Sunday, May 26, 2013

Ini Kalau Betul-Betul Berlaku, Hebat Ni..


  



  


Semasa makan tengah hari hari ini Jokiden bersama seorang rakan membuat percambahan fikiran. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden UMNO mengenai BN sebagai satu parti dalam siaran berita TV malam tadi.
 
Namun secara dasarnya kami tidak bersetuju sekiranya UMNO akan dibubarkan dan diganti dengan parti BN. UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu dan UMNO tetap relevan dulu kini dan mungkin selamanya.
 
Yang perlu dilakukan ialah penambah baikan dalam segenap segi sesuai dengan peredaran zaman. Keputusan besar samada untuk membubarkan UMNO ini sebenarnya terletak kepada para pemimpin yang kini sedang memagang kuasa dan juga para ahli UMNO.
 
Juga pembetulan persepsi buruk terhadap UMNO/BN yang berjaya dilontarkan oleh puak pembangkang sepatutnya ditangani dengan lebih berwibawa.
 
Sama juga dengan keputusan Kerajaan untuk menghapuskan ISA, Akta Mesin Cetak, Tempat Tahanan Terhad dan AUKU dahulu, Jokiden juga tidak setuju, namun itu sudah menjadi sejarah. Semuga perkara ini mendapat perbahasan menyeluruh dikalangan ahli parti dan rakyat terbanyak kelak.
 
Bersama ini juga disertakan respon beberapa parti politik untuk tujuan rekod di dalam blog ini. Adalah mengkagumkan sekiranya betul-betul terjadi kesemua parti politik kaum India mampu bergabung. Mahu pengsan pakatan pembangkang mendengarnya.
 
Bagaimana pula dengan KIMMA??? hendak menyertai MIC atau hendak menyertai UMNO nanti???
 

MIC, PPP, IPF, Makkal Sakthi bergabung?

 
KUALA LUMPUR 26 Mei - MIC akan duduk semeja dengan parti-parti politik mewakili kaum India atau mempunyai ramai anggota dari kaum itu seperti Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) dan Makkal Sakthi dalam waktu terdekat untuk membincangkan kemungkinan kesemua parti berkenaan bergabung.
 
Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel berkata, penggabungan tersebut bertujuan membolehkan kerjasama terjalin di antara kesemua parti politik yang terlibat demi kepentingan dan pembangunan masyarakat India di Malaysia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
"Cadangan untuk menggabungkan kesemua parti ini dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Jumaat lalu.
 
"Cadangan berkenaan akan saya kongsi bersama parti politik mewakili kaum India yang lain dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Tamil Malaysia Ke-51 di sini, hari ini.
 
Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan, cadangan tersebut perlu dibincangkan dulu bersama parti-parti politik terlibat sebelum sebarang keputusan diambil.
 
Mengenai Persatuan Penulis Tamil Malaysia, Palanivel berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju memberikan peruntukan berjumlah RM100,000 kepada persatuan berkenaan.
 
"Buat masa ini persatuan ini hanya menunggu peruntukan tersebut mendapat kelulusan," katanya.
Setiausaha persatuan tersebut, A.Gunanathan berkata, persatuan akan mengadakan sambutan jubli emas pada tahun ini.
 
Persatuan Penulis Tamil Malaysia mempunyai 1,500 anggota di seluruh negara. - BERNAMA
 
 

BN parti tunggal: PRS tak setuju, khuatir lenyapkan suara etnik minoriti

KUCHING 26 Mei - Cadangan menggabungkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dikhuatiri akan melenyapkan suara etnik-etnik minoriti seperti Iban dan Kadazan.
 
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr. James Jemut Masing berkata, struktur BN sedia ada adalah sesuai memandangkan Malaysia mempunyai rakyat pelbagai kaum.
 
Katanya, parti tunggal BN mungkin menyebabkan asimilasi kumpulan etnik lain seperti Iban dan Kadazan, sekali gus melenyapkan suara mereka dalam politik.
 
"Saya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana parti-parti komponen BN sedia ada kini sudah berada dalam posisi yang baik, tidak perlu diubah-ubah atau digabungkan.
 
"Kita kena lihat perkara ini dengan lebih menyeluruh sebab kaum minoriti di Sabah dan Sarawak juga perlu mempunyai saluran dan parti mereka sendiri," katanya di sini semalam. - UTUSAN ONLINE


Cadangan BN jadi parti tunggal perlu diperhalusi mendalam - KJ

PUTRAJAYA 26 Mei - Cadangan menjadikan komponen Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal perlu diperhalusi secara serius bukan sahaja di kalangan parti komponen tetapi juga di kalangan ahli UMNO, kata Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

"Ahli ada pandangan mereka yang tersendiri, ada yang sokong dan ada yang bangkang dan mengatakan bahawa ketika ini bukan masa yang sesuai (untuk melaksanakannya) kerana UMNO perlu mempunyai tempat yang tersendiri dalam BN.

"Ia idea yang menarik yang perlu dipertimbangkan dengan serius, kita perlu bincang dalam UMNO kerana ada yang bersetuju ini adalah model masa depan BN, bagaimanapun ada yang menyatakan UMNO tidak boleh digabungkan kerana dikhuatiri nanti akan hilang identitinya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Bersatu, terima hakikat prestasi BN, bukan cadang parti tunggal - LDP


KOTA KINABALU 26 Mei - Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew berpendapat prestasi buruk beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak mewajarkan bagi BN dijadikan sebagai parti tunggal.

Beliau berkata, sebaliknya semua parti komponen BN bersatu atas hakikat setiap parti mempunyai ciri dan kelebihan tersendiri.

Memberikan contoh latar belakang BN untuk menyokong pandangannya itu, Liew berkata:

"Kita sorot semula bagaimana BN dibentuk pada awal 1970-an untuk menggantikan Perikatan ketika itu, kita tahu setiap parti komponen beroperasi untuk iltizam dan tujuan bersama, sebagai parti tersendiri yang keanggotaannya mengikut kaum.

"Dalam erti kata sebenar, setiap parti komponen mewakili kepentingan kaum atau masyarakat tertentu di Malaysia. Bagaimanapun, BN hanya berperanan sebagai satu parti semasa pilihan raya dengan semua calon parti komponen bertanding menggunakan lambang BN dan berkempen di bawah manifesto BN walaupun setiap parti komponen turut mengeluarkan manifesto sendiri.

"Kejayaan setiap parti kemudian diukur daripada segi keupayaan untuk memenuhi tuntutan penduduk di kawasan masing-masing dan berapa banyak kawasan dimenangi mereka pada pilihan raya umum," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA


 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment