Saturday, April 21, 2012

BENCI, JIJIK, MUAK, MENYAMPAH, MELUAT, MELOYAKAN..NUAR NAIK MAHKAMAH LAGI.

 

Jokiden pun sudah naik  muak untuk menulis pasal isu SPR tidak bersih ini. Masalahnya jika tidak dilayan atau ditangani maka akan ada pulak yang terpengaruh dan percaya dengan dakwaan pembangkang ni. Yang anihnya SPR dikatakan menipu, bersekongkol, manipulasi dan tidak bersih, tetapi pembangkang menang juga pilihanraya. Apakah mereka fikir jika SPR tidak menipu, mereka akan memenangi semua kerusi di Malaysia ni???

Yang percaya dengan fitnah pembangkang ini bukan calang-calang orang. Kalau penduduk desa yang tidak mahu berfikir panjang percaya kepada dakyah mereka adalah jugak logiknya. Jika mahasiswa dua tiga kerat yang berdemo tersebut, itupun ada logiknya. Jika nelayan yang tidak pernah membaca akhbar, internet dan tak tengok TV adalah jugak logiknya kerana mereka asyik bergelumang dengan ikan.

Ini yang percaya dengan hasutan pembangkang ini termasuklah juga golongan cerdik pandai, profesor, guru besar, pengetua, peguam, tokoh veteran dan juga alim ulama'. Sekali fikir mereka ini mungkin ada inferiority complex tak? Rasa rendah diri yang keterlaluan.

Contohnya suatu ketika dia berada di dalam saf kepimpinan UMNO/BN, menjawat pelbagai jawatan tinggi dan utama, tiba-tiba bila masa sudah berlalu, tetapi masih mahu dimuliakan, dikompangkan, di beri taraf VVIP, tetapi tidak lagi mendapat keistimewaan tersebut, maka mulalah dia mencari kesalahan UMNO/BN. Mulalah dia mengatakan kerajaan zalim, tak telus, rasuah bla..bla.. sebiji dan senada dengan tokoh pembangkang yang suatu ketika dahulu amat dibencinya. Mereka ini benar-benar seperti kacang lupakan kulit...Tetiba je UMNO/BN busuk, DAP, PKR dan PAS wangi.

Berbalik kepada isu pengundi hantu, daftar pemilih SPR yang tidak bersih dan SPR menipu, seperti yang mereka dakwa tetapi tidak ada bukti tersebut, elok rasanya tindakan lain diambil oleh SPR. Berbuih penerangan diberikan, di depan SPR mereka akan akur, semua berpuas hati, bila keluar dewan mereka mula memainkan isu itu semula kerana mereka tahu isu tersebut mudah menyintuh hati rakyat.

Nuar Brahim, dalam Parlimen masih menimbulkan isu berkenaan, dalam ceramah masih menimbulkan isu itu, niatnya hanyalah untuk mencipta persepsi buruk supaya rakyat marah dan benci lalu mengundi mereka. Macam orang nyanyuk dia mengatakan ada 40,000 orang warga  asing didaftarkan. Dulu dia kata ada 18,000 pengundi hantu di Pekan. Dia kata lagi ada satu juta pengundi yang diragui, dia kata ada buuuukkkkttttiiii kukuuuuuuhhhh!!!!. Mana buktinya??. Dalam perjumpaan dengan SPR tempoh hari kenapa tak bentangkan semua bukti tersebut.

Mungkin jalan penyelesaian kepada isu ini hanya satu... SPR saman fitnah Nuar ni di mahkamah, minta kes ini disegerakan, bicarakan, bagi dia peluang membentangkan bukti palsu dia itu, bagi dia ambil peguam tercerdik di Malaysia ni, atau mana-mana peguam dari Amerika... Kalau dia kalah, denda dia berjuta-juta macam LKY buat kepada tokoh pembangkang di Singapura, supaya dia hilang kelayakan untuk menjadi calon dalam PRU13 ini. Kes istimewa... benarkan ia dijalankan secara langsung... biar rakyat tonton, biar CNN tonton. Cuma satu jangan benarkan penangguhan... ya penangguhan tidak dibenarkan sama sekali kerana rakyat perlu tahu akan kebenarannya.... Ada berani SPR.. nama baik SPR terjejas teruk ni dan UMNO/BN serta kerajaan yang terpaksa memikul bebannya.
    

Friday, April 20, 2012

HARGA SEBUAH KEJUJURAN... REZEKI JANGAN DITOLAK.. AKHIRNYA NELOOFA IKUT PULANG

Sambungan Cerita Tukang Kayu...

   

Seperti yang Jokiden janjikan cerita tukang kayu akan disambung sikit lagi.. Ikutinya seperti di bawah.

Sampai di rumah dengan siulan yang luar biasa si tukang kayu terus memanggil isterinya dan menunjukan kapak emas dan kapak perak yang dibawanya. "Kita dah kaya, kita kaya.." katnya sambil menyandarkan badan ke dinding rumahnya yang hapir reput tersebut. "Buek teh kaw..kaw..tarik" perintahnya kepada si isteri.

Isteri tukang kayu amat terkejut dengan apa yang dilihatnya dan dia hampir pengsan. "kau jangan pengsang, den tak todayo nak ngangkek kau doh, bodan kau tu macam badak... dah poie buek air" perintah si tukang kayu.

Isterinya dengan susah payah menuju ke belakang dan kembali dengan teh kaw yang diminta oleh suaminya. Si isteri bertanya banyak soalan bagaimana si tukang kayu memperolehi kapak emas dan kapak perak tersebut. Lalu si tukang kayu menceritakan dari mula hingga ke akhir akan peristiwa kapak besinya terjatuh ke dalam tasik dan muncul pari-pari membantunya. "sebab aku jujur dan ikhlas, balasannya tentulah berbaloi.." kata si tukang kayu bangga dan mengakhiri ceritanya.

Isterinya amat teruja dengan cerita si tukang kayu dan kebaikan hati pari-pari. Dia memujuk suaminya supaya membawa dia ke hutan untuk melihat tasik berkenaan dan kalau berpeluang untuk bertemu dengan pari-pari bagi mengucapkan terima kasih. Suaminya berkeras dan mahu membawanya dengan alasan jauh, jalan berbukit, semak samun dan dia ingin bercuti sehari dua daripada mencari kayu api. "Bodan kau tu bosa, susah masuk hutan tu..." katanya cuba mengelak. 

Isterinya terus mendesak dan akhirnya si tukang kayu terpaksa akur apabila isterinya telah mula meninggikan suara, silap hari bulan dia boleh seliuh tengkok jika isterinya meletakan tangannya yang besar itu di situ. "Oklah, ok.. esok solopeh subuh kito poie.." 

Dipendekan versi, esoknya menjelma juga, si tukang kayu dan isterinya dengan berbekalkan kuih kodok pisang dan teh kaw berjalan ke dalam hutan. Hampir satu jam mereka tiba di pinggir tasik yang luas itu. Terbeliak lagi mata si isteri pertama kali melihat tasik yang luas, cantik dan biru airnya. 

"Ooo di sinilah pari-pari tu duduk bang?" tanyanya. "Iyo.. kito boghonti rehat kojap..ponek ni" kata si tukang kayu sambil melabuhkan punggung  dan bersandar di sebatang pokok. Isterinya terus ke tepi tebing tasik kerana mempunyai perancangan tersendiri. Dia membawa gelang rotan miliknya dan ingin mencampakan ke dalam tasik dengan harapan pari-pari akan muncul dengan gelang perak dan gelang emas. Dia juga ingin jadi kaya.

"Jangan poie topi bona. baik-baik, licin tu, tobing tu cuuurram.." si tukang kayu menasihati isterinya. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya tiba-tiba "gedebumww!!" si isteri telah terjatuh ke dalam tasik dan dalam sekelip mata lenyap dari pandangannya.

Si tukang kayu meraung sambil memukul-mukul tanah kerana isteri kesayangannya telah terjatuh ke dalam tasik dan tentulah lemas akhirnya. Lama dia termanggu di tepi tasik, mengharapkan pari-pari akan timbul membantunya.

Harapan tinggal harapan sehinggalah lewat senja si tukang kayu akhirnya putus harapan. Perlahan-lahan dia bangun dan dengan air mata yang masih mengalir dia mula mengatur langkah untuk kembali ke rumahnya.

Tiba-tiba bunyi ribut menderu dan air tasik berombak kuat macam dilanda tsunami. Pari-pari muncul dan segera menemui si tukang kayu. "Kenapa bersedih tukang kayu..apa yang terjadi?" tanyanya.

"Isteri saya pari-pari, terjatuh dalam tasik ni..sejak pagi tadi tak timbul-timbul aaa.. tu yo lah isteri yang ese ado." kata si tukang kayu, tersasul dalam loghat Negeri Sembilan nya. "Ese dah laghang dio datang sini, dio nak ikut yo, nak jumpo ngan pari-pari, ese laghang dio poie kek topi tobing, dio poie yo.. tolonglah aa" Si tukang kayu terus merayu.

"Ooo jangan bimbang, biar saya cari..tunggu!!!" kata pari-pari lalu menyelam ke dasar tasik. Beberapa saat kemudian dia muncul kembali sambil mendukung sekujur tubuh yang kaku dan membawanya kepada si tukang kayu. " Inikah isteri kamu tukang kayu, nah ambillah.. dia masih pengsan ni, kejap lagi dia akan sedar.." kata pari-pari.

Si tukang kayu melihat tubuh yang kaku tersebut dengan mata yang terbeliak, ke atas ke bawah, tanpa dapat berkata-kata.

"Inikah isteri kamu?? nah ambilah.."
 
 Lama dia baru menyedari bahawa itu wajah Neloofa. "mak oii lawa ea.." bisik hati kecilnya. "Kenapa terdiam tukang kayu, kalau dia isteri kamu ambillah.." sergah pari-pari. "Iya..iiyyyaaa, iiaa, dia isteri ese...iyo dio bini sei.." katanya mula gagap.

"Baiklah.." kata pari-pari dan meletakan tubuh tersebut di sebelah tukang kayu. Kemudia dia terus hilang ke dalam tasik disertai bunyi ribut yang lebih kuat.

Si tukang kayu merenung tanpa puas kepada wajah di sebelahnya sambil menunggu 'isterinya' itu tersedar. Bermacam-macam fikiran datang dalam hatinya, terutamanya penerimaan masyarkat kampung nanti apabila dia membawa pulang isteri yang jelita. Persepsi masyarkat desa tentunya sukar menerima kenyataan yang dia mendapat isteri cantik dari tasik. tentu fitnah datang mencurah-curah dan bertali arus. Tentu ramai yang akan berasa dengki dan iri hati.. bla..bla.. panjang jika hendak dihuraikan.

Dipendekan lagi sekali kisah ini. Ketika Neloofa sudah sedar dan bersiap-siap hendak mengikut si tukang kayu kembali ke rumah tiba-tiba terdengar bunyi ribut yang terlebih kuat dan pari-pari muncul dari tasik. Mukanya tidak seceria dulu.. "hei tukang kayu.. kenapa kali ini kau tidak jujur, itu dah sah bukan isteri kamu.. dulu kau tidak mengaku kapak perak dan kapak emas milik kamu, aku anggap kau memang seorang yang jujur, kali ini kau mengaku Neloofa sebagi isteri kamu.."bentak pari-pari.

"Pari-pari..ese memang jujur.. ese dah tau dah, kalau ese tak ngaku Neloofa ni bukan bini sei, kau nyolam balik, kau bawak pulak Fazura..bilo ese tak ngaku Fazura tu bini ese.. kau nyolam balik dan bawak bini ese yang sobona ea.. lopeh tu ese ngaku itu bini ese.. kau pulak boghi aan Neloofa dan Fazura duo-duo kek ese.. tak sanggup ese doh... bia lah soghang ni yo aa.." Kata si tukang kayu sambil menarik tangan Neloofa dan berjalan meninggalkan pari-pari yang terkebil-kebil. Jawab tetap jawab..

Ps, jangan marah.. ini kisah santai. Moral cerita.. buat sendiri.

SAMBUANGAN CERITA TUKANG KAYU...

 

Semut Hitam ada membuat cerita berkenaan dengan Tukang Kayu yang kerjanya masuk hutan cari kayu.. Baca di sini jika sesiapa tidak menemuinya.

Jokiden nak sambung sikit, saja nak santai-santai. Sebabnya Jokiden sakit hati betul bila Nuaq timbulkan dalam Parlimen tentang 40,000 pendatang asing didaftarkan oleh SPR, tapi dia tak ada bukti. Kotor sangat cara berpolitik Nuaq Brahim ni.

Kisah tukang kayu inipun Jokiden dapat dari alam maya juga ni, baik kita berkongsi. Begini ceritanya.

Oleh kerana sudah terlalu kerap melalui jalan yang sama menuju ke dalam hutan, si tukang kayu menjadi leka dan sambil berjalan sambil bersiul-siul, sambil menyanyi dan sambil menghayun2 kapaknya. Dalam leka menghayun kapak tersebut dia sampai ke tepi tasik yang luas yang memang dilaluinya setiap hari.

Terlebih hayun dan terlalu syok agaknya kapak si tukang kayu terlucut dari tangan dan tercampak ke dalam tasik yang dalam tersebut. Si tukang kayu terkejut dan panik. Dia tidak tahu  nak buat apa. Hanya itu kapak yang dia ada. Termenung dia di pinggir tasik dan kemudian air matanya mengalir tanpa disedari. dia begitu sedih.

Tiba-tiba muncul pari-pari dari dalam tasik tersebut dan menegur si tukang kayu, beginilah perbualan yang sempat dirakamkan:

Pari-pari: "Kenapa bersedih tukang kayu dan kenapa menangis?"

Tukang kayu: "Kapak saya tercampak dalam tasik tersebut dan hanya itulah yang saya ada.." katanya minta dikasihi.

Pari-pari: "Oooo, gitu, jangan susah hati, biar saya tolong carikan." kata pari-pari dan tanpa menunggu sesaat lebih lama, dia menyelam ke dalam tasik dan tidak lama kemudian dia muncul kembali sambil membawa sebilah kapak perak yang berkilat-kilat. "Inikah kapak tukang kayu, nah ambilah.." kata pari-pari. Terbeliak mata si tukang kayu melihat kapak tersebut dan air liurnya hampir meleleh keluar. Namun dia segera insaf bahawa kapak perak itu bukan miliknya.

Tukang kayu: "bukan, bukan, kapak saya buruk je, kapak besi, itu bukan saya punya" katanya hampa.

Pari-pari: "Tak pe, tunggu.." Dia kembali menyelam dan timbul sesaat selepas itu sambil membawa kapak emas yang amat cantik dan menghulurkannya kepada tukang kayu. "Mungkin ini kapak tukang kayu, ambillah.." katanya lagi. Mata si tukang kayu semakin besar terbeliaknya, dan air liur sah terhambur keluar.

Tukang kayu: "Buuu kaan..buukann, itu bukan kapak saya, kapak saya buruk je, kapak besi" dia mula gagap macam MB Selangor tu..

Pari-pari: "tak pe biar saya cari lagi.." dia terus menyelam dan timbul semula dengan kapak besi milik si tukang kayu yang sebenarnya. "Ini ke kapak tukang kayu??"

Tukang Kayu: "ya, ya, itu saya punya.." katanya gembira kerana dia dapat semula kapaknya dan dapatlah dia meneruskan aktiviti mencari kayunya.

Pari-pari: "Tukang kayu sungguh mulia dan jujur, tidak mahu mengaku hak orang lain.. oleh kerana kejujuran tukang kayu saya hadiahkan kapak perak dan kapak emas ini kepada tukang kayu..." kata pari-pari lalu menghilangkan diri.

Dengan sekelip mata si tukang kayu menjadi kaya raya memiliki kapak perak seberat 2 kg dan kapak emas seberat 3 kg dan dia terus pulang untuk memberitahu isterinya. Apa berlaku selepas itu??? nanti Jokiden sambung dalam posting akan datang.

Moral cerita: Pembaca boleh reka sendiri.

Thursday, April 19, 2012

MENTERI UMNO SOKONG DEMONTRASI MAHASISWA SEWEL.. KERETA MEWAH TERBAKAR

 

"Isu PTPTN amat dekat dengan hati mahasiswa. Saya memahami sentimen itu. Saya tidak ada masalah mengenai itu kerana perhimpunan dan demonstrasi adalah sebahagian demokrasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan pembangkang yang mahu memansuhkan PTPTN, sebaliknya mahu cara pengurusan tabung itu dikaji semula bagi penambahbaikan.

"Sebagai contoh kita patut mengkaji secara mendalam cadangan Pemuda UMNO mengenai isu ini yang diperoleh ketika mengadakan perbincangan Meja Bulat PTPTN lalu," katanya.

Agak-agaknya siapalah Menteri dari UMNO ni yang sokong para pelajar mengadakan demontrasi di Dataran Merdeka kerana membantah PTPTN dan minta ianya dihapuskan. Tentu ramai para blogger yang boleh meneka. Kenyataan menteri tersebut Jokiden ambil dari Utusan Malaysia semalam. 

Implikasi daripada demontrasi ini sebenarnya banyak dan ia melibatkan semua pihak dan imej negara tentunya tidak elok dari pandangan negara luar.

Samada demontrasi tersebut dibiarkan dengan pendemo melakukan segala macam bentuk provokasi, penghinaan terhadap pemimpin mahupun ia dihalang dengan cara kekerasan ia tetap tidak memberi sebarang faedah terhadap negara ini. Dari itu sesiapapun dikalangan menteri tidak patut sama sekali memberikan sokongan moral.

Perhatikan pula kenyataan daripada pemimpin pelajar di bawah yang juga disiarkan oleh Utusan Malaysia. Bandingkan.


KUALA LUMPUR 17 April - Tindakan sekumpulan mahasiswa menyertai demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencemarkan imej penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) keseluruhannya.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mohd. Hafiz Ariffin berkata, sebagai pelajar IPT, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

"Bergelar penuntut IPT merupakan perkara yang paling membanggakan dan mereka seharusnya menggunakan peluang itu untuk menimba ilmu dengan sebaik-baiknya.

"Demonstrasi bukanlah jalan terbaik menyuarakan pendapat, sebaliknya, sebarang rasa tidak puas hati perlu disuarakan menerusi rundingan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Wednesday, April 18, 2012

SENARAI YANG TIDAK MAHUKAN PTPTN DIHANTAR KE KPT



Elok jangan dilayan lagi isu PTPTN yang digunakan oleh pembangkang untuk mendapatkan publisiti murahan ini. Elok dikuburkan sahaja perkara ini.

Jawapan dan keputusan tegas ialah kerajaan BN tidak kan menghapuskan PTPTN kerana ia terbukti memberi banyak faedah kepada ramai pihak seperti golongan berpendapatan rendah, ibu bapa, pihak kolej, pihak Universiti dan juga pelajar cemerlang.

Pihak bertanggung-jawab di KPT hendaklah segera meminta senarai mereka yang tidak memerlukan pinjaman ini daripada pihak-pihak yang bersokongkol iaitu Nuaq Brahim, Sam Kometot dan Adam Adli. Apabila senarai tersebut diterima yang jumlahnya lebih kurang 300 orang daripada 1.9 juta yang terlibat, maka pihak KPT atau PTPTN hendaklah segera menamatkan perjanjian pinjaman mereka.

Pihak yang ditamatkan pinjaman tersebut jika mahu terus meneruskan pengajian mestilah menanggung sendiri segala perbelanjaan terutamanya duit poket yang diberikan oleh PTPTN. Telah terbukti di dalam dunia ini antara program yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan BN ialah penubuhan PTPTN ini. Jika sesuatu yang baikpun hendak ditentang semata-mata untuk meraih keuntungan politik maka itu merupakan tindakan orang-orang yang dungu.. Orang dungu sewajarnya dilayan dengan cara dungu.

Berdemo di mana-mana pun untuk menuntut penghapusan perkara baik adalah sesuatu yang amat menghinakan. Jadi dapatkan segera senarai daripada pemimpin pelajar berkenaan dan tamatkan PTPTN mereka. Habis cerita.


 

Tuesday, April 17, 2012

DAH LAH BODOH.. DUNGU PULAK DAN AJAK ORANG LAIN JADI DUNGU..

   Hahaha... kita tipu rakyat!!!!

Jokiden dapat maklumat dari seorang rakan dan maklumat ini hendak dikongsikan di sini kerana dalam setiap ceramah pembangkang inilah yang selalu di gembar gembur sebagai bahan untuk menarik sokongan.

Pada 16 April bertempat di Dewan JKKK Simpang Tiga, pembangkang telah melancarkan jentera PRU 13 bagi kawasan Nibong Tebal. Majlis dianjurkan oleh PAS Cawangan Sg Air Hitam, Sg Aceh dan di pengerusikan oleh Jamri Abu Bakar.

Tokoh besar pembangkang yang hadir ialah Mat Sapu iaitu Timbalan Presiden PAS, seorang penceramah bebas iaitu Azmi Abdullah dan juga Chang Lih Kang.

Dikhabarkan agak ramai juga yang hadir iaitu hampir 1,200 orang. Dengan jumlah sebegitu ramai, apa lagi bertambah bersemangatlah Mat Sapu ni. Habis semua dia sapu. Mari kita lihat bagaimana mereka masih mengekalkan isu bodoh yang mereka sendiri sedar dan mereka cuba mengajak orang lain supaya turut bodoh bersama mereka.

Mat Sabu mengatakan Pakatan haram pembangkang telah berada diambang kemenangan menuju ke Putra Jaya. Janganlah berangan-angan Mat, lambat lagi rakyat nak menolak BN. Terimalah hakikat bahawa BN telah berjaya mentadbir negara ini dengan cukup baik sejak dahulu. Sedikit sebanyak kelemahan akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa. 

Dia mengatakan bahawa semua pembangunan adalah merupakan tanggung-jawab pemerintah. Benar sekali, cuma di negeri yang pakatan haram perintah, pembangunan juga cuba digambarkan merupakan tanggung jawab kerajaan pusat, sebab itu mereka lepas tangan. Berdosa Mat, berdosa menipu, berdosa putar belit dan amat berdosa jika tidak berbuat sesuatu yang terbaik untuk rakyat setelah mendapat kuasa. Kelantan mundur Mat walaupun sudah 'membangun bersama Islam' sejak 20 tahun dulu.

Siapa yang menyebabkan Islam di hina Mat?? jawapannya ialah PAS. Akuilah walaupun pahit. Terimalah hakikat yang PAS gagal membangunkan umat Islam walaupun pedih. Dalam PRU13 rakyat Kelantan akan memberikan undi kepada BN, sebab PAS telah gagal sepanjang memerintah di sana. Mana logiknya 20 tahun memerintah hanya buat sebiji masjid. Apo bondo ea ni Mat. Malulah sikit kepada rakyat. Janganlah nak tutup kegagalan sendiri, hebohkan pulak kegagalan lawan. Takkan nak buat masjid, lambang kesucian Islam pun nak minta kerajaan pusat bertanggung-jawab.

Bangun pagi lihat sekeling, sejauh mata boleh melihat, semua itu adalah hasil pemerintahan BN, nak nafi ke?? Kan ke Mat Sapu ni bila berceramah, dia tanya dan dia jawab, "siapa yang buat jambatan ni???, UMNO!!!" "siapa yang buat lebuh raya ni???, UMNO!!!" Itu kesukaan dia.

Turut dimainkan oleh Mat Sapu ialah isu komisyen pembelian kapal selam dan isu berkaitan Altantunya. RM540 juta telah dijelaskan banyak kali, dimana itu bukan wang komisyen sebaliknya kos penyelenggaraan kapal tersebut, termasuk kos kakitangan untuk selama 6 tahun. Membeli dan menyelenggara kapal selam bukannya semudah membeli lori pengangkut sampah di negeri pakatan tersebut. Ia memerlukan penelitian rapi sepanjang masa. Kapal selam tidak boleh menyelam, hanya isu basi. Dia memang dungu, tetapi diajaknya pendengar juga supaya jadi dungu. LGE telah tersesak nafas semasa menaiki dan menyelam bersama kapal selam berkenaan, sudah lupa atau memang dungu timbalan presiden ni..

Kata Mat Sapu lagi ada 80,000 pengundi yang ada dalam pendaftaran SPR tapi tak ada dalam Pejabat Pendaftaran Negara, ooomang aii,, ada waktunya dia dakwa terlebih daftar pulak.. hantulah tu.. Hari tu Nuaq pulak mendakwa ada 1 juta pengundi hantu. Isu ini menjelaskan lagi betapa dungunya Mat Sapu ni. Semasa taklimat dengan SPR anihnya semua wakil rakyat pembangkang menerima pulak penjelasan SPR, namun bila keluar mereka terus mainkan isu bodoh ini untuk menggambarkan SPR tidak telus, SPR menyebelahi BN dan SPR dikawal selia oleh BN.. Kerana itu Mat Sapu menghasut rakyat supaya turun pada 28 April berdemo Bersih di KL.. hahaha..

Mat Sapu juga menuduh isu penjualan tanah tapak masjid hanyalah propanganda UMNO, sedangkan pembangkang akan membina masjid yang lebih besar lagi di situ.. hahaha.. Mat Sapu buat lawak.. dah kantoi, cakap jelah dah kantoi.

Serangan terhadap PM, diteruskan dengan mengatakan bahawa kelulusan pinjaman kepada NFC dibuat oleh DSNTR, hahaha.. dia sengaja tak mahu sebut pasal Pak Lah lah tu.

Seorang lagi penceramah mengatakan ulama' UMNO melampau apabila mengaitkan PAS sebagai parti ajaran sesat. Katanya PAS mengikut landasan Islam, PAS mengamalkan sistem pemerintahan Islam.. hahaha.. cuba sebut dua tiga apa yang PAS ikut cara Islam, dari segi apa??? Kotor, pemalas, pemaki hamun, fatwa songsang, riak, takbur, busuk hati, khalwat, zina, rasuah, guna duit rakyat, makan gaji buta dan banyak lagi adalah merupakan ciri-ciri pemerintahan PAS, mahu nafi kah???

Kenyataan MP Kota Belud yang mengatakan PAS menjanjikan syurga sebagai rasuah politik adalah penghinaan terhadapa Rasullullah saw. Penghinaan terhadap Rasullullah lebih banyak dilakukan oleh pemimpin PAS, termasuklah Nik Aziz yang menyamakan Baginda sama dengan mamat biasa yang lahir di Kelantan.. Ish..ish.. taubatlah ahli PAS, atau jauhkan diri dari parti sesat ini.

Si dungu yang seorang lagi mengatakan BN lakukan rampasan kuasa di Perak. Kalau dah bangang tu, bangang jugaklah. Dalam sistem demokrasi parti yang mempunyai lebih kerusi akan memerintah. Dah lupa ke, di Kelantan PAS hanya ada satu kerusi lebih, pun PAS terus memerintah.

Di Perak ni, seorang ADUN DAP keluar parti, sebabnya dia tak tahan dihina sepanjang masa oleh Ngeh bersaudara tu. Bila dia cabut pembangkang kurang satu kerusi dan bila dia sokong BN, BN dapat tambah satu kerusi. kemudian dua orang lagi cabut bila tak tahan dengan DAP dan PKR, lalu pembangkang atau pakatan haram kurang dua kerusi. Dua-dua berikrar kepada Sultan nak sokong BN, maka bertambahlah BN 3 kerusi lagi... lebih kerusi bolehlah bentuk kerajaan, MANA ROMPAKANNYA???? MANA???

Itupun yang Nuaq cuba lakukan, nak beli MP BN 30 orang dan nak guna duit rakyaaattttt sampai RM300 juta. Malangnya itu tidak terjadi.. busuk punya kaki. Watikah Sultan yang bagi, mana haramnya... Kok seorang je yang keluar hari tu, pakatan haram masih memerintah Perak.. ish..ish.. tak faham, bangang atau sengaja nak manipulasi.. Belajarlah menerima fakta jangan nak meroyan macam Nizar tu.

Isu bayaran perunding kepada syarikat Amerika oleh kerajaan menyebabkan Kelantan diabaikan hanyalah dongeng murahan. Kerajaan pusat dah terlalu banyak  menyalurkan peruntukan kepada Kelantan. Ada mereka berterima kasih?? ada mereka bersyukur??? ada mereka tahu membalas budi??? ada mereka bagi air bersih kepada rakyat??? jawablah kalau betul Islam.

Kesimpulannya pakatan pembangkang atau lebih tepat pakatan haram asyik mendakwa jika BN, jika UMNO dan jika SPR tidak menipu, lama dah mereka memerintah negara ini. Sebenarnya jika PAS, DAP dan PKR tidak MENIPU dan MEMFITNAH, berceramah berdasarkan fakta, etika dan budi bahasa, lama dah mereka terlingkup dalam sistem demokrasi di Malaysia ini. Mereka akan tewas dalam semua segi.. 
  

SEMUANYA RANAP...RIBUT TAUFAN MELANDA SHAH ALAM..

PM yakin rampas Selangor

14/04/2012 6:10pm

SHAH ALAM 14 April - Datuk Seri Najib Tun Razak dalam nada penuh yakin berkata, angin perubahan sedang bertiup kencang bagi mengembalikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, angin kencang itu akan meranapkan sesiapa sahaja yang cuba menolak tuntutan rakyat terutamanya generasi muda bagi membuat perubahan tersebut.

“Siapa kata anak muda tidak sokong BN. Bukan sahaja orang muda, orang tua yang berhati muda, kita semua sudah membuat pilihan iaitu BN.

“Kita ingin supaya berlaku perubahan kerana pada 2008, rakyat telah dibuai serta ditipu dengan janji-janji manis yang didagangkan oleh mereka (pembangkang),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Malaya sebagai Sahabat BN di Dataran Transformasi, Kampung Jalan Kebun, di sini hari ini.
Lebih 10,000 anak muda dengan konvoi bermotosikal membanjiri dataran tersebut bagi mendengar ucapan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN. - UTUSAN

Berita di atas patut menjadi penyuntik semangat kepada jentera BN dan juga penyuntik semangat kepada bekas Menteri Besar Selangor. Kuatkan iltizam dan bertungkus lumus lah untuk merampas kembali Selangor. Bukan mudah tetapi tidak mustahil kan? PM sendiri sudah yakin dengan sokongan rakyat yang telah kembali kepada BN.

Jadi wahai rakyat Selangor, jangan ada unsur cah keting, jangan ada yang merajuk dan jangan ada yang menikam dari belakang. Buangkan semua persengketaan, dapatkan semula Selangor dan selepas itu kalau nak bergasakpun bolehlah. 

Monday, April 16, 2012

TUTUP BUKU, ISU PTPTN SELESAI...BILA TUN MAHATHIR BERSUARA


 

Ia memerlukan kata putus dari Tun Mahathir juga nampaknya baru selesai isu PTPTN yang dicanang oleh pakatan haram pembangkang ini rupanya. Bila Tun M, telah bersuara semuanya nampak senang, mudah dan akan selesai. Khalid Nordin pun nampaknya dah berasa cukup lega dengan saranan mantan Perdana Menteri tersebut.

Sebab itulah beliau kekal dengan gelaran Negarawan Negara. Masalah yang mulanya nampak berat dengan mudah diselesaikan oleh Tun M. Namun sebenarnya untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian seseorang itu memerlukan keberanian yang luar biasa. Tun Mahathir memang seorang yang berani.

Semalam Tun M telah memberikan pandangan tentang isu PTPTN ini, hari ini juga sekali lagi beliau bersuara dan biasalah beliau akan kekal dengan pendapat asal beliau dalam apa hal sekalipun. House PK mempunyai butiran lengkap, baca juga komen-komen pelawat.

Saranan Tun M, siapa yang nak PTPTN sila ambil, siapa yang tak nak yang dah rasa kaya sangat, mampu sangat, jangan ambil. PTPTN diwujudkan untuk golongan yang kurang mampu, itu sahaja. Mudah, kenapa nak bising-bising sangat.

Macam Nurul Izah dulu, ayahnya mampu tapi ambil juga bisiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran.

Seorang proffesor hari ini berkata, jika kita pergi ke KFC nak beli ayam goreng, belilah dan bayarlah sendiri. jangan pergi ke KFC, melantak 7 ketul ayam goreng hingga menjilat jari, kemudian suruh pulak kerajaan tanggung semua itu.. hahaha..

Pembangkang nampaknya tewas lagi dalam isu PTPTN ini, buat penat je si mahasiswa sewel pergi berdemo di Dataran Merdeka, sudahlah tak mendapat sambutan dari kalangan mahasiswa sendiri, kemudian cuba pula menentang undang-undang negara dengan mendirikan khemah-khemah berwarna warni.

Nuaq Brahim ni memang mudah lupa, katalah kerajaan hapuskan PTPTN, atau bagi pendidikan percuma, kos pendidikan ini bukannya murah... perlatan yang sempurna serba moden, bangunan canggih, gaji pensyarah yang jumlahnya sangat besar dan keperluan lain demi keselesaan pelajar semuanya itu merupakan beban yang berat untuk dipikul.

Banyak Universiti dan juga Kolej Swasta akan gulong tikar dan menamatkan operasi mereka jika pelajar tiada. Bukan ramai sangatpun yang mampu menghantar anak ke mana-mana kolej kerana yuran pengajian yang tinggi. Tanpa PTPTN, kolej swasta akan kering kontang kerana tiada pelajar. Apakah mereka yang terlibat dalam industri pendidikan ini bersetuju dengan penghapusan PTPTN ini??? sudah tentu tidak. Kan tak pasal-pasal Nuaq ni dapat lagi satu musuh..

Jika kerajaan dalam usaha hendak menyelamatkan universiti dan kolej ini bersetuju pula dengan segala susah payah, menyalurkan fund kepada pihak terbabit supaya terus beroperasi, tidakkah suatu hari nanti kerajaan akan dituduh pula bill out atau menyelamatkan syarikat berkenaan menggunakan 'duuuiiitttt rakyaaaaattttttt'

Tidak mustahil pemilik-pemilik kolej ini kelak dilabelkan sebagai kroni UMNO/BN dan Nuaq akan terus menyalak. Macam Robert Kuak tu, kan senang-senang dapat duit subsidi gula dari kerajaan??. Pemilik kolej ini pula bukan semuanya warga negara Malaysia. Bukan juga semuanya orang Melayu, ada juga bangsa Cina dan India.

Lepas tu besok Nuaq akan menyalak lagi mengatakan semua bill perubatan hospital pakar swasta juga patut ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan duit Petronas. Lepas tu dia akan minta lagi supaya cukai kereta mewah yang berkuasa kuda tinggi dihapuskan, supaya mudah orang nak beli kereta mewah yang diimpot.. Ish..Ish makin tak masuk akal apa yang Nuaq perjuangkan ini. Bukan dia nak membela rakyat marhaen, nak membela orang berada rupanya.

Lepas tu besok dia minta kerajaan gunakan duit keuntungan Tabung Haji untuk membiayai tambang kelas pertama rakyat yang naik kapal terbang. Lepas tu, dia akan suruh kerajaan desak BERNAS supaya membekalkan beras secara percuma kepada semua rakyat termasuk yang kaya raya.

Lepas tu dia... lepas tu dia... ish..ish banyak lagilah yang dia mainkan sehinggalah ke satu titik nokhtah.. Bila???? Apabila rakyat menolaknya dalam pilihanraya ke 13 ini. Bila dia kecundang teruk dan bila dia berjalan di Chowkit Road, tidak ada sesiapa peduli lagi.. masa tu baru dia tahu bahawa rakyat Malaysia menolaknya sepenuh hati...

Jika ada yang terlupa, Jokiden ingatkan bahawa Kol Muhammar Gadhafi memberikan air percuma kepada rakyatnya, memberikan api percuma, pendidikan percuma, rawatan hospital percuma.... dan pelbagai lagi yang percuma, namun dia dibunuh juga oleh rakyatnya sendiri.. Kenapa???? Jawapannya apabila segelintir rakyat terpengaruh dengan hasutan halus kuasa asing dan tidak lagi boleh berfikir secara rasional.

Kuasa asing meracuni pemikiran  rakyat Libya supaya bangun menentang Gadhafi kerana Gadhafi tidak sehaluan dengan mereka. Gadhafi telah banyak kali memalukan Yahudi. Mesir jatuh, Nigeria jatuh, Iraq jatuh, Syria menunggu masa, Kuwait jadi Boneka hingga hari ini... Kita akan saksikan satu persatu kejatuhan kerajaan di dunia ini yang tidak disenangi oleh Barat. Tidak mustahil negara kita juga akan mengalami nasib yang sama.

Untuk mengelakan itu semua berlaku, rakyat mestilah menolak pembangkang secara total dalam PRU13 nanti. Jika ini dapat dilakukan sekurang-kurangnya negara kita terselamat daripada gangguan anasir luar untuk tempoh lima tahun.