Elok-elok bersama BN dahulu, keluar pulak. Dengar janji-janji manis Nuar memanglah terlentuk, dia mempunyai kepakaran untuk berjanji kepada ramai orang dalam satu masa dan orang pula mempunyai kecenderungan untuk mempercayainya.
Kisah Nuar ni menjanjikan sesuatu kepada orang telah bermula sejak 1999 lagi. Dalam sebuah negeri kadang-kadang sampai empat orang dia janjikan untuk menjadi Menteri Besar sekiranya dia menjadi Perdana Menteri.
Jika asyik memburuk-burukkan negara sendiri, restu mana yang dia akan dapat untuk menjadi pemimpin nombor satu di negara ini. Tak kan dapat punya. Setakat menjerit tu bolehlah, kerana untuk menjerit bukannya kena keluar modal banyakpun. Ada mikropone dan ada sebuah lori usang, maka bolehlah menjerit.
Lajim dan Bumburing dikatakan akan bertanding di dua kerusi Parlimen dan juga DUN. Dia dapat dah perangai pemimpin pembangkang yang lain, bertanding tidak cukup kerusi. Tamak halobalah tu, nak menyapu kedua-dua elaun jika menang.
Agaknya pembangkang ini jika Perlembagaan membenarkan betanding sehingga tujuh kerusi, maka mereka akan membolot kesemua kawasan tersebut untuk dirinya sendiri. Apalah salahnya dibahagi-bahagikan rezeki tersebut. Lantak kaulah Lajim oii.. Lepas ni cukuplah dengan duit pencen tu sahaja. Lagipun memang dah kaya raya kan..
Dia ni ada cara senang untuk menjadi pemimpin, dia pilih jalan berliku. Sekarang kan dah susah nak kena merekasaya fitnah terhadap kerajaan demi untuk menaikkan nama sendiri.
Semasa dalam kerajaan dulu, segala-galanya baik belaka. Namun apabila sudah berada di puak pembangkang, semua yang manis-manis dulu sudah menjadi racun yang berbisa. Semuanya sudah tidak berguna lagi. Semuanya sudah tidak elok.
Dia ingat Nuar ni seorang yang menepati janji. Bukan dia tidak kenal Nuar. Di kala orang ramai berduyun-duyun pergi meninggalkan Nuar, dia pula pergi menyerahkan tengkuknya kepada Nuar. Hah tunggulah nasib nanti.
PRU-13: Lajim pertahan Beufort, Bumburing di Tuaran
PETALING JAYA 17 April - Presiden Pakatan Perubahan Sabah (PPS) Datuk Seri Lajim Ukin akan mempertahan kerusi Parlimen Beaufort, Sabah yang dimenangi beliau pada pilihan raya 2008 dan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Presiden Angkatan Perubahan Sabah (SRF) dan penyandang Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing juga akan mempertahan kerusi itu, yang dimenangi beliau pada 2008 dan bertanding di DUN Tamparuli.
Keputusan itu diumumkan mereka pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Lajim berkata, selain Beaufort, PPS yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO), akan bertanding atas tiket PKR bagi kerusi Parlimen Papar, Kimanis dan Sipitang serta 11 DUN.
Bumburing pula berkata, SRF akan bertanding di Parlimen Tenom, Beluran, Kota Marudu dan Pensiangan serta 12 DUN, juga menggunakan tiket PKR. - BERNAMA
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment