Monday, April 15, 2013

Seorang Lagi Pemimpin Pakatan Jatuh, Menghantar Isyarat Pakatan Juga Akan Tumbang.


  
Masih mahu jadi calun kaaa!!!???? Johor 13/4/13.
 

Patutlah Nik Aziz tumbang kerana di dalam majlis yang dia hadir, satu ikrar tealh dibaca bahawa pakatan pembangkang akan menghadkan tempoh memegang jawatan Menteri Besar hanyalah untuk dua penggal sahaja. Tidak boleh lebih. Jadi dengan sendirinya dia sudah hilang kelayakan. Mau tak pengsan dia mendengarnya.

Jika diri sendiri sudah tidak mampu lagi untuk diuruskan sendiri, apakah wajar untuk terus bertanding dan memikul amanah untuk menguruskan hal ehwal masyarakat...?? Persoalan ini patut diajukan kepada sesiapa sahaja yang sudah tidak berupaya supaya jangan lagi mempersendakan sistem pemilihan pemimpin di negara ini.
 
Kalaupun hati masih ingin berkhidmat, tetapi keupayaan fisikal sudah memberikan isyarat supaya berihat, maka eloklah menarik diri. PAS bukan ketandusan pemimpin pelapis yang bersedia menggalas cabaran.
 
PAS juga tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas pemimpin mereka sebegini rupa demi meraih sokongan kerana ia bakal mengundang fitnah yang lebih besar nanti.
 
Ada juga pihak yang mengatakan 'kejatuhan' Nik Aziz di Johor dan perlu dipapah tersebut hanyalah lakonan untuk menarik simpati masyarakat kerana kedudukan terkini PAS amatlah tidak stabil di seluruh negara. Baca di sini.


Nik Aziz didukung kerana keletihan

Nik Aziz Nik Mat berceramah dalam keadaan duduk di Dataran Tok Din, Parit Besar, Batu Pahat, semalam.
 
BATU PAHAT 14 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa didukung sejauh 100 meter dari tapak ceramah ke Masjid Jamek Parit Besar di sini kerana keletihan berikutan program beliau yang terlalu padat sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sekitar negeri ini.

Menteri Besar Kelantan yang tiba di lokasi berkenaan pada tengah hari sebelum itu menyampaikan ceramah selama 30 minit di hadapan kira-kira 500 pengunjung di Dataran Tok Din yang terletak berhadapan masjid tersebut.

Sepanjang ceramah berkenaan, Nik Abdul Aziz langsung tidak menyentuh sebarang isu politik atau termasuk isu rakaman video yang didakwa melibatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Selepas menyampaikan ceramah, pemimpin kanan Pas itu didukung oleh seorang lelaki kerana dipercayai terlalu letih untuk berjalan ke masjid itu.

Difahamkan Nik Abdul Aziz juga membatalkan program bersama pelajar sebuah sekolah agama yang dijadualkan berlangsung selepas ceramah berkenaan.

Beliau kemudian bersama rombongannya bertolak ke Segamat bagi menyampaikan ceramah pada malam ini.

Semalam dalam ceramah di Kulaijaya pula, Nik Aziz hanya berucap selama 10 minit.

Nik Aziz tiba di negeri ini semalam bagi mengumumkan calon Pas Johor bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN serta melancarkan manifesto pembangkang di sebuah hotel di Johor Bahru.

Bagaimanapun, beliau segera beredar bagi mengelak daripada berjumpa wartawan di dua majlis berasingan.

Pada majlis yang berlangsung semalam turut menyaksikan ikrar pembangkang untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan Menteri Besar kepada dua penggal dengan mengutamakan aspek keadilan, integriti dan akauntabiliti.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130415/px_18/Nik-Aziz-didukung-kerana-keletihan#ixzz2QTvdO684
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
 
  
 
 
 
 


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment