Habislah Bangla-Bangla ni..
Banyak-banyak kes yang dia lalak kan setiap malam melalui himpunan Blackout 505, ini je kes yang dia mampu nak buat report polis. Memanglah Nuar ni sengaja nak cari pasal. Memanglah ada pihak yang mengatakan dia ni meroyan.
Mana kisah Bangla 145,000 orang, 70,000 orang atau 40,000 yang dia bising tak cukup tanah dan sehingga dipercayai oleh orang-orang 'cerdik pandai' penyokong tegar dia itu.???
Mana kes lampu padam semasa pengiraan undi termasuk yang calon DAP bentong nafikan itu. Mana Nuar, mana??? Takkan kes dakwat kekal ini sahaja menjadi sesuatu yang cukup hebat untuk mengatakan kemenangan pakatan telah dirompak oleh BN.
Mana kes helikopter berlegar-legar dalam gelap gulita dan tiba-tiba menjatuhkan beg-beg undi untuk memenangkan calon-calon UMNO/BN??? Mana??? Nuar, mana???
Eloklah berhenti menjadi badut seperti yang Tun Daim katakan. PRU13 sudah sebulan berakhir. Kini orang sibuk dengan agenda untuk memenuhi janji-janji PRU13 dan bukan lagi menghabiskan masa untuk mendengar lalakan kamu yang tidak ada hentinya itu.
Belajarlah untuk berpijak di bumi yang nyata. Jokiden tidak bersimpati dengan mu Nuar, tetapi Jokiden amat bersimpati dengan rakan-rakan Jokiden yang turut mempercayai apa yang kamu fikirkan. Kesian tengok rakan-rakan yang terpengaruh dengan kata-kata fitnah mu siang dan malam sehingga dia meletakkan dirinya di tempat yang tidak sepatutnya. Itu sahaja.
Anwar buat laporan polis mengenai dakwat kekal pada PRU
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung penggunaan dakwat kekal yang didakwa tidak kekal semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
Anwar membuat laporan itu pada pukul 12.30 tengah hari di balai polis Tropicana dekat sini, berdekatan dengan ibu pejabat PKR, mendakwa dakwat kekal yang dicalit di jarinya tidak kekal selepas mengundi. "Saya mengundi pada pukul 9.30 pagi di Kubang Semang, Parlimen Permatang Pauh.
Saya basuh jari yang dicalit dakwat kekal pada pukul 5 petang pada hari yang sama dan saya dapati dakwat itu hilang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu. Ditanya kenapa mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis, Anwar berkata: "Selepas mengundi, saya sudah balik ke Kuala Lumpur dan tidak dapat membuat laporan polis pada hari yang sama."
Isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, yang juga Presiden PKR, mengiringi Anwar semasa membuat laporan polis itu. Pada 21 Mei lepas, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 tidak kekal lama selepas dicalit.
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
No comments:
Post a Comment