Friday, April 19, 2013

Bob Lokman Jangan Celupar... Zed Zaidi.


  
Bertemu PM di Sri Perdana.. bertupang leherpun sanggup datang tu.
 
Empat lima kerat sahaja rupanya artis yang menyertai pakatan haram ini. Masih terlalu ramai pula yang tetap setia bersama BN. Ini terbukti apabila lebih 1,000 orang artis menghadiri majlis ramah mesra bersama PM di Sri Perdana semalam.
 
Artis yang kekal menyebelahi BN ini nampaknya masih rasional dalam tingkah laku dan perbuatan mereka. Sebaliknya artis yang memilih parti pembangkang untuk memperkembangkan karier  politik mereka telah mengambil pendekatan yang terlampau. Namun bukanlah semuanya, hanya segelintir sahaja.
 
Artis yang diketahui bermulut celupar setelah tertipu dengan politik pembangkang ialah seperti Bob Lokman, Aishaih, Hairie Othman dan Abby Abadi.
 
Sebenarnya kitapun tidak kisah parti apa yang mereka pilih. Itu hak mereka dan mereka tetap bebas. Namun apabila menyertai pembangkang janganlah sera merta menjadi biadap, kurang ajar dan melampau dalam menghukum dan mengkritik pihak lain atau rakan-rakan artis yang lain.
 
Janganlah baru dua hari memakai tudung labuh atau serban besar, mereka sudah seolah-olah menjadi manusia maksum, bersih dan melihat orang lain sebagai kotor pula.
 
Benarkah diri sendiri sudah bersih atau mereka mempunyai tujuan lain yang tersembunyi kerana memilih pembangkang sebagai wadah perjuangan.
 
Janganlah kerana mengharapkan imbuhan yang besar dari puak pakatan segala rupa nikmat masa lalu yang diperolehi daripada kerajaan BN hendak dilupakan begitu sahaja. Jasa BN sebenarnya terlalu besar terhadap kebajikan artis di negara ini.
 
Janganlah tiba-tiba sahaja mereka sudah tidak nampak lagi kebaikan kerajaan sebaliknya terikut-ikut dengan rentak pembangkang dan menuduh kerajaan yang bukan-bukan tanpa bukti-bukti yang kukuh.
 
Pahala yang diharapkan apabila menyertai pembangkang janganlah akhirnya nanti dosa pula yang bertambah. Semasa belum bertudung, mulut dan nafsu agak terkawal, sebaliknya setelah bertudung, kononnya sudah alim dan digelar ustazah, maka mulut bertambah lancang pula dalam memaki hamun pemimpin negara.
 
Artis sedemikian harus melihat ke dalam cermin dan tengok betul-betul tentang kelemahan diri sendiri sebelum menuding jari ke arah orang lain. Ikutilah nasihat Tuan Presiden Seniman tersebut kerana beliau juga agak tergamam dengan telatah segelintir artis yang membawa panji-panji pembangkang ini.


PRU-13: Artis propembangkang jangan hanya tahu kritik kerajaan

KUALA LUMPUR 19 April - Artis-artis propembangkang diingatkan supaya memberi tumpuan kepada agenda perjuangan masing-masing semasa berkempen dan bukannya hanya tahu mengkritik kerajaan.
 
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, hal itu kerana kerajaan telah banyak berjasa dan merancang pembangunan lebih baik kepada industri hiburan dan seniman-seniman tempatan.
 
Katanya, antara jasa kerajaan adalah memperkenalkan skim insurans kepada semua ahli seniman, skim perumahan untuk seniman, kad diskaun, kemudahan pembiayaan perumahan dan kenderaan dan banyak lagi.
 
"Jangan hanya tahu kutuk kerajaan kerana banyak kerajaan telah buat dan bela golongan seniman," katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Tambah Zed Zaidi, beliau setakat ini pernah menerima kecaman daripada artis-artis propembangkang sejurus membuat kenyataan berunsur nasihat terhadap mereka yang menyertai politik.
 
Jelasnya, artis-artis propembangkang ini akan mengecam beliau menerusi laman media sosial seperti Twitter, Facebook dan blog-blog.
 
"Salah satu kecaman dan tuduhan mereka adalah saya ini merupakan kuli UMNO. Mereka juga kata saya hanya pandai bercakap, tidak cukup fakta dan apa sahaja yang saya buat dalam persatuan tidak sah sebagai presiden," ujarnya.
 
Setakat ini, penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin mengesahkan akan bertanding atas tiket Pas di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan dan Dayangku Intan bertanding di Parlimen Pengerang, Johor.
 
Antara artis yang aktif berpolitik di pentas pembangkang ialah Bob Lokman, Yassin, Hairie Othman, Abby Abadi dan Abu Bakar Omar. - UTUSAN ONLINE




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment