PRU13 bagi saya amatlah penting. Penting bagi masa depan rakyat berbilang kaum. Penting bagi kesinambungan Transformasi Kerajaan. Penting untuk kestabilan, kesejahteraan dan keamanan negara. Malah PRU13 penting bagi menentukan hala tuju negara untuk tempoh sepuluh tahun akan datang.
Keputusan PRU12 yang menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional telah meletakkan negara seolah-olah berada dalam keadaan tidak menentu dan tidak terkawal. Mujurlah rakyat negara ini masih ramai yang cintakan keamanan dan bersikap matang serta sederhana.
Keputusan PRU12 seolah-olah memberi ruang kepada pakatan pembangkang untuk beraja di mata dan bersultan di hati. Mereka seolah-olah mengambil segala peraturan dan perundangan dalam tangan mereka sendiri. Segala-galanya mereka ingin politikkan dan segala-galanya mereka ingin pertikaikan.
Keputusan PRU12 telah membuka pekung sebenar pakatan pembangkang. Dengan sedikit kuasa yang mereka miliki, mereka sudah seolah-olah memerintah dunia. Mereka bebas sebebas-bebasnya dalam mengwujudkan persepsi negatif tentang negara, kerajaan dan para pemimpin. Bukan sahaja mereka mengwujudkan persepsi buruk ini di dalam negara tetapi pemimpin mereka juga sanggup membawa isu dan permasalahan ini sehingga ke luar negara.
Tulisan ini jika tidakpun ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia, maka memadai ianya saya tujukan kepada ahli-ahli UMNO serta ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional.
Dalam usaha Perdana Menteri untuk memulihkan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional supaya kembali mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat, pada waktu yang sama juga beliau terpaksa mentadbir negara dengan penuh berhati-hati demi untuk memelihara saki baki kebaikan yang ada dan menyelamatkan negara daripada terus tersungkur ke lembah kehancuran.
Menerima tanggung-jawab berat selaku pemimpin nombor satu dalam suasana ekonomi dunia yang lembab dan kedudukan parti pemerintah yang tidak cukup kuat, hanya kebijaksanaan sahaja yang mampu menyelamatkan beliau. Ternyata setakat ini Perdana Menteri telah berjaya dengan cemerlangnya.
Jika ada sesiapa yang merasakan Perdana Menteri masih 'seorang budak' lantaran wajah awet mudanya dan tidak beberapa yakin dengan kemampuan beliau memikul tanggung-jawab berat ini, maka ingin diingatkan bahawa Perdana Menteri sebenarnya sudah cukup tua dalam serba serbi dan cukup pengalaman dalam dunia politik dan dunia pentadbiran.
Usia beliau ketika mengambil alih pemerintahan negara ialah 56 tahun iaitu dua tahun lebih tua daripada Tun Dr Mahathir ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di usia 54 tahun. kini Perdana Menteri telah berusia 60 tahun dan itu adalah usia seorang yang telah tua. Jadi tersilaplah jika ada yang mengatakan bahawa beliau seperti budak yang masih mentah.
Dalam tempoh empat tahun, berjaya menyelamatkan ekonomi negara tidak menjadi seperti ekonomi Greece, Finland, Portugal dan Sepanyol, tentulah DS Mohd Najib wajar diberikan markah A+ dalam 'report card' nya.
Dengan segala kekangan dan cabaran yang beliau hadapi sejak empat tahun lalu, beliau ternyata mampu keluar daripada pelbagai masalah dengan cara pendekatan beliau yang amat tenang.
Kini beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan perhitungan kerana satu-satunya halangan yang masih membelenggu tindakan beliau ialah kekuatan politik parti yang diterajuinya iaitu Barisan nasional.
Telah banyak kali ikrar dibuat oleh ahli parti untuk memberikan sokongan yang padu dalam PRU13. Telah banyak kali jerit pekik anggota parti membuat pengakuan bahawa beliau akan diberikan sokongan dalam setiap tindakan serta keputusan politik yang beliau ambil. Dia menerima segala akujanji tersebut dengan tenang tetapi tetap bimbang.
Pemilihan calon-calon yang beliau rasakan terbaik dikalangan yang baik, diharapkan akan mendapat persetujuan daripada penyokong parti secara mutlak. Setelah begitu banyak ikrar tentulah beliau tidak mengharapakan rumah siap pahat akan berbunyi. Namun kini ternyata, untuk memuaskan hati semua pihak adalah sesuatu yang tidak akan wujud dalam dunia ini. Beliau menginsafi perkara tersebut.
Calon yang terbaik bagi kita mungkin tidak baik bagi orang lain. Sebaliknya calon yang kita rasa kurang baik, mungkin itulah yang terbaik bagi orang lain pula.
Sepatutnya janji kita sebagai ahli parti yang akan menyokong sesiapa sahaja yang beliau pilih sebagai calon mestilah ditepati. Kenapa mesti ada yang masih mahu mempertikaikan keputusn pucuk pimpinan dalam soal calon yang bakal menggalas misi Barisan Nasional ini.
Untuk kali inilah saya bertekad untuk tidak mempertikaikan calon pilihan Perdana Menteri. Saya menyokong sesiapa sahaja yang mewakili UMNO/BN. Saya memberitahu ramai kawan-kawan, jika Perdana Menteri memilih songkok sekalipun sebagai calon BN, saya akan undi songkok tersebut. Undi saya dan keluarga kali ini bukan mengambil kira soal calon, tetapi mengambil kira soal parti.
Ada yang ketawa dan ada yang kagum dengan pendirian saya. Itu tidak mengapa asalkan satu undi dari saya dapat membantu memenangkan Barisan Nasional. Kesediaan saya memangkah songkok yang bukanlah disebabkan kedungguan atau kebodohan saya, sebaliknya kesediaan saya adalah lambang kesetiaan kepada parti ini.
Saya bukan seperti Mahpoz Omar, Naib Presiden PAS yang mengatakan jika songkok diletakan mewakali PAS di Kubang Krian, songkok itu akan menang. Itu kenyataan bodoh sombong, angkuh dan takbur kerana dia merendahkan martabat pemikiran pengundi. Sedangkan dalam kes saya ini, saya sendiri yang memilih untuk memangkak songkok, demi ketidak sanggupan saya melihat BN tewas dalam PRU13 ini.
Benarlah undi saya hanya satu dan tidak mungkin mampu mengubah keadaan, tetapi jika 3 juta ahli UMNO ditambah lagi dengan 3 juta ahli dari parti komponen, berfikiran seperti saya, maka pakatan pembangkang masih boleh meneruskan untuk berebut jawatan Ketua Pembangkang dalam Parlimen selepas PRU13 ini nanti.
Saya mempunyai penilaian tersendiri tentang parti-parti politik di tanah air ini, tentang perjuangan para pemimpin mereka, tentang hala tuju dan matalamat serta kaedah yang diguna pakai, kesimpulan yang saya buat ialah UMNO/BN masih yang terbaik dan masih relevan untuk negara ini. Bukanlah tidak ada kelemahan langsung, namun hakikatnya rekod BN masih yang terbaik jika dibandingkan dengan rekod parti-parti lain yang telah juga merasai nikmat kuasa.
Untuk PRU13 ini jika dengan mengundi calon BN walaupun calon tersebut songkok, saya dianggap bodoh, bangang, dunggu dan bahalol, saya tidak kisah sama sekali kerana saya sendiri menganggap pilihan saya adalah betul dan tepat. Sesungguhnya apabila kita melakukan sesuatu yang betul dan tepat kita sebenarnya adalah cerdik.
Kata-kata PM
Oleh itu, pada mereka yang rasa sedikit kekecewaan, saya harap tidak memendam perasaan dan fikirlah tentang masa depan parti. “Pilihan raya ini, kita memerlukan kesetiaan dan sokongan daripada setiap anggota parti dan yang paling penting, kita nak tubuh kerajaan, bila tubuh kerajaan, kita boleh bantu mereka dengan banyak cara, tetapi kalau kita tak ada kuasa, kita tak boleh bantu,” katanya. Mengenai pihak yang meminta BN mempertimbangkan semula calon-calon yang disenaraikan, Najib berkata: “Kita tidak boleh memberi kepuasan kepada semua pihak.
“Dalam saat-saat akhir kalau kita ubah, boleh timbul masalah lain, tetapi kita cuba tangani dengan cara lain. Itu tengok pada keadaan, tetapi kita anggap itu barisan yang dapat diterima oleh rakyat,” jelasnya. — Bernama
Perginya seorang pejuang:
Aishah Ghani meninggal dunia
KUALA LUMPUR 19 April - Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneages di sini pada 12.50 tengah hari ini kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman. - BERNAMA
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.