Senarai calon PRU13 yang bakal membawa panji-panji BN telahpun diumumkan dan diketahui. Biasalah akan ada rungutan di sana sini. Untuk memuaskan hati sebanyak 20 juta rakyat Malaysia yang telah mampu berfikir adalah mustahil sama sekali.
Rasanya jika penyokong BN mengotakan segala ikrar yang pernah dilafazkan iaitu akan menyokong sesiapa sahaja calon yang diputuskan oleh PM, maka rasanya calon-calon tersebut adalah muktamad. Jikapun ada perubahan hanya seorang dua mungkin pada saat-saat akhir nanti.
Ahli dan jentera UMNO rata-rata berpuas hati dengan calon-calon yang ditampilkan, calon transformasi, calon boleh menang dan calon yang menepati kreteria yang telah disepakati seperti ketokohan, komitmen, populariti dan kurang bermasalah.
Seperti yang PM pernah sebut pengumuman awal ini selain daripada untuk melihat respon dan reaksi rakyat di satu-satu kawasan tersebut, juga untuk melihat reaksi calon-calon itu sendiri. Maknanya jika ada calon-calon yang terlalu teruja, kembang berlebihan, jantung berdenyut laju untuk beberpa hari, ada kemungkinan senarai tersebut akan bertukar.
Atas perkiraan politik pucuk pimpinan BN mempercayai bahawa 222 calon Parlimen yang dikemukakan bersama dengan 506 calon DUN setelah ditolak 60 orang calon-calon dari Sarawak, maka mereka adalah yang terbaik untuk pasukan Transformasi kali ini.
Pemilihan calon-calon BN tidak mengambil kira siapakah lawan mereka di satu-satu kawasan tersebut selain daripada calon BN di Gelang Patah dan di Johor Bahru. Di Gelang Patah meletakkan Datuk Abdul Ghani Othman berhadapan dengan Lim Kit Siang memang mengambil kira siapa calon pakatan terlebih dahulu, kerana atas beberapa faktor lain.
Selebihnya calon-calon BN adalah merupakan calon yang telah ditapis berpuluh kali dan dikaji buruk baiknya. Sebab itu pada saat akhir nama Presiden PPP Datuk M Kaveas tetap tersenarai juga akhirnya di Perak. Ada tempat dan ruang untuk beliau walaupun di kerusi DUN.
28 juta rakyat Malaysia, yang 'bertuah' untuk menjadi calon BN adalah sebanyak 700 orang lebih kurang. Ini bermakna kurang lebih 0.0026% sahaja daripada komposisi penduduk yang berpeluang untuk menjadi YB setiap kali PRU13.
Pendapat peribadi yang ada kalanya sentiasa tidak berpuas hati dengan apa juga pilihan orang lain, memang tidak dapat dielakkan. Mereka yang di dalam jiwanya memang sudah ada jiwa menentang, akan menentang apa sahaja termasuklah jika diri sendiri dicalonkan maka dia akan merungut juga. Pendapat sebegini tidak seharusnya menjadi isu yang harus ditangani oleh pucuk pimpinan.
Daripada senarai tersebut, kita dapati ada tokoh-tokoh lama yang telah hampir lenyap daripada senario politik negara telah muncul kembali dan diberi peluang oleh pucuk pimpinan. Kita di luar Kedah mungkin terkejut sedikit dengan pemilihan Datuk Othman Abdul yang dipilih bertanding di kerusi Parlimen Pendang.
Begitu juga dengan tokoh otai MCA seperti Datuk Yap Pian Hon yang akan bertanding di Serdang. Ini bermakna faktor umur boleh sahaja diketepikan sekiranya keadaan di satu-satu tempat itu memerlukan kehadiran beliau. Di Gua Musang pula rasanya orang akan terkejut sekiranya nama YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak tersenarai pada kali ini.
Begitu juga dengan pengekalan Tan Sri Shahrir Abdul Samad tokoh otai UMNO di JB. Walaupun beliau sudah bersedia untuk mengundurkan diri daripada politik aktif dan telahpun menyediakan penggantinya, namun atas sebab-sebab tertentu beliau kembali bersedia untuk memikul tugas berat mempertahankan kerusi tersebut.
Di DUN Pilah, bekas ADUN dan bekas Exco kini kembali dipilih menjadi calon BN iaitu Datuk Norhayati Omar. Dia terus bekerja selepas namanya tercicir dalam PRU12 dulu, dia kekal sebagai Ketua Wanita Bahagian, Ketua Wanita Negeri dan Exco Wanita Kebangsaan. UMNO/BN hebat.
Disaat penyokong UMNO/BN sedang bergembira dengan calon-calon mereka timbul pula desas desus daripada kem pembangkang yang mempersoalkan kenapa si polan itu bertanding di situ dan kenapa pula si polan ini bertanding di sini. Mereka pula yang terlebih sibuk mempertikaikan calon-calon UMNO/BN. Yang mereka meroyan kenapa???
Suka hati pucuk pimpinan UMNO/BN lah siapa yang hendak dipilih dan diletakkan di satu-satu kawasan tersebut. Yang mereka turut kalut dan sibuk kenapa pula. Khalid Samad kenapa pula nak bersusah payah mempertikaikan pemilihan Datuk Zulkifli Nordin bertanding di Parlimen Shah Alam.
Apakah Khalid Samad sudah merasakan orang lain tidak mempunyai hak untuk bertanding di situ selain daripada dia seorang sahaja yang layak dan berhak.
Lim Kit Siang kenapa pula sibuk hendak mempertikaikan pemilihan Abdul Ghani bertanding di Gelang Patah? Ini negara demokrasi. Kata dulu berani sangat hendak berhadapan dengan sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Siap mencabar lagi supaya Chua Soi Lek berlawan dengan dia.
Mat Sapu kenapa pula sibuk hendak mempertikaikan pemilihan Datuk Othman Abdul di Pendang. Jika Othman Abdul digelarkan sudah expired apakah dia tidak expired. Nuar Brahim kenapa pula sibuk sangat hendak tahu latar belakang bekas pengarah pilihanraya PAS Dr Maslan Ismail, yang diletakkan bertanding menentang beliau? Sudah takuttttttttttttttttttt ka???
Nurul Izzah yang gagal sebagai wakil rakyat selama 5 tahun di Lembah Pantai, kenapa perlu meroyan apabila nama Datuk Raja Nong Chik diumumkan untuk bertanding menentang dia. Angkat je telefon dan call PM minta tukar calon tersebut. Kok PM nak responlah, jika PM tak respon nasiblah Nurul oii, bersedialah untuk kalah.
Nurul Izzah yang gagal sebagai wakil rakyat selama 5 tahun di Lembah Pantai, kenapa perlu meroyan apabila nama Datuk Raja Nong Chik diumumkan untuk bertanding menentang dia. Angkat je telefon dan call PM minta tukar calon tersebut. Kok PM nak responlah, jika PM tak respon nasiblah Nurul oii, bersedialah untuk kalah.
Jadi disarankan kepada puak-puak pakatan ini jika tidak berpuas hati, jika bengkak hati, jika berbuku di hati dan jika terkilan sangat di hati dengan calon-calon UMNO/BN ini, tidak perlu meroyan, pergi je berjumpa dengan Perdana Menteri dan minta Perdana Menteri tukarkan calon-calon tersebut. Habis cerita.
Ada masa lagi ni sebelum 20 April. Nuar, Khalid Samad, Lim Kit Siang, Mat Sapu, Mahpooozzz beans dan Pudin bulan, sila berjumpa dengan PM, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional dan luahkan rasa terkilan kalian dengan pemilihan calon-calon BN tersebut dan minta tukarrrrrr!!!.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
Bukan tak puas hati dengan calon. Nama2 yang ditukar disaat akhir ni yang tak boleh terima. Semuanya disebabkan wang, senarai calon ditukar kepada pembida yang tertinggi.
ReplyDeleteDiharap penulis blog siasat.
Apa punya website bodoh lah ko buat ni ..Buta2 sokong BN .. yg memang terbukti takberkesan sejak merdeka lagi .. Korup ,, Penipu .. Tak de modal lansung .. tak abis2 nak takutkan orang melayu konon nyer cina nak rampas negara ni .. Kalau cina kafir tu boleh perintah negara ni lagi adil,apa salah nyer .. daripada melayu islam yg penipu besar mcm umno ni .. Pakai otak lah sikit bro .. Think objectively .. Hmmm
ReplyDelete