Thursday, May 30, 2013

Dulu Shahar Arpan, Lepas Tu Waad Mansor Dan Terkini Khir Toyo..

 
  
 
 
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dan mengekalkan hukuman penjara ke atasnya.
 
Kita bersimpati terutamanya apabila para hakim tidak menemui bab-bab teknikal untuk melepaskan beliau seperti seorang hakim yang membebaskan Nuar atau seorang yang tidak membenarkan tahanan reman ke atas Tian Chua, Tamri Ghaffar dan Harris Ibrahim walaupun mereka ternyata menghasut.
 
24 jam mana cukup masa untuk mendapatkan maklumat ke atas Tian Chua ni. 5 jam masa habis untuk dia berbaring sahaja dan minta anggota polis menyeretnya masuk ke dalam van. 5 jam lagi masa habis untuk dia menunggu peguamnya sampai.
 
Kemudian 5 jam lagi masa habis untuk dia sengeh-sengeh-sengeh. 5 jam lagi habis untuk dia membisu tanpa mahu bersuara atau bekerjasama. Akhirnya dalam tempoh 24 jam tidak ada apapun yang polis boleh dapat daripada Tian Chua batu ini. Dia bebas dan dia masih sengeh dan memperlekehkan segala undang-undang dalam negara ini.
 
Dia kebal, dia tidak bersalah, dia boleh sesuka hati memaki hamun sesiapa. Itulah kelebihan Tian Chua, kaki tidur baring di depan trak polis ini. Namun hakim tidak membenarkan dia di reman untuk dia terus di siasat.
 
Walaupun kita orang UMNO/BN bersimpati dengan tokoh-tokoh UMNO/BN yang menerima hukuman mahkamah, namun kita masih berfikiran rasional dan menerima seadanya dan tidak berkumpul untuk mempengaruhi keputusan mahkamah.
 
Pemimpin UMNO/BN jua mempunyai penyokong yang ramai, namun apabila dibicarakan dan di dapati bersalah, maka mereka terpaksalah menghadapinya. Kita tidak menyusahkan fikiran dan minda mana-mana hakim untuk membuat keputusan.
 
Ini berbeza dengan kes yang melibatkan pembangkang. Bila di dakwa maka mulalah tuduhan mengatakan mereka dianianya, dizalimi, difitnah dan bla..bla..blaaaaaa... Mulalah mereka mengumpulkan pembangkang untuk menunjukkan mereka kononnya tidak bersalah dan mereka cuba dalam pelbagai cara untuk menganggu proses mahkamah. Sei benar-benar meluat dengan puak-puak pakatan ini.  
  

Hukuman penjara Khir Toyo kekal


PUTRAJAYA 30 Mei - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo kekal menjalani hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap hukuman, sebentar tadi. -UTUSAN
 
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.

6 comments:

  1. Itulah kerajaan sekarang ni. Najib kenakan semua orang UMNO tapi orang yang betul2 berniat untuk menjahanamkan kerajaan semua bebas. Tukarlah PM kita ni. Marilah kita ganti dengan PM yang lebih berani terutamanya yang tak takut isteri. Najib pun dah takde apa modal lagi nak tipu. 1MALAYSIA dah tak laku. Kalau betul sayang Islam ..melayu dan negara ..marilah mulakan gerakan untuk tukar kepimpinan.

    ReplyDelete
  2. Tentang tukar ni Jokiden belum bersedia lagi. DS Mohd najib masih yang terbaik buat masa ini untuk UMNO dan untuk negara.

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    ANON 955 TU CAI PKR tuh..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  4. Tulah dia orang umno ..kritik sikit je terus chop pkr ..kalau anon tu melayu ..kompemlah penganut umno ..mana ada parti lain yg bela orang melayu kalau tak umno ..nama pun tukang peghati ..jadi peghati jelah ..dalam keadaan sekarang ..memang kita nak pm yg kuat ..tengoklah muka najib ..macam org pening lalat ..isteri yg banyak keluar berita ..najib asyik cerita berubah ..tapi tak buat ..cakap orang tapi dia lagi teruk dari paklah ..patutnya paklah kutuk dia balik ..
    Jokiden jalanlah jauh sikit ..jangan setakat negeri sembilan saja ...ramai lagi pemimpin muda yang nak berkhidmat untuk bangsa kita ..najib ni lahir saja dah senang ...mana pernah dia rasa macam kita semua ..bayar duit kereta ..bil api dan air ..loan rumah ..nadi rakyat apa yang dia dengar ni ?????

    ReplyDelete
  5. ..najib ni lahir saja dah senang ...mana pernah dia rasa macam kita semua ..bayar duit kereta ..bil api dan air ..loan rumah ..nadi rakyat apa yang dia dengar ni ?????

    Anwar Al Juburi & Nurul Isap pun sama...mana pernah dia rasa macam kita semua ..bayar duit kereta ..bil api dan air ..loan rumah ..nadi rakyat apa yang dia dengar ni ?????

    ReplyDelete
  6. khir toyo dah berubah bila dia buat rumah berjuta. orang lihat muka pun berubah, apatah lagi kelakuan. bila dia nak bertanding ketua pemuda pun menunjukkan dia lebih kepada ikut kapla sendiri tanpa memikirkan masa hadapan dan kurang perancangan. bukti yg sokong, memang berpihak kepadanya, tetapi yang lain mungkin bukan. bertawakal kita kepada Allah setelah berusaha. hanya Allah sahaja yg mengetahui, moga khir toyo tabah menghadapi dugaan di dunia dan berfikir dengan waras.

    ReplyDelete