Tuesday, December 4, 2012

UMNO/BN Bukan Milik Sdn Bhd..


Perhimpunan Agung UMNO 2012
 

Berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari dan sehingga bulan Mac tahun hadapan rasanya fokus pemimpin, ahli parti dan rakyat kebanyakanya ialah tertumpu kepada pembubaran Parlimen dan PRU13 akan diadakan.
 
Topik perbualan di warung-warung kopi atau di loby Hotel mewah juga tidak boleh lari dari kisah PRU ini.
 
Pelbagai kisah daripada kekuatan parti, ramalan terkini, sehinggalah kepada bakal calun dan YB yang bakal digugurkan tidak lepas daripada tajuk perbualan.
 
Sipolan akan digugurkan, sipolan calun winabble, jika sipolan tidak dicalunkan parti ini dan itu akan kalah.
 
Membaca blog-blog politik dari NSDK juga paparan di FB ternyata perbualan juga berkisar kepada PRU13. Ramalan berlegar setiap minit. Tidak terkecuali ialah kisah sabotaj parti, sabotaj calun oleh orang tertentu yang bakal menghantui senario politik tanah air hari ini.
 
Presiden parti dalam penggulungan hujah di Perhimpunan Agung UMNO juga tidak lupa berpesan malah beliau mengwar-warkan satu kaji selidik yang perlu dijawab oleh setiap pendukung parti. "Sekiranya anda tidak terpilih sebagai calun, apakah anda akan...??? Lima andaian sebagai jawapan yang digariskan oleh PM.
 
Kisah sabotaj, merajuk, keluar negara, tidak menunjuk muka serta cah keting bukanlah perkara baru dalam mana-mana PRU di negara ini. Pemimpin parti sejak dahulu sehingga kini sering mengingatkan betapa pentingnya ketaatan kepada pemimpin parti dan kepatuhkan kepada setiap keputusan yang telah diambil.
 
Sungguhpun berkali-kali diingatkan, namun perbuatan sabotaj dan sebagainya itu berlaku juga. Akibatnya calun yang dipilih tidak mendapat sokongan yang padu dan parti akhirnya akan kalah.
 
Ada yang berpuas hati dan merasa gembira apabila calun yang dia tidak sokong kalah kerana itu membuktikan bahawa pemimpin telah tersilap memilih calun. Pemimpin tidak akan tersilap dan calun akan menang sekiranya dia yang dipilih.
 
Pemimpin atau ahli parti yang sebegini sebenarnya merugikan parti. Jika calun yang dipilih tidak disokong kerana ingin membuktikan sesuatu, maka yang rugi ialah parti.
 
Untuk PRU13 ini semuanya seolah-olah menjadi getir. Sebab itu Presiden Parti dan Pengerusi BN mengingatkan berkali-kali betapa pentingnya ahli parti menyokong sepenuh hati calun-calun yang bakal terpilih nanti.
 
 
Transformasi politik pastinya akan dilaksanakan oleh Presiden parti selpeas ini walaupun tidak disukai oleh sesetengah pemimpin. Perubahan terpaksa dilakukan demi masa depan parti, rakyat dan negara.
 
Terdapat kini pemimpin BN yang telah bertanding dalam PRU sebanyak 3 hingga 6 penggal. Bermakna telah menabur bakti selama antara 12 hingga 20 tahun. Tidak mengapa jika tidak mahu berundur, tetapi jika nama tidak tersenarai, jangan cuba-cuba hendak membuat angkara.
 
Jika YB-YB  yang telah otai ini masih juga dikekalkan, kebolehan dan kemampuan mereka setakat itu sahaja. Mereka tidak  akan tiba-tiba sahaja menjadi gemilang dan terbilang selepas PRU13 kelak. Bagi orang lain pula kesempatan untuk menabur bakti. Pusaka bergilir pemimpin berganti.
 
Mereka yang tidak terpilih ini tidak kira siapa mereka, apa kedudukan mereka sekarang, mestilah insaf bahawa masa mereka telah tamat sebagai YB. Berbaktilah dengan cara dan saluran lain pula.
 
Jika masa kita dahulu berduyun-duyun orang menyokong demi untuk memenangkan kita, apa salahnya kali ini kita pula mendukung dan menyokong orang lain agar parti mencapai kejayaan.
 
Bagi ahli parti, orang parti dan rakyat biasa kita mesti sedar bahawa kuasa kita adalah penting. Sekiranya terdapat pemimpin yang tidak terpilih, mereka mengajak kita mengikut mereka mensabotaj calun yang dipilih oleh pucuk pimpinan maka peranan kita adalah jelas, iaitu tinggalkan mereka begitu sahaja.
 
Katakan kepada mereka bahawa kita menyokong parti dan mengutamakan parti. Tidak ada makna sekiranya calun parti kita kalah dan air muka kita jatuh terkebawah.
 
Sebelum pemimpin yang tidak terpilih ini berjaya mengsabotaj parti dalam apa bentuk sekalipun, maka mari kita beramai-ramai mengsabotaj beliau dengan menjauhkan diri dari mereka dan menumpukan sepenuh sokongan kepada calun yang terpilih.
 
Soal tidak puas hati memang tidak dapat dielakkan. Samada calun diumumkan awal atau lambat, perasaan kecewa tidak dapat dihindarkan. Ada pro dan kontranya jika calun diumumkan terlalu awal.
 
Yang penting setiap ahli parti mestilah menerima hakikat bahawa daripada 28 juta rakyat Malaysia yang terpilih sebagai calun hanya sekitar 0.003 peratus  sahaja. Selebihnya adalah merupakan pendukung parti.
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Monday, December 3, 2012

Anggota Polis Malaysia Telah Berlebihan..


 

Kepada pembaca blog, Jokiden mohon maaf kerana blog ini lama tidak diupdate. Tidak ada apa-apa masalah, cuma masa agak terhad sejak Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari. Pada Sabtu dan Ahad pula banyak sangat jemputan kenduri.
 
Blog ini akan dikemaskinikan seperti biasa. Sebelum itu mari kita baca artikel yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia ini jika ada yang terlepas pandang dan sama-sama kita renungkan.
 
 

Pembangkang mahu beku ambil polis

BATU GAJAH 1 Dis. - Pakatan pembangkang merancang untuk membekukan pengambilan anggota polis baru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendakwa nisbah anggota kepada penduduk di negara ini telah melebihi daripada statistik piawaian di peringkat antarabangsa.
 
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, nisbah seorang anggota polis kepada penduduk di Malaysia telah mencecah 270, melebihi nisbah yang diperakukan polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk.
 
"Dengan pembekuan ini, saya beri jaminan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kita akan rancang dan laksanakan peningkatan 15 peratus gaji anggota-anggota polis yang di peringkat bawahan sebaik sahaja kita menang.
 
"Kita lebih baik nisbahnya daripada Singapura, Hong Kong dan Thailand. Anggota polis itu cukup, tapi semuanya tidak payahlah hendak menjadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot. Bukan tidak payah buat FRU kerana di bawah pakatan pembangkang, kita akan kurangkan kadar protes dan demonstrasi.