Thursday, April 18, 2013

Ish.. Belumpun Penamaan Calon Sudah Mengaku Kalah..


  
Bakal kalah di Pulai..
 
Ini kenyataan betul dan ikhlas ni, bukannya seperti kenyataan yang selalu dimainkan oleh Lim Kit Siang pada saat akhir untuk menarik simpati. Pas Kedah merasakan amat sukar untuk mempertahankan negeri tersebut daripada jatuh ketangan UMNO/BN.
 
Azizan tidak perlu gusar dan cemas kerana Terengganu dulu diketuai sendiri oleh Hj Hadi pun rebah juga akhirnya apabila kerajaan PAS Terengganu didapati gagal membela nasib rakyat, asyik menyapu balak dan membiarkan kawasan bandar dan kejiranan kotor. Merasa sepenggalpun jadilah sebagai pengajaran kepada rakyat dan juga pemimpin.
 
Kelemahan kerajaan PAS yang deketuai oleh Azizan selama lima tahun lagi teruk. Bukan sahaja rakyat dizalimi siang dan malam, sampah dibiarkan tidak berkutip sehingga busuk, kawasan balak habis dikaut oleh PAS tetapi juga dizaman Azizan tercatat rekod pertumbuhan pusat-pusat hiburan yang bertentangan dengan syarak secara meluas.
 
Azizan juga gagal dalam mengurus partinya dan dia ditentang oleh ahli parti sejak hari pertama mengangkat sumpah sehinggalah hari terakhir memerintah. Masalah KUIN, masalah tanah, masalah madarasah dan masalah rumah mampu milik semuanya menghantui pentadbiran Azizan.
 
Cikgu abc, atau Cikgu Non memperjelaskan secara terperinci tentang kegagalan kerajaan PAS di Kedah di dalam bukunya "Kafirkah Aku" sehinggakan membuatkan orang memandang serong dengan kongsep Islam yang cuba dibawa oleh Azizan. Bercelaru dan tunggang langgang.
 
Cikgu Non memperjelaskan bagaimana PAS hendak menegur UMNO/BN apabila perlakuan mereka lebih buruk daripada apa yang pernah UMNO/BN lakukan. Bagaimana PAS hendak mengkritik UMNO/BN sekiranya apa yang mereka lakukan lebih buruk lagi daripada apa yang UMNO/BN pernah lakukan.
 
Melihat kepada kesungguhan UMNO/BN untuk merampas semula Kedah dan seterusnya membela nasib rakyat dengan menampilkan calon-calaon yang hebat, telah menyebabkan Azizan mengakui bahawa agak sukar kerajaan PAS bertahan.
 
Sekali lagi diingatkan kepada Azizan janganlah gundah gaulana sangat kerana bukan sahaja Kedah tetapi Selangor, Kelantan dan Pulau Pinnag juga akan jatuh semula kepada UMNO/BN. Cukuplah sepenggal rakyat memberi peluang kerana sekiranya mandat tersebut diteruskan lagi maka alamat akan hancur leburlah negeri jelapang padi tersebut.
 
 

PRU-13: Azizan akui laluan Pas sukar

ALOR SETAR 18 April - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui pakatan pembangkang berdepan laluan mencabar untuk mengekalkan kuasa pentadbiran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
 
Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, beliau percaya pilihan raya kali ini bakal menyaksikan persaingan sengit berdasarkan senarai calon yang diumumkan Barisan Nasional (BN) kelmarin.
 
Bagaimanapun beliau mendakwa pihaknya mempunyai strategi untuk berdepan dengan BN yang membariskan gandingan muka lama dan baharu sebagai calon.
 
''Kita ada strategi dan tahu nak serang mereka, sebelum ini kita tak tahu,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman calon pakatan pembangkang Kedah di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini, malam tadi. - UTUSAN ONLINE


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment