Thursday, May 30, 2013

Nak Sokong Ke, Tak Nak Sokong Ni.. Ada Budi Ada Batas..


Semalam bertempat di Ampangan, lokasi biasa sekitar Surau Hitam, telah berlangsung kempen PRU14 oleh puak PAS. Memang lah puak PAS ni gila ceramah dan bukannya gila untuk berkhidmat untuk rakyat.
 
Belumpun sempat petisyen PRU13 hendak dilakukan puak mereka ini telah mula mengatur strategi untuk merampas NSDK pada PRU14 kelak. Pelik betul bunyinya. PRU13 belumpun sampai sebulan berlangsung, maka mereka sudah kembali kepada modus lama iaitu berceramah siang dan malam.
 
Sekali imbas strategi mereka ini  sebenarnya mempunyai matalamat yang tersendiri. Majlis ceramah terus diadakan demi untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS masih wujud dalam dunia politik tanah air ini.
 
Keduanya majlis ceramah juga untuk membolehkan penyokong tegar mencari 'makan' malalui kesusahan orang lain iaitu dengan mengadakan pasar malam bergerak dan menganggu kelancaran lalu lintas serta mengganggu ketenteraman pengunjung kedai makanan serta jiran-jira yang memerlukan ketangan pada waktu malam.
 
Ketiganya majlis ceramah juga berkemungkinan untuk memberi 'penceramah' sumber rezeki melalui kutipan derma dan penceramah juga mempunyai kerja harian atau kerja malaman untuk menyara keluarga.
 
Keempat mungkin juga majlis ceramah berfungsi sebagai menyediakan pemimpin pelapis yang berani mengkritik, berani mencarut, berani maki hamun kerajaan serta pemimpin UMNO/BN. Selain daripada itu kita tidak nampak sebenarnya apakah yang mereka inginkan melalui ceramah-ceramah tersebut. PRU masih segar dalam ingatan dan belumpun 30 hari  berlalu, apa perlunya berkempen mulai sekarang. Kita tidak faham dengan perangai pemimpin PAS yang 24 jam berpolitik dan 365 hari tidak mempunyai kerja lain selain daripada mengumpulkan orang untuk mendengar cacian mereka.
 
Kelimanya majlis ceramah juga berkemungkinan sebagai hiburan dan pengganti kepada penglipur lara untuk ahli dan penyokong PAS. Nak pergi disko atau pub kang berdosa pulak, itu lembah maksiat. Tetapi mereka juga terlupa menyertai majlis ceramah maki hamun PAS juga adalak maksiat yang lebih besar dan mereka mendapat 'saham' yang tersembunyi.  Habis tak terfikir ke oleh pemimpin PAS ini untuk mengajak ahli dan penyokongnya membuat amal mahruf yang mendatangkan kebaikan.
 
Betul kadang-kadang pemimpin PAS ini mengadakan majlis 'ilmu' kononnya tazkirah di dalam masjid-masjid tertentu. namun membicarakan hal-hal keduniaan semata-mata di dalam Rumah Allah, lagi besar dosanya. Tambah menyeksakan apabila kutukan dan cacian dilakukan dari atas mimbar. Lagi besar dosa yang ditanggung oleh pemimpin PAS dan ahlinya yang bersekongkol dengan mereka tersebut.
 
Niat di dalam hati sudah tidak betul, apa lagi yang terkeluar daripada mulut nanti sudah pasti tidak ada berkatnya. Seperti kata Timbalan Pesuruh Jaya PAS kawasan Gombak, beliau sebelum meneruskan khutbahnya, matanya akan melilau terlebih dahulu mencari wajah-wajah pemimpin UMNO yang hadir di depannya untuk ditaji. Dia ingat dia hebat tu. Dia ingat dia dapat pahala dengan menaji para jumaah. Dia tidak sedar dia berdosa besar tu..
 

Boikot produk bukan kejam



Nadzim Johan (tengah) bersama gabungan NGO Islam menunjukkan risalah untuk memboikot produk syarikat menaja perhimpunan haram dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.
 
 
KUALA LUMPUR 28 Mei - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menafikan dakwaan mengatakan tindakan pihaknya memboikot beberapa produk syarikat milik kaum Cina yang dipercayai menaja perhimpunan haram sebagai kejam.
 
Sebaliknya, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, tindakan memboikot itu adalah isyarat kepada syarikat berkenaan agar berhenti memberikan sokongan kepada sebarang bentuk perhimpunan haram.
 
"Saya hairan kenapa gabungan NGO Islam ini dituduh kejam memboikot lapan produk terbabit sedangkan tentera siber DAP, Red Bean Army telah melancarkan serangan memboikot produk milik bumiputera sejak 2011 lagi.
 
"Ini jelas terbukti dalam laman sosial Facebook dan beberapa blog yang mengajak kaum tertentu memboikot produk roti Gardenia yang didakwa milik UMNO," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
Pada 14 Mei lalu, Nadzim yang mewakili 85 NGO Islam menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum Cina yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram.
 
Katanya, orang ramai boleh mengetahui senarai lapan produk itu dengan melayari laman web PPIM di http://ppim.org.my/.
 
Lebih keterlaluan katanya, apabila kumpulan Red Bean Army yang dipercayai didalangi DAP turut mengatakan hasil jualan roti Gardenia sebanyak 16 sen disalurkan kepada UMNO.
 
Tambahnya, kumpulan itu juga dikatakan menyerang kopitiam Original Ipoh Old Tow n White Coffee yang didakwa milik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui beberapa blog.
 
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, serangan fitnah dan pembohongan melalui alam siber yang dilancarkan Red Bean Army sangat berbahaya dan menggugat keharmonian serta perpaduan di negara ini.
 
"Bayangkan apa perasaan kaum lain terutama Melayu jika fitnah yang dilakukan Red Bean Army dengan menggesa kaum Cina memboikot roti Gardenia dan bertukar kepada produk lain.
 
"Fenomena ini sangat merisaukan kita. Tindakan kita memboikot lapan produk itu bukan berunsur perkauman, sebaliknya memberikan pengajaran kepada syarikat yang dipercayai menyokong perhimpunan haram," katanya.
 
Nadzim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas dan proaktif ke atas serangan fitnah dan pembohongan tentera siber Red Bean Army itu agar keharmonian serta perpaduan negara sentiasa terpelihara.
 
Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga diminta menarik semula lesen penggunaan racun benzoyl peroxide yang terdapat dalam salah satu produk yang diboikot gabungan tersebut.
 
 
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment