Friday, April 19, 2013

Berkuburkah Akhirnya Politik Kit Siang....???


  

Siapa cakap karier politik Kit Siang akan berkubur jika kalah di Gelang Patah???. Untuk tempoh lima tahun mungkinlah. Untuk selama-lamanya mana mungkin. Bukankah Lim Kit Siang Ikan itu DAP dan DAP itu Lim Kit Siang Ikan.

Mereka mana boleh berpisah, kerana DAP itu bukankah milik dia anak beranak. Kit Siang dengan Guan Eng. Jokiden telah sebut banyak kali sekiranya DAP ini gagal memainkan isu perkauman dalam kempen mereka dan gagal menaikkan kebencian terhadap Orang Melayu, DAP sudah pasti tidak akan memenangi sebarang kerusi.
 
Kit Siang amat suka kalau isu dia kalah di Gelang Patah dan karier politiknya akan 'berkubur' sentiasa meniti di bibir masyarakat Cina, kerana itu akan memberikan undi simpati kepadanya. Orang Cina yang bersifat chauvinis pasti tidak mahu dia kalah dan dengan rela hati memberikan undi kepadanya dan ini mungkin boleh membantunya untuk menang mengalahkan Datuk Abdul Ghani Othman kelak.
 
Kit Siang dan Guan Eng serta pemimpin DAP yang lain walaupun sudah kalah beratus kali, bila tiba PRU atau PRK, mereka tetap akan bertanding. Siapa pula di dalam DAP itu yang berani menentang hasrat mereka.??
 
Jika sudah setiap kali PRU atau PRK dia akan tetap bertanding, macam mana pula kita nak mengatakan bahawa karier politik sudah berakhir atau berkubur??? Tak ada punya.
 
Gelombang terkini, setakat ini dengan segala kekalutan puak pakatan dalam menentukan tempat untuk bertanding dan menentukan calon yang sesuai, sudah tentunya memberikan kelebihan kepada calon-calaon UMNO/BN. Pakar Strategik DAP, PAS dan PKR amat menyedari perkara ini sejak setahun yang lalu.
 
Mereka mesti mempunyai strategi terakhir untuk cuba mengubah keadaan ini sekiranya tidak mahu kehilangan banyak kerusi kepada BN. Apa rekod yang mereka ada selain daripada untuk memainkan isu-isu yang boleh menaikkan rasa benci kepada UMNO/BN dalam kempen yang panjang ini.
 
Jika dulu Jokiden yakin sangat Kelantan akan jatuh ke tangan UMNO/BN, maka kini Jokiden turut yakin bahawa pengundi Cina sudah berubah angin dan akan memenangkan calon-calon MCA, bagi membolehkan wakil mereka berada di dalam kerajaan. Ini akan membuatkan Penang juga akan jatuh semula kepada BN.
 
Untuk menaikan semangat dan menyedapkan hati penyokong pakatan, Lim Kit Siang telah mengumumkan bahawa pakatan akan memenangi sebanyak 145 kerusi Parlimen. Eh wah.. mana datangnya tu?? Jika masih bertahan dengan 50 kemenangan pun sudah cukup baik. Adakah patut dia kata SB polis yang membuat kajian tersebut.
 
Untuk makluman Kit Siang, keserabutan yang dihadapi oleh DAP kini akan menyebabkan orang Cina akan kembali memberikan undi kepada MCA. Sudah berpuluh ahli dan pemimpin DAP menyatakan akan menentang calon DAP kerana tidak dicalonkan semula atas pelbagai sebab termasuk rasuah. Jangan terkejut nanti jika MCA memenangi 31/37 kerusi Parlimen kali ini yang boleh membuatkan DAP gigit jari.
 
Orang Cina terkenal dengan dunia perniagaannya. Kaum Cina yang rasional amat menyedari bahawa ekonomi negara di bawah pengurusan UMNO/BN sejak merdeka amat baik kedudukannya yang memungkinkan kaum Cina mampu meraih kekayaan melalui dasar-dasar UMNO/BN.
 
Orang Cina yang rasional juga menyedari bahawa kesemua jenis perniagaan mereka adalah selamat di bawah teraju UMNO/BN. Pemberian BR1M juga amat disenangi oleh masyarakat peniaga kaum Cina kerana akhirnya apabila duit itu dibelanjakan keseluruhannya hampir 80% pergi kepada mereka juga. Ini yang DAP tidak beberapa nampak atau sengaja menutup mata.
 
Tidak mengapa pengundi Gelang Patah menolak Kit Siang kali ini demi menjamin masa depan yang lebih gemilang di bawah UMNO/BN. Empat atau lima tahun nanti Kit Siang akan kembali lagi dan bertanding lagi, mungkin di kawasan lain pula.
 
    
Baca juga taktik terakhir Kit Siang di sini.


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.

4 comments:

  1. ini kali dia bertemu buku dengan ruas ..!

    sudi kiranya letak blog saya dlm bloglist anda.

    http://ujang509.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Kita bermusuh dengan Lim Kit Siang bukan kerana dia berbangsa China tetapi sebab dia sering meniup api perkauman memusuhi Melayu.

    ReplyDelete
  3. Mohon sangat-sangat supaya semua pengundi BN di Gelang Patah turun mengundi dengan memangkah simbol dacing. Tunjukkan semangat setiakawan kalangan ahli komponen BN terutama MCA dan UMNO.

    ReplyDelete