramah lain pula berkata peristiwa Lahad Datu dirancang supaya rakyat menjadi takut dan terus memberikan undi kepada UMNO BN.
 
Salah seorang penceramah adalah merupakan bekas tahanan ISA dari Sabah dan pernah menjadi calon PRU di Silam. Jokiden tidak kenal dia, namun hampir keseluruhan ceramahnya adalah persepsi, andaian, tohmahan dan fitnah. Selamba je dia mengatakan UMNO/BN kalah tidak mengapa kerana mereka telah memindahkan wang RM1 trillion ke luar negara. Bersusah payah dia nak menerangkan bagaimana besarnya jumlah RM1 Trillion tersebut. 
 
Dia juga mengetahui bahawa dalam pertemuan PM dengan DYMM SPBYA pagi tadi, PM telah menasihatkan Agung supaya menangguhkan PRU kerana PM berpendapat sekiranya PRU diadakan huru hara akan berlaku. Adalah lebih wajar Agung berterusan melantik 'care taker goverment' dan menyerahkan urusan pentadbiran negara ini selamanya kepada PM.
 
Walaupun berhempas pulas dia hendak menerangkan logiknya kenapa PM bertindak menasihat Agung sebegitu, namun pendengar nampaknya kurang menerima penjelasan beliau. Akhirnya dia berkata, sekiranya PRU13 tidak memihak kepada pakatan, mereka bersedia untuk keluar ke jalan-jalan raya membuat bantahan kerana diduga SPR telah menipu.
 
Negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN semuanya menghadapai masalah hutang yang tinggi termasuk NSDK. Dia rupanya tidak mendapat fakta bahawa ekonomi NSDK berkembang pesat dan kerajaan negeri mempunyai lebihan kewangan.
 
Biasalah dalam setiap ceramah pakatan akan disebut hutang negara sebanyak hampir RM500 billion tersebut. Rakyatlah yang bakal membayar semua hutang itu kelak. Penceramah Pakatan kebanyakan nya tidak akan menyintuh tentang simpanan besar negara yang mampu menampung 9 bulan eskport tertangguh tersebut.
 
Yang paling menariknya bagi bekas tahanan ISA ini ialah, negeri Selangor terbaik sejak diambil alih oleh PKR. Penang terbaik sejak diambil alih oleh DAP dan Kedah menjadi negeri makmur sejak diambil alih oleh PAS. Sedangkan hakikatnya ialah negeri-negeri tersebut menjadi sebaliknya hanya dalam tempoh 4 tahun pembangkang menerajuinya.
 
Selangor negeri kaya semasa ditinggalkan oleh BN, kini hampir ranap. Yang tinggal cuma diut tabung untuk PRU13 sahaja. Bantuan yang dijanjikan dari serendah RM50 untuk tadika sehingga ke RM1000 untuk pelajar Universiti tidak pernah ditunaikan walaupun tempoh pemerintahan PKR. Contoh penipuan yang paling nyata adalah kerajaan PKR di Selangor.
 
Pas mengatakan sejak PKR menjual pasir di Selangor hasil telah meningkat sebanyak RM40 juta berbanding semasa BN yang cuma RM4juta. Dia memang tidak membaca laporan persidangan DUN Selangor dimana telah dipersoalkan unjuran pendapatan hasil pasir kerajaan Selangor seperti langit dengan bumi dengan apa yang sebenarnya diperolehi.
 
Kerajaan Penang dikatakan bersih sangat daripada rasuah. Jelas DAP berjaya menipu Pas dalam soal ini. Segala-galanya wangi tentang DAP di Pulau Pinang. Projek konsesi tol yang dicadangkan oleh DAP selama 30 tahun mendapat pujiannya sedangkan dalam manifesto pakatan jelas semua tol hendak dihapuskan.
 
Kedah di bawah Pas katanya jauh lebih kaya, lebih aman, lebih makmur dan lebih islamik  daripada Kedah dizaman UMNO/BN dahulu. Pendengar terkedu dan tidak mahu respon dengan kisah ini. Hakikatnya Kedah secara tiba-tiba menjadi usang apabila diambil alih oleh Pas. Kepimpinan Azizan sentiasa diganggu gugat oleh segelintir pemimpin PAS yang bercita-cita tinggi. Dalam PRU13 nanti PAS dan PKR akan kehilangan banyak kerusi Parlimen di Kedah ini kepada UMNO/BN.

Yang paling penceramah ni pomangak ialah bilo dio kato pemboghian IC kek wargo Sulu sebanyak 800,000 di Sabah tomasuk tompek dio kek Silam tu untuk menjadi ahli UMNO somato-mato nak mengalahkan PBS. Dio ulang banyak kali (nasib baik sei tak saman dio) akibat IC tulah kini oghang Sulu monuntut macam-macam ke Sabah, sobab mereko dah menjadi ahli UMNO dan mombantu mengalahkan PBS. Dio nak kaitkan pencerobohan di Lahad Datu dengan konspirasi UMNO lah tu.

Penceramah ni lupo ko, maso UMNO mengalahkan PBS jumlah daftar pengundi di Sabah cumo 600,000 oghang yo. Mano datang ea jumlah pengundi soghamai 800,000 tu. Terkini pun jumlah pengundi Sabah yang berdaftar cumo 969,467 oghang. Wargo Sulu agak ea adolah dalam 22,000 kot. Di P 188 Silam, jumlah pengundi cuma 43,000 sahaja.

Terkini di Selangor terdapat penangguhan projek pembangunan dan pelaburan sebanyak hampir 500 projek disebabkan bekalan air tidak mencukupi. Namun bagi penceramah Pas ini dia yang duduk di Selangor tidak pernah mengalami masalah bekalan air. Secara tidak langsung dia mendedahkan kenapa kerajaan Selangor menolak Projek Langat 2 ialah disebabkan tidak mahu kroni-kroni UMNO/BN menerima komisyen yang tinggi daripada perlaksanaan projek itu. Pulak dah..

Banyak lagilah isu-isu lawak yang mereka hamburkan maklumlah ceramah bermula jam 9.30 malam dan berakhir sehingga 12 malam. Dia hanya terkedu seketika apabila mengulas isu "The devil you know..." Baginya orang UMNO dan pemimpin ini semuanya syaiton yang jahat yang dikenali. "Kalau nak pilih menantu, nak serahkan anak, kita nak bagi pada orang jahat yang kita kenali atau orang yang baik yang kita tidak kenali..???" Tanyanya berulang kali kerana penonton tidak respon. Akhirnya kedengaran dengan terang dan jelas jawapan "Yang jahatttttttttt!!!!" lalu dia terkedu. Mengertilah dia bahawa diantara yang hadir tersebut bukan semuanya terdiri daripada penyokong totok Pas.    

 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

Antara Fareez Dan Wan Azizah Ni.. Nuar Pilih Siapa..

Gollllllllllllllllllllll!!!!!!.
 
 
 
 


Pelbagai kepelikan timbul dalam isu Mohd Fareez Kamal ni. Pelik yang pertama ialah isu ini tiba-tiba timbul. Betul ke dia menulis surat kepada Hj Hadi mohon simpati dan perlindungan. Kalau betul kenapa pula kepada Hj Hadi. Kenapa surat itu tidak dihantar kepada Nuar terus atau kepada Assmin Ali ke, Zaid Ibrahim ke, Nalla Karupan ke, Ibrahim Ali ke? Malah dia boleh hantar surat itu terus kepada PM. 
 
Jika betul surat yang bertulis tangan tu dihantar kepada Hj Hadi, apa yang Presiden Pas itu boleh lakukan. Perlindungan apa yang dia boleh berikan.? Ada masa ke dia nak melayan kisah-kisah 'cemburu' ni?
 
Konspirasi apa pula yang nak mereka rancang kali ini? Yang mencemburui dia ialah Wan Azizah dan Nurul Izzah, kenapa pula Hj Hadi dilibatkan.
 
Nak kata surat itu tidak betul, kenapa pula dia buat laporan polis?? Ish..ish bertambah pelik bunyinya. membaca jawapan dia kepada penafian Zuraidah lagi pelik kita. Keliru dan berbelit-belit sampai nak merujuk kepada perlembagaan parti.
 
Isunya apa?? Isunya mengikut perasaan hatinya Wan Azizah mencemburui dia kerana rapat dengan Nuar. Nurul Izzah cemburukan dia sebab dia rapat dengan Nuar. Memanglah dua insan itu patut merasa cemburu jika hubungan tersebut terlalu rapat melangkaui batas hubungan antara majikan dan pekerja.
 
Tetapi kenapa soal-soal cemburu ini hendak diadukan kepada Hj Hadi. Siapa yang menasihati dia berbuat demikian. Pegawai kanan PM ke, Rafizi ke? atau Sam Ketot yang menyuruh dia menulis surat itu. Pelik kita.
 
Hj Hadi kenapa pula membisu ni? betul ke dia ada terima surat itu atau hanya para blogger sahaja yang merekacipta. Kalau rekaan kenapa sampai Zuraidah pulak membuat penafian. Ish..ish.. pening. Dan macam mana pula surat sulit bertulis tangan boleh terlepas kepada blogger??
 
Nuar pun kenapa diam je, tak menafikan dan tak mengiakan. Entah-entah dia tak yang menyuruh si Fareez ni menulis surat tersebut?? Nak mereka satu lagi konspirasi. Bukan dia tidak tahu konspirasi ni macam mana smart sekalipun akhirnya kelak akan kantoi juga. Buat apa nak berkonspirasi. Siapa yang dia nak perangkap sebenarnya.??
 
Sembilan point kenyataan Fareez ni menampakkan dia sungguh 'hebat' ni. Mementingkan maruah parti dan sebagainya, bunyi cakap macam seorang pejuang tulin. Sanggup pula mempertikaikan Presiden parti.
 
Jika situasi ini berlaku kepada UMNO/BN, tengoklah pencacai pakatan samada melalui media sosial atau ceramah pasti akan menimbulkan banyak kali tanda soalan???? mestilah mereka akan kata ini semua sandiwara.
 
Sebenarnya isu pokok di sini ialah soal 'cemburu' Dulu pernah dilaporkan bahawa Wan Azizah dan Nurul juga begitu mencemburui Sukma Dermawaan. Samakah episod ini? Kenapa pula mereka berdua begitu cemburu kepada budak kecik ni. Pelik kita?
 
Nuar sudahkah memarahi atau menegur manja si Fareez ni kalau betul dia menulis surat tersebut? Atau Fareez ni sudah melatah dan tersilap langkah?? Belum sempat pencacai pakatan nak mengkaitkan UMNO/BN dalam kisah ini, dia sudah terlebih dulu pulak menjawab penafian Zuraidah dan telah juga membuat laporan polis. terancam sungguhkah keselamatan dia oleh sikap cemburu Wan Azizah dan Izzah tersebut. Kantoi lagi nampaknya.
 
Tak apalah, katalah isu ini benar, cemburu tersebut benar, surat bertulisan tangan tersebut benar, penafian Zuraidah itu benar, penafian Fareez juga benar, habis dimana pendirian Nuarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr??? Dia nak menyebelahi siapa ni? Nak berpihak kepada isteri dan anaknya ke atau nak berpatah arang lalu menyokong Fareeeeeeeeeeeeeeeeezzzzzzzzzzzzz??

'Saya masih SU Politik Zuraida'

Mohd. Fareez
 
 
KUALA LUMPUR 12 Mac - Kelmarin, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di dalam portal berita antarapos.com menafikan Mohd. Fareez Kamal Intidzam adalah setiausaha politiknya.
 
Sebaliknya Zuraida berkata, Mohd. Fareez pada 2011 hanyalah sebagai pembantu urusan Parlimen yang kemudiannya berhenti untuk membantu perniagaan bapanya.
 
Ekoran daripada penyiaran berita tersebut, pelbagai persoalan mula timbul dalam kalangan masyarakat terutama di pihak media serta blogger iaitu sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan.
Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez bagi menjawab segala persoalan berikutan penafian yang dibuat oleh Zuraida itu:
 
"Saya masih ahli Keadilan. Tanggungjawab saya untuk bersuara dan berkata benar:
 
1. Sehingga hari ini, saya masih lagi ahli Keadilan, Setiausaha Politik Zuraida dan Pegawai Diplomasi Sulit (Antarabangsa) buat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak pernah meletak jawatan dan juga tidak pernah disuruh untuk berhenti bertugas oleh kedua-duanya.
 

Wednesday, March 13, 2013

Sebab Bendera Ni Hayat UMNO Akan Tamat.....


 
Bendera Pas berkibar atas kapal ni dikatakan petanda UMNO/BN nak kalah???

Bila kita cakap lebih-lebih kang, puak dia orang ni marah pulak. Berkibarnya  bendera Pas atas kapal ini tiada langsung kaitan dengan sokongan terbuka atau tanda keberanian atau tanda keikhlasan orang yang memasangnya. Setakat pegang bendera nak ambil gambar kemudian tutup muka esepun berani. Bendera bersih pun berkibar di Masjid Nabawi di Madinah. Lupa ke?? Cerita ada di blog ini

Setahun lalu Jokiden ada menulis pasal bendera Pas ini dan kalau nak tahu dimana bendera tersebut dipasang klik je kat sini.
 
Patut ke setakat pasang bendera atas kapal dagang tersebut lalu beria-ia mengatakan petanda hayat UMNO hampir tamat??. Bendera ini juga dikatakan sebagai petanda UMNO selepas PRU13 kelak akan menjadi pembangkang. Lambat lagi bang.. Cuba tanya hati kecil anda, antara perjuangan UMNO dengan Pas yang mana satu agaknya yang Allah restui???
 
Jangan ambil banyak-banyak contoh, nanti pening kepala. Ambil satu cukup. Pas gunakan agama untuk pancing undi dalam PRU, dapat kuasa buat benda2 pelik. UMNO gunakan undi dan kuasa untuk memertabatkan Islam di bumi bertuah ini.  Antara dua situasi ni agaknya yang mana lebih mendapat redha Allah swt.
 
 
 
 
 
  
 
Baiklah, jika nak sangat melihat petanda PAS nak hanyut mari kita lihat satu atau dua peristiwa di bawah:

1. Tidak pernah sebelum ini kepimpinan Pas disanggah secara terbuka oleh para ahlinya. Apa sahaja yang pemimpin mereka lakukan, para ahli akur sahaja. Kini bantahan tersebut berlaku di merata-rata tempat di Johor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan atau Terengganu.

Biasalah ahli-ahli Pas ini akan diperlekehkan samada tidak diakui sebagai ahli, dikatakan menyamar ataupun dikatakan telah menjadi agen upahan UMNO.  Keberanian ahli akar umbi Pas ini membawa petanda bahawa mereka telah bosan dan muak dengan pemimpin mereka.

2. Tidak pernah ahli Pas seumur hidup atau bekas ahli Pas yang berani mengeluarkan fatwa bahawa mengundi Pas adalah haram. Kini perkara tersebut sudah berlaku terutamanya di Kelantan. Bila fatwa ini dikeluarkan sehingga kini tidak ada seorangpun pemimpin Pas yang berani menyanggahnya. Bermakna betul fatwa tersebut. Ese lamo tau dah.
 
3. Berbuih mulut pemimpin Pas mengatakan BR1M adalah haram, namun tidak ada ahli Pas yang mengambilnya memulangkan semula duit tersebut. Mereka menunngu saat pilihanraya tiba untuk mengajar pemimpin yang bermulut celupar ini.

4. Dulu-dulu Nik Aziz ni tidak berani langsung orang mencemuhnya, kerana takut dan bimbang mencemuh 'ulamak'. Tetapi sekarang orang sudah tidak peduli lagi dengan Nik Aziz ni. Silap cakap siap kau. Orang percaya ulama sebenar lisannya akan terpelihara daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Sekarang bukan sahaja musuh-musuh politiknya menyeranah beliau, tetapi juga ahli-ahli Pas sendiri turut berbuat demikian.

5. Tidak ada seorangpun pemimpin Pas yang berani menjawab atau bersuara apabila ahli akar umbi bertanya, apa hukumnya mereka BEKERJA DAN BERKEMPEN untuk memenangkan calon DAP dan PKR dalam PRU akan datang. Ahli akar umbi juga telah memberi amaran, sekiranya tiada jawapan maka mereka akan menutup setiap bilik gerakan nanti.

6. Mulanya ahli Pas tidak marah sangat apabila Pas berpelukkan dengan DAP iaitu kafir harbi. Namun apabila Pas berterusan menjadi kuda tunggangan DAP, maka ahli juga merasakan maruah mereka turut dipermainkna dan dipersendakan oleh pemimpin Pas.

7. Dulu-dulu ahli Pas terpengaruh dengan amanat Hj Hadi. Apabila MB Terengganu mengatakan Pas parti sesat dan menyesatkan, maka ramai yang membuka mata.

    

8. Alim ulamak dalam UMNO dulu-dulu tidak ramai sangat yang secara terang-terangan menghentam Pas kerana mereka tidak mahu kaum lain mengambil kesempatan daripada kecaman mereka itu. Kini alim ulamak UMNO dan kerajaan telah secara terbuka mengzahirkan pendapat mereka dan Pas seperti cacing kepanasan.

9. Dulu-dulu orang yang tidak beberapa waraq dan ingin kelihatan warak, maka mereka menyertai Pas. Mereka mengubah penampilan mereka dengan sedikit janggut, dengan jubah dan dengan ketayap. Sebab apa mereka menyokong? sebabnya mereka tidak mahu dianggap kurang islamik, mereka malas mengkaji dan membaca, lalu mereka percaya bahawa perjuangan Pas adalah suci kerana agama Islam.

Apabila sahaja Pas mengambil keputusan untuk tidak lagi memperjuangkan negara Islam dan hukum Allah swt sebaliknya mencanagkan pula negara berkebajikan, maka dengan sendirinya ahli-ahli Pas merasa tertipu selama berpuluh tahun. Mereka geram sangat.

10. Kenyataan Hj Hadi bahawa negara Islam tidak ada dalam Al-Quran, yang ada hanya negara berkebajikan, serta hukum hudud hanya 0.0001% daripada hukum jenayah Islam, maka sekali lagi ahli Pas yang tidak beberapa nak alim tadi merasa dipermainkan. Mereka melihat Pas kini telah terlalu ke duniaan. Lebih baiklah sokong UMNO je kerana sejak Merdeka kerajaan UMNO telah menubuhkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 
Eh dah banyak ni, tadi ingatkan satu dua je. Baiklah yang lain-lain tu Jokiden akan sambung lagi dalam posting-posting akan datang. Banyak lagi ni terutamanya yang melibatkan isu-isu semasa, apa yang kerajaan Pas Kedah lakukan yang turut mencemarkan kesucian Islam. Bagaimana  kerajaan DAP Pulau Pinang mempersendakan agama Islam. Bagaimana kerajaan PKR di Selangor membisukan wakil rakyat Pas dalam serba serbi. Bagaimana pemimpin Pas gilakan harta dunia, gilakan kontrak dan kemewahan, rumah besar, kereta besar dan makan besar.
 
Semua ini menyebabkan Pas akan berputih mata. Nanti kita sambung.
 
  
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

Percayalah, Pembangkang Akan Ranap Dalam PRU13...


           
Pakatan menggambarkan Tentera sebagai babi menembak lanun Sulu. Tunggulah hukuman daripada 300,000 anggota keselamatan di peti undi kelak 
 

Penyokong tegar pakatan sememangnya tidak mahu berpijak di bumi yang nyata. Segala salah laku pemimpin mereka dipercayai oleh mereka sebagai konspirasi berniat jahat UMNO/BN. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak sekali kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin pakatan yang kemudian berjaya diterbalikkan untuk mengaburi mata pengikut mereka.
 
Kedudukan parti-parti dalam pakatan kini berada dalam keadaan yang terlalu lemah akibat pelbagai skandal, salah laku, salah urus tadbir dan kegagalan menangani banyak isu.
 
Namun segala kelemahan tersebut cuba disembunyikan oleh pemimpin pakatan dari pengetahuan penyokong mereka dan  rata-rata penyokong mereka masih ingin menegakkan benang yang sudah basah.
 
Penyokong tegar sentiasa cuba diyakinkan bahawa pakatan kini berada dalam keadaan yang sangat kuat. Pakatan bersedia untuk mengambil alih tampuk kuasa daripada UMNO/BN. Pakatan dikhabarkan akan memenangi PRU13 dengan cemerlang kelak.
 
UMNO/BN dikatakan akan menjadi pembangkang selepas PRU13. UMNO/BN akan kehilangan majoriti di Parlimen dan hanya akan tinggal 4 buah negeri sahaja yang kekal milik UMNO/BN dimana selebihnya akan jatuh ke tangan pakatan. Sedapnya mereka menabur dakyah untuk menyenagkan hati pengikut mereka.
 
Pakatan dikatakan akan membongkar segala salah laku pemimpin UMNO/BN yang korup, yang rakus dan akan menghapuskan kroni tegar. Mereka juga akan memberikan segala kemewahan kepada rakyat dan segala-galanya akan menjadi percuma di bawah pakatan.
 
Itulah antara teori dan metos yang dijanjikan oleh pakatan dan dihamburkan dalam setiap ceramah mereka sebagai santapan minda kepada penyokong mereka. Realitinya betulkah begitu.???
 
Sejak kebelakangan ini majlis ceramah pakatan di seluruh negara sudah tidak mendapat sambutan lagi. Rakyat akhirnya muak dengan segala 'pendedahan' yang mereka lakukan,. Ceramah pakatan amat membosankan kecuali bagi mereka yang suka berkhayal.
 
Dulu, kini dan mungkin selamanya, ceramah pakatan daripada pemimpin besar mereka seperti Assmin Ali, Nuar, Hj Hadi, Mat Sapu, LGE dan Nik Aziz sehinggalah kepada pemimpin cabuk dan ustaz mee magie segera mereka seperti Bob Lokman, Abby Abady, Hairie Othman dan Aishah penuh dengan persepsi, andaian, tohmahan dan fitnah. Ini menyebabkan rakyat dan pengundi merasa muak dan jelak, lalu mereka meminggirkan ceramah pakatan.

Kini hampir setiap hari ahli akar umbi pakatan bangun menyuarakan bantahan atas pelbagai isu samada dalam parti sendiri mahupun bantahan terhadap parti sekongkolan mereka. Yang paling ketara ahli-ahli Pas kini tanpa segan silu membakar dan memijak gambar pemimpin DAP dan PKR. Mereka begitu bosan dan ini akan diterjemahkan atas kertas undi kelak.

Tidak cukup dengan itu, ahli akar umbi Pas bangun membantah dan mendesak supaya Menteri Besar Mereka Azizan Razak supaya segera meletakakan jawatan kerana telah gagal segala-galanya. Azizan bukan sahaja gagal membela rakyat dan gagal membangunkan Kedah, tetapi juga dikatakan gagal membela ahli Pas sendiri. Terlalu banyak kes-kes kelemahan pentadbiran Pas di Kedah yang bukan sahaja tidak disenangi oleh rakyat, tetapi juga tidak disenangi oleh ahli parti sendiri.

Di Selangor rakyat tidak buta mata dan tidak buta hati. Kerajaan pakatan yang diterajui oleh PKR bagi mereka tidak lebih daripada kerajaan boneka yang kuasa di belakangnya ialah DAP. Kekayaan Selangor kini seolah-olah habis dimonopoli oleh pemimpin DAP dan PKR. Sementara Pas tidak mampu berbuat apa-apa. Berdegar-degarlah Pas hendak membakar kilang Carlberg di Shah Alam jika berkuasa, hakikatnya rumput di tepi kilang tersebut pun tidak mampu dilayukan oleh Pas.

Antara petanda pakatan akan ranap yang selalu terlepas pandang oleh kita ialah apabila Media Arus Perdana seperti TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST tidak ada langsung menunjukkan kebimbangan dalam penyiaran artikel serta pembongkaran ke bobrokan pakatan ini. Pihak media selalunya akan berhati-hati dalam laporan mereka dan mereka juga menilai situasi sepanjang masa. Keberanian media arus perdana ini memberikan isyarat bahawa parti UMNO/BN ini akan terus memerintah dan membentuk kerajaan selepas PRU13 kelak.

Di Kelantan selepas 22 tahun memerintah, rakyat akhirnya kini membuka mata. Mereka tidak lagi termakan dengan racun arsenik yang ditabur oleh Pas setiap kali tibanya musim PRU iaitu isu hudud Pas dan Royalti minyak. Dua isu ini sudah tepu. Rakyat inginkan sesuatu yang lebih nyata untuk diri mereka dan keluarga mereka.

Tidak ada pembangunan yang menyeluruh di Kelantan. Berlaku penghijrahan ke bumi lain kerana bumi 'Serambi Mekah' tidak menjanjikan kebahagian untuk mereka. Difahami juga bahawa perantau ini apabila balik masih memberikan undi kerada kerajaan Pas atas rasa kenegerian dan kebanggaan. Namun kini semuanya seakan berubah dan perantau juga sudah bersedia untuk Tukar Kelantan.

22 tahun berjanji...
  

Fakta sebenarnya: Penghijrahan disebabkan tidak ada pekerjaan di Kelantan. Banyak kilang sudah ditutup dalam beberapa tahun ini.

Rakyat Kelantan tentu maklum, Marruli, kilang sarung tangan getah sudah ditutup. Ini belum termasuk Estern Garmen (kilang baju berjenama), kilang Canon (barangan elektronik), Putpman (buat baju sejuk dan baju kanak-kanak berjenama), Roma (kilang tayar), Rowako (operasi kilang dikecilkan dan dibuka di Bangkok) serta terbaru kilang ditutup, Borneo Technical.

Dan banyak sekali kilang kecil ditutup sehingga melibatkan beribu-ribu rakyat. Ini terutama membabitkan orang muda lelaki dan wanita yang hilang pekerjaan. Mereka terpaksa berhijrah meninggalkan ibu bapa dan anak isteri.

Cukup-cukuplah tu Nik Abdul Aziz. Bo la wei kerajaan Pas Kelantan!


  
Salah UMNO/BN ni sabotajjjj.. Perjalanan ke Putrajaya terkandas..

Di Penang disebabkan oleh dasar chauvinis keterlaluan DAP, jurang perbezaan kaum semakin ketara. Kaum India dan Melayu dipinggirkan dalam serba serbi samada secara nyata atau secara halus. Rakyat merintih dengan isu pembangunan yang tidak menguntungkan kerana hanya dimonopoli oleh golongan berada sahaja.

Pegawai kerajaan tidak akan mampu untuk memiliki rumah kerana harga yang tidak munasabah dimana harga sebuah rumah terespun sudah menjangkau suku juta ringgit. Pelaburan asing terus melarikan diri dari Pulau Pinang. Projek mega untuk menyaingi Singapura terus diberikan keutamaan. Pelabur Hong dan Singapura menjadi anak emas. Yang tinggal untuk membantu kemenangan DAP di Pulau Pinang dalam PRU13 nanti ialah isu perkauman sahaja. Mereka akan mula memainkan ini 'Kerajaan Cina' perlu dipertahankan. Tambah lagi minyak..'UMNO nak meruntuhkan atau merampas kerajaan Cina' Hahaha..

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.