Saturday, April 20, 2013

Tangkapan Bermotifkan Politik Pulak Dah..


  
 
 

 
 
Tengok wayang 'penganda' (propaganda)
 
Kalau tidak menipu bukanlah Nuar namanya. Sendiri yang ingin membawa klonnya sendiri pulla yang 'menangkap' klon tersebut.
 
Habis 5,000 orang penyokong tegar di Permatang Pauh kena tipu. Mereka diberitahu bahawa saksi berkenaan yang terlibat dalam merakamkan video sex klon Nuar Brahim itu telah ditangkap oleh polis setelah melepasi pemeriksaan Imigresen.
 
Badrul juga  dengan segera mengatakan bahawa itu adalah tangkapan politik yang berniat jahatttttttttttt untuk menjatuhkan Nuar.
 
 
Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan sebentar tadi, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard lagi, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di Madrasah An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.Kaldaian Daily
 
Apa faedahnya Nuar beria-ia sangat hendak membawa klon dia itu. Adakah orang akan percaya dengan semua kelentong dia. Kalau dia membawa saksi sedozenpun rakyat yang sudah menolak dia akan tetap menolak.
 
Kenapa sekarang baru bersungguh-sungguh hendak membawa saksi-saksi berkenaan untuk dipertontonkan kepada umum. Kenapa dulu tidak terfikir untuk menafikan dengan cara sedemikian.
 
Sebenarnya orang sudah mula melupakan kisah video seknya dulu. Namun dia pula yang menimbulkan kembali. Orang sekarang ini lebih memberikan tumpuan kepada video sek Mustapha Ali, dan tidak ada masa lagi dengan video sek dia yang telah expired itu.
 
Tidak perlulah rasanya Nuar hendak bersusah payah untuk membuktikan benda yang telah terang lagi bersuluh. UMNO/BN akan memenangi PRU13 ini tanpa perlu memainkan isu video lucah ini. Hairan dia pula yang sibuk-sibuk hendak menayangkan video lucah dia kepada umum untuk bahan kempen.
 
Seeloknya berhenti daripada membohongi rakyat kerana, sekali membuat bohong kena cipta lagi satu pembohongan untuk menutup bohong yang terdahulu. Kan kerja susah tu. Sebaiknya mengaku terlanjur dan memohon maaf. Jika perlu menangis macam Lim Kit Siang Ikan, lakukan sahaja, untung-untung datang simpati dari pengundi.



PRU-13: 'Klon' Anwar tidak muncul, konon ditahan di sempadan


HAMPA.... Sebahagian orang ramai yang hadir mendengar ceramah khas Anwar Ibrahim hampa selepas orang yang akan ditampilkan sebagai pelakon video seks yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu tidak muncul pada ceramah tersebut di Kubang Semang, Bukit Mertajam malam tadi. - UTUSAN
 
PERMATANG PAUH 20 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal membawa saksi yang didakwa menyerupai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung skandal video seks yang dikaitkan dengan beliau dalam majlis di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, di sini malam tadi.
 
Lebih memalukan, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa, peguam yang membawa saksi dari Thailand itu ditahan polis di Bukit Kayu Hitam, Kedah petang semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 5,000 penyokong dalam majlis solat hajat dan bacaan Yasin sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang turut dihadiri Anwar.
 
Dakwa Badrul Hisham atau lebih dikenali Chegubard, peguam itu, Mohamad Shabrimi Sidek kini ditahan di balai polis Bukit Kayu Hitam bersama beberapa saksi dari Thailand.
 
Chegubard turut memainkan dua rakaman suara kononnya dibuat Mohamad Shabrimi sejurus ditahan polis dan Jabatan Imigresen di sempadan Bukit Kayu Hitam.
 
Anwar sebelum ini dilaporkan akan menampilkan seorang lelaki dari Thailand yang menyerupai wajahnya dalam video seks yang dikaitkan dengan beliau sekali gus cuba membuktikan lelaki berkenaan merupakan individu sebenar dalam rakam video tersebut.
 
Tindakan itu diselar banyak pihak kerana memperlihatkan Anwar semakin terdesak mengembalikan maruahnya yang tercemar sedangkan beliau enggan bersumpah laknat iaitu perbuatan yang jauh lebih mudah dilakukan berbanding membawa `pelakon’ tersebut.
 
Pendedahan video seks yang dikaitkan dengan beliau dipercayai dengan seorang pelacur dari China dibuat 'Trio Datuk T' pada 21 Mac 2011 di Hotel Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.
 
Rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Anwar itu juga disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara. - UTUSAN ONLINE

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.

2 comments:

  1. tahniah pencacai pkr n pas permatang pauh.. dapat tengok live ramai2 video jijik pemimpin jijik kaki kelentong haha..

    ReplyDelete
  2. memang kreatif otak nuar utk menyemarakkan org utk dtg ke ceramah dia..aku raser xder lgsung tangkapan/orgnya hanya sekadar create story utk mensensasikan ceritera dongeng buat "penyedap"
    Aku harap adalaa yg buat lapuran polis utk pengesahan tangkapan..Tanya nuar apa nama "pelakun" tu, leh risik ngan polis. Kalau xleh kasi nama tu ertinya cerita dongeng lagi laa

    ReplyDelete