Sebenarnya kita sudah menjangkakan perkara ini terjadi. Untuk memutuskan senarai calon bukanlah kerja mudah. Jika dahulu orang takut-takaut untuk bertanding, kerana takut hilang wang deposit. Kini keadaan sudah berubah. Bertanding belum tentu kalah. Bertanding juga belum tentu menang. Namun keghairahan untuk menjadi calon nyata di kalangan anggota parti.
Pemimpin UMNO/BN sendiri ramai yang tidak mahu menjadi calon apabila keadaan parti terlalu lemah. Kini apabila DS Mohd Najib berjaya menyuntik semangat dikalangan anggota parti, jentera juga telah kuat dan bayangan kemenangan besar sudah menjelma maka ramai yang dahulunya gusar untuk menjadi calon, kini telah tiba-tiba bernafsu semula.
Melihat kepada persengketaan dalam penentuan jumlah kerusi dan kemudian menentukan siapa calon yang bakal mewakili yang dialami oleh pakatan haram ketika ini membolehkan kita membuat andaian awal bahawa mereka akan kecundang teruk dalam PRU13 ini.
Di kesemua negeri tiada kesepakatan dikalangan tiga parti pakatan haram dalam menentukan pembahagian kerusi. PAS inginkan lebih. DAP inginkan lebih dan PKR tentulah inginkan lebih lagi. Contohnya tengok di sini.
Tinggal lagi dua hari untuk penamaan calon, namun pihak pakatan masih bertelagah dalam penentuan calon. Esok lusa mereka akan salahkan SPR kerana tidak memberikan masa yang lama kepada mereka untuk menentukan calon boleh menang mereka.
Mahu tidak mahu pada hari Sabtu ini pakatan akan menamakan calon tangkap muat sahaja. Sabotaj tentulah berlaku dikalangan mereka seperti yang kita lihat hari ini. Esok calon tangkap muat ini akan kalah kepada calon UMNO/BN, maka sekali lagi mereka akan menyalahkan SPR.
DAP dikalangan ahli parti sendiri bergaduh pasal calon. Mereka yang telah pernah menjadi calon, tetapi kini dinafikan atas alasan paling tidak munasabah, pasti akan bertanding atas tiket BEBAS.
Di Penang calon DAP mendapat tentangan ahli parti. Mereka berdemo sambil mengecap keras cara LGE memilih calon.
Di Perak DAP gagal menamakan calon yang mantap kerana terlalu ramai yang bercita-cita hendak menjadi calon. Ada juga calon DAP Perak yang dihantar bertanding ke luar negeri lain. Begitu juga bekas YB DAP dari Selangor yang bertukar kawasan hingga ke Johor.
PAS juga tidak terlepas dengan kemelut perebutan kawasan dan pemilihan calon. Hanya Kelantan setakat ini yang boleh dikatakan sudah selesai sepenuhnya. Calon dan kerusi PAS di lain-lain negeri masih lagi belum selesai.
PKR nampaknya paling teruk diganggu oleh kemelut calon dan kerusi. Ahli ada yang dinafikan untuk bertanding, sementara pemimpin pula berebut-rebut kawasan selamat untuk diri masing-masing. Pemimpin juga berebut untuk bertanding lebih daripada satu kerusi.
Apapun selepas PRU13 ini kelak, Nik Aziz bolehlah berkira-kira untuk berihat daripada dunia politik dan menumpukan pula kepada dunia dakwah. Ini memandangkan jenerasi beliau sudah mula mengukir nama dan mendapat tempat. Nik Abduh yang tidak kurang celuparnya ini akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas, berentap dengan Ibrahim Ali.
Moral ceritanya ialah, puak pakatan begitu menghadapi masalah dalam pemilihan kerusi dan pemilihan calon. Walaupun UMNO/BN juga bermasalah, namun apa yang dialami oleh puak pakatan ini amatlah menggerunkan dan tidak melambangkan satu persefahaman yang membolehkan mereka berjaya ke Putrajaya.
Besok bila sudah kalah teruk jangan pula jari terus menuding ke arah pihak lain. UMNO tipulah, pengundi hantulah, dakwat palsulah, polis zalimlah, SPR tidak adil lah, duit dana yahudi sudah habislah, BN main kotorlah dan pelbagai lagi.
Hakikatnya rakyat sedang melihat sandiwara dan drama mereka dan kerapohan, kekotoran serta kejelikan mereka. Sudah pasti rakyat tidak akan memilih mereka nanti.
Bekas MP Seremban ini senang-senang je DAP nak ketepikan dia, mengamuklah dia.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment