Tuesday, September 24, 2013

Pemilihan Pemimpin UMNO


            
"Tak ado sapo-sapo yang sughuh sei botanding doh.., ini koputusan sei."



             
Siapalah antara mereka yang akan terkeluar nanti..??

Sebelum pergi jauh Jokiden dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kerana 'membiarkan' blog ini tidak diupdate seperti sepatutnya. Anggaplah penulis mempunyai halangan yang tidak memungkinkan untuk membuat catatan di sini sejak kebelakangan ini.

Chin Peng bapa Komunis Malaya telahpun meninggal dan tarikh kematiannya dikatakan bertepatan pada sambutan Hari Malaysia. Maka hiruk pikuklah puak-puak pakatan hendak menjadikannya sebagai isu politik dan bersungguh sangat mengemukakan hujah untuk membawa pulang abu mayatnya ke Negara ini. Kerajaan telah memberi peluang kepadanya selama setahun untuk kembali menjadi warga Negara, namun keputusan beliau adalah sebaliknya. Dia tiada hak di sini.
 
Begitu juga dengan Hishammuddin Rais, jika dia tidak kembali ke Negara ini selepas Nuar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan memilih untuk terus menjadi pelarian politik dan tidak mempunyai kad pengenalan maka dia juga tidak layak untuk disemadikan di sini. Apapun ketentuan di mana kita mati dan dimana kita dikuburkan pastilah menjadi rahsia Allah swt.
 
Apa perlunya rakyat Negara ini  mensensasikan tentang kematian Chin Peng ini yang ada juga khabar mengatakan dia sebenarnya telah mati sebelum itu, cuma sekadar di istiharkan sahaja pada 16 September.  Adakah untung dan faedahnya kepada rakyat dan Negara selain daripada cubaan puak pakatan hendakkan keuntungan politik???
 
Dia bukan hero Negara seperti Datuk Lee Chong Wei yang baru sahaja memenangi Terbuka Jepun untuk kali ke empat. Datuk LCW patut diberikan penghargaan dan kemuliaan oleh semua pihak termasuk oleh puak pakatan kerana mengharumkan nama Negara melalui sukan badminton.
 
Beberapa hari yang lalu sempena dengan musim pemilihan UMNO ini, Nuar kelihatan sibuk pulak mempersoalkan kenapa Datuk Shafie Abdullah dilantik sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan liwat Saiful Bakhari. Susah juga kalau orang tidak mahu memahami proses undang-undang ini. Lama dah senyap sunyi dan aman damai system kehakiman tidak diserang oleh Nuar, kini pastilah dia akan kembali menuding jari kepada mahkamah dan Pejabat Peguam Negara. Itu je modal yang dia ada.
 
Beria-ia dia mengatakan semua orang kampong sudah tahu yang Datuk Shafie adalah peguam UMNO yang akan berat sebelah, bla..bla.. bla.. Amenda nya Nuar oii.. Yang membuat keputusan nanti ialah Tuan Hakim, bukannya Shafiee. Nuar ni terlupa ke bahawa orang kampong juga sudah tahu bahawa pada tahun 1997 dahulu Karpal Singkilah yang beria-ia menimbulkan isu liwat ini dalam Parlimen dan mendesak Dr Mahathir memecat Nuar, yet tanpa rasa segan dan malu Nuar amik juga Karpal Singki sebagai Peguam Belanya.
 
Orang kampong juga sudah tahu bahawa Ketua Pendakwaraya dalam kes Saiful ialah Datuk Yusoff, pun Nuar lantik juga dia sebagai Peguam Belanya. Amenda ni Nuar oii.. Kelihatan juga muka Nuar berkilat-kilat, licin macam buah tembikai atau telur ayam dara. Ada yang mengatakan bahawa dia menyuntik botox, betul ke???? jangan besok bila muka sudah berubah dia menyalahkan pulak UMNO dan BN.
 
PAS berpendapat Pakatan kini bertambah kuat. Kerjasama harus dipertahankan. Betul ke??? Hj Hadi menyokong pulak saranan Kit Siang Ikan dengan mengatakan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra tidak sepatutnya berlaku. Wee Kah Siong kelihatan celupar mempertikaikan tindakan Perdana Menteri yang ingin memberikan bantuan kepada Bumiputra supaya kedudukan ekonomi Orang Melayu bertambah baik. Presiden MIC juga cuba hendak menjadi jaguh sementara. Pelik kita.
 
Pemerkasaan Ekonomi Orang Melayu ini menyusahkan kaum lain ke??? Bahagian kaum lain merosot ke, kurang ke atau dihapuskan ke???? Tidak!!! Malah penguasaan ekonomi kaum Cina dan India akan bertambah meriah lagi dengan adanya bantuan daripada kerajaan kepada Bumiputra ini.
 
Orang kampong juga seperti yang Nuar cakap sudah tahu bahawa 10 Orang Melayu mendapat kontrak nilainya cuma RM100 juta, namun satu Orang Cina mendapat kontrak bernilai RM100 juta. Yang 10 orang kontraktor  Melayu dapat RM100 itu pun akhirnya 90 peratus akan pergi kepada kontraktor atau pembekal Cina juga. Apa susah. Seperti pemberian BR1M akhirnya apabila duit itu dibelanjakan untuk apa tujuan atau bidang sekalipun berbillion akan pergi kepada Orang Cina juga. Jadi apa susah??? Wee Kah Siong Dan G Palanievel ontok-ontok lah.. PRU lambek laie..
 
UMNO sedang menjalani proses pemilihan kepimpinan. Sistem baru ini memungkinkan sesiapa sahaja boleh menawarkan diri. Sistem ini memberi peluang kepada lebih banyak ahli untuk mengundi dan memilih pemimpin. Ok, namun jumlah perwakilan atau pemilih yang ingin di 'sort' ataupun dibeli oleh pemimpin tentulah juga bertambah. Berakhirkah politik wang dengan system ini???? atau bertambah meriah kah penggunaan wang untuk mendapatkan undi?? Hanya orang UMNO yang tahu.
 
Pelbagai alasan diberikan oleh para pemimpin yang ingin bertanding merebut jawatan pada kali ini. Alasan biasa ialah untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Orang Melayu. Betul ke tu??? Kita anggap betullah, nanti alas an tidak logic pula atau tidak kreatif.
 
Ramai ke pemimpin kita ini yang menjerit apabila kesucian agama Islam dalam Negara ini dicabar, dihina dan dipersendakan??? Berapa kerat pemimpin ini yang bersuara lantang membela institusi diraja apabila ia dipersendakan oleh warga Negara yang jahil?? Untuk 'melanyak' Namawee pun para pemimpin UMNO ini berfikir 1000 kali. Balik-balik pemimpin Perkasa yang dituduh rasis juga yang berani bersuara.
 
Apabila kedudukan istimewa orang Melayu diperkotak katikan oleh DAP, PAS dan PKR, mana suara lantang pemimpin Melayu yang bersungguh-sungguh menawarkan diri untuk merebut jawatan ini menyanggah sebarang cubaan untuk menggugat kedudukan Orang Melayu ini??? Balik-bali NGO juga yang lantang bersuara. Pemimpin yang memberikan alasan untuk menjaga Agama, menjaga bangsa dan Negara tadi tetap terus membisu seribu bahasa. Matanglah kononnya, cerdiklah kononnya, tetapi sebenarnya mereka pilih jalan selamat yang tidak kontroversi.. Hahaha..
 
Lama dalam posting yang terdahulu Jokiden sudahpun menetapkan pilihan tentang siapa yang harus menerajui UMNO ini. Seperti orang lain, Jokiden juga mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri. Apapun kita doakan segalanya berjalan lancar dan UMNO bakal mempunyai para pemimpin yang benar-benar akan memperjuangkan Agama, bangsa dan Negara kelak.