Saturday, May 25, 2013

Kejadian Anih, Hari Tu Di Bachok, Kini Di Pasir Putih Pula.


Baru minggu lepas Jokiden menulis kisah tembak menembak ini. Baca di sini. Hari ini akhbar melaporkan lagi satu kes tembakan berlaku di Pasir Putih pula. Sudah semakin tidak selamat negara ini. Pihak berkuasa terpaksa memberikan perhatian berat dalam hal ini.
 
Terutamanya hukuman berat terhadap pemilikan senjata api secara haram. Jika tidak memang sah Malaysia akan jadi seperti Amerika Syarikat. Motif tembakan kita tidak tahu samada cemburu, balas dendam atau diupah oleh pihak lain yang marah dengan mangsa.
 

Maut ditembak selepas solat

ZAHARI Razak terbaring di dalam keretanya selepas ditembak penyerang tidak dikenali di Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin.
 
PASIR PUTEH 24 Mei - Seorang penjual ikan yang baru menunaikan solat isyak maut akibat ditembak ketika berada dalam kenderaannya di pekarangan Masjid Nurul Anuar di Mukim Dalam Rhu di sini malam tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, mangsa, Zahari Razak, 57, yang berniaga di Tok Bali maut selepas terkena tiga daripada lima das tembakan oleh seorang suspek lelaki.
 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek dipercayai menunggu mangsa di pintu pagar masjid dan pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan.
 
"Mangsa sedang memandu kereta jenis BMW melepasi pintu pagar masjid dan ketika itu muncul seorang lelaki menaiki motosikal dan melepaskan lima das tembakan, tiga daripadanya mengenai mangsa.
 
"Suspek kemudian melarikan diri menaiki motosikal ke arah persimpangan Pasir Puteh-Kuala Besut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
 
Menurut beliau, polis sedang memburu suspek terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk bedah siasat.
 
Sementara itu, seorang saksi, Abdul Rashid Ibrahim, 36, berkata, dia berada di tangga rumah yang terletak bersebelahan dengan masjid apabila terdengar bunyi tembakan yang pada mulanya disangka mercun.
 
"Masa itu saya tidak kisah sangat tapi tiba-tiba saya nampak sebuah kereta BMW terbabas ke kawasan lapang di antara masjid dan rumah saya jadi saya mula suspek sesuatu yang buruk.
 
"Saya segera pergi ke kereta berkenaan dan melihat mangsa yang juga ahli jemaah masjid sempat menjerit dan meminta tolong daripada orang ramai namun beberapa minit kemudian dia meninggal dunia," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
 
Menurut Abdul Rashid, dia terkejut dengan kejadian itu kerana mangsa yang berasal dari Kampung Pachakan sering menunaikan solat di masjid itu.


PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.

5 comments:

  1. Dulu di Bachok, kini di Pasir Putih, jadinya yg tak selamat tu kat Kelantan je.

    Saya kat Cheras ni kawasan Cina, tak de pun tembak tembak.

    Malaysia selamat je utk org yg tak cari masalah.

    ReplyDelete
  2. Jual ikan pakai BMW??...ini mesti kes tipu orang sampai kena tembak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey anom 10:48, pakai otak bukan kepala lutut. kau ingat bmw mahal sangat ke le ni. X1 baru rm1600 ansuran sebulan. hok sekeng, lagi blanar. bmw 320i br rm48k aku sambar, jauh lebih cun dr kete baru. jangan buat tomahan apatah lagi kepada yang dah jadi arwah. bersangka baik, amalan mulia.

      Delete
    2. jauh bezanya antara penjual dgn peraih ikan sedara. penjual ikan kat tepi pasar pun senang2 dapat 200/300 sari waktu bekalan puncak. jangan cari dosa free. tuhan tunjuk cash kat kat demo nanti ngeri......

      Delete
  3. Mangsa ahli jemaah yg sgt warak dan dihormati..mati itu pasti.itu janji Allah...jgn cpt mghukum org lain.sia2 dpt dosa free

    ReplyDelete