Kononnya dia ni suka sangat dipanggil sebagai giant killer. Berpindah randah seperti orang Nomad adalah feil dia sejak dahulu lagi. Alasan berpindah ialah untuk meluaskan pengaruh, untuk mencuba pengaruh dan untuk membuktikan dia diterima di mana sahaja.
Hakikatnya ialah Lim Kit Siang berpindah randah kerana dia sentiasa gagal dalam membela nasib rakyat di kawasan yang dia wakili. Mana boleh duduk lama-lama di satu-satu kawasan. Dua penggal paling maksimum. Never overstay your welcome. Itulah prinsip dia kononnya.
Lebih lama di satu-satu tempat itu, akan membuatkan rakyat semakin mual dengan retorik dia. Oleh kerana parti milik dia dan anak dia maka dia bebaslah memilih kawasan yang 'selamat' untuk dia tandingi sesuka hati dia. Tiada siapa yang berani membantah.
Kit Siang kononnya ingin berhadapan Presiden Parti komponen BN. Itu taraf dia. Dia mencabar Chua Soi Lek Presiden MCA untuk berlawan dengan dia. Dia juga harap Ko Soo Koon mengejar dia. Dia mungkin mengharapkan Kaveas turun bertanding ke Gelang Patah.
Hendak berhadapan dengan Presiden UMNO dan bertanding di Pekan Pahang, memanglah tidak logik kerana Kit Siang mana pernah berani bertanding di kawasan majoriti kaum lain. Walaupun dia mendabik dada mengatakan partinya berbilang kaum, namun dia seperti juga anak dia LGE hanya berani berkotak di lubuk dia sahaja iaitu di kawasan majoriti pengundi Cina.
Harapan dia musnah kerana ramai Presiden Parti komponen BN tidak bertanding atas alasan ingin memberi laluan kepada muka-muka baru. Yang lama-lama perlu berundur secara sukarela. Ini yang berlaku. Bukan seperti DAP dan PAS di mana pemimpin otai masih ingin bergayut kepada kuasa.
Akhirnya apabila dia mendapat tahu bahawa Abdul Ghani akan bertanding dengannya di Gelang Patah, maka dia pun panik. Dia sudah menjangkakan kekalahan dia. Untuk mengundur diri, sebagai otai politik mungkin dia akan merasa dayus sangat.
Maka sibuklah dia menghasut pengundi dengan mengatakan MCA memberikan kawasan majoriti Cina kepada calun UMNO. Sibuklah dia membakar sentimen pengundi Cina mengatakan MCA untuk kesekian kalinya tunduk dan patuh kepada UMNO. Sedangkan DAP berbeza dan sentiasa berani memijak-mijak kepada PAS dan PKR.
Bekas MB Johor mengambil tindakan yang betul. Dia ingin membuktikan bahawa kepimpinan dia diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Pembangunan yang telah beliau usahakan selama menerajui Johor telah dinikmati oleh setiapa lapisan rakyat. Jika pengundi di Gelang Patah tidak termakan dengan hasutan Kit Siang yang berbentuk kepada sentimen perkauman, maka dia pasti akan dipilih oleh pengundi di sana berdasarkan jasa bakti beliau selama ini.
Sebab itu dia berani berdepan dengan Kit Siang di dalam kawasan Cina dan jasa baktinya sebagai pertaruhan.
Kita tengok dalam sehari dua ini apakah Kit Siang Ikan akan membuat pusingan U, dan tidak jadi menghantar borang pencalunannya di Gelang Patah walaupun sejak kebelakangan ini dia telah mula berkampung di sana. Apakah dia akan kembali ke Pulau Pinang dan mencari kawasan yang lebih selamat, sama-sama kita nantikan menjelang 20 April ini.
Termasuk dalam senarai calun boleh menang BN ialah orang lama seperti Datuk Yap Pian di Serdang dan Datuk Othman Abdul di Pendang berentap dengan Mat Sapu.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment