Pengumuman calun UMNO/BN kemungkinan akan diumumkan esok atau Selasa. Begitulah yang diwar-warkan oleh banyak pihak.
Sebenarnya sesiapa yang bakal menjadi calun dalam PRU13 ini sudahpun mengetahuinya secara peribadi. Mereka telah dimaklumkan melalui pelbagai cara termasuk telefon dan sms. Cuma mereka dikehendaki menutup mulut kerana tidak mahu reaksi keterlaluan.
Mereka diberitahu supaya mereka menyenangkan diri, melegakan diri dan perasaan dari tegangan, relaxs, terus bekerja dan mendampingi rakyat.
PM pernah berkata pengumuman awal calun selain daripada untuk melihat reaksi rakyat adalah juga untuk melihat reaksi calun itu sendiri. Maknanya jika dia sudah tahu dia akan menjadi calun, dia terus pergi menempah kereta baru, maka ada kemungkinan nama dia akan digugurkan pada saat akhir.
Jadi untuk kita mengetahui sesiapa yang bakal terpilih juga agak mudah. Mereka sudah menempah baju baru, songkok baru, gigi juga sudah buat cucian. Ada yang telah mewarnakan rambut dan kembali segar. Rambut juga sudah digunting rapi dan kemas.
Di Selangor khabarnya seperti yang dilaporkan oleh Mykmu.net, senarai calun sudah bocor dan sudah ada kedengaran suara-suara sumbang untuk tidak merestui calun-calun tersebut.
Jokiden sudah membuat ketetapan iaitu siapa yang PM umumkan itulah dia yang akan Jokiden sokong, tanpa soal jawab, tanpa syak-wasangka. Walaupun Jokiden mempunyai 'calun-calun' yang Jokiden sukai dan Jokiden rasakan lebih sesuai, namun itu tidak akan menghalang Jokiden untuk menyokong calun yang PM umumkan.
Untuk kali inilah Jokiden menetapkan bahawa siapa yang diumumkan oleh PM, dia adalah pilihan terbaik. Dia adalah calun boleh menang UMNO/BN. Untuk kali inilah, Jokiden tidak peduli siapa calun, Jokiden sokong BN, BN dan BN. Itu sudah muktamad. Jika soal calun hendak dipolimikkan, sehingga ke PRU14 pun ianya tidak akan selesai.
Jokiden ingin ikut cakap Mahpooozzz Beans, jika songkok pun diletakkan di Kubang Krian, songkok itu akan menang jika mewakili PAS. Begitulah Jokiden, jika songkok diletakkan di kawasan Jokiden mewakili BN, Jokiden akan pangkah songkok tersebut.
Nasihat Tun Mahahthir juga akan Jokiden ikuti sepenuhnya iaitu, sokong siapa sahaja. Janganlah kita sabotaj calun semata-mata kita ingin membuktikan calun pilihan PM tersebut salah, dan calun yang ada dalam hati kita itu yang patut menang.
Isu calun tidak sepatutnya menjadi bahan perbincangan. Biarlah puak pembangkang sahaja yang akan mengkritik calun-calun BN nanti, bukannya kita dari BN. Jika calun yang lemah sekalipun, jika semua jentera parti mempertahankan dia calun itu akan menang. Itu realitinya. Nak mengulas panjang Jokiden tidak pandai.
Untuk kali inilah, pilihan Jokiden ialah lambang BN, bukan calun. Ahli UMNO pula masih mempunyai ruang yang tidak beberapa lama lagi iaitu mungkin sekitar Jun, untuk memilih pemimpin yang mereka sukai dalam pemilihan UMNO Bahagian. jika kita tidak suka kepada calun BN hari ini, jika dia menang dan bertanding dalam pemilihan UMNO Bahagian, maka masa itu berkempenlah siang dan malam untuk menjatuhkan dia daripada menjadi pemimpin parti kita. Itu tidak menjadi masalah lagi bagi Jokiden.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment